Nota Cinta

Tuesday, October 11, 2022

Dosa

https://www.youtube.com/watch?v=ro2dVmoFm0E Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12hb Oktober 2022

Hadis Qudsi dari Abu Hurairah ra, Firman ALLAH diolah dalam bahasa Rasulullah saw. Setiap kali hambaku melakukan dosa dan kemudian bertaubat memohon keampunan kepadaKu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Menyanyangi. 

Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 147. syarah Dato' Shamsuri Hj. Ahmad

Saidina Abu Bakr As-Sidiq ra, sabda Rasulullah saw, Siapa yang berwuduk kemudian solat sunat sambil menghina diri memohon keampunan maka Allah akan ampunkannya. 

Syaitan mengaburi mata dengan perhiasan duniawi
Menyesal dan bertaubat setelah melakukan dosa/kejahatan, berazam tidak mengulangi akan diampuni Allah. 

Hadis Sahih riwayat Imam Muslim, Abdullah b Mas'ud ra. sabda Nabi saw. Surah Hud 11:114 Solat 5 waktu dan taat perintah Allah akan menghapuskan dosa. 

Sahih Bukhari Abu Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Akibat tidak menghiraukan panggilan ibu ketika solat sunat, Juraij difitnah atas tuduhan merogol. Juraij ditangkap penduduk setempat serta dipukul. Juraij meminta agar ditangguhkan kes sehingga bayi kandungan wanita tersebut dilahirkan. Dengan kuasa Allah, setelah bayi hasil zina tersebut lahir ke dunia, bayi itu berbicara bahawa ayah kandungnya bukan Juraij. Juraij akhirnya dibebaskan. 

Sahih Bukhari, Abi Said Al-Qudri sabda Nabi s.a.w. hati-hati dengan dunia, hati-hati dengan wanita.

Sahih AtTirmizi, Syaitan mengaburi mata lelaki agar wanita yang haram baginya diperhiaskan kelihatan cantik dan menarik

Sunday, September 18, 2022

Umat Muhammad saksi NABI NOAH as.

https://www.youtube.com/watch?v=2YKFsfp4o3g

SHAMSURI HAJI AHMAD : KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4


Muqaddmah
Sahih Bukhari, Abdullah b Abbas r anhuma. Sabda Nabi Muhammad saw, Syaitan membisikkan agar manusia mengukir patung bagi memperingati jasa orang soleh yang telah mati. Generasi terkemudian disesatkan sehingga menyembah patung tersebut. 

Sahih Bukhari sabda Nabi Muhammad saw. Umat Nabi Nuh as menipu di mahkamah akhirat nanti dengan mengatakan Nuh tidak menyampaikan dakwah Islamiah. Nabi Nuh as mengatakan umat Nabi Muhammad saw menjadi saksi kerana mereka membaca Al-Quran. 

Pengajian tafsir Al-Quran kitab Nurul Ihsan surah Nuh 71:1-28 ms223 
71:1-14 & Hud 11:41-46 
ombak


Seruan Nabi Nuh a.s. Sesungguhnya
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG


Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".

(Hud 11:46)

Wednesday, September 14, 2022

Hidayah Omar & Wahshyi. Kisah 3 sahabat syahid meminta air

BM21 Siri 55 | 140922 | "Hidayah Unpredictable & Kisah Lah Keldai" - Ustaz Shamsuri Ahmad

Teks Muqaddimah - Ketika zaman awal Permulaan ISLAM


Sahih Muslim, sabda Rasulullah saw. kata-kata melaknat menuduh menyesatkan seseorang akan kena kembali kepada diri sendiri.
Hasan Abu Daud dari Abu Bakr As Siddiq sabda Rasulullah saw, para malaikat yang mempertahankan kamu ketika kamu tidak menjawab pertuduhan tersebut telah beredar ketika kamu bangkit mempertahankan diri. Segerombolan kumpulan syaitan pula datang menggantikan tempat mereka.

