Nota Cinta

Tuesday, June 20, 2006

Hudud



RASULULLAH SAW PASTIKAN HUDUD DALAM ISLAM DILAKSANAKAN
20-06-06 Sahih Muslim AlBarra sabda Nabi saw selepas pendita yahudi mengubah hukum penzina.Ya Allah, aku tegakkan hukum Taurat yang asal melalui Islam akan hukum rejam sampai mati pada penzina. Sahih Muslim Aisyah r.ha. sabda Nabi saw. Umat-umat terdahulu dibinasakan Allah kerana tidak melaksanakan hudud. 

Tuesday, May 16, 2006

Telaga Rasulullah saw





TELAGA KAUTSAR  


16-05-06 


Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Telaga Kautsar Rasulullah saw seluas jarak dari Israel ke Jordan. Cebuk yang disediakan sebanyak bintang di langit. Sekali teguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Hanya terpilih boleh minum.

Kejar dunia hancur akhirat



BERHATI-HATI JANGAN SEBAB DUNIA, HILANG SEGALA-GALANYA. 
16-05-06 Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Aku tidak takut umatku syirik pada Allah sebab kalau jadi pun tak ramai, tetapi apa yang paling aku takut ialah apabila ada dikalangan umatku menjadi gila pangkat, jawatan, kuasa,  kemewahan, duit, dan wanita. maka akan hancur umatku seperti mana binasa umat terdahulu.

Tuesday, May 2, 2006

ADAB

Bahrulmazi jilid 15 syarah us Shamsuri. 

2-5-06 Sahih Muslim ADAB MINTA IZIN Omar Al-Khattab ra minta izin Rasulullah saw menunaikan umrah tanda adab pada pemimpin. Kata Omar, tiada lebih berharga di dunia ini melainkan sebutan Nabi saw RENDAH DIRI iaitu pesan jangan lupa doakan baginda.

Sahih Muslim Omar dan Abu Bakar turut menangis sedih apabila Ummu Aiman SANGAT SAYANG ALLAH menangis kerana wahyu Allah sudah tidak turun lagi.

Sahih Muslim Uwaiz bin Amir datang ketika pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab dan Omar tidak lepaskan peluang minta Uwaiz DOAKAN KEAMPUNAN seperti yang disabdakan Rasulullah saw.  

Hasan Gharib AtTirmizi Yazid ibnu Said sabda Nabi saw. Jangan gurau menyorok sesuatu.
Sahih AtTirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau benda tajam dilaknat Allah.
HR AtTirmizi dari Abdullah bin Am ra sabda Nabi saw. Memandang gaya samseng akan ditakutkan Allah di akhirat. 
Hasan Gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sakiti ahli subuh berjemaah kerana mereka dalam lindungan Allah dan yang menyakiti pasti binasa.

4-4-06 Sahih Muttafakun Alai PEMIMPIN DIFITNAH Penuduh Saad Abi Waqaz akhirnya menjadi gila akibat tuduhan palsu jatuhkan maruah pemimpin.

Sahih Bukhari & Sahih Muslim
Hukum Qisas Islam ialah bunuh balas bunuh, simbah asid balas simbah asid, seksa balas seksa.
Hukum Islam Hudud ialah potong tangan mencuri, potong tangan kanan dan potong tangan kiri bagi rompakan samun terang-terangan dan suami isteri zina rejam sampai mati.
Hukum Islam pancung bagi yang murtad.



RENDAH DIRI & ADAB GURAU

CONTOH IKUTAN RENDAH DIRI SAHABAT DAN NABI MUHAMMAD SAW

Sahih Abu Daud & AtTirmizi ketika Omar Al-Khattab meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Sabda Nabi saw yang berkedudukan tinggi di sisi Allah kepada Omar "jangan lupa doakan kami di sini." Kata Omar penulis hadis ini. "kalimah tersebut lebih mahal jika dibandingkan dengan kemewahan harta dunia."

