Nota Cinta

Monday, February 6, 2006

ZUHUD 2006



ZUHUD 2006 bahrulmazi jilid 16 syarah us Shamsuri. 

6-2-06 Sahih Muttafakun Alai dari Saidatina A’isyah r ha. SEBELUM TIDUR, Nabi saw angkat 2 tapak tangan ke muka dan hembus sambil baca 3 Qul. Sapu 2 tapak tangan ke seluruh tubuh setakat yang mampu. Nabi saw mengulanginya 3 kali.

segala niat mesti kerana Allah tanpa campur aduk niat lain
3-4-06 HR AtTirmizi Sunnah CIUM DAHI KELUARGA terdekat. ALLAH LAKNAT manusia kejar nikmat dunia. Sahih Bukhari Beruntunglah siapa bersyukur ketika ditimpa susah dan senang. Firman Allah AtTakhatur. Sekiranya manusia tahu, yang kejar dunia pasti menyesal tanpa batasan.

6-3-06 HR Abu Daud Sentiasalah ingat Tuhan. Sahih Bukhari Sebelum tidur Allahummabizmiq amutu wa ahya. Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah sabda Nabi saw pada Abul Haisam. kambing  boleh diperah susu boleh ditangguh sembelihan. Setiap nikmat dunia ditanya di akhirat. Ambil pekerja yang bertaqwa.
pembantu rumah bukan hamba tawanan kerana mereka bebas merdeka makan gaji.

Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas
3-7-06 Sahih Muslim dari Zaid bin Khalid Al-Juhani ra. Sekiranya tidak dituntut BARANG TERCICIR selepas diiklankan selama 1 tahun, maka boleh guna dengan syarat sekiranya dituntut kembali walaupun selepas 3 tahun maka kembalikan dengan diganti seperti nilai yang sama. Sekiranya tak mahu terima barang yang tidak tahan lama maka sedekahkan kepada yang mahu.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Bermula BINASA anak adam melalui ANAK ISTERI & HARTA yang tidak dikawal dengan agama.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra, apabila mati anak adam, pulang anak isteri harta kecuali bersama AMALNYA. Hasan Sahih AtTirmizi Makan 1/3 minum 1/3 dan 1/3 dibiarkan untuk bernafas.

Hadis Riwayat At Tirmizi, sabda Rasulullah saw.
manusia tamak harta akan lebih ganas sehingga ditakuti serigala
SEGALA NIKMAT DITANYA ALLAH. Elak sembelih kambing tenusu. Cari pekerja pentingkan agama. Nabi saw cium dahi anak angkatnya yang pulang dari musafir, Zaid bin Harithah. SUNNAH BERI SALAM, SUNNAH JABAT TANGAN.  Hamba duit tidak peduli halal haram dilaknat Allah atas lidah Rasulullah saw. HAMBA DUNIA TINGGAL IBADAH DILAKNAT ALLAH
Huraian us Shamsuri- Kerana nak cari nama dan kedudukan pangkat, jahanam kita. Yang sektor swasta jenis minum arak, Yang sektor awam jenis hulur kontraktor projek.

dunia syurga bagi kafir dan ujian bagi muslim
Hasan Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw. “Manusia sekiranya tamak harta, serigala juga takut padanya. Aku suka tikar yang tidak selesa supaya memudahkan aku beribadat pada Allah kerana AKHIRAT bagi MUSLIM dan DUNIA bagi KAFIR. Jangan lawan mewah dunia dengan kafir. Dunia tempat singgah sementara, bila sampai ajalku, aku berpindah ke alam kekal. Adakah kita perlu bimbang dunia sedangkan kita sudah tahu akhirat?”

7-8-06 HR AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Berpura-pura amal niat menunjuk akan dizahirkan niat busuknya oleh Allah di akhirat. 
Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah turun di mahsyar mengadili seluruh lapangan manusia yang melutut bermula Nabi Adam as sehingga manusia terakhir mati ketika kiamat besar. Yang teraniaya semasa di dunia dibantu dan yang berdosa diseksa. Golongan yang mula-mula dipanggil untuk dijilat api neraka oleh Allah ialah para pengamal Quran yang niat cari makan, ahli sedekah yang niat untuk disegani dan para syuhada yang niat untuk dipuji berani.
gambaran hiasan-jihad dalam peperangan

4-9-06 Sahih Muslim dari Buraidah dari bapanya sabda Nabi saw. "Anak-anak yang mengambil pusaka wajib bayar hutang Allah seperti solat dan puasa ibubapa yang meninggal dunia." Sahih Muslim dari Nukman ra sabda Nabi saw "Takutlah Allah dengan ADIL PADA ANAK-ANAK." Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw "Mengambil balik pemberian seperti anjing jilat muntah sendiri."