Ikrimah b Abi Jahal ingin membalas dendam dengan menyerang hendap rombongan Rasulullah saw tetapi digagalkan oleh Khalid Al-Walid. Apabila pembukaan Kota Mekah, beliau memeluk Islam apabila terpesona dengan keperibadian mulia Rasulullah saw. beliau langsung tidak mempedulikan kata-kata orang ramai yang mengatakan Rasulullah saw sebaliknya. Ikrimah mengamuk ingin menghancurkan musuh Islam lalu meluru berseorangan menuju ke pasukan musuh. 

Selesai perang Yarmuk, ketika Ikrimah,  Ayaj b Rabiah, Al Haris b Hisyam cedera parah meminta air. Sahabat membawa air mengutamakan Ikrimah tetapi Ikrimah menyuruh memberi air kepada Ayaj dan Al-Haris tetapi masing-masing menyuruh memberikan kepada yang memerlukan. Akhirnya ketiga-tiga sahabat syahid sebelum meminum air yang dibawa...

Wednesday, August 10, 2022

Manusia Jahat terpedaya oleh Syaitan

https://www.youtube.com/watch?v=fAhAKc94nFw&t=869s

Surah Al-Araf 7:12-18 Dendam Iblis terhadap manusia, akan sentiasa menghasut agar manusia melanggar perintah ALLAH dan terus jatuh ke lembah kesesatan. 


Surah Luqman ayat 31:34
ALLAH MAHA MENGETAHUI tiada jangkauan akal fikiran manusia

Surah Al-Hasy-r 59:16 Syaitan perdayakan manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"

Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 142, Nabi Muhammad saw cedera pecah di muka dan patah gigi geraham ketika Perang Uhud. KELAM KABUT PERANG UHUD BHGN 2

Sahih Bukhari dari Jabir r anhuma seorang sahabat bertanya, sekiranya syahid di perang Uhud ini, kemana saya ya Rasulullah saw. Jawab Nabi Muhammad saw. "TENTULAH SYURGA". Bergegas sahabat tersebut terus menuju ke medan perang. 

Sebahagian mengatakan hadis Daif, ketika Saad b ArRabiq Al-Ansari sedang nazak cedera parah selepas Perang Uhud, beliau berpesan kepada para sahabat yang masih hidup, "apa yang kita akan jawab depan ALLAH sekiranya Rasulullah saw mati dan kita masih hidup dalam perang ini...".

Wednesday, July 13, 2022

Yahudi dan Nasrani menolak Nabi Muhammad saw

https://www.youtube.com/watch?v=aNgbZuNQoqU&t=5876s 

Sahih Bukhari dari Al-Barraq b Aziq ra, Kehadiran Rasulullah saw pertama kali ke Madinah disambut dengan sungguh meriah

Kuliah Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 21 ms 141 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad

Bahas b Hakim dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw. Surah Ali Imran ayat 110: Umat Muhammad adalah sebaik-baik umat, disuruh membuat kebaikan yang makruf dan menolak kemungkaran. Sayangnya, Yahudi dan Nasrani menolak Nabi Muhammad saw dan mereka kekal di neraka. Walau bagaimanapun bukan semua Yahudi dan Nasrani itu fasik, ada yang beriman memeluk Islam seperti tokoh ulama besar bani Israel, Abdullah bin Salam yang sebelumnya pendita Yahudi alim kitab Taurat. 

yemen-city-lights-cityscape

Sahih Bukhari dari Anaz b Malik ra. Seorang pendita Yahudi, Abdullah bin Salam bertanya 3 soalan kepada nabi Muhammad saw bagi membuktikan kerasulan baginda. Soalan-soalannya berbunyi Tanda Awal Kiamat, Makanan Pertama Ahli Syurga dan Anak pertama iras muka ayah atau ibu. Jawab Rasulullah saw, jawapan pertama ialah keluar api besar dari Yaman mengejar manusia, kedua, hati ikan paus dan ketiga, iras kepada air suami atau isteri yang mana keluar dahulu. Akhirnya, Abdullah bin Salam memeluk Islam. 

