Nota Cinta

Tuesday, April 6, 2004

Hasutan Iblis vs ABiB

MUJAHADAH IKHLAS VS LINTASAN SYAITAN

06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms 224 syarah Ust Shamsuri bab Mujahadah Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai orang tua bagi menghalang tindakan Abib.

Iblis berkata “Jangan susahkan diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada Abib.

Iblis tertewas dan merayu meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan membatalkan niat menebang pokok tersebut.

Seperti yang dijanjikan, Abib diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:

“Dahulu kamu menang kerana kamu mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.

Sahih Muslim
3 sahabat terkurung dalam gua memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan.

No comments:

Post a Comment