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Ummu Aiman menangis apabila diziarahi Abu Bakar dan Omar kerana dua sahabat ini sentiasa di sisi Nabi saw sebelum baginda wafat. Kata Ummu Aiman, pembantu rumah yang menjaga Muhammad saw. "aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun lagi."  Abu Bakar dan Omar turut menangis.

Dari Usair bin Jabir ra sabda Nabi saw. "Suatu hari nanti selepas kewafatanku, sekiranya siapa ada rezeki jumpa Uwaiz bin Omar, jangan lepaskan peluang minta Uwaiz berdoa ampunkan dosa utk kita kerana dia sangat sayangkan ibunya." Setelah Nabi saw wafat diikuti Abu Bakar meninggal dunia. Omar ditakdirkan Allah berjumpa Uwaiz dan Omar tidak lepaskan peluang yang dimaksudkan Rasulullah saw itu.

Bahrulmazi jilid 15 ms10 bab Tidak harus mengugut atau mengusik seseorang muslim. Syarah Ustaz Shamsuri Kuliah pengajian 02-05-06

Hasan Gharib AtTirmizi dari Yazid Ibnu Said ra disokong riwayat Sulaiman bin Sar, Jad'dah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, sabda Nabi saw. Jangan mengugut walaupun niat sekadar bergurau.

 PENCIPTA ADAT VS ALLAH MAHA PENCIPTA, ISLAM, ALQURAN HADIS

Amat rugi orang yang jahil tidak mencari memahami ilmu agama apabila mendengar kemudian menolak hadis kerana mempertahankan adat yang diamal sekian lama.


BERGURAU MENYAKITKAN HATI ----> DISEKSA DI NERAKA

Hasan Sahih Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau mengacu senjata dilaknat malaikat. Jangan bergurau menakutkan dan mengejutkan sesama muslim. Gurau menyembunyikan hakmilik seseorang muslim itu berdosa besar diseksa di neraka. Renung pandangan yang menyebabkan yang direnung tidak selesa dicabut perasaan sakinah oleh Allah di akhirat.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan bergurau mengacu benda tajam.

Hadis Qudsi. Sayangkan Allah akan digandakan sayang Allah pada kita.

KUMPULAN YANG DIPELIHARA ALLAH IALAH KUMPULAN PENGAMAL AL-QURAN HADIS YANG SAYANG ALLAH DAN RASUL






Tuesday, April 25, 2006

Salam Persaudaraan Islam

Bahrulmazi Jilid 19 syarah us Shamsuri. 25-04-06 Sahih Muslim dari Muaz bin Jabal ra. Mata air sebesar tali kasut ditadah oleh Rasulullah saw kemudian dituang kembali di tempat tersebut. Air tersebut melimpah sehingga semua tentera Tabuk minum sepuas-puasnya. Wajib jawab salam dengan jelas didengar.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Assalamualaikum (10 pahala) warahmatullah (10 pahala) hiwabarakatuh (10 pahala)HR AtTirmizi dari Abi Musa Al-Ash'ari ra sabda Nabi saw. tunggu sampai izin masuk tetapi sekiranya 3 KALI TIADA JAWAB SALAM, MAKA BALIKLAH.

23-05-06 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra. Nabi saw sekiranya sakit, sakitnya 2 ganda manusia biasa dan pahala Nabi saw juga 2 kali ganda. Muslim yang sabar sakit akan gugur dosa sebelum.

Sahih Muslim dari Abu Said Al-Qudri & Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Mukmin yang SABAR MUSIBAH contoh susah hati, dukacita, sakit biasa atau berat dan pelbagai kesusahan akan DIKIFARATKAN DOSA sebelum ini.