Monday, February 21, 2022

ALLAH BENCI MANUSIA SOMBONG

https://www.youtube.com/watch?v=nA3H0c79yMs  LIVE-210222 : Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 21 Februari 2022. TOPIK ALLAH TIDAK MUNGKIR JANJI DENGAN AZABNYA & ALLAH BENCI MANUSIA SOMBONG

Al-Ankabut 29:39-40  (Kekayaan Qarun @Al-Qassas 28:76-78) Wahai manusia, Ingatlah peristiwa Qarun, Firaun@Penguasa besar & Haman@Genius Bijaksana yang menentang RasulKu, baginda Nabi Musa as. Ketiga-tiga musuh Allah ini tidak terlepas dari Azab, Qarun ditenggelamkan gempa bumi, Firaun dikaramkan ke dasar laut. Allah tidak zalim, manusia menzalimi diri mereka sendiri!

Hud 11:32 Kaum Nabi Nuh cabar segerakan azab kalau Allah betul wujud Al-Araf 7:70 Kaum Nabi Hud cabar segerakan azab sekiranya benar ada Allah

As-Syams 91:11-15 Seorang laki dikalangan samseng paling jahat dari kaum Thamud / Samud, bangun mencabar Nabi Saleh as lalu menyembelih unta Allah SWT. Hud 11:65 sabda Nabi Salleh as. "Lepas 3 hari, kamu semua menerima azab Allah" Muncul Jerkahan langit sehingga nati kesemua penduduk di Ma'dain Salleh. 

Tafsir pengajian kitab hati, Nurul Ihsan surah 70@ Al-Maarij ms223 ayat 40 jilid 4

Al-Ma'arij 70:40 

Sahih Muslim, dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw "sifat takabur dan mulia itu sifat Allah, siapa yang cuba mengambil sifat ini, dia melawan Allah dan tidak cium baru syurga sesiapa memiliki sifat sombong takabur. Allah Maha Cantik dan suka kecantikan, Takabur ialah menolak kebenaran Quran dan Hadis, dan Takabur memandang hina manusia.

Al-Ma'arij 40-44

70:40 Allah bersumpah demi kebesaranNya mencipta matahari bulan bintang bahawa Dia Maha KUASA

70:41 Allah sangat mudah boleh ganti manusia yang berdosa di dunia ini dengan makhkuk baru 

70:42 Tinggalkan mereka yang tidak mahu mengikuti mu wahai Muhammad biarkan mereka lalai dengan duniawi. 

70:43 Hari Kiamat, mereka mesti akan tahu kebenarannya, hari dimana manusia bangun dari kematian segera berlari menuju ke padang mahsyar

Sahih muslim dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi saw. Tiupan sangkakala kedua, turun sejenis air langit ke bumi, tumbuh manusia dari tulang sulbi manusia yang Allah tidak hancurkannya sejak zaman Nabi Adam as. 

10 Tanda Kiamat Besar 1-Kabus 2-Dajal 3-Keluarnya Binatang Dabah 4-Matahari naik sebelah Barat 5-Turun Isa Ibnu Maryam 6-Yaajud & Majud bermata sepet berkulit kuning 7-Gempa Bumi Timur 8-Gempa Bumi Barat 9-Gempa Semenanjung Arab 10-Kebakaran api kejar manusia ke perhimpunan Mahsyar

70:44 Inilah hari Kiamat Besar YANG DIJANJIKAN telah tiba buat kamu wahai manusia!

