Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, January 17, 2022
Takrir Sunnah ketika Rasulullah saw masih hidup
Wednesday, January 12, 2022
DEBAT ISLAM VS KRISTIAN
120122 : Pengajian kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 136 (Siri 51) - Syarah oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Kuliah Maghrib di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.
https://www.youtube.com/watch?v=XaOeBzBHi0g #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama
Muqaddimah "3 Tanda Bahagia Manusia"
Sahih Imam Ahmad dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. "3 tanda bahagia manusia ialah isteri solehah, rumah luas dan kenderaan berkualiti. 3 tanda sengsara manusia ialah leteran isteri, rumah sempit dan kenderaan uzur. Jangan melihat golongan atasan kerana lihat golongan bawahan akan merasa syukur kepada Allah s.w.t."
Tuesday, November 9, 2021
Wali Allah, Haji Mabrur
#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama https://www.youtube.com/watch?v=UGtL1_F4hIo https://www.youtube.com/hashtag/kuliahagama Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 mukasurat 133 topik "haji afdal" berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.
Riwayat Abi said al Qudri ra, sabda Nabi saw, demi Allah yang nyawaku ditanganNya, manusia yang memilih derhaka kepadaku akan masuk ke neraka.
Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dari Omar Al-Khattab ra, sabda Nabi saw. Terdapat sekumpulan manusia bukan dikalangan para Nabi dan para Syuhada. Wajah mereka bercahaya dan mereka berdiri di atas cahaya di padang mahsyar. Firman Allah, para wali Allah ini tidak takut dan tidak berdukacita. Tafsir Quran tentang wali Allah daripada Ibnu Mas'Ud ra & Ibnu Abbas ra. Wali Allah ialah hatinya sentiasa mengingati Allah.
Hadis Sahih An Nasai & Sahih Muslim, dari abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. Penghuni Syurga berdebat dengan Allah tentang sahabat baik muslim mereka tiada di syurga. Allah perintahkan para mala'ikatNya mencari ahli neraka yang sedikit iman untuk dimasukkan ke syurga.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dosa kecil terhapus di antara 2 umrah.
HR AtTirmizi dari Abdullah bin Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi saw. Orang yang mendapat haji mabrur menghadapi pelbagai ujian sabar, kelihatan berambut kusut dan badan berbau kerana asyiknya menumpukan ibadah. Suaranya kuat ketika bertalbiah.
Friday, October 22, 2021
Wednesday, March 10, 2021
Malaikat Azab Kubur
BM21-Siri 49 | 100321 - Dato' Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
![]() |
| gambar hiasan |
REMASTERED Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 10hb Mac 2021. https://www.youtube.com/watch?v=Qk-sc9pXnZw https://www.youtube.com/watch?v=qcZzqVYjcuM
Mala'ikat MUKAR dan NAKIRSahih Abu Daud dari Al Barraq b Aziq ra Sabda Nabi saw. Ketika Mala'ikat Mukar & Nakir menziarahi kubur, Yang beriman akan menjawab Tuhanku Allah, agamaku Islam, Quran menceritakan Nabi Muhammad saw maka daku membenarkan baginda itu Rasulullah saw. Kemudian, permaidani syurga dibentangkan dan pakaian dari syurga dihadiahkan disamping kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.
Manakala bagi yang tidak beriman, mereka tidak tahu menjawab soalan Mala'ikat tersebut dan mereka akan diseksa sehingga berkecai jasad dan berpisah roh berulang kali sampai hari kiamat.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan mengharapkan pahala keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang lepas dipadamkan.
Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21 ms130, makna tafsir ayat 92 surah 3)Ali Imran & ayat 245 surah 2)Al-Baqarah
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra, keluar zakat. dari ibnu Omar r anhuma, sedekah duit. dari Abu Talhah ra, wakaf harta paling disayangi. Utamakan keluarga dan adik beradik
Wednesday, December 9, 2020
Konspirasi Illuminati?
https://www.youtube.com/watch?v=HMQTDlEXEmk&t=1627s LIVE-091220 : BM21 - Konspirasi Illuminati & Sumpah Palsu - Ustaz Shamsuri Ahmad
Hasan Abu Daud, Sahih Ibnu Siqqin dari Jabir b Abdillah ra. Seorang sahabat cedera parah telah meninggal dunia akibat desakan mandi wajib. Sabda Nabi saw, ubat kebodohan ialah bertanya maka cukup sekadar tayamum. Kamu semua telah membunuh sahabat kita.Hasan At Tirmizi, sabda Nabi saw. Usaha dahulu sebelum bertawakal. At Taubah ayat 51, Tiada musibah melainkan Takdir
Riwayat Ibnu Abbas ra, sabda Nabi saw. Kamu jaga Allah, Allah jaga kamu. Kalau nak minta, minta pada Allah. Kalau nak minta tolong, minta pada Allah. Kalau seluruh dunia mahu manfaatkan pada kamu tetapi Allah tidak mahu manfaat pada kamu maka kamu tidak dapat manfaat. Sekiranya seluruh dunia ingin menganiayai kamu maka kamu tidak akan teraniaya melainkan dengan izin Allah. Segala takdir telah ditentukan dengan tiada tambah tiada kurang.
Pengajian Kitab Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri jilid 21 ms 127 Sumpah Bohong. Hasan Sahih At Tirmizi dari Abdillah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Allah sangat murka kepada mereka yang sumpah berbohong dan di hari akhirat mereka ini:.
- Tidak Masuk Syurga!
- Tiada rahmat
- Terima azab sengsara sangat pedih lagi dasyat!
- Tidak bersih dari dosa
Wednesday, March 11, 2020
Mut'ah 3000 vs 10'000 Syahidnya 3 Sahabat Besar!
https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang
Mut'ah kesinambungan kuliah 8 Mac 2012 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
3 Sahabat Besar "3000 vs 10'000" Perang Mut’ah Rom Timur/Byzantine (Jordan) 1 Jamadil'Awal 8 Hijrah
Rom menukar strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim! dengan syahidnya kesayangan Rasulullah saw@ Zaid Ibn Haritsah! Meluru masuk ke tengah pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga dan sejuk air didalamnya”. Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut dengan tangan kiri. Apabila kedua tangannya putus, panji disambut dengan gigi kemudian diapit kaki sebelum rebah syahid ke bumi. Ibnu Rawahah segera menerpa ke arah Jaafar. Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA.
Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim. Nabi Ibrahim as idola Rasulullah SAW
![]() |
| gambar sekadar hiasan |
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang
Sahih At Tirmizi, Abdullah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw, ikutanku ialah nenekku Nabi Ibrahim as. Sebaik-baik manusia ialah Nabi Ibrahim as. Keluarga yang baik-baik ialah Nabi Yusof as bin Nabi Yakob as bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim as.
Ali imran 68 Yang dekat dengan Nabi Ibrahim ialah yang mengikuti Nabi Ibrahim as termasuk Nabi Muhammad saw.
Monday, February 17, 2020
ISLAM beri peluang "BERUBAH"
Sahih Imam Ahmad b Hambal, Abu Umamah ra Seorang pemuda berjumpa rasulullah saw untuk meminta izin berzina Sabda Nabi saw. Wahai pemuda yang minta izin untuk berzina, mahukah kamu benarkan orang lain berzina dengan ibu kamu / anak perempuan kamu / kakak kamu / adik perempuan kamu. Begitulah juga dengan orang lain yang tidak benarkan ahli keluarga perempuan mereka berzina dengan kamu. Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas dada pemuda tersebut sambil berdoa. Ya Allah, bersihkanlah hati pemuda ini dari gangguan syaitan, ampunilah dia dari ingatan kotornya, sucikanlah kemaluan pemuda ini, jangan sampai pemuda ini berzina. Setelah kejadian tersebut, pemuda itu langsung tidak berfikir untuk berzina lagi.
| gambar sekadar hiasan |
Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Seseorang tidak akan berzina mahupun mencuri sekiranya iman ada didadanya ketika itu.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya cukup saksi, kesalahan zina ialah sebat tetapi jangan mencela, memaki dan menghina pesalah tersebut.