Hasan gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sembunyikan amal (1 pahala) Sekiranya dalam hati: Mudah-mudahan amal ini mejadi ikutan (2 pahala). Sekiranya dalam hati: Harap pujian dan disegani (riak tiada pahala dapat dosa)

HR AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tanya sekadar nak tunjuk pandai dan tunjuk berani, tak perlu bertanya. Kiamat ada 2 iaitu kiamat besar dan kiamat kecil. Tidak perlu sibuk bertanya pasal kiamat kerana apa yang penting sibukkan persediaan amal untuk mati.

Hadis Daif At Tirmizi, Ya Rasulullah, Mati beriman akan duduk bersama kekasih dan kesayangannya di akhirat. Sayang Rasulullah saw akan dapat juga bersama dengan Rasulullah saw. 

Wednesday, February 1, 2006

Surah Al-Fath "KEJAYAAN" / "VICTORY"

TAWAKAL RASULULLAH SAW

01-02-06 Pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan syarah us Shamsuri surah Al-Fath ms94. Sahih Muttafakun Alaigh Jabir ibni Abdillah. Ketika Rasulullah saw sedang tidur, musuh kafir sedang menghunus pedang pada leher baginda sambil bertanya” kamu takutkah aku.” Tidak” jawab Nabi saw,” siapa yang boleh halang daripada aku bunuh kamu:?”Allah, Terlepas pedang dari tangan kafir segera dicapai Rasulullah saw. Nabi saw mengulangi soalan yang sama pada musuh tersebut sambil menyeru,” Beginilah, naik saksilah tiada Tuhan selain Allah dan akuilah aku Muhammad bin Abdullah sebagai Pesuruh Allah.” Kemudian Rasulullah saw melepaskan tawanan musuh Islam yang enggan memeluk Islam. Tawanan musuh tersebut pulang memberitahu kawan-kawannya yang dia baru lepas jumpa manusia paling baik hati di dunia.  

MIMPI MENURUT RASUL

01-03-06 Tafsir surah Al-Fath/Kejayaan/Victory Pengajian Nurul Ihsan us Shamsuri.
Sahih Muslim Jabir ra.
Jangan cerita mimpi buruk. Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Mimpi orang cakap benar dekat kiamat adalah benar. 1) Mimpi solehin dari Allah. 2) Mimpi ngeri mimpi syaitan 3) Mimpi khayalan inginkan sesuatu. Mimpi ngeri apabila terjaga isyaratkan ludah kiri 3 kali kemudian wuduk dan solat sunat 2 rakaat.    

TANGIS SEDIH VS TANGIS RAUNG

05-04-06 Al-Fath “Kejayaan”/“Victory” . Tafsir Nurul Ihsan syarah us Shamsuri ms101 Sahih Muslim ibnu Omar. Air mata kesedihan rahmat Allah tetapi merintih tidak redha takdir itu azab neraka. Sahih Muslim ummu Salamah. Anak mata mengekori roh manusia ketika dicabut dari jasad. Rapatkan dagu kemudian ikat jenazah. Adab sunnah doa melawat pesakit. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi waghfu’anhu. 

SURAH AL-FATH “KEJAYAAN/VICTORY”