Sahih Bukhari sabda Rasulullah saw, ALLAH menyuruh muslim mencari pahala untuk setiap perbuatan pekerjaan yang dilakukan

Wednesday, February 9, 2022

Murtad Hati, Cakap & Perbuatan

090222 : Bahrul Mazi Jilid 21 ms 138 (Siri 52) - Syarah Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang. https://www.youtube.com/watch?v=F4DY-cqk7rg&t=0s

Sahih Bukhari dari tabiin Mahmud b ArRabiq dari Sahabat Rasulullah saw, Iqban b Malek Al-Ansari ra  sabda Nabi saw kepada seorang tukang tuduh mengatakan, "memang Allah dan Rasul tahu tentang Malek b Duqsyum ini tapi kami tetap kata dia ini munafik" Balas Rasulullah saw. Syahadah mencari keredhaan Allah tidak kekal selamanya di neraka. 

Sahih Muslim dari Annaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. 2 Kalimah Syahadah yang ikhlas akan dipelihara oleh Allah SWT. 

Murtad boleh berlaku 3 cara kufur dengan hati, percakapan dan perbuatan walaupun berlakon, bergurau bercakap contoh-(kalau betul nak ikut Quran Hadis, naik unta la) & dalam hati (terdetik- contoh wujudkah Allah, wujudkah malaikat rakib atib ni). 

Murtad 1. perbuatan 2. percakapan 3. hati 4. kesempitan hidup 5 pasangan kahwin murtad  

At-Taubah 9:64 At-Taubah 9:65 At-Taubah 9:86 mati kufur / fasik tidak dibenarkan solat jenazah

Sahih Bukhari, Ibnu Abbas ra, sabda NabiSAW, hanya ALLAH boleh guna api seksa manusia, manusia haram bunuh makhluk lain guna api. 

(An-Naba' 78:40) Azab Kubur , (kafir mengataan alangkah baik kalau mati jadi tanah bukan hidup kembali jadi manusia). mati beriman muka bercahaya, ikhlas, berpegang kuat Quran Sunnah, mati kafir / kufur mukanya hitam legam, ahlul bid'ah, munafik. Muka putih hitam bawa amal kebaikan dan hitam dosa dunia.

Riwayat Annaz b Malek ra. sabda NabiSAW. muka nur bercahaya di akhirat apabila rajin mendengar hadis Rasulullah saw. Dengar Faham dan sampaikan kepada orang lain. 

Sahih Bukhari, Setiap kawasan seluruh anggota badan manusia yang kena air wuduk akan bercahaya di akhirat

Monday, January 17, 2022

Takrir Sunnah ketika Rasulullah saw masih hidup

Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang. pada 17hb Januari 2022 https://www.youtube.com/watch?v=FS87f5bmFT4


Sahih Abu Yaqla ra sabda Nabi saw, bermula kebinasaan umat apabila manusia berzina di jalanan. 
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. manusia sukar terselamat dari zina mata, zina pendengaran, zina lidah, zina tangan, zina kaki(menuju lokasi), zina hati (keinginan) dan akhirnya bakal diputuskan oleh zina kemaluan

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4, surah 70: Al-Maa'rij ms 222 
gambar sekadar hiasan




Al-Maarij 70:31 Berzina melampaui batas
70:32 Ciri orang "beriman" ialah Amanah. Al-Ahzab 33:72 Ketika langit, bumi dan gunung-ganang takut memikul "beban amanah" sebaliknya manusia pula yang berkeinginan memikul "beban amanah" dan ketahuilah kebanyakan manusia itu jahil dan menzalimi diri mereka sendiri.
70:34 Dan mereka yang Jaga Solat Ibrahim 14:37 Ketika Nabi Ibrahim as berada di tanah usang di Mekah, baginda berdoa "Ya Tuhanku, jadikan isteri dan anakku mendirikan solat, jadikan hati manusia tertarik kepada Mekah. Limpahkan hasil tanaman buah-buahan disini..." Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda Nabi saw kepada yang membaca (Allah hu akbar kabira Walham dulillah hi kasira WasubhanAllahibuqrataw wa asila), "aku melihat terbuka pintu-pintu langit" (Takrir Sunnah hanya ketika Rasulullah saw masih hidup)
70:35 Mereka yang demikian ditempatkan di Syurga ( 1) Jaga solat 2) Zakat 3) Percaya hari pembalasan 4) takut azab Allah 5) Jaga kemaluan 6) Amanah 7) Saksi Benar 8) Jaga Solat ) "2 kali Allah ulang JAGA SOLAT" *jangan menunjuk/jangan riak ketika solat*
70:36 Menentang Nabi Muhammad saw menyebabkan menjadi kufur
70:37 berpura-pura membenarkan Nabi Muhammad saw adalah 
70:38 tidak beriman kerana manusia tidak boleh sombong. Ini kerana
70:39 Manusia berasal dari titisan mani yang hina mustahil boleh masuk syurga
70:40 Allah bersumpah dengan diriNya sendiri, Tuhan yang Menguasai Bulan, Bintang, Mahatahari dan Alam Semesta bahawasanya Allah Maha BerKuasa !
70:41 Manusia tidak boleh sombong kerana Allah mudah binasakan semua manusia dengan menggantikan makhluk yang lain 