Sahih Muslim A'isyah r anha sabda Nabi saw. Islam memberi peluang kepada pesalah untuk berubah maka janganlah mencerca dan membuang mereka.
Sahih Bukhari, Anas ra sabda Nabi saw, Kiamat akan terjadi apabila wujud muslim yang kejahilan/tidak tahu Islam. "Contoh Jahil Muraqab, Ayat Quran ni zaman nabi saja boleh, sekarang 2020 ni lain"
70:29 Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
70:30 Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
70:31 Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
70:32 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
70:33 Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
70:34 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
70:35 Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Wednesday, February 12, 2020
Beza Abu Lahab dan Abu Jahal
![]() |
| gambar hiasan |
Saturday, January 25, 2020
Hebbatus Sauda
Monday, January 20, 2020
Al-Maarij 70:19
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Segala amalan tidak deiterima apabila Matahari terbit dari Barat, Keluarnya Dajal dan Keluarnya makhluk Dabbhatul Ardhi.
Sahih Ibnu Majah, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ketawa terlalu banyak akan menyebabkan hati mati. Bercakap banyak tanpa zikir akan menyebabkan hati menjadi keras.
Tafsir Nurul Ihsan jilid 4, ms 221 surah Al-Maa'rij ayat 70:19-30 syarah Ustaz Shamsuri
![]() |
| gambar hiasan - tidak bayar zakat |
70:20 Apabila diuji kesusahan
70:21 Tetapi manusia bila senang menjadi kedekut
70:22 Kecuali mereka yang solat
70:23 iaitu yang menjaga solat ( Sahih Bukhari sabda Nabi saw, Mala'ikat saling tukar shif di waktu solat Asar dan Subuh untuk melaporkan kepada Allah sebagai formaliti )
70:24 dan membayar zakat ( Sahih An'Nasai- Ab.Mas'Ud sabda Nabi saw, ular Sujjaq Al-Aqra membelit leher mereka yang tidak bayar zakat semasa hidup di dunia )
70:25 zakat untuk golongan miskin
70:26 dan percaya hari pembalasan
70:27 dan takut pada azab Allah
70:28 kerana azab Allah tiada siapa boleh melepasinya
70:29 dan mereka yang memelihara kehormatan diri dari berzina
70:30 kecuali jalan halal
Wednesday, January 8, 2020
Adab sebelum masuk rumah
Sahih At Tirmizi dari Qaladah b Hambal ra sabda Nabi saw. Beri salam dan minta izin untuk berjumpa atau jangan datang ke rumah.
Sahih Abu Daud, Abdullah b Busr. Nabi saw sentiasa memberi salam sambil berdiri di kanan atau kiri mana-mana pintu masuk rumah.
Sahih Muslim, Saad Abi Waqaz sabda Nabi saw. Syaitan takut Omar Al-Khattab ra sehingga mereka mengelak dari melalui laluan Saidina Omar.
Hasan At Tirmizi, Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Hati-hati bila memetik hadisku. Sengaja membohongi hadisku maka siap tempatnya di neraka.
Bahrulmazi jilid 21 ms116 syarah Ustaz ShamsuriTafsir Quran dijelaskan dalam Hadis seperti fardu solat 5 waktu. Tiada beza muslim dengan kafir melainkan solat 5 waktu. Ayat Quran ada 2 jenis iaitu ayat muhkamad dan mutasyabihah kerana Allah menguji manusia sepertimana Allah jadikan manusia kafir dan manusia muslim. Al-Maidah 48 Sekiranya Allah mahu, seluruh umat manusia beragama Islam.