Segala gambar sekadar hiasan
48:1-5) Rasulullah saw bercadang kembali ke Mekah untuk menunaikan umrah disamping ziarah kampung halaman. Pada masa yang sama, Islam semakin berkembang di Mekah. Janji Allah ialah syurga bagi mukmin yang di hatinya hanya menang atau syahid.
48:6-17) Munafik persendakan Nabi saw kerana mereka yakin Nabi saw pasti wafat apabila sampai di Mekah padahal Allah wajibkan neraka ke atas mereka. Sekembalinya Rasulullah saw dari Hudaibiyah, Munafik merayu pengampunan kononnya mereka sibuk pada hari muslim bertolak. Sabda Nabi saw.”aku serahkan pada Allah kerana Allah sudah mengetahui, terpulang pada Allah samada menerima pengampunan atau tidak.” Munafik berjanji akan bersungguh-sungguh mempertahankan Islam tetapi Allah Maha Mengetahui meminta KekasihNya tidak mengambil munafik sebagai angkatan perang Khaibar. 3 jenis dikecualikan wajib jihad iaitu buta, cacat dan uzur.
48:18) Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah diwakili Osman bin Affan mengambil masa terlalu lama, salah seorang berkata “aku dapat merasakan Osman sudah mati. Seorang lagi berpendapat, sah Osman telah mati, mari kita beritakan Nabi saw.” Khabar angin palsu yang sampai kepada Rasulullah saw menyebabkan baginda melaungkan jihad memerangi Mekah. Allah redha pada 1400 mukmin yang cintakan akhirat.
19-21) Sebagai penghargaan, Allah akan menambah lagi harta rampasan perang dengan kemenangan demi kemenangan pada masa akan datang.
22-23) Allah jaga ahli keluarga muslim yang tinggal dengan menanamkan rasa gerun hati Yahudi yang berpakat menculik kanak-kanak muslim sepeninggalan 1400 muslim ke Mekah.
24) Allah tidak takdirkan bala kerana dikalangan penduduk Mekah terdapat muslim.
25) Kafir amat jahat apabila halang muslim untuk beribadah.
26) Allah redha kepada yang sanggup mati demi agama.
48:27) Mimpi Nabi Mimpi Benar, bukan bermakna mimpi Nabi terus jadi tetapi suatu hari nanti dengan izin Allah, pasti jadi. Allah ajar “insya’allah” itu adab buat manusia ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
28) Terbukti akhirnya Rasulullah berjaya masuk dengan aman ke Mekah. Tugas Muhammad ialah menyeru Islam. Sekiranya tidak mahu memeluk Islam, baginda mengenakan cukai seperti zakat untuk muslim.
29) Allah suruh berkasih sayang sesama muslim dan tegas pada kafir. Nabi Muhammad saw kenal umat baginda melalui cahaya sujud solat. Para sahabat itu tiang Rasulullah saw seperti tersebut Injil dan Taurat. 


Wednesday, November 30, 2005

Suami@Anak Soleh dan Isteri Solehah



PENGAJIAN KITAB MUHIMMAH 2004/2005

PENGENALAN KITAB MUHIMMAH

27-01-04 Pengajian Muhimmah ms 1. Inilah kitab yang dinamakan muhimmah atau yang penting-penting pada ilmu hadis Nabi saw karangan Syeikh Abdullah Abr Rahim Ulama Fattani Selatan Thai. Mudah-mudahan Allah mengampunkan umat Islam yang membaca kitab ini. Isi penulisan kitab diperolehi dari Wali Allah yang tiada pertikaian ragu-ragu iaitu Maulana Syeikh Abdul Rauf Fansuri. Dicetak pada 1384H. Fokus kitab ialah tanggungjawab suami isteri dalam berumahtangga. Isteri derhaka suami merupakan derhaka Allah.

TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH TAAT SEPENUHNYA KEPADA SUAMI

Riwayat Saidatina A’isyah radiallahu anha “Sekiranya isteri mengetahui tanggungjawab mereka, mereka sanggup menyapu tapak kaki suami yang berdebu dengan muka mereka sendiri.” Hadis Riwayat Al-Hakim sabda Nabi saw , “Jika isteri jilat nanah yang mengalir dari dua lubang hidung suami yang berdarah, belum tentu tertunai tanggungjawab isteri. Sekiranya manusia dibenarkan sujud sesama manusia maka aku perintahkan isteri sujud pada suami. Hendaklah berumahtangga kerana taat suami akan beroleh syurga tanpa perlu berdakwah, bejihad fisabilillah, rombongan jenazah, dan banyak lagi tanggungan ke atas lelaki muslim.”

HUKUM NUSYUZ ATAU DERHAKA SUAMI

23-03-04 Pengajian Muhimmah ms 8  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Isteri menolak ajakan suami akan dimurkai Allah dan para malaikat. Semua amalan tidak diterima sepanjang tempoh tidak redha suami. Nusyuz atau derhaka suami seperti menyakitkan hati suami. Nusyuz menggugurkan tanggungjawab nafkah suami. Suami hendaklah mengelak tidur bersama. Menurut Imam Nawawi, pukul kecuali bahagian muka perut dan kemaluan. Isteri menuntut cerai diharamkan masuk syurga kecuali suami yang menzaliminya dengan memukul teruk.