Sahih AtTirmizi dari A'isyah r ha sabda Nabi saw, "Jibril KIRIM SALAM pada kamu wahai A'isyah," dan LEBIH PAHALA siapa lebih dahulu beri salam kerana Rasulullah saw sentiasa terdahulu beri salam apabila terserempak sesama muslim walaupun berlumba-lumba para sahabat beri salam pada baginda.
A'isyah menjawab, salam ke atas dia juga. Sunnah beri salam pada kanak-kanak.

27-06-06 Sahih Muslim dari Ummu Salamah, HASIL TIPU BAHAGIAN NERAKA
Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Sedekah sekiranya terdapat lebihan perbelanjaan.

HR AtTirmizi. Kafir Harbi boleh diperangi kerana menghina muslim, Kafir Zimni Ahlul Zummah menghormati muslim dan mematuhi perundangan Islam. Tidak dibenarkan beri salam dan jawab salam pada mana-mana kafir. Sahih AtTirmizi. Jawab salam kafir "Mualaik". Sunnah salam didahului dari lalu kepada duduk, kenderaan kepada pejalan kaki, muda kepada yang tua.

25-07-06 Sahih Muslim dari Abi Zar ra sabda Nabi saw. "kaya suka menolong akan dikayakan di akhirat. Dentuman sangat kuat tadi ialah turunnya Jibril as. Jibril menyampaikan padaku supaya jangan sesekali syirik Allah kerana syirik itu kafir."

Hasan Sahih At Tirmizi. Nabi saw mejolok anak panah ke lubang mengendap di rumah baginda sehingga nyaris buta orang yang cuba mengendap. Dari Sahal bin Saad As Sa'idi. Nabi saw memberi amaran kepada pengintai supaya haram mengintai dan sekiranya ingin melihat milik peribadi maka minta izin terlebih dahulu. Mata yang melihat adalah anak panah Iblis.




Tuesday, April 18, 2006

Mala'ikat dalam Majlis ILMU



MALA'IKAT MENYERTAI MAJLIS ILMU MELIBATKAN QURAN HADIS

18-04-06 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di antara celah-celah jemaah yang menghadiri majlis ilmu dihadiri para mala'ikat yang mengepakkan sayapnya. Banyaknya mala'ikat bersusun safnya sehingga cecah langit dunia. Selesai majlis, mala'ikat melaporkan pada Allah, selain muslim bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid, mereka meminta syurgaMu, mereka minta dijauhi dari nerakaMu dan mereka memohon keampunanMu ya, Allah. Firman Allah, "Aku ampunkan dan bebaskan dari kecelakaan kepada siapa saja terlibat dalam majlis ilmu mengingati Allah samada yang datang itu tidak sengaja atau tidak ikhlas dengan syarat tiada niat jahat."

Surah Faathir SURAH PENCIPTA

35:8) Syaitan mempengaruhi manusia buat dosa, maka segera pohon keampunan Allah. Kesesatan dan hidayah itu takdir pilihan individu itu sendiri. Tidak perlu dukacita wahai Muhammad saw. 9) Bumi kering kontang, Allah boleh hantarkan angin bersama awan untuk menurunkan hujan bagi menyuburkan kembali. Demikian manusia mati dihidupkan kembali di mahsyar.

