Ustaz Shamsuri
Ahmad menamatkan pengajian di Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian ke Mesir. Beliau pernah menjadi guru disiplin di Sekolah Agama Irsyad, Tasek Gelugor,
Penang dan sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sekarang
beliau merupakan pendakwah bebas disamping sebagai pengerusi pelita samudera utama sdn bhd untuk 24 restoran nasi kandar pelita. Beliau kini menetap di Bertam Perdana Lakehomes, Kepala Batas, Pulau Pinang dan
masih aktif memberi kuliah di masjid-masjid. Ulama tersohor ini dikenali ramai bukan sahaja di Utara Semenanjung malah sehingga ke Selatan tanah air. Yang bukan
Islam dari pelbagai agama mula mendekati Islam hasil ceramah kuliahnya. Beliau tidak cendorong kepada
mana-mana parti politik. Tujuan dakwah beliau adalah semata-mata kerana keikhlasan
amal pada Allah selagi mampu. Bahrulmazi jilid 19 bertarikh 12-5-09, Ustaz Shamsuri memulakan syarahan pengajian kitab bahrulmazi pada 1991.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, August 13, 2012
BIODATA Dato' Ust Shamsuri Hj Ahmad "sinopsis biodata"
Assalamualaikum, ceramah Ustaz Shamsuri melalui kaset dan radio pada awal
era 90an merupakan kegemaran arwah nenek saya ketika kami berdua menetap di Parit Buntar Perak sewaktu saya di bangku sekolah. Ustaz pernah mengadakan ceramahnya di surau kawasan perumahan kami (saya tinggal bersama nenek saya 1993-1995) di Taman Kerian. Ceramah yang cukup santai, ringkas tetapi padat dalam loghat Utara yang menghiburkan merupakan
trademark bagi Dato’ Shamsuri Ahmad.
Konsep warna alam dalam kehidupan mengikut waktu solat
Apabila kita tinggal solat waktu Subuh pada hari tersebut, maka hilanglah keberkatan rezeki dan tenaga badan tidak berada pada tahap optimum, tertinggal solat waktu Zohor maka hilanglah kecerian, tertinggal solat waktu Asar maka hilanglah kreativiti, tertinggal solat waktu Maghrib, maka hilanglah keyakinan dan pada waktu ini tidak digalakkan berkeliaran di luar rumah kerana waktu aktif Jin & Iblis dan akhir sekali waktu Isyak dimana kedamaian sesudah menunaikan solat waktu Isyak.
CAKAP LUCAH, MENCARUT & SUMPAH LAKNAT
Sumpah laknat menurut hadis, NabiSAW pernah menyuruh orang yang melaknat unta yang berjalan perlahan itu turun dari unta dan bebaskan unta tersebut kerana dia telah
dilaknat AllahSWT.
BOHONG jalan ke NERAKA
Hadis riwayat Ibn
Omar NabiSAW bersabda kafir/syirik (bohong diri sendiri) yg menyembah
berhala atau selain Allah sebagai tuhan yang satu akan dibalas lidahnya ditarik
dipanjangkan keluar sehingga dipijak-pijak ratusan ribuan juta manusia di
padang Masyhar.
Hadis riwayat Abdullah
bin Mas’ud Sabda NabiSAW JANGAN sesekali berbohong kepada orang yang memberi kepercayaan atau
amanah kepada kita kerana ia merupakan BERMULA KEJAHATAN dan menuju untuk
dicampak ke neraka kerana bohong itu Menghitamkan
hati.
Hadis At-Tirmizi dari
riwayat Ibn Omar bohong dibenci para malaikat dan disifatkan NabiSAW sebagai "Pengkhianat
Besar"
Hadis riwayat Abu
HurairahRA Sabda NabiSAW bohong itu mengurangkan rezeki, bohong menghancurkan kepercayaan
kanak-kanak walaupun sekadar gurauan amat ditegah NabiSAW.
Antara tanda baik jahat manusia Keras Hati vs Muka Manis
Di antara Tanda jahat manusia ialah "Keras hati" atau Susahnya keluar air mata. Kasihanilah anak yatim sambil memegang mengusap ubun-ubun kepala anak yatim dan berbelanjalah mereka makanan supaya hati kamu menjadi lembut dan tidak keras.
Di antara Tanda
manusia baik- Muka manis dan berseri-seri.