SEKSA KEPADA ISTERI DERHAKA

Sahih Bukhari Muslim dari A’isyah ra dan Fatimah ra sabda Nabi saw. Isteri-isteri yang derhaka suami dan perempuan yang melanggar perintah Allah di kalangan umatku di neraka nanti diseksa dengan digantung sambil otak dan isi perut mereka terburai setelah disumbat buah zakum.  Di badannya terdapat kala jengking dan ular yang sedang menggigitnya. Kulit mereka disiat dengan gunting neraka. Tubuh mereka hitam kehangusan. Api neraka menembusi kemaluan dan duburnya.

23-03-04 Pengajian Muhimmah  ms 8 Sahih Bukhari Muslim dari Abu Hurairah ra. Isteri menolak ajakan suami untuk bersama akan dilaknat Allah dan para mala’ikat Al-Muqarrabun. Allah sentiasa marah pada isteri tersbut sehingga tiba redha suami. Amal manusia setiap hari naik ke langit. 3 golongan manusia yang tidak di angkat diamalnya naik ke langit. Hamba atau pekerja yang lari dari tuannya sehingga kembali pada tuannya. Isteri yang menyakitkan hati suami. Pemabuk sehingga taubat dari mabuknya.

SEDIKIT TAAT PADA SUAMI TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA

HR Abu Daud dan Ibnu Majah sabda Nabi saw. Tidak mencium bau syurga kerana sedikit taat atau kurang taat pada Allah dan suaminya.  Isteri yang diredhai suami akan didoakan keampunan oleh malaikat dan segala makhluk Allah. Isteri yang tidak diredhai suami, keluar tanpa izin suami atau masam muka pada suami akan dilaknat Allah. Ada 4 jenis isteri yang menjadi isi neraka. 

  1. Perempuan zina dan mengeluarkan perkataan menyakitkan suaminya.
  2. Perempuan yang meminta diluar kemampuan suami. 
  3. Perempuan tidak tutup aurat.
  4. Perempuan yang hanya makan tidur.


BANTAH POLIGAMI MENJADI PENGHUNI NERAKA

Muhimmah ms 10. Membantah syarak seperti memarahi suami yang mampu adil berpoligami akan dimasukkan ke neraka bersama syaitan dan iblis yang dilaknat Allah. Nabi saw Firman Allah. Sekiranya mampu berlaku adil, maka kahwinilah samada 2,3 atau 4 isteri.

MATI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA SUAMI WAJIB KE ATASNYA NERAKA

Dari Ali Karamulla huwaj ha sabda Nabi saw. Bercakap seperti mengakibatkan suami marah dan sakit hati menyebabkan putus segala amal dan dilaknat Allah termasuk para malaikat. Mati dalam keadaan tidak redha suami wajib ke atasnya neraka.

SOLAT 5 WAKTU, PUASA & TAAT SUAMI CUKUP BAGINYA SYURGA

25-05-04 Muhimmah ms 11. Hadis Nabi saw. Solat, puasa, jaga kehormatan diri dan taat suami  dijanjikan Allah memilih mana-mana pintu syurga. Masuk syurga apabila mati dalam redha suami. Di kalangan umatku. Sebaik-baik lelaki ialah melayani baik isterinya dan sebaik-baik wanita ialah baik dengan suaminya. Tidak dianggap tertunai hak Allah sehingga isteri menunaikan hajat suami.
Mengutamakan suami melebihi adik beradik dan hak dirinya. Menuntut kesukaaan suami akan segala perbuatannya. Jangan mengkhianati suami dan harta suaminya. Sentiasa bersih dan selesa apabila suami mendekatinya. Jangan hina suami akan kemiskinan hidup. Jangan menunjukkan kelakuaan menyakitkan hati suami.

Dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq radiallahu anha yang berkahwin dengan Zubair seorang miskin fakir.  Asma’ merupakan adik ipar Rasulullah saw. Asma’ memelihara suaminya dengan menjaga suaminya, menjaga unta suaminya, menjahit dan membasuh pakaian, memasak, menjamu makanan, mengambil upah menjunjung kurma, mengambil upah mengerjakan kebun orang.  

LARANGAN ISTERI KELUAR TANPA IZIN KECUALI BELAJAR ISLAM

22-06-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Haram suami melarang isteri keluar mempelajari kelas pengajian Islam.  Membangkang sabda Nabi saw amat dimarahi baginda dan para sahabat.  Sahih Muslim dari Zainab Assaqafiah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita berwangian keluar ke masjid.  Sahih Muslim dari Amrah bt Abr Rahman ra dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita keