Nota Cinta

Tuesday, July 14, 2009

3 perkara manusia tidak dapat dengki

Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09. Sabda NabiSAW.
3 perkara yang dapat menyebabkan manusia tidak dapat berdengki dengannya iaitu :-
  1. Ikhlas semata-mata Allah seperti membersihkan tandas surau tanpa dibayar sehingga pengunjung surau merasai keharuman tandas surau dan selesa menggunakannya.
  2. Memberi nasihat atas kapasiti sebagai Ulama kepada pemerintah negeri supaya tidak menggunakan jawatan untuk kesenangan diri, membuat maksiat dan menzalimi rakyat.
  3. Berjemaah atau bermaksud duduk dalam kumpulan yang mengikut Hadisku  "

Dermawan Pemurah vs Bakhil Kedekut

Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu. Dermawan Pemurah umpama memakai jubah yang longgar dan selesa menderma manakala Bakhil Kedekut umpama memakai baju perisai besi ketat yang seolah-olah ketat dadanya apabila membuat baik contohnya bila menderma 10 baginya lebih baik 5, apabila menderma 5 baginya lebih baik 1 dan apabila menderma 1 baginya tidak derma pun tidak apa.

Pahala Berganda vs Dosa berganda


Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.  

Sahih Muslim sabda NabiSAW, "sesiapa yang membuat kebaikan diikuti oleh orang lain akan mendapat pahala berganda tetapi awas begitu juga dengan dosa."

Monday, July 13, 2009

NabiSAW benci sifat pemalas & suka minta tolong tanpa berdikari

tiada rezeki..
Pengajian Nurul Ihsan 4 surah Al-Waaqiah(58-74) 13-07-09. Allah SWT telah memberi rezeki di bumi Malaysia dengan melimpah-ruah, sebab itu pendatang dari Indonesia sanggup datang walaupun terpaksa bersabung nyawa sehingga mati di tengah lautan. Jangan ada manusia yang hidup di malaysia tidak ada rezeki. Meniaga goreng pisang juga meraih keuntungan lumayan. Masalahnya rajin dan malas saja. Terdapat anak muda kita yang terlalu amat segan malas sampai ada yang bangun dekat tengahari. Lepas tu mengeluh susah. Memang susah la sebab malas. Maksud sabda NabiSAW tidur lepas Subuh susah mencari rezeki itu ialah NabiSAW benci kepada sifat malas. Sahih Imam Muslim dari Aus bin Malek radiallahu anhu sabda NabSAW berulang-ulang kali jangan sesekali jadi orang yang suka meminta tolong dengan orang lain. Sahih AtTirmizi dari Abi Kabsyah atau Omar bin Saad Al-Ammari Radiallahu Anhu. NabiSAW "Aku bersumpah salah 1 dari 3 perkara seperti mengharapkan pertolongan tanpa berdikari menyebabkan Allah jadikannya fakir."

Allah tanya Manusia

Pengajian Nurul Ihsan 4 surah Al-Waaqiah(58-74) 13-07-09.

(58-62)Kenapa kamu wahai manusia berkata kamu tahu buat anak dengan air mani kamu sedangkan Kami boleh merubah kamu menjadi binatang jika Kami berkehendak dan menghidupkan kamu kembali itu perkara mudah bagi Kami.
(63-67)Kamukah manusia yang menanam dan menumbuhkan sayuran buahan itu padahal Kami boleh menyebabkan kerugian dan tanaman kamu tidak berhasil.
(68-71)Adakah kamu buat air yang kamu gunakan sumber kehidupan itu sedangkan kami boleh mengekalkan semua air di dunia menjadi masin. (72-74)Api yang Kami keluarkan dari gesekan kayu untuk kamu gunakan itu sebagai peringatan api neraka maka sebutlah "Subha narabbial azim" seperti bacaan rukuk dalam solat.

Sebutan spontan pada jenazah


Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.

Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga. Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.

Sedih tangis vs Meraung tangis


Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.
Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW

"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."

Monday, July 6, 2009

Alam kubur melihat Wajah RasulullahSAW

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW
gambar hiasan imaginasi pemukul dengan Cemeti Besi
Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. 
Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!"
Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia. 
Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Kenapa Kafir Neraka? Takdir Baik vs Takdir Jahat

Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Sahih Bukhari dari Ali Ibni Talib radiallahu anhu ketika pengalaman bersama Rasululllah SAW menghadiri pengkebumian jenazah di Baqi' Madinah. NabiSAW ditangannya ada tongkat bukan kerana tidak larat tetapi kerana sunnah baginda. Sabda NabiSAW sambil duduk dilaluan yang tidak ditanam kubur di bawahnya.
"Setiap manusia telah tertulis takdirnya samada neraka atau syurga dan baik atau jahat manusia" Seorang sahabat keliru dan bertanya "Kalau begitu, lebih baik duduk sahaja kerana segalanya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah. Orang baik tentu tidak dapat jadi baik kerana ditakdirkan dia orang jahat" Pertanyaan tersebut seolah-olah sekiranya ditakdirkan kafir, kenapa dibuat mereka untuk diletakkan di neraka? Jawab NabiSAW "Bukan begitu, sekiranya seseorang hendak membuat baik maka Allah memudahkan pintu ke arah kebaikan dan pengakhirannya di syurga. Allah kurniakan akal fikiran, sekiranya pilihannya ke arah kejahatan maka Allah takdirkan dirinya terus ke arah kejahatan dan pengakhirannya di neraka sesuai dengan pilihannya."  Kemudian RasulullahSAW membaca surah Ah Lail ayat 5-10
Orang yang mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana yakin akan pahala dan dosa azab, Allah pasti memudahkan lagi dia untuk lebih mendekati Islam dan membanyakkan menderma. Tetapi sekiranya orang yang kurang yakin akan pahala dan azab ke atasnya, maka Allah takdirkan dirinya kedekut menderma apatah lagi tidak solat.


Tuesday, June 16, 2009

Perpaduan & Cara tegur pesalah

Muqaddimah BahrulMazi bab 13 16Jun09 Ust Shamsuri. Sahih Muslim Abi Mas Ud RA sabda NabiSAW. Balasan deraan Allah jauh lebih dasyat ke atas manusia yang mendera khadam suruhannya. Haram menggunakan api membunuh binatang apatah lagi bom manusia kerana yang hanya layak menggunakan api hanya Tuhan api iaitu Allah.

Sahih AtTirmizi Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW. Persaudaraan Islam ibarat ikatan batu-bata bangunan. Pada akhir zaman nanti, perpaduan Islam seperti buih air yang berpecah menanti hidangan musuh Islam. Perpaduan ini bermula dari merapatkan saf solat berjemaah.

Diriwayatkan Abu Hurairah RA sabda NabiSAW Cermin diri keburukan seseorang muslim terletak pada apa yang diri sendiri melihat pada muslim yang lain. Menegur kesalahan mestilah sopan seperti berdua tanpa orang lain mengetahui kerana disuruh syarak menutup aib saudaranya. Meringankan kesusahan orang lain akan dibalas Allah meringankan kesusahannya. Allah berjanji akan sentiasa menolong muslim yang menolong saudaranya. Dilarang muslim bermusuh, menolong kerja maksiat dan membantu melepaskan orang jahat.    


Doa amalan Rasulullah saw

Muqaddimah Nurul Ihsan surah AnNisa ayat 86-91 Us Shamsuri 15/6/09 Sahih sunan AtTirmizi dari Muawiyah RA sabda NabiSAW Allah bangga dengan mereka yang duduk bersyukur mengingati Allah. Zikrullah terbahagi dua iaitu duduk berzikir dan Zikrullah juga bermaksud duduk bersyukur mengingati Allah. Sahih Muslim AbiHurairah RA sabda Nabi SAW A'Uzubikalimatillahittammat Minsyarrima Halaq (Aku minta berlindung dari kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan dunia) Sekiranya membacanya sebelum masuk malam maka tidak akan kena mudarat. Sahih Abu Daud dan AtTirmizi dari Abdillah bin Zubair sabda NabiSAW  3 Qul x3 waktu pagi dan petang sudah cukup tanpa perlu baca yang lain. Sahih sunan Abu Daud dan Sahih sunan AtTirmizi dari Osman bin Affan RA sabda NabiSAW baca 3x sempadan malam dan siang Allazi layadurru maasmihisyai'unfil ardiwalafissama ewahuassami ul alim (Dengan nama Allah yang kita besarkan samada langit dan bumi tiada makhluk yang boleh memudaratkan kita.)    

Monday, June 15, 2009

Kenapa Abu Talib dan Kelahiran Kafir tidak diberi HIDAYAH


Tafsir AnNisa ayat 86-91 UsShamsuri 15/06/09. Soalan"semua agama pun sama, semua buat kebaikan" Jawapan "Islam tidak sama agama lain dan tidak boleh tolak ansur kerana Firman Allah=> Tuhan manusia itu hanya Aku, semua manusia akan Aku himpunkan di padang mahsyar. Kalimah Allah tidak boleh langsung dipakai oleh agama lain."

Soalan"Orang bukan Islam teraniaya sebab Allah takdirkan mereka dilahirkan kafir." Jawapan. "Terlalu banyak di dada akhbar internet sebagainya kebenaran Islam." mereka yang berusaha mencari hidayah Allah, Allah takdirkan dia akan Islam. Masalahnya dia tidak mahu Islam. Kesalahan kuasa memilih yang Allah kurniakan pada mereka ialah memilih gambar seksi berbanding penceritaan dakwah Islamiah.

Abu Talib tidak ditolong Allah kerana seumur hidupnya dia memilih kufur walaupun membantu Rasulullah SAW. Maka di akhir hayatnya Allah takdirkan dia tidak boleh menyebut kalimah syahadah. Rujukan Sahih Bukhari kuliah AnNisa 58-63 UsShamsuri, Firman Allah AtTaubah 113 tidak sewajarnya mana-mana orang beriman meminta ampun kepada manusia yang mati kafir walaupun yang mati itu adik beradik setelah jelas kepada mereka yang mati ini ahli neraka.





