Pengajian bahrulmazi
jilid 18 syarah Ustaz Shamsuri.
SUMPAH PALSU DIHARAMKAN KE SYURGA
08-03-04 Sahih Muslim dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw.
Diharamkan syurga dan diwajibkan neraka sekiranya bersumpah mengambil hak orang
lain walaupun benda itu tiada nilai.
JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN
Al-Hujarat 14 Mukmin dan Muslim itu berbeza, Iman
belum hadir walaupun telah memeluk Islam.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Tiada Iman seseorang Islam ketika berzina dan mencuri.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Tiada Iman seseorang Islam ketika berzina dan mencuri.
PERANGI KAFIR YANG MENGANCAM ISLAM SELAGI
MEREKA BELUM MENGUCAP SYAHADAH
MEREKA BELUM MENGUCAP SYAHADAH
Sahih AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah menyuruh muslim berperang selagi mana musuh iaitu
kafir yang berniat menghancurkan Islam dan belum mengucap kalimah syahadah. “Aku naik saksi tiada Tuhan disembah selain Allah dan Nabi
Muhammad saw itu pesuruh Allah.”
JANGAN MELAYANI LINTASAN SYAITAN
12-04-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw.
Apabila terperangkap dengan soalan yang meragukan di dalam fikiran seperti
siapa cipta Allah sebelum Allah cipta manusia, bagaimana Allah dijadikan maka
hendaklah berhenti dari memikirkannya dengan meminta berlindung dari syaitan
yang direjam [A’uzubillahiminasyaitanirajim &
Amantubillah] dan berkata aku beriman dengan Allah. Berjaya mengelakkan
diri dari melayaninya itu tanda sempurna iman.
PEMERINTAH WAJIB MEMERANGI MURTAD
Sahih AtTirmizi dari Abu Bakar As Siddiq sabda Nabi saw. Muslim tidak
boleh dibunuh melainkan murtad dengan membantah syariat Allah. Muslim yang
menunaikan solat 5 waktu tetapi menolak kewajipan berzakat itu adalah murtad
dan wajib diperangi. Kemudian Abu bakar
mempersiapkan tenteranya berperang dengan mereka yang kufar kerana mereka hanya
menurut hukum Islam hanya jika Nabi saw masih hidup.
JAWAB AZAN DAN DOA SELEPAS AZAN
10-05-04 Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Az ra
sabda Nabi saw. Apabila mendengar azan, maka jawab seperti yang diazan kecuali
pada haiya alalsola dan haiya alalfala iaitu dijawab lahaulawala kuwata
illabillah. Selepas azan, selawatkan kepadaku dan Allah selawatkan kepadanya 10
kali ganda dan akhiri dengan doa kerana aku akan berikan syafaatku padanya. Allahumarabbaha zihiddaqwattittamatiwassolatilqa
imah, Atimuhammadanilwasilatawalfadilah. Wab’ a’ tulmaqa dalmahmudallazi
wa’addah.
Sahih Muslim dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan akan lari dalam keadaan hina apabila mendengar
azan. Ia kembali selepas azan kemudian lari apabila mendengar iqamah. Selepas
iqamah, syaitan tidak putus asa dan kembali semula untuk mengganggu mereka yang
menunaikan solat.
MENDIRIKAN ISLAM SEPERTI MENDIRIKAN KEMAH 5 TIANG
Sahih AtTirmizi sabda Nabi
saw. Mendirikan Islam seperti mendirikan kemah 5 tiang dimana tiang tengah itu
ialah kalimah syahadah. Tiang kedua ialah solat fardu, tiang ketiga ialah zakat,
tiang keempat ialah puasa dan tiang kelima ialah haji bagi yang mampu.
MAKMUM TIDAK DISUNATKAN MENJAWAB SAMI ALLAHULIMAN HAMIDAH
14-06-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Imam
dijadikan untuk diikuti. Tidak disunatkan menjawab sami allahuliman hamidah
tetapi menjawab rabbana lakalham.
NABI SAW MENJADI IMAM DAN ABU BAKAR DI SEBELAH
KANAN BAGINDA SEBAGAI MAKMUM
KANAN BAGINDA SEBAGAI MAKMUM
Sahih Muslim dari Ubaidillah
bin Abdillah ra dan Aisyah ra. Nabi saw menjadi imam solat Zohor dengan keadaan
solat duduk kerana terlalu uzur 2 hari sebelum kewafatan baginda. Baginda
dipapah oleh Ali dan Abbas setelah 3 kali pengsan dalam perjalanan ke masjid.
Abu Bakar As-Siddiq ra menjadi makmum berdiri sedikit di belakang dan di
sebelah kanan imam sebagai panduan ramai makmum lain di belakang.
ALLAH SUKA PADA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi
dari Yahya bin Yaqmar ra kata Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda
Nabi saw. Menolak qada’ dan qadar atau takdir ketentuan atau mana-mana salah
satu dalam rukun iman itu terkeluar dari Islam. Allah suka kepada kekemasan dan
kebersihan. Malaikat Jibril menyerupai
seorang pemuda berjubah putih, kemas, bersih disamping berambut dan berjanggut
hitam berkilat datang berjumpa dengan panggilan Ya Muhammad tanpa panggilan
Rasul dihadapan khalayak ramai para sahabat besar di dalam masjid. Jibril duduk
disebelah Nabi saw seolah-olah sudah bersahabat lama tetapi para sahabat
kesemuanya pelik kerana tiada seorangpun yang mengenali Jibril as.
