Nota Cinta

Wednesday, April 7, 2004

Surah DUKHAAN Debu Hitam Musim Kemarau



HARAM MENGAMBIL SESUATU BUKAN HAK WALAUPUN BIKAN NIAT MENCURI

07-04-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Aku dapat melihat pejuang jihad yang dikatakan syahid ini ke neraka kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya walaupun bukan niat mencuri.  

Surah Ad-Dukhaan (Maqiah) diturunkan di Mekah 59 ayat. (1-37) Tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 59 syarah ustaz shamsuri
DUKHAAN (DEBU ASAP KEPULAN HITAM BESERTA KEMARAU) bahagian 1

Gambar hiasan
Quran itu jelas samada halal atau haram. Diturunkan pada malam penuh baraqah bulan Ramadhan hari Lailatul Qadar. Dari Luh Mahfuz, 30 juzuk quran turun ke langit dunia. Dari langit dunia, turun secara beransur-ansur ke Nabi Muhammad saw. Diturun Rasul membawa rahmat seluruh alam untuk menjelaskan maksud seluruh ayat Allah. Sabda Nabi saw. Siapa yang terjemah mengikut pemahaman akal siap tempatnya di neraka. Sekiranya kamu menerima Allah, kenapa tidak menerima Muhammad saw. Aku Tuhan yang menghidupkan dan mematikan manusia. Allah itulah satu-satunya Tuhan selamanya sebelum bumi dijadikan sehingga bumi dikiamatkan. Abu Jahal menerangkan “Siapa yang boleh letak bangkai perut unta pada belakang Muhammad itu dia anak jantan.” Abdullah bin Mas Ud ra berkata dalam hatinya “Aku hari ini kerdil kerana tidak mampu menahan orang jahat melukakan hati Nabi aku.” Sabda Nabi saw.”Ya Allah, binasakan Quraisyh.” Kata Abi Mas’Ud ketika ketika selesai Perang Badar, “Masya’Allah, aku melihat ke tujuh-tujuh nama yang disebut dalam doa baginda mati secara hina. Akhirnya Abu Jahal ini mati ditanganku jua” Firman Allah pada Rasulullah saw. Nantikan wahai RasulKu, Aku mengabulkan doamu dengan membawakan Ad-Dukhaan iaitu kabus debu azap kepulan hitam dari kemarau. Puak Mekah berkata “ini azab yang menyakitkan. Wahai Tuhan kami, hentikan kemarau ini supaya kami terima Muhammad sebagai Nabi engkau. Kami yakni Allah mengangkat sedikit azab, kemudian mereka bantah Aku kembali. Kata mereka “ Ini biasa ini bukan azab, ini silap,ini bencana alam kemarau saja. Akhirnya kesemua mereka diazab hina dalam kekalahan perang Badar di tangan tentera Islam. Beritahu sahabatmu wahai Muhammad, bukan saja umatmu yang diui, Bani Israel juga dipermainkan oleh Firaun, atas sebab itu Kami turunkan Rasulullah Musa as. Sabda Musa as kepada bani Israel,”aku pesuruh Allah, jangan kamu sembah berhala, jangan sombong dengan Allah.” Tetapi Musa dibalas dibaling dengan ketulan batu. Musa berdoa kepada Allah supaya membawa bala bencana kepada kaum Fir’aun. Aku
Gambar hiasan
memerintahkan Musa supaya pindahkan segala pengikutnya kerana malam ini juga Aku turunkan bala. Tetapi ingat wahai Musa. Fir’aun akan mengejar kamu dan pengikut-pengikut kamu. Ketika sampai di laut di belakang kelihatan Fir’aun hampir tiba di lokasi. Keadaan menjadi cemas kerana para pengikut Musa mempersoalkan sudah tiada jalan lagi untuk melarikan diri. Di saat kecemasan itu, Allah memerintahkan Musa memukul lautan. Musa memukul tongkatnya lalu terbelah lautan sehingga ke dasar. Allah berfirman kepada Musa as. Kamu jalan dahulu bersama puak kamu kerana sebentar lagi Fir’aun dan kaumnya yang mengikut kamu bakal ditenggelamkan. Akhirnya, lihatlah wahai manusia, segala harta Firaun dan kaumnya itu terpaksa ditinggalkan dan mereka dimatikan semua sekali oleh Aku. Ini balasan busuk hati ke atas RasulKu. Ini lah tersebut kisah bani Israel supaya diceritakan pada sahabatmu seterusnya umatmu wahai Muhammad. Sekiranya yang mati itu orang beriman. Langit dan bumi menangis. Tetapi langit dan bumi tidak menangis atas kematian Firaun dan kaumnya ini. Kafir Mekah memberitahu pada Nabi Muhammad; “Hidup kami hidup sekali mati sekali. Bila mati tutup buku. Kami tidak akan dengar cerita karut Nabi Musa engkau ini. Kalau betul orang mati boleh hidup balik. Hidupkan sekarang kembali datuk nenek kami.” Firman Allah. Wahai Muhammad Tanya mereka “ adakah mereka lebih mulia dari kaum Tubbaq 900 tahun dahulu. Padahal 900 tahun dahulu Raja Tubbaq atau Raja Yamman yang berkuasa itu telah beriman dengan kamu wahai Muhammad apabila diberitahu paderi mereka. Di antara keturunan raja Tubbaq ini ialah salah seorang sahabat kamu Abu Ayub Al-Ansara ra. Raja Tubbaq yang menulis syair “Aku saksi Ahmad atau Muhammad itu Pesuruh Allah. Jika ditakdirkan dipanjangkan umur bertemunya 900 tahun akan datang. Aku akan jadi orang kanan Muhammad saw.