Wednesday, January 12, 2022

DEBAT ISLAM VS KRISTIAN

120122 : Pengajian kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 136 (Siri 51) - Syarah oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad  Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

https://www.youtube.com/watch?v=XaOeBzBHi0g #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama

Muqaddimah "3 Tanda Bahagia Manusia"

Sahih Imam Ahmad dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. "3 tanda bahagia manusia ialah isteri solehah, rumah luas dan kenderaan berkualiti. 3 tanda sengsara manusia ialah leteran isteri, rumah sempit dan kenderaan uzur. Jangan melihat golongan atasan kerana lihat golongan bawahan akan merasa syukur kepada Allah s.w.t."

Al-Munafiqun ayat 9, Jangan rosak akibat anak-anak dan harta benda

Sahih Imam Muslim, Hilal bin Umaiyyah ra sumpah Li'an 5 kali menuduh isterinya zina da isterina sumpah menafikan tuduhan juga 5 kali. Setelah bayi lahir dari kandungan hasil hubungan intim yang dituduh zina, Rasulullah saw mengesahkan bayi tersebut hasil zina. Wanita yang bersalah tidak direjam sampai mati tetapi hukuman menanti di akhirat.

DEBAT ISLAM vs KRISTIAN

Hujah Rasulullah s.a.w. tentang pertikaian penganut Nasrani@(kini Kristian) Surah Ali Imran ayat 59 Allah s.w.t boleh jadikan Nabi Adam s.a.w. dilahirkan tiada ibu bapa, dan mudah bagi Allah menjadikan Isa itu lahir ke dunia tanpa bapa. 
Surah Ali Imran ayat 61, Panggil mereka bermubahalah sumpah laknat dan Allah s.w.t menjadi saksi hakim bagi membuktikan kebenaran. 
HR At Tirmizi dari Saad Abi Waqas ra, Rasulullah saw mewujudkan majlis bermubahalah sumpah laknat dengan memanggil ahli keluarga terdekat "ahlul bait/keluarga isi rumah" baginda, Fatimah, Hasan, Husin dan Ali untuk mencabar utusan wakil kumpulan Nasrani@kini Kristian. Para paderi Kristian mengakui kebenaran Nabi Muhammad saw dalam kitab injil mereka, tetapi mereka tetap menolak hujah Rasulullah saw dan tetap mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan. Setelah ketua paderi meneliti wajah-wajah ahlul bait Rasulullah saw, ketua paderi takut dengan kuasa Allah yang akan mengabulkan doa Nabi Muhammad saw untuk menghancurkan Nasrani@Kristian lalu menolak majlis cabaran sumpah laknat tersebut. 

Sabda Rasulullah saw. "Sekiranya kamu menolak cabaran ini bermakna kamu memeluk Islam. Sekiranya kamu tidak mahu memeluk Islam, maka sekiranya kita bertemu lagi akan datang, kami istihar peperangan." Balas Ketua paderi pula, "tak perlulah berperang, elok kita berdamai, kamu ikut agama kamu, jangan larang kami ikut agama kami dan kami sanggup bayar cukai kepada muslim."