Syahid Pertama perang Uhud
Pesan bapa Jabir ibn Abdillah kepadanya “Sekiranya bapa
syahid dalam perang nanti. Jaga lah kakak2 kamu dan langsaikanlah hutang bapa”.
Selepas perang, Jabir tidak tergamak melihat wajah bapanya sehinggalah NabiSAW datang
membuka kain yang menutupi wajah bapa Jabir. Fahamlah NabiSAW rupa-rupanya wajah bapa Jabir
itu telah dicincang musuh Islam.
AZAB KUBUR "setelah mati dari kehidupan fana sementara"
Hadis Sahih Riwayat Imam
Abu Daud Sabda NabiSAW. Apabila yang mati itu kafir atau Islam. Jawapan
mereka yg tidak beriman pada AllahSWT kepada malaikat Mungkar Nangkir ialah “hah’hah’ aa’ aa’” Tiada
terjawab mereka apabila ditanya “APA AGAMA KAMU?SIAPA TUHAN KAMU” “aku tak tahu agamaku, aku tak tahu siapa tuhanku”. Lalu serentak bunyi
suara dari langit “ Bengtangkan permaidani dan pakaian seksa Neraka” sampailah
ke kuburnya bau tersangat busuk dari pintu Neraka. Dibuta, dipekak dan dibisukan
penghuni kubur tersebut kemudian diazab siksa sehingga hari Kiamat!
Panduan pegangan ketika pengkebumian perkuburan muslim. “ Bizmillahi
Wafisabilillah Wa’Allaminatti Rasulillah”. Dengan nama Allah, di atas agama
RasulullahSAW dia dikebumikan. Selamatkan dari gangguan Syaitan, Azab Kubur dan
Bolehkan peluang rohnya ke langit.
Saturday, August 11, 2012
Penjagaan LIDAH!
RasulullahSAW pernah berpesan pada Muaz bin Jabal melalui penjagaan lidah.
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah baik, jika tiada perkataan baik maka DIAMLAH!! Baginda juga meletakkan amal yang afdal iaitu perangai yang elok disamping PENJAGAAN LIDAH DARI MENYAKITI Islam yg lain sebagai kriteria seorang Muslim sejati.
Kerana lidah banyak mengheret ke neraka disebabkan bercakap tentang Allah tanpa ilmu, syirik dengan kesaksian palsu, mencarut, maki, tuduhan palsu, penipuan, mengumpat dan mengata yang semuanya hasil lidah manusia.
Di zaman teknologi ini, Tangan mengambil fungsi lidah melalui apa yang ditaip di ruang facebook, twitter, sms, chatting dan sebagainya termasuk dalam benih yang disemai untuk dituai hasilnya di akhirat sana. Orang yang sudah beramal juga tidak terlepas dari peluang tergelincir jika tidak berhati-hati menjaga lidah. Dalam usaha menuntut, menyebarkan dan menganjurkan majlis ilmu, lidah juga tidak terlepas bertutur di alam realiti dan tangan pula menuturkan perkataan di alam maya.
Jangan sampai "dakwah, nasihat
dan teguran" itu menjadi " tuduhan, umpatan, dan cacian" yang
menyakiti insan lain. Semoga Allah melindungi dan hidayahkan kita.
Jami al-ulum wa al-hikam,ibn Rajab
alhanbali- hadis ke 29.
Al-wafi syarh li al-arbaeen
an-nawawiyyah- Mustofa Bugha dan Muhyiddin Mistaw ms.222-223.
Hadis 40- Mustafa Abd Rahman
ms392-394.
Kuliah tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms151 Membawa cerita fitnah
yang tidak sahih asal usulnya membawa
korban orang yang difitnah.
Kuliah Cinta Sejati Ust Shamsuri minit 28:30-Alhamdulillah Sumbangan Tenaga Sukarelawan di dunia ini menyebarkan ilmu menerusi penulisan internet. Amat malang bagi masyarakat kita pada hari ini yang tiada sumbangan tetapi hanya mengkritik penulisan menaikkan Islam tersebut.
Kuliah Cinta Sejati Ust Shamsuri minit 28:30-Alhamdulillah Sumbangan Tenaga Sukarelawan di dunia ini menyebarkan ilmu menerusi penulisan internet. Amat malang bagi masyarakat kita pada hari ini yang tiada sumbangan tetapi hanya mengkritik penulisan menaikkan Islam tersebut.
