Nota Cinta

Tuesday, March 26, 2002

Al-Anfal 52-60

Sahih Bukhari, Ketika kerja pengasingan semula kubur para syuhada, Jabir bin Abdillah r anhuma berkata jasad ayahnya yang mati syahid tidak berubah walaupun telah 6 bulan dikebumikan. Jabir juga bertanggungjawab menjaga adik-beradik perempuannya menurut wasiat bapanya. 

Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 2, surah Al-Anfal ayat 52-60 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. 

Al-Anfal 

8:52 Bantahan kafir Quraish terhadap Nabi Muhammad saw sama seperti kaum Nabi Musa as yang membantah Nabi mereka. Kafir akan kekal di neraka kecuali mereka memeluk Islam semasa hidup di dunia. 

8:53 Allah tidak mengambil balik nikmat kurnianNya kecuali manusia itu sendiri yang tidak menghargainya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bermula dari bisikan dalam hati manusia.

8:54 Bantahan terhadap kitab Al-Quran juga sama seperti bantahan terhadap kitab Taurat ketika zaman Nabi Musa as. Akibat bantahan dari Fir'Aun dan pengikutnya, Allah menenggelamkan mereka di dalam laut. Demikian pembalasan azab kepada manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. 

8:55 Paling jahat disisi Allah ialah manusia yang kafir dan yang bantah Allah. 

8:56 Ketika perang Khandak, penduduk Yahudi Madinah bukan sekadar melanggar perjanjian keamanan malah membantu pihak luar kafir Quraish menyerang orang Islam dari dalam Madinah.  

8:57 Jika kamu wahai muslim menang dalam peperangan, maka hapuskan mereka agar suku kaum Yahudi yang lain juga gerun dengan Islam. 

8:58 Dengan sifat mungkir janji Yahudi yang semulajadi itu, maka batalkan seluruh perjanjian dengan mereka kerana Allah tidak suka perbuatan khianat.

8:59 Sebahagian kafir yang berjaya lari dari perang tidak akan terlepas dari kekuasaan Allah. 

8:60 Maksimumkan kelengkapan perang dan ilmu ketenteraan agar persediaan tersebut dapat menggerunkan kafir pada masa mendatang.

Monday, March 25, 2002

Kuarantin wabak penyakit dan Silaturahim

Kuarantin @ Quarantin


Sahih Bukhari dari A’isyah r anha, sabda Nabi saw. Sekiranya terkena penyakit wabak, maka kuarantin dengan penuh sabar dan keredhaan Allah. Sekiranya meninggal dunia, ia kategori syahid.


Teks Hadis Qulafa ArRashidin 

Ketika zaman pemerintahan Omar Al-Khattab, Omar menghantar utusan menjemput balik Pemimpin pasukan perang iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah yang terkena jangkitan wabak ta’un di satu tempat.  Abu Ubaidah Al-Jarrah menolak palawaan Omar kerana beliau memegang hadis quarantin Rasulullah saw. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarrah wafat di tempat berlakunya wabak tersebut. 


Sahih Muttafakun Alai

Seorang wanita mengadu kepada Rasulullah saw kerana malu akibat terselak kain pada auratnya apabila dirinya berlaku penyakit sawan. Sabda Nabi saw. Sabar dengan penyakit akan dianugerahkan syurga, tetapi sekiranya mahu sembuh, baginda boleh berdoa kepada Allah untuk makbulkan kesembuhan penyakit tersebut. 



Silaturahim

Hassan lagi Sahih AtTirmizi

Abii Hurairah ra sabda Nabi saw, sedekah tidak mengurangkan harta maka Allah akan menambah keberkatan shingga 70 kali ganda dan dikurniakan darjat kemulian kepada yang memberi kemaafan. 


Sahih Muslim, Iyadh b Hamad ra sabda Nabi saw. Allah memerintahkan manusia agar tawadduk/merendah diri, tidak sombong/besar diri/sombong dikalangan sesama manusia. 


Hasan lagi Sahih lagi Gharib AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Sesiapa yang buat zalim semasa di dunia maka di akhirat nanti akan berada dalam gelap gelita. 


Hadis Qudsi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Firman Allah, Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya maka manusia haram menzalimi sesama manusia. 


Hasan Sahih At Tirmizi, sabda Nabi saw, dilarang mencela makanan walaupun tidak berselera ke atas makanan tersebut. 