10) Segala amalan perbuatan dan perkataan soleh diangkat ke langit sampai di sisi Allah dan amalan perbuatan dan perkataan jahat disediakan seksa yang tiada tergambar capaian akal fikiran manusia.
11) Diciptakan Nabi Adam as kemudian dijadikan berpasangan bersama Hawa lalu dibiakkan berkembang manusia dengan umur jangka hayat siap tertulis di Luh Mahfuz.
35:12) Allah jadikan laut satu tawar dan satu masin supaya manusia dapat makan minum dari
hasilnya disamping digunakan sebagai pengangkutan perkapalan. Semua itu nikmat rezeki supaya manusia bersyukur yang membawa kepada kepercayaan tauhid pada Allah.
13) Kejadian panjang atau pendek tempoh masa siang malam sebagai bukti kebesaran Allah.
14) Benda yang disembah selain Allah itu tidak sesekali mengaku dirinya Tuhan dan ahli syirik itu menipu diri mereka sendiri.
15) Manusia apabila ditimpa musibah, kepada Allah juga mereka kembali meminta hajat.
16) Amaran Allah, jika Aku benci, sekelip mata Aku buang semua manusia dari muka bumi ini.
17) Bencana tsunami, gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai itu mudah bagiKu.
18) Dosa seksa tidak dapat ditanggung walaupun saudara keluarga terdekat. Hanya yang beriman perkara ghaib seperti seksa kubur berpotensi taat Allah. Yang beriman ini akan solat 5 waktu dan memilih jalan kebaikan menyucikan hati.
19-21) Malam dan siang tidak sama, teduh syurga dan panas neraka tidak sama, manusia hidup dan mayat mati tidak sama dan demikian tidak sama Islam dan kafir.
22) Penghuni kubur tidak dapat dengar dunia luar, sekiranya kalau terdengar, itu izin Allah.
23) Hidayah bukan milik Rasul dan Rasul hanya pemberi ingatan.
35:24-25) Diutus para Rasul bersama kitab-kitab samawi mengingatkan manusia supaya mentauhidkan Allah. 
26) Azab manusia tidak tahan menanti kafir dan yang berdosa.
27) Diciptakan alam semulajadi termasuk pelbagai jenis saiz warna isi makhluk sebagai membuktikan kebesaranNya.
28) Allah Maha Perkasa dan Maha Pengampun sepanjang masa.
29) Manusia baik ialah selalu baca Quran, tidak tinggal solat dan sentiasa derma.
30) Manusia bersyukur dijanjikan ditambah kebaikan dari Allah.
31) Quran syariat terkahir wajib ditaati manusia membenarkan Zabur Taurat Injil.  
35:32) Allah 3 Kategori. 1)zalim diri sendiri lalai 5 waktu, 2)sederhana taat fardu malas sunat tengah malam dan 3)ghairah amal soleh, sentiasa telan kemarahan, mulut sentiasa zikrullah dan merasakan Allah sentiasa disisinya. 
33)3 golongan ini akhirnya masuk syurga selepas diseksa baki dosa. Azab seksa Allah tiada langsung tertahan oleh manusia di akhirat, manusia tidak mati walaupun terputus leher, hancur perut.
34-35) Ahli syurga lelaki perempuan menikmati emas sutera, juadah hebat, kediaman istana mewah, nikmat setubuh bidadari dan wildan sehingga seronok tanpa batasan serta sentiasa muda belia.
36-37) Ahli neraka merayu kerana tidak tahan sakit dengan terbelah hancur anggota muka dan badan tetapi tetap bernyawa tidak mati. Rayuan tersebut hanya tinggal rayuan kerana hanya semasa hidup di dunia saja boleh mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.
35:38) Allah Maha Mencipta cakerawala angkasa lepas mengetahui serentak setiap isi hati manusia.
39) Kufur humban neraka.
40) Allah memerintahkan Muhammad mempersoalkan kebolehan tokong yang mereka sembah sedangkan tokong berhala itu kaku tidak dapat berbuat apa-apa. 
41) Allah Pentadbir dan Pemelihara isi langit dan bumi menetapkan hukum alam azab bencana syurga neraka oleh ketetapan perbuatan dosa pahala.
42-43) Arab Musyhrikin Quraisyh mengutuk yahudi nasrani yang saling bergaduh kerana kedua-dua Musa Isa itu pesuruh Allah padahal apabila datang Muhammad, mereka menolak demi menjaga  status pangkat pembesar kebanggaan mereka.
44) Allah menggalakkan melancong ke tempat sejarah pembalasan Allah.
45) Sekiranya Allah berkehendak, seluruh musuh Islam tiada satu pun dapat lari dari dibinasa.

wallahu alam...pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 3 syarah ustaz Shamsuri.