Haram berTabarruj / Menarik perhatian Lelaki bukan suami
Solat Jenazah afdal pewaris Ahli Keluarga
Kiamat Kecil
Kiamat kecil/mati- AzabKubur –TafsirKitab minit 58
BahrulMazi Bab HatiBatu- Allah brfirman pada kubur menghimpit sehingga
berselisih tulang rusuk. Mungkar Nangkir memukul sehingga terbenam ke perut
bumi kemudian di angkat kembali dan berturutan sehingga zaman padang mashyar.
"Mujahadah kunci Keikhlasan"
Kelebihan Ilmu Atas
Ibadah minit47 Mujahadah (anak kunci Petunjuk) UstShamsuri
Ada org berjaya lawan malas menuntut ilmu dengan rajin
tuntut ilmu tetapi tidak beramal. Ada yang belajar dan berilmu tetapi kalah
nafsu dengan sifatnya yang riak, takabur, sombong, dan merasa dirinya hebat.
1.
Peringkat pertama nafsu, Nafsu Amarah yakni
sifat mazmumah iaitu bakhil kedekut tamak suka kemegahan suka dipuji lalai iri
hati hasad dengki.
2.
Peringkat kedua Nafsu Lawammah Tanda utk
mengenali orang yang jenis ni ialah dia kelihatan sentiasa berusaha menuntut
ilmu. Dalam mempelajari ilmu agama masih melakukan kesilapan tetapi segera menyesal dan mengakui kesalahannya.
Sudah ada sedikit mujahadah tetapi masih lagi terasa dirinya super dan merasa
hebat.
3.
Peingkat ketiga Nafsu Mulhamah dimana sifat
tawadduq, sabar , sentiasa beryukur setakat yang ada, pemurah serta kurang sayang
pada wang ringgit dan harta.
4.
Peringkat keempat Mutmain’nah (jiwa tenang)
merupakan peringkat terakhir yang diiktiraf oleh Allah dimana mendapat
keredhaan Allah dimana peringkat ini ketika meninggal dunia dalam keadaan ini
Allah mengalu-alukan roh ke syurga. Ramai
kawan-kawan yang pernah sampai peringkat ini tetapi berpatah balik ke peringkat
pertama, kedua dan ketiga. Mintak dijauhkan dari turun balik dari peringkat
ini.
5.
Peringkat kelima Nafsu Radhiyah ialah zuhud tidak
mempedulikan duniawi dimana warak perjalannya hanya menuju akhirat, ikhlas
semata-mata kerana AllahSWT dan peringkat ini AllahSWT telah redha padanya.
6.
Peringkat terakhir Nafsu Mardiyah yang boleh
dicapai oleh manusia biasa bukan Nabi dimana hidupnya semata-mata kerana
AllahSWT.
7.
Peringkat makam tertinggi dimiliki para Nabi dan
Rasul iaitu bermujahadah Nafsu Kamil/Kamilah.
Petua bermujahadah tundukkan nafsu ialah banyak tafakkur
tanda-tanda kebesaran Allah perbanyakkan solat sunat.
Menarik Umar mendekati ISLAM
Said ibn ZaidRA merupakan adik ipar Saidina Umar Al-KhattabRA dan antara 10 sahabat dijamin Syurga seperti disebutkan RasulullahSAW. Beliau dan isterinya merupakan pendakwah yang berjaya menarik Umar Al-Khattab mendekati Islam.
Ketika menyertai Perang Yarmuk yang dipimpin oleh Abu Ubaidah Al-JarrahRA, pasukannya berjumlah 24’000 tentera sedangkan Rom mempunyai 120’000. Musuh bergerak bagaikan sebuah bukit dengan barisan hadapan terdiri dari para pendeta, paderi, perwira dan panglima yang membawa kayu salib sambil membaca doa dengan kuat sehingga timbul rasa takut di hati tentera muslimin. Tetapi Said tidak gentar akan musuh dan banyak membantu Abu Ubaidah sehingga diizin Allah, tentera muslimin beroleh kemenangan.
Said ibn Zaid turut berperang menakluki Damsyiq dan kemudian diangkat oleh Abu Ubaidah menjadi Wali muslimin pertama di kota tersebut. Ketika dianiaya difitnah merampas tanah, Said telah berdoa kepada AllahSWT agar membuktikan kebenaran. Akhirnya terjadilah banjir yang mewujudkan batas sempadan tanah antara Said dengan orang yang memfitnahnya. Selepas peristiwa tersebut orang yang memfitnahnya menjadi buta.
Subscribe to:
Posts (Atom)