BANYAKKAN SUJUD PADA ALLAH SEKIRANYA INGIN
MENCERAHKAN PELUANG KE SYURGA
MENCERAHKAN PELUANG KE SYURGA
12-07-04 Sahih Muslim dari Maghdan dan Thauban ra sabda Nabi
saw. Setiap sujud dihapuskan 1 dosa dan dinaikkan darjat. Syurga tidak boleh
masuk melainkan bersih dari dosa. Allah tidak redha sekiranya penuh dengan
dosa. Dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu masuk syurga banyakkan rajin
solat sunat atau sujud kepada Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi saw
Manusia paling hampir dengan Tuhan ketika sujud jadi banyakkan berdoa ketika
sujud.
RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN
HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi
dari Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada
Malaikat Jibril as yang menyerupai seorang pemuda. 6
Rukun Iman terdiri dari percaya kepada 1) Allah,
2) Malaikat, 3) Kitab-kitab (bersandarkan Al-Quran dan Hadis) 4) Rasul (Nabi
Muhammad saw), 5) Hari Kiamat (mati dan kiamat besar) dan 6) Qada Qadar (Takdir
Ketentuan), 5 Rukun Islam
1)2 kalimah syahadah 2) Solat fardu 3 )Zakat fardu 4) Puasa fardu dan 5) Haji
fardu bagi yang mampu. Malaikat Jibril as membenarkan apa yang disebut Nabi
saw.
AZAB KUBUR ITU PASTI SELEPAS MENINGGALKAN DUNIA YANG
SEMENTARA INI
09-08-04 Sahih Muslim dari A’isyah ra sabda Nabi saw. Azab
kubur bergantung kepada amalan sesorang pada Allah. Segala binatang boleh
mendengar seksaan kubur ke atas penghuninya kecuali jin dan manusia. Nabi saw
tidak pernah meninggalkan doa minta berlindung dari azab kubur.
TARIKH HARI KIAMAT HANYA RAHSIA ALLAH DAN TIADA SIAPA BOLEH MERAMAL
HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi
dari Ibnu Omar dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada Malaikat Jibril
as. Nabi saw dan Jibril yang menyerupai pemuda berpakaian kemas itu sepakat
bersetuju dikalangan mereka berdua (Nabi saw dan Jibril as) tidak mengetahui
hari kiamat. Tetapi Nabi saw memberitahu Jibril antara tanda kiamat itu ialah anak
menjadi tuan kepada ibunya dan miskin menjadi kaya. 3 hari selepas pertemuan di
dalam majlis yang ramai para sahabat itu akhirnya Nabi saw memberitahu kepada
Omar Al-Khattab ra bahawasanya pemuda segak bergaya itu ialah Jibril Alaihi Salam
yang bertujuan menyampaikan risalah kepada umat Islam tentang tiang agama.
JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN IAITU BERIMAN PADA ALLAH
HR AtTirmizi dari Ibni Abbas
ra pesan Nabi saw 4 perkara. 1) Jadi muslim yang mukmin 2)Mesti solat 5 waktu
3) Pastikan bayar zakat 5)Harta rampasan perang mesti dibahagi 5 bahagian
AKHLAK BAIK AKAN MEMBUAHKAN KEIMANAN
HR AtTirmizi sabda Nabi saw.
Sempurna iman ialah baik perbuatannya disamping berlemah-lembut dengan
keluarganya sehingga dihormati oleh semua ahli keluarganya. Kebanyakan wanita
masuk neraka kerana merendahkan kebaikan suaminya atau melukakan hati suaminya.
LUMRAH KEHIDUPAN, SUKAR MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK
13-09-04 Sahih Bukhari dari Amru bin Taqlib ra sabda Nabi saw
selepas menyebut Alhamdulillah apabila terdapat golongan yang tidak menerima
harta rampasan perang bertindak mencerca baginda. “Mereka yang tidak terima itu
lebih disayangiku dan akan mendapat ganjaran Allah lebih baik berbanding yang menerima”
Kata Amru bin
Taqlib ra Demi Allah, janji Nabi saw kepadaku itu lebih bernilai dari
harta kekayaan.
IMAN BERMULA DARI AMALAN KECIL
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Serendah iman
itu ialah menyingkirkan benda tajam yang boleh mencederakan pejalan kaki di
laluan jalan. Iman paling tinggi ialah ucapan 2 kalimah syahadah.
MALU SALAH SATU CABANG IMAN
Sahih Attirmizi dari Salim
bin Ibnu Omar Al-Khattab sabda Nabi saw kepada seorang pemuda yang memarahi
abangnya. Jangan memarahi abang kamu kerana sifat pemalunya sehingga susah
untuk bercakap kerana malu itu salah satu cabang iman.
SETIAP CAKAP ITU RACUN MELAINKAN TUJUAN DAKWAH
HR AtTirmizi dari Muaz bin
Jabal ra sabda Nabi saw. Sekiranya umatku diwajibkan menggosok gigi setiap kali
sebelum solat maka aku akan mewajibkannya kepada umatku. Sekiranya kamu ingin
masuk syurga, jangan syirik selain Allah, solat fardu beserta rukun dan
sunatnya, zakat, puasa bulan Ramadhan dan haji sekiranya mampu. Solat sunat
tengah malam itu tanda orang soleh dan hanya orang soleh yang boleh
melakukannya. Jangan guna lidah sesuka hati kerana ia boleh merosakkan segala
amal. Jangan bercakap perkataan maksiat atau sesuatu yang boleh menyakitkan
hati orang lain dan jangan cakap sesuatu yang kufur. Tersangat ramai Penguni
Neraka terdiri dari dosa akibat lidahnya. Setiap patah perkataan akan dinilai
di akhirat. Setiap cakap itu racun melainkan digunakan untuk berdakwah ke jalan
Islam.
No comments:
Post a Comment