SAHABAT MENASIHATI BAGINDA SUPAYA MEMAAFKAN MUNAFIK

05-05-04 Sahih Muslim Saad bin Ubadah ra menyapa baginda lalu berkata “Ya Rasulullah , maafkanlah Abdullah Ubai bin Salul ini kerana dia merupakan kenamaan besar sebelum kamu hijrah di sini. Kerana punca iri hati dengan sambutan penduduk Madinah, imannya rosak menyebabkannya dia biadab pada kamu.” Sabda baginda saw. Aku maafkannya. 

Sahih Muslim dari Jundub bin Sufyan. Seorang wanita menegur perli Nabi saw setelah sekian lama Jibril tidak menyampaikan wahyu Allah. “Sudah berapa lama kamu tidak jumpa syaitan Jibril yang selalu datang.” Turun ayat Firman Allah ”Tuhan tidak tinggal dan benci pada kamu ya Muhammad.”

Surah Ad-Dukhaan Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 63 ayat 38-50 DUKHAAN BAHAGIAN 2

Kejadian langit dan bumi beserta segala isinya menyuruh manusia berfikir akan kebesaran ciptaan Kami yakni Allah tetapi manusia sibuk memikirkan kehebatan ciptaan teknologi mereka, padahal itu anugerah kepandaian dari Kami. Sehingga mereka sombong mempertikaikan akan janji azab Kami.
gambar hiasan
Di akhirat, seorang ibu tidak dapat menolong anaknya yang diheret ke neraka melainkan golongan pengecualian syafaat iaitu senarai Penghafaz Quran, Mati Syahid dan lainnya. Abu Jahal dan Fir’aun akan dicurah cairan tembaga panas dituang di atas kepala. Buah zakum disumbat melalui mulut sehingga meleburkan segala isi perut kulit tulang daging yang tidak tertahan sakitnya. Berlainan dengan penghuni syurga yang bersukaria dengan pakaian sutera syurga disamping bidadari yang rupawan. Mas kahwin bidadari itu merupakan mahar nilai sedekah ketika di dunia. Belum tentu Ustaz yang mengajar agama dapat syurga. Boleh jadi tukang sapu, pencuci tandas dan pengutip sampah di masjid surau itu lebih mulia tinggi darjatnya di sisi Allah. Nabi saw menunaikan solat ghaib kepada jenazah tukang cuci masjid yang dilupakan masyarakat kerana tukang cuci itu mulia di sisi Allah dan Rasul. Pohon syurga akan memberikan apa saja kehendak penghuni syurga dan mereka tidak akan mati lagi setelah mati buat pertama kali di alam dunia. Ahli syurga tidak akan ditarik ke neraka manakala ahli neraka muslim yang berdosa berpeluang masuk syurga tetapi setelah diazab bergantung pada jumlah dosa. Sengaja Kami takdirkan Quran turun dalam bahasa Arab tetapi rupa-rupanya tidak juga mereka beriman.





 

Tuesday, April 6, 2004

Hasutan Iblis vs ABiB

MUJAHADAH IKHLAS VS LINTASAN SYAITAN

06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms 224 syarah Ust Shamsuri bab Mujahadah Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai orang tua bagi menghalang tindakan Abib.