Wednesday, November 13, 2019
Ayat Quran Ada Yang Terus faham Dan Ada Yang Kena tafsiran
https://www.youtube.com/watch?v=F1K6BDbuvt4
Sahih Mulsim Al Miswar b Mahqramah ra, Nabi saw bersumpah, tidak akan berlaku anakku Fatimah bermadu dengan anak musuh Allah. Sahih Bukhari, Abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw, jangan bezakan para Nabi kerana semua Nabi itu mulia. Ketika hari kebangkitan, aku manusia pertama bangun dari kubur tetapi aku terlihat Nabi Musa as sudah memegang tiang arasyh.
Sahih Bukhari, Anaz b Malek ra, sabda Nabi saw, Alhamdulillah, kanak-kanak Yahudi yang mengucap syahadah ketika nazak tadi dilepaskan dari neraka.
Bahrulmazi jilid 21 ms114 Tafsir sebahagian ayat dalam surah 3, Ali-Imran
Ulama 2 aliran Salaf@tafsir ikut ayat rahsia Allah, Khalaf@takwil Allah duduk@memerintah. Kedua-dua aliran menolak bersamaan kaedah duduk Allah dan duduk makhluk. Setiap ayat Quran ditafsir penjelasan melalui hadis.
Riwayat A'isyah r anha bertanya akan ayat Quran dari kaum Nasrani Najran berkenaan ayat Quran nabi Allah Isa as itu Ruh Allah dan kalimah Allah, sabda Nabi saw,
Quran terbahagi 2 pemahaman, ada yang terus difahami dan ada yang tafsiran penjelasan. Yang Ruh Allah dan kalimah Allah itu kategori tafsiran. Memahami sifat Allah bersamaan makhluk itu fitnah. Contohnya Allah membuka tangan menurut tafsir ialah Allah meluaskan rahmatNya.
Monday, November 4, 2019
Rasulullah SAW "BAPA KEDAMAIAN"
Teduhan Di Mahsyar & Kiamat Semakin Hampir" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb November 2019. https://www.youtube.com/watch?v=DxNAFjkBtnwHasan Imam Ahmad, Abi Muslim(Tabi'in/Tidak Sempat jumpa Sahabat) Sunnah selepas Subuh, Rasulullah saw duduk memeluk lutut tetapi makruh waktu Kutbah Jumaat, duduk memeluk lutut dengan genggaman tangan bersilang jari adalah dilarang di dalam masjid.
Sahih At Tirmizi Muaz b Jabal ra, Sayang kawan kerana Allah akan mendapat teduhan Mahsyar
Ubadah b Samid ra, Hadis Qudsi sabda Nabi saw. Allah wajibkan KasihNya kepada hambaNya yang ziarah sahabat kerana Allah dan berkorban untuk kawan kerana Allah.
![]() |
| End Of The World (gambaran hiasan) |
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 ms336 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb November 2019 SURAH AL-ISRA' 17: 47 Kafir sebenarnya tidak ikhlas mendengar bacaan Quran kerana mereka berbisik menuduh Muhammad itu ahli sihir penipu. 17:48 Para penuduh yang buruk sangka itulah yang sebenarnya sesat 17:49 Mereka juga tidak percaya hari kebangkitan selepas mati Istilah nama-nama Kiamat menurut Quran: Hari Kebangkitan, Hari Waktu Akhir, Hari Penghabisan, Hari Agama, Hari Keputusan, Hari Kira Amalan, Hari Pengadilan, Hari Perpisahan, Hari Pengumpulan, Hari Alam Kekal, Hari Keluar dari kubur, Hari Penyesalan, Hari Panggilan dengan nama-nama semasa di dunia, Hari Yang Semakin Dekat, Hari Terbuka Aib, Hari Ancaman, Hari Agung, Hari Penyaksian, Hari bencana yang Menggentarkan, Hari bencana yang Tidak tertahan, Hari bencana yang Memilukan, Hari bencana yang Melanda, Hari bencana Yang Benar 17:50 Mereka mengatakan siapa yang boleh cantumkan dari tulang makhluk yang hancur 17:51 Beritahu mereka wahai Muhammad, yang ciptakan kamu dan batu atau besi iaitu 17:52 Tuhanlah Maha Mengetahui lagi Maha Pencipta