* ahli keluarga Ahlul Bait, Nabi Muhammad saw, semua anak-anak Rasulullah saw, keturunan Bani hashim dan bani Abdul Muttalib. * ahlul bait tidak boleh menerima zakat. 
Sahal b Saad ra, Saidina Ali Abi Talib sangat disukai dipanggil "Abu Turat/bapa tanah debu" kerana gelaran tersebut diberi oleh Rasulullah saw. 
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Rasulullah saw. Allah swt telah melantik anakku Fatimah menjadi penghulu muslimah di akhirat
Sahih Bukhari dari Al-Barraq b Aziq ra. sabda Rasulullah saw, " sayangilah cucuku sepertimana daku menyayangi mereka.. "

Tuesday, November 9, 2021

Wali Allah, Haji Mabrur

 #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama https://www.youtube.com/watch?v=UGtL1_F4hIo https://www.youtube.com/hashtag/kuliahagama Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 mukasurat 133 topik "haji afdal" berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

Riwayat Abi said al Qudri ra, sabda Nabi saw, demi Allah yang nyawaku ditanganNya, manusia yang memilih derhaka kepadaku akan masuk ke neraka. 

Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dari Omar Al-Khattab ra, sabda Nabi saw. Terdapat sekumpulan manusia bukan dikalangan para Nabi dan para Syuhada. Wajah mereka bercahaya dan mereka berdiri di atas cahaya di padang mahsyar. Firman Allah, para wali Allah ini tidak takut dan tidak berdukacita. Tafsir Quran tentang wali Allah daripada Ibnu Mas'Ud ra & Ibnu Abbas ra. Wali Allah ialah hatinya sentiasa mengingati Allah. 

Hadis Sahih An Nasai & Sahih Muslim, dari abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. Penghuni Syurga berdebat dengan Allah tentang sahabat baik muslim mereka tiada di syurga. Allah perintahkan para mala'ikatNya mencari ahli neraka yang sedikit iman untuk dimasukkan ke syurga. 

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dosa kecil terhapus di antara 2 umrah. 

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi saw. Orang yang mendapat haji mabrur menghadapi pelbagai ujian sabar, kelihatan berambut kusut dan badan berbau kerana asyiknya menumpukan ibadah. Suaranya kuat ketika bertalbiah. 

Wednesday, March 10, 2021

Malaikat Azab Kubur

BM21-Siri 49 | 100321 - Dato' Ustaz Shamsuri Hj Ahmad 

gambar hiasan

REMASTERED Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 10hb Mac 2021.  https://www.youtube.com/watch?v=Qk-sc9pXnZw  https://www.youtube.com/watch?v=qcZzqVYjcuM 

Mala'ikat MUKAR dan NAKIR

Sahih Abu Daud dari Al Barraq b Aziq ra Sabda Nabi saw. Ketika Mala'ikat Mukar & Nakir menziarahi kubur, Yang beriman akan menjawab Tuhanku Allah, agamaku Islam, Quran menceritakan Nabi Muhammad saw maka daku membenarkan baginda itu Rasulullah saw. Kemudian, permaidani syurga dibentangkan dan pakaian dari syurga dihadiahkan disamping kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.

Manakala bagi yang tidak beriman, mereka tidak tahu menjawab soalan Mala'ikat tersebut dan mereka akan diseksa sehingga berkecai jasad dan berpisah roh berulang kali sampai hari kiamat.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan mengharapkan pahala keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang lepas dipadamkan.

Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21 ms130, makna tafsir ayat 92 surah 3)Ali Imran & ayat 245 surah 2)Al-Baqarah

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra, keluar zakat. dari ibnu Omar r anhuma, sedekah duit. dari Abu Talhah ra, wakaf harta paling disayangi. Utamakan keluarga dan adik beradik

Wednesday, December 9, 2020

Konspirasi Illuminati?

https://www.youtube.com/watch?v=HMQTDlEXEmk&t=1627s LIVE-091220 : BM21 - Konspirasi Illuminati & Sumpah Palsu - Ustaz Shamsuri Ahmad

Hasan Abu Daud, Sahih Ibnu Siqqin dari Jabir b Abdillah ra. Seorang sahabat cedera parah telah meninggal dunia akibat desakan mandi wajib. Sabda Nabi saw, ubat kebodohan ialah bertanya maka cukup sekadar tayamum. Kamu semua telah membunuh sahabat kita. 

Hasan At Tirmizi, sabda Nabi saw. Usaha dahulu sebelum bertawakal. At Taubah ayat 51, Tiada musibah melainkan Takdir

Riwayat Ibnu Abbas ra, sabda Nabi saw. Kamu jaga Allah, Allah jaga kamu. Kalau nak minta, minta pada Allah. Kalau nak minta tolong, minta pada Allah. Kalau seluruh dunia mahu manfaatkan pada kamu tetapi Allah tidak mahu manfaat pada kamu maka kamu tidak dapat manfaat.  Sekiranya seluruh dunia ingin menganiayai kamu maka kamu tidak akan teraniaya melainkan dengan izin Allah. Segala takdir telah ditentukan dengan tiada tambah tiada kurang.

Pengajian Kitab Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri jilid 21 ms 127 Sumpah Bohong. Hasan Sahih At Tirmizi dari Abdillah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Allah sangat murka kepada mereka yang sumpah berbohong dan di hari akhirat mereka ini:.

  1. Tidak Masuk Syurga!
  2. Tiada rahmat
  3. Terima azab sengsara sangat pedih lagi dasyat!
  4. Tidak bersih dari dosa

Wednesday, March 11, 2020

Mut'ah 3000 vs 10'000 Syahidnya 3 Sahabat Besar!


https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Mut'ah kesinambungan kuliah 8 Mac 2012 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
3 Sahabat Besar "3000 vs 10'000" Perang Mut’ah Rom Timur/Byzantine (Jordan) 1 Jamadil'Awal 8 Hijrah 

Zaid ibn Haritsah (anak angkat kesayangan NabiSAW), Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) riwayat Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. 
Perang diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW  bernama Haris b Umair ra dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW, Ketua perang bertanggungjawab membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh dianggarkan 10’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita akan mati juga nanti. Kita jihad kerana Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas redha Allah atau kemenangan Islam” 
Rom menukar strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim! dengan syahidnya kesayangan Rasulullah saw@ Zaid Ibn Haritsah! Meluru masuk ke tengah pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga dan sejuk air didalamnya”Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut dengan tangan kiri. Apabila kedua tangannya putus, panji disambut dengan gigi kemudian diapit kaki sebelum rebah syahid ke bumi. Ibnu Rawahah segera menerpa ke arah Jaafar. Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA. 

Dari Sahih AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak, belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya hancur tinggal tulang.  Dari Anaz bin Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara terperinci. 

Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim. 
Dari AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Haritsah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid Ibn Haritsah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan muslim seramai 12 syahid.

Khalid Al Walid, "Sengitnya Mut'ah ini sehingga 8 bilah pedangku patah dan bilah terakhir ialah pedangku buatan Yaman yang membawa kepada kemenangan Islam."

Nabi Ibrahim as idola Rasulullah SAW

gambar sekadar hiasan
https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Sahih At Tirmizi, Abdullah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw, ikutanku ialah nenekku Nabi Ibrahim as. Sebaik-baik manusia ialah Nabi Ibrahim as. Keluarga yang baik-baik ialah Nabi Yusof as bin Nabi Yakob as bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim as.
Ali imran 68 Yang dekat dengan Nabi Ibrahim ialah yang mengikuti Nabi Ibrahim as termasuk Nabi Muhammad saw.