Iblis berkata “Jangan susahkan diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada Abib.

Iblis tertewas dan merayu meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan membatalkan niat menebang pokok tersebut.

Seperti yang dijanjikan, Abib diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:

“Dahulu kamu menang kerana kamu mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.

Sahih Muslim
3 sahabat terkurung dalam gua memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan.

Monday, March 8, 2004

IMAN 2004



Pengajian bahrulmazi jilid 18 syarah Ustaz Shamsuri. 

SUMPAH PALSU DIHARAMKAN KE SYURGA

08-03-04 Sahih Muslim dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw. Diharamkan syurga dan diwajibkan neraka sekiranya bersumpah mengambil hak orang lain walaupun benda itu tiada nilai.

JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN

Al-Hujarat 14  Mukmin dan Muslim itu berbeza, Iman belum hadir walaupun telah memeluk Islam.
Sahih Muslim
sabda Nabi saw. Tiada Iman seseorang Islam ketika berzina dan mencuri.

PERANGI KAFIR YANG MENGANCAM ISLAM SELAGI 
MEREKA BELUM MENGUCAP SYAHADAH

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah menyuruh muslim berperang selagi mana musuh iaitu kafir yang berniat menghancurkan Islam dan belum mengucap kalimah syahadah. “Aku naik saksi tiada Tuhan disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.”

JANGAN MELAYANI LINTASAN SYAITAN

12-04-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Apabila terperangkap dengan soalan yang meragukan di dalam fikiran seperti siapa cipta Allah sebelum Allah cipta manusia, bagaimana Allah dijadikan maka hendaklah berhenti dari memikirkannya dengan meminta berlindung dari syaitan yang direjam [A’uzubillahiminasyaitanirajim & Amantubillah] dan berkata aku beriman dengan Allah. Berjaya mengelakkan diri dari melayaninya itu tanda sempurna iman.  

PEMERINTAH WAJIB MEMERANGI MURTAD

Sahih AtTirmizi dari Abu Bakar As Siddiq sabda Nabi saw. Muslim tidak boleh dibunuh melainkan murtad dengan membantah syariat Allah. Muslim yang menunaikan solat 5 waktu tetapi menolak kewajipan berzakat itu adalah murtad dan wajib diperangi. Kemudian Abu bakar mempersiapkan tenteranya berperang dengan mereka yang kufar kerana mereka hanya menurut hukum Islam hanya jika Nabi saw masih hidup.

JAWAB AZAN DAN DOA SELEPAS AZAN

10-05-04 Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi saw. Apabila mendengar azan, maka jawab seperti yang diazan kecuali pada haiya alalsola dan haiya alalfala iaitu dijawab lahaulawala kuwata illabillah. Selepas azan, selawatkan kepadaku dan Allah selawatkan kepadanya 10 kali ganda dan akhiri dengan doa kerana aku akan berikan syafaatku padanya. Allahumarabbaha zihiddaqwattittamatiwassolatilqa imah, Atimuhammadanilwasilatawalfadilah.  Wab’ a’ tulmaqa dalmahmudallazi wa’addah.   

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan akan lari dalam keadaan hina apabila mendengar azan. Ia kembali selepas azan kemudian lari apabila mendengar iqamah. Selepas iqamah, syaitan tidak putus asa dan kembali semula untuk mengganggu mereka yang menunaikan solat. 

MENDIRIKAN ISLAM SEPERTI MENDIRIKAN KEMAH 5 TIANG

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Mendirikan Islam seperti mendirikan kemah 5 tiang dimana tiang tengah itu ialah kalimah syahadah. Tiang kedua ialah solat fardu, tiang ketiga ialah zakat, tiang keempat ialah puasa dan tiang kelima ialah haji bagi yang mampu. 

MAKMUM TIDAK DISUNATKAN MENJAWAB SAMI ALLAHULIMAN HAMIDAH

14-06-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Imam dijadikan untuk diikuti. Tidak disunatkan menjawab sami allahuliman hamidah tetapi menjawab rabbana lakalham.

NABI SAW MENJADI IMAM DAN ABU BAKAR DI SEBELAH 
KANAN BAGINDA SEBAGAI MAKMUM

Sahih Muslim dari Ubaidillah bin Abdillah ra dan Aisyah ra. Nabi saw menjadi imam solat Zohor dengan keadaan solat duduk kerana terlalu uzur 2 hari sebelum kewafatan baginda. Baginda dipapah oleh Ali dan Abbas setelah 3 kali pengsan dalam perjalanan ke masjid. Abu Bakar As-Siddiq ra menjadi makmum berdiri sedikit di belakang dan di sebelah kanan imam sebagai panduan ramai makmum lain di belakang. 

ALLAH SUKA PADA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Yahya bin Yaqmar ra kata Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Menolak qada’ dan qadar atau takdir ketentuan atau mana-mana salah satu dalam rukun iman itu terkeluar dari Islam. Allah suka kepada kekemasan dan kebersihan.  Malaikat Jibril menyerupai seorang pemuda berjubah putih, kemas, bersih disamping berambut dan berjanggut hitam berkilat datang berjumpa dengan panggilan Ya Muhammad tanpa panggilan Rasul dihadapan khalayak ramai para sahabat besar di dalam masjid. Jibril duduk disebelah Nabi saw seolah-olah sudah bersahabat lama tetapi para sahabat kesemuanya pelik kerana tiada seorangpun yang mengenali Jibril as. 

BANYAKKAN SUJUD PADA ALLAH SEKIRANYA INGIN 
MENCERAHKAN PELUANG KE SYURGA

12-07-04 Sahih Muslim dari Maghdan dan Thauban ra sabda Nabi saw. Setiap sujud dihapuskan 1 dosa dan dinaikkan darjat. Syurga tidak boleh masuk melainkan bersih dari dosa. Allah tidak redha sekiranya penuh dengan dosa. Dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu masuk syurga banyakkan rajin solat sunat atau sujud kepada Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi saw Manusia paling hampir dengan Tuhan ketika sujud jadi banyakkan berdoa ketika sujud. 

RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada Malaikat Jibril as yang menyerupai seorang pemuda. 6 Rukun Iman terdiri dari percaya kepada 1) Allah, 2) Malaikat, 3) Kitab-kitab (bersandarkan Al-Quran dan Hadis) 4) Rasul (Nabi Muhammad saw), 5) Hari Kiamat (mati dan kiamat besar) dan 6) Qada Qadar (Takdir Ketentuan), 5 Rukun Islam 1)2 kalimah syahadah 2) Solat fardu 3 )Zakat fardu 4) Puasa fardu dan 5) Haji fardu bagi yang mampu. Malaikat Jibril as membenarkan apa yang disebut Nabi saw. 

AZAB KUBUR ITU PASTI SELEPAS MENINGGALKAN DUNIA YANG SEMENTARA INI

09-08-04 Sahih Muslim dari A’isyah ra sabda Nabi saw. Azab kubur bergantung kepada amalan sesorang pada Allah. Segala binatang boleh mendengar seksaan kubur ke atas penghuninya kecuali jin dan manusia. Nabi saw tidak pernah meninggalkan doa minta berlindung dari azab kubur. 

TARIKH HARI KIAMAT HANYA RAHSIA ALLAH  DAN TIADA SIAPA BOLEH MERAMAL

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada Malaikat Jibril as. Nabi saw dan Jibril yang menyerupai pemuda berpakaian kemas itu sepakat bersetuju dikalangan mereka berdua (Nabi saw dan Jibril as) tidak mengetahui hari kiamat. Tetapi Nabi saw memberitahu Jibril antara tanda kiamat itu ialah anak menjadi tuan kepada ibunya dan miskin menjadi kaya. 3 hari selepas pertemuan di dalam majlis yang ramai para sahabat itu akhirnya Nabi saw memberitahu kepada Omar Al-Khattab ra bahawasanya pemuda segak bergaya itu ialah Jibril Alaihi Salam yang bertujuan menyampaikan risalah kepada umat Islam tentang tiang agama.

JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN IAITU BERIMAN PADA ALLAH

HR AtTirmizi dari Ibni Abbas ra pesan Nabi saw 4 perkara. 1) Jadi muslim yang mukmin 2)Mesti solat 5 waktu 3) Pastikan bayar zakat 5)Harta rampasan perang mesti dibahagi 5 bahagian

AKHLAK BAIK AKAN MEMBUAHKAN KEIMANAN

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Sempurna iman ialah baik perbuatannya disamping berlemah-lembut dengan keluarganya sehingga dihormati oleh semua ahli keluarganya. Kebanyakan wanita masuk neraka kerana merendahkan kebaikan suaminya atau melukakan hati suaminya. 

LUMRAH KEHIDUPAN, SUKAR MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK

13-09-04 Sahih Bukhari dari Amru bin Taqlib ra sabda Nabi saw selepas menyebut Alhamdulillah apabila terdapat golongan yang tidak menerima harta rampasan perang bertindak mencerca baginda. “Mereka yang tidak terima itu lebih disayangiku dan akan mendapat ganjaran Allah lebih baik berbanding yang menerima”  Kata Amru bin Taqlib ra Demi Allah, janji Nabi saw kepadaku itu lebih bernilai dari harta kekayaan.

IMAN BERMULA DARI AMALAN KECIL
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Serendah iman itu ialah menyingkirkan benda tajam yang boleh mencederakan pejalan kaki di laluan jalan. Iman paling tinggi ialah ucapan 2 kalimah syahadah.

MALU SALAH SATU CABANG IMAN

Sahih Attirmizi dari Salim bin Ibnu Omar Al-Khattab sabda Nabi saw kepada seorang pemuda yang memarahi abangnya. Jangan memarahi abang kamu kerana sifat pemalunya sehingga susah untuk bercakap kerana malu itu salah satu cabang iman. 

SETIAP CAKAP ITU RACUN MELAINKAN TUJUAN DAKWAH

HR AtTirmizi dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Sekiranya umatku diwajibkan menggosok gigi setiap kali sebelum solat maka aku akan mewajibkannya kepada umatku. Sekiranya kamu ingin masuk syurga, jangan syirik selain Allah, solat fardu beserta rukun dan sunatnya, zakat, puasa bulan Ramadhan dan haji sekiranya mampu. Solat sunat tengah malam itu tanda orang soleh dan hanya orang soleh yang boleh melakukannya. Jangan guna lidah sesuka hati kerana ia boleh merosakkan segala amal. Jangan bercakap perkataan maksiat atau sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain dan jangan cakap sesuatu yang kufur. Tersangat ramai Penguni Neraka terdiri dari dosa akibat lidahnya. Setiap patah perkataan akan dinilai di akhirat. Setiap cakap itu racun melainkan digunakan untuk berdakwah ke jalan Islam.




Tuesday, February 17, 2004

As-Sajdah 1-30 Sujud Sajdah



Surah AsSajdah 1-11 (17-02-04) Nurul Ihsan jilid 3 ms 249 syarah Ustaz Shamsuri

HANYA NABI SULAIMAN PEMERINTAH MAKHLUK GHAIB

17-02-04 Sahih Muslim dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Sekiranya Nabi Sulaiman as tidak berdoa supaya Allah memberikan anugerah menguasai makhluk ghaib hanya kepada dirinya sahaja pasti aku menangkap Iblis lalu dijadikan permainan kanak-kanak. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Membaca surah yang mengandungi ayat Sajdah di dalamnya ketika sujud menyebabkan syaitan meraung kerana dirinya kekal neraka.

MATI KAFIR KERANA TIDAK SUJUD SAJDAH

Sahih Bukhari. Nabi saw suka membaca surah sajdah pagi Subuh. Ketika Nabi saw menjadi imam membaca surah sajdah sambil sujud. Semua makmum sujud kecuali seorang tua yang enggan sujud dengan memadai baginya menyapu dahinya dengan tanah. Orang tua itu mati kafir kerana kesombongannya berbanding makmum lain. 

ALLAH PENENTU HUKUM ALAM SEMESTA TERMASUK HUDUD

Teks huraian terjemahan 1-11  

Allah satu-satunya Penguasa & Pencipta langit dan bumi dan tiada Tuhan selain dariNya. Allah dan pilihanNya saja dapat memberi syafaat manusia di akhirat.  Hukum hudud Allah wajib diyakini dan ia bukan soal parti. Peringkat sekarang ialah peringkat bincang cara perlaksanaan yang terbaik. Allah mentadbir, memuliakan, mematikan, menghina siapa saja atau apa saja dengan menentukan hukum alam cakerawala termasuk kematian manusia. Manusia pertama atau Adam dijadikan Allah dari tanah diikuti kelahiran terkemudian dari air mani dari makanan punca hasil tanah melalui kandungan ibunya. Roh ditiupkan dari seketul jasad keras menjadi hidup. Allah letakkan Akal Otak Hati Perasaan untuk manusia ciptaanNya berfikir. Tiba-tiba apabila manusia itu menjadi kaya berpangkat pendidikan tinggi, mereka jadi sombong. 

NABI MUSA AS AMAT MENJAGA AURAT

18-05-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Bani Israel mengamalkan mandi bogel beramai-ramai menuduh Nabi Musa as penyakit telur besar semata-mata Musa tidak mahu menyertai perangai buruk mandi mereka. Suatu hari, ketika Musa as mengejar batu yang melarikan pakaiannya ketika mandi bersendirian. Bani Israel ternampak lalu memberitahu kawan-kawannya. “Demi Allah, Nabi Musa tiada penyakit telur besar.”

JAGA AURAT WALAUPUN SAMA LELAKI ATAU SAMA PEREMPUAN

Sahih Muslim dari Ibnu Abbas. Allah memelihara aurat Nabi Muhammad saw semenjak baginda belum menjadi Nabi. 

Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Jangan sengaja buka aurat, tunjuk aurat dan tengok aurat walaupun sesama lelaki atau sesama perempuan. Jangan tidak memakai pakaian dalam selimut walaupun sesama lelaki atau sesama perempuan. 

PENGUNI NERAKA YANG DIUMUMKAN SECARA RASMI OLEH ALLAH

Terjemahan surah As-Sajdah Maqiah ayat 12-22

Firman Allah. Di padang mahsyar, penguni neraka mengaku kebenaran alam akhirat dan memohon supaya dapat kembali ke dunia untuk beramal soleh. Orang-orang berdosa akan dihina seteruk-teruk hinaan. Beruntunglah manusia yang mendapat hidayah yang berusaha mencari jalanKu.  Sekiranya Tuhan kamu mahu, Seluruh penduduk dunia beriman denganKu. Tapi Aku sudah Janji iaitu Janji Aku, Aku memang tidak jadikan semua manusia beriman kafir kerana Neraka JahanamKu akan memenuhi para manusia dan jin yang jahat. Malaikat penjaga Neraka akan melayan penghuni neraka dengan penuh kekasaran tiada tandingan binatang buas yang kasar di dunia. Sesungguhnya Kami iaitu Allah, oleh kerana dahulu kamu lupa Kami. Maka Kami lupakan kamu. Orang beriman tiada takabur, tiada lalai dari tempat tidur, tiada sombong dan sentiasa sujud kepada Allah apabila dengar bacaan Quran. Hanya Aku saja yang mengetahui Istana Syurga dan langsung tidak terfikir oleh manusia. Mukmin itu Ahli Syurga dan Fasik & Kafir itu Ahli Neraka. Amal fardu Sunat itu Jannatul Maqwa. Ahli Neraka tetap kekal selamanya dan tidak sama sekali dapat keluar dari neraka. Selagi masih hidup di dunia, pintu taubat tetap terbuka. 

RASULULLAH SAW KETIKA UZUR NAZAK SEBELUM WAFAT

15-06-04 Sahih Muslim dari Ubaidillah bin Abdillah ra. Kata Aisyah ra. Nabi saw meminta izin pada semua isterinya dengan memilih untuk wafat di rumah Aisyah ketika nazak.
Sahih Muslim dari Ibnu Syiha radiallahu anhu cerita Anaz bin Malek ra. Sepanjang tempoh sakit Nabi saw, baginda melantik Abu Bakar As Siddiq ra. 

PENGUMUMAN AGAMA YANG BENAR SECARA RASMI DI PADANG 
MAHSYAR OLEH ALLAH DI HADAPAN SEMUA MANUSIA

Terjemahan Nurul Ihsan jilid 3 surah As-Sajdah Maqiah ms 253 ayat 23-30
Nabi saw dipertemukan dengan Musa as ketika Isra’ Mi’raj di Baitulmaqdis dan di langit ke 6. Nabi Musa as dijadikan Allah sebagai pemimpin Bani Israel ke jalan kebenaran. Nabi Ibrahim as merupakan pemimpin besar di atas muka bumi dan baginda berdoa agar akan ada zuriatnya yang meneruskan pimpinan dunia. Allah berfirman, yang zalim walaupun keturunan zuriat kamu tidak akan jadi pemimpin. Pemimpin hanya orang yang sabar dengan ujian musuh. Allah mengumumkan secara rasmi di padang mahsyar Islam agama yang benar. Bumi mati seperti tanah gersang Kami tumbuhkan pokok maka tidak mustahil manusia juga Kami hidupkan. Beritahu kafir, sekiranya mereka betul dengan tuhan mereka, beritahu tuhan mereka binasakan Kami. Bila tiba kiamat, ketika itu baru mereka hendak beriman, tiada taubat atau sebarang alasan lagi. Biarkan mereka yang degil menyembah selainKu, azabKu bakal binasakan mereka.