Allah sokong Omar larang NabiSAW solat jenazah munafik

Kuliah Nurul Ihsan surah AnNisa 71-81, surah AnNisa 86-91 Ust Sahmsuri 15/6/09 & 21/4/10 muqaddimah bahrulmazi jilid 13 part 3. Perangai dan kata-kata munafik direkod dalam Al-Quran. Apabila Allah perintah hijrah, sebahagian munafik pura-pura masuk Islam untuk merosakkan Islam dengan mempengaruhi muslim melanggar akidah dan lari dari perang. Perbuatan seperti mereka ini boleh dibunuh menurut Al-Quran. Jalan Islam ialah mempertahankan akidah dan kesucian agama Allah dari dirosakkan. Abdulah Ubai bin Salul merupakan munafik dan penghasut muslim dalam zaman Rasulullah SAW. Permintaan terakhir Abd Ubai Salul ialah meminta NabiSAW solat jenazahnya. Ketika Nabi SAW ingin menunaikan solat jenazah Abdullah Ubai bin Salul, perbuatan baginda dihalang oleh Omar Al-Khattab. Turun Firman Allah menyokong Saidina Omar Al-Khattab RA, akhirnya RasulullahSAW akur tidak solat jenazahnya. Peristiwa tersebut menunjukkan betapa Allah mengajar RasulullahSAW dan umatnya tentang larangan keras sifat munafik.  NabiSAW sayangkan umatnya walaupun jahat jadi kita mesti sayangkan NabiSAW 

Tuesday, May 19, 2009

Malaikat meronda mencari-cari

Ramai malaikat mengelilingi Majlis Zikir/Mengingati Allah.
Muqaddimah Bahrulmazi bab 13 part 4 19Mei2009 ust Shamsuri. Sahih Imam Muslim Sabda NabiSAW. Firman Allah terdapat sekumpulan malaikat seperti peronda lebuhraya beterbangan setiap lapisan 7 langit mencari majlis ilmu yang mengingati pesan Allah dan pesan NabiSAW atau lebih dikenali dengan majlis zikir. Apabila malaikat jumpa tempat majlis zikir, mereka akan mendarat duduk bersama setiap kariah masjid dengan menghampar sayapnya sebagai tanda hormat Majlis Ilmu. Ramainya malaikat yang duduk dalam majlis ilmu seperti berselisih di antara setiap kariah dalam majlis tersebut meliputi setiap lapisan sehingga ke lapisan langit dunia. Apabila semua kariah balik termasuk ustaz, malaikat pun bersurai balik ke langit. Mereka balik menghadap Allah SWT untuk memberi laporan. Sekiranya malaikat tidak melaporkan, Allah tetap mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui. Sebagai syarat memenuhi formaliti mengajar manusia tentang peraturan tatacara kerja, Allah bertanya kemana malaikat pergi. Tujuannya apabila manusia didakwa di akhirat, malaikat dijadikan saksi. Malaikat memberitahu dalam majlis itu, manusia meminta sesuatu iaitu syurga Allah. Allah bertanya malaikat adakah manusia melihat syurgaku sedangkan mereka tidak pernah melihat. Allah berfirman pada malaikat lagi, sekiranya manusia diberi melihat syurgaku bagaimana keadaan mereka agaknya. Lapor malaikat, mereka sebentar tadi tidak pernah tengok neraka tetapi mereka meminta supaya dijauhkan dari neraka. Allah berfirman pada malaikat, sekiranya mereka melihat neraka bagaimana pula keadaan mereka agaknya. Kemudian malaikat melaporkan, manusia meminta keampunan Allah. Firman Allah, Aku akan memberi apa saja yang mereka mahukan termasuk SyurgaKu, jauh dari NerakaKu dan Aku memberi keampunanKu. Malaikat mengakhiri pertemuan dengan Allah itu dengan laporan terakhir iaitu terdapat seseorang yang lalu melintasi masjid sebentar tadi banyak membuat dosa dan dia singgah sebentar sekadar hanya duduk mendengar sedangkan dia tidak ikhlas dan tidak terniat langsung untuk dengar majlis ilmu. Allah berfirman pada malaikat bawahasanya bagi dia itupun akanKu ampunkan dosanya.   

Belas kasihan sesama Islam disuruh Syarak

bahrulmazi jilid 13 ms106 ust shamsuri  19-5-09. Tidak semestinya dia tidak dilahirkan berlainan ibubapa dia bukan saudara kita. Saudara yang dimaksudkan Islam ialah mengaku mengucap 2 kalimah syahadah. Kalau betul kita mengaku Islam dia Islam jangan dibiarkan atau pedulikan sesama saudara Islam yang dalam kesusahan dan kemiskinan. Sabda NabiSAW cukup baginya dosa dan orang jahat apabila menghina sesama muslim. Sesama Islam diharamkan menghina, mencaci, merampas harta dan membunuh.