Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Sahih Bukhari dari Ali Ibni Talib radiallahu anhu ketika pengalaman bersama Rasululllah SAW menghadiri pengkebumian jenazah di Baqi' Madinah. NabiSAW ditangannya ada tongkat bukan kerana tidak larat tetapi kerana sunnah baginda. Sabda NabiSAW sambil duduk dilaluan yang tidak ditanam kubur di bawahnya.
"Setiap manusia telah tertulis takdirnya samada neraka atau syurga dan baik atau jahat manusia" Seorang sahabat keliru dan bertanya "Kalau begitu, lebih baik duduk sahaja kerana segalanya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah. Orang baik tentu tidak dapat jadi baik kerana ditakdirkan dia orang jahat" Pertanyaan tersebut seolah-olah sekiranya ditakdirkan kafir, kenapa dibuat mereka untuk diletakkan di neraka? Jawab NabiSAW "Bukan begitu, sekiranya seseorang hendak membuat baik maka Allah memudahkan pintu ke arah kebaikan dan pengakhirannya di syurga. Allah kurniakan akal fikiran, sekiranya pilihannya ke arah kejahatan maka Allah takdirkan dirinya terus ke arah kejahatan dan pengakhirannya di neraka sesuai dengan pilihannya."
Kemudian RasulullahSAW membaca surah Ah Lail ayat 5-10
Orang yang mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana yakin akan pahala dan dosa azab, Allah pasti memudahkan lagi dia untuk lebih mendekati Islam dan membanyakkan menderma. Tetapi sekiranya orang yang kurang yakin akan pahala dan azab ke atasnya, maka Allah takdirkan dirinya kedekut menderma apatah lagi tidak solat.
No comments:
Post a Comment