Thursday, March 21, 2002

Ahli Neraka

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 18 mukasurat 90 syarah Ustaz Shamsuri

gambar sekadar hiasan
Muttafakun Alai. Usamah b Zaid r anhuma telah membunuh tawanan perang yang telah mengucap syahadah kerana merasakan musuh tersebut menggunakan kalimah syahadah akibat takut dengan pedangnya. Rasulullah saw sangat murka aapabila mengetahui hal tersebut dan baginda memarahi Zaid. Sejak dari itu, Zaid sangat menyesal akibat perbuatannya membunuh sesama muslim.

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.(An-Nisaa' 4:93)

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Al-Maaidah 5:32)

gambar sekadar hiasan 
HR AtTirmizi dari Abi Said AlQudri sabda Nabi saw. Kepanasan minuman ahli neraka boleh meluruhkan daging wajah manusia apabila ianya dihampiri. Dinding neraka mempunyai 4 lapis dan ketebalan setiap lapisannya seumpama 40 tahun perjalanan. Danur minuman ahli neraka merupakan najis dari kemaluan faraj wanita berzina. 

Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Quran, firman Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Pokok Zakum tumbuh di dasar neraka dan rupa pokok tersebut kelihatan seperti kepala syaitan. Buah zakum yang gugur mampu menghancurkan seluruh planet bumi. 

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Dardak ra sabda Nabi saw. Ahli neraka yang kelaparan juga dihidang makanan dari pokok bisa berduri dimana apabila dimakan ia akan melekat di kerongkong manusia. Kemudian diberikan minuman yang terlalu panas sehingga menyebabkan isi daging penghuni neraka luruh. Mereka merayu meminta kematian akibat tidak tahan dengan azab neraka. Setelah rayuan melewati 1000 tahun, penjaga neraka meningatkan lagi kedasyatan seksaan. Allah tidak melayan sebarang rayuan permintaan ahli neraka dan mereka kekal selamanya tiada berpenghujung.  

Sunday, March 17, 2002

Ujian itu tanda Allah sayang

HR AtTirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Ujian kesusahan kehidupan duniawi merupakan tanda Allah sayang akan hambaNya. 

Muttafakun Alai dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Jangan minta kematian sekiranya merasa susah ditimpa musibah tetapi berdoalah agar dipanjangkan umur untuk kebaikan dan mintalah kematian sekiranya ia membawa kebaikan. 

Pengajian kitab tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 1 mukasurat 33, tafsir Quran surah Al-Baqarah 104-109 syarah ustaz Shamsuri Hj Ahmad

2:104 Kafir Yahudi memperolokkan Rasulullah saw dengan perkataan "ra'ina" di dalam Al-Quran. Allah berfirman, tukar perkataan "ra'ina" kepada "unzurna" kerana "ra'ina" itu mirip "rounah" yang membawa maksud Nabi Muhammad saw bodoh dalam bahasa Yahudi. Bagi kafir itu seksa dasyat ke atas mereka di neraka kerana mempersendakan Rasulullah saw. 

2:105 Ulama kafir Yahudi mahukan semua para nabi lahir dari keturunan mereka bukan dari keturunan Arab. Maka dengan sebab tersebut, Yahudi bencikan muslim dan Rasulullah saw sedangkan Allah Maha Berkuasa ke atas setiap perkara menurut kehendakNya. 

gambar sekadar hiasan
2:106 Setelah penukaran perkataan ayat di dalam Quran, kini Kafir mempertikai pula tentang kewibawaan Al-Quran tentang pemansuhan ayat terdahulu dengan gantian ayat baru. Allah menegaskan, Allah menggantikan ayat baru samada setanding atau lebih baik itu atas sifat Maha KuasaNya yang Berkehendak apa saja. 

2:107 Tidakkah kamu tahu, Allah Maha Berkuasa merupakan pemilik 7 petala langit dan bumi. Selain Allah, tiada siapa dapat melindungi dan memberi pertolongan.

2:108 (Al-Isra 89-96) Berbalik kepada sejarah peristiwa cabaran kafir Mekah yang hampir sama seperti cabaran umat Nabi Musa as yang meminta Allah menonjolkan diri dihadapan mereka. Sesiapa yang asalnya beriman kemudian memilih kufur akan sesat dari jalan kebenaran. 

2:109 Begitulah kesesatan ulama Yahudi dan Nasrani akibat menolak kebenaran Islam dan Rasulullah Nabi Muhammad saw akibat perasaan dengki dan iri hati yang berpunca dari diri mereka sendiri. Tujuan mereka ini untuk menarik kembali para pengikut Nabi Muhammad saw kembali kepada agama asal mereka. Maafkanlah dan biarkanlah mereka wahai Muhammad sehingga perintah berperang. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa melalui kehendakNya. 

Monday, March 11, 2002

Zuhud

ganbar hiasan
 Hadis Riwayat Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, ancaman kepada mukmin ialah

  1. hasad dengki sesama muslim
  2. musuh Islam yang memeranginya
  3. syaitan yang cuba menyesatkannya
  4. nafsu yang sentiasa mempengaruhi untuk merosakkan manusia

HR Abu Daud dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Hasad Dengki itu merosakkan iman

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sesiapa yang mahu selamat dari neraka dan mahu ke syurga maka hendaklah pastikan matinya dalam keadaan beriman kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat. 

Muttafakun Alai dari Amru Al-Az ra sabda Nabi saw, muslim itu tidak merosakkan sesama muslim malah muslim itu berhijrah dirinya dari larangan Allah. 

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 16 mukasurat 176 syarah Ustaz Shamsuri

ganbar sekadar hiasan

Hadis Qudsi, Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Firman Allah, nescaya Aku sempurnakan permintaan hamba-hambaKu yang bersangka baik

Hasan Sahih AtTirmizi dari An Nawaz b Sam'an ra sabda Nabi saw, kebajikan itu berperangai baik

Hasan Sahih At Tirmizi dari Muaz b Jabal ra sabda Nabi saw, Kasih sesama muslim kerana Allah akan dimuliakan oleh Allah di akhirat

Sunday, March 10, 2002

Sedekah jangan sampai jadi miskin

11/3/2002 Bahrulmazi jilid 1


Muttafakun Alai, Saad Abi Waqas ra @pemanah tepat pasukan muslim, sabda Nabi saw. Boleh bersedekah dengan syarat jangan biarkan anak isteri menjadi miskin.


Di ketika semua sahabat termasuk Saad Abi Waqas sendiri merasakan beliau tiada harapan untuk sembuh, sabda Nabi saw yang menziarahi Saad yang sedang nazak, “kamu akan sembuh dan diangkat darjat tinggi di sisi Allah. kamu akan jadi tokoh pemimpin gabenor yang memberi manfaat kepada mereka di jalan Allah dan memberi mudarat kepada ramai yang ingkar perintah Allah.  


Bukhari Muslim. dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi Muhammad saw. Setiap amalan bermula dengan niat. 


Musnad Abi Yaqla, sabda Nabi saw. Di hari akhirat, Allah perintahkan mala’ikat hafazah untuk menulis pahala niat ikhlas kebaikan dihadapan mala’ikat pencatat Rakib dan Atib. 

Friday, March 8, 2002

Solat Jamak Musafir



https://www.youtube.com/watch?v=0Z-qmyjKYKQ
 2002/03/08 Ustaz Shamsuri 25 - Bab Solat Jamak Qasar - BM3 ms26

Hadis Qudsi, Allah kasih kepada sesiapa yang mengasihi,  menziarahi dan memberi hadiah kerana Allah. 

Sahih Abu Daud, Anaz b Malek r anhu, sabda Nabi saw. sesiapa yang kasih sesama muslim kerana Allah maka Allah mengasihinya. 

Hasan lagi Sahih HR AtTirmizi dan Bukhari Muslim, Abi Nadrah ra dari Imran b Husein ra. Nabi saw solat qasar 2 rakaat bagi Zohor, Asar dan Isyak selama 10 hari ketika baginda menunaikan haji. Tetapi ketika zaman pemerintahan Osman b Affan ra, beliau solat tamam 4 rakaat walaupun dalam musafir. 

HR AtTirmizi, dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw solat jamak qasar ketika musafir dari Madinah ke Mekah (lebih 2 marhalah)

Tuesday, March 5, 2002

Al-Fusilat 1-12 Kejadian Alam

Muttafakun Alai dari Adi b Hashim ra sabda Nabi saw. Manusia ditunjukkan seluruh amalannya semasa hidup di dunia di hadapan Allah di padang mahsyar. Takutlah neraka kerana tiada manusia dapat menahan penderitaan yang disediakan oleh Allah. Sedekahlah walaupun sedikit. 

Hadis Riwayat At Tirmizi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Allah bagi aku dengar suara mala'ikat berzikir di langit. Sekiranya Allah bagi kedengaran pada kamu semua sepertiku, maka kamu semua akan banyak menangis dan kurang ketawa. 

Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Siapa yang benar-benar takut Allah, dia akan berjaga malam untuk sibuk beribadah. 

Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4 mukasurat 19 surah Al-Fusilat ayat 1-12 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Al-Fusilat 

41:1 Ha Mim

41:2 Turun kitab Al-Quran 

41:3 Dalam bahasa Arab bersesuaian dengan situasi umat kekasihNya, Nabi Muhammad saw

gambar hiasan
41:4 Mengandungi petunjuk janji syurga dan neraka

41:5 Kafir Quraisyh mempersoal akan mustahil 1 Tuhan boleh menjaga ramai orang. 

41:6 Sesungguhnya Tuhan kepada manusia hanya 1 iaitu Allah dan taatlah perintahNya, 

41:7 Yang menolak seruan Nabi Muhammad saw dan tidak berzakat akan menerima azab di hari akhirat. 

41:8 Manakala yang beriman pula memperolehi pahala berterusan. 

41:9 Tergamakkah manusia ingkar perintah Allah yang menciptakan alam semesta. 

41:10 Allah menciptakan bumi dihiasi gunung ganang diikuti kejadian hidupan dengan takdir keberkatan rezeki masing-masing dalam tempoh 4 masa. 

41:11 Allah jadikan langit dari lautan wap air yang mengapungkan ArasyhNya manakala buih dari wap tersebut dijadikan bumi. Kemudian Dia memerintahkan langit dan bumi menjalankan tugas masing-masing. Langit mengeluarkan matahari, bulan dan bintang serta awan dan angin manakala bumi bermula dari lokasi ka'bah mengeluarkan punca air, sungai, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. 

41:12 Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui, 

Mukjizat Sebekas Susu untuk Ahlul Suffah

Sahih Musim, Said b Zaid ra @(10 sahabat dijamin syurga) telah dituduh menipu sempadan tanah oleh  seorang perempuan tua. Allah makbulkan doa Said yang teraniaya dimana akhirnya perempuan tua tersebut menjadi buta sehingga habis hayatnya. 

gambar sekadar hiasan
Surah Yunus ayat 62, Sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan berduka cita. Mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bagi mereka, janji kegembiraan dunia dan akhirat. Demikian kemenangan yang besar. 

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 17 

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra @ahlul suffah, Al-Baqarah 159-160, Menyembunyikan pemahaman ilmu Quran Hadis akan dilaknat oleh Allah SWT. Kebanyakan sahabat Rasulullah saw menahan kesengsaraan kelaparan demi mencari ilmu dari Nabi saw. Jika tidak kerana ayat Quran tersebut, maka aku tidak akan menyebarkan ilmu dengan kesusahan diriku ini memandangkan sahabat muhajirin yang lain bersenang-lenang dengan kelekaan duniawi tanpa menghiraukan ajaran dari Rasulullah saw. 

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Keluarga Rasulullah saw dan keturunan baginda diharamkan menerima sedekah kecuali hadiah. Ketika ramai sahabat ahlul suffah yang kelaparan dan dahaga dijemput ke rumah Rasulullah saw, baginda menjamu segelas susu kepada mereka. Dengan mukjizat Nabi saw, kesemua ahlul suffah dapat menikmati dengan penuh kekenyangan termasuk Abu Hurairah ra yang tengah menahan dahaga dan kelaparan. 


Monday, March 4, 2002

Mimpi

Pengajian Bahrulmazi jilid 16 bab Mimpi bertarikh 4 Mac 2002

Mimpi 

Bahrulmazi jilid 16 ms 8


Sahih Muttafakun Alai, doa orang teraniaya dimakbul Allah. Said b Zaid ra telah teraniaya dengan dituduh merampas sempadan tanah. Said telah berdoa untuk keadilan beliau dan akibatnya tuan tanah yang menuduh Said menjadi buta. 


Sahih AtTirmizi dari Ubadah b Samit ra sabda Nabi saw. Mimpi mukmin sepenggal dari 46 penggal juzuk kenabian. 


Sahih AtTirmizi dari Anas b Malek ra sabda Nabi saw. Tiada Rasulullah dan Nabi setelah wafat Rasulullah Nabi Muhammad saw. Tiada lagi wahyu selepas itu. 


Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Mimpi yang tidak baik memberi amaran agar muslim dapat bertaubat, muhasabah diri dan berubah memperbaiki diri menjadi baik.