CONTOH IKUTAN RENDAH DIRI SAHABAT DAN NABI MUHAMMAD SAW
Sahih Abu Daud & AtTirmizi ketika Omar Al-Khattab meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Sabda Nabi saw yang berkedudukan tinggi di sisi Allah kepada Omar "jangan lupa doakan kami di sini." Kata Omar penulis hadis ini. "kalimah tersebut lebih mahal jika dibandingkan dengan kemewahan harta dunia."
Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Ummu Aiman menangis apabila diziarahi Abu Bakar dan Omar kerana dua sahabat ini sentiasa di sisi Nabi saw sebelum baginda wafat. Kata Ummu Aiman, pembantu rumah yang menjaga Muhammad saw. "aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun lagi." Abu Bakar dan Omar turut menangis.
Dari Usair bin Jabir ra sabda Nabi saw. "Suatu hari nanti selepas kewafatanku, sekiranya siapa ada rezeki jumpa Uwaiz bin Omar, jangan lepaskan peluang minta Uwaiz berdoa ampunkan dosa utk kita kerana dia sangat sayangkan ibunya." Setelah Nabi saw wafat diikuti Abu Bakar meninggal dunia. Omar ditakdirkan Allah berjumpa Uwaiz dan Omar tidak lepaskan peluang yang dimaksudkan Rasulullah saw itu.
Bahrulmazi jilid 15 ms10 bab Tidak harus mengugut atau mengusik seseorang muslim. Syarah Ustaz Shamsuri Kuliah pengajian 02-05-06
Hasan Gharib AtTirmizi dari Yazid Ibnu Said ra disokong riwayat Sulaiman bin Sar, Jad'dah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, sabda Nabi saw. Jangan mengugut walaupun niat sekadar bergurau.
Amat rugi orang yang jahil tidak mencari memahami ilmu agama apabila mendengar kemudian menolak hadis kerana mempertahankan adat yang diamal sekian lama.
BERGURAU MENYAKITKAN HATI ----> DISEKSA DI NERAKA
Hasan Sahih Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau mengacu senjata dilaknat malaikat. Jangan bergurau menakutkan dan mengejutkan sesama muslim. Gurau menyembunyikan hakmilik seseorang muslim itu berdosa besar diseksa di neraka. Renung pandangan yang menyebabkan yang direnung tidak selesa dicabut perasaan sakinah oleh Allah di akhirat.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan bergurau mengacu benda tajam.
Hadis Qudsi. Sayangkan Allah akan digandakan sayang Allah pada kita.
KUMPULAN YANG DIPELIHARA ALLAH IALAH KUMPULAN PENGAMAL AL-QURAN HADIS YANG SAYANG ALLAH DAN RASUL
No comments:
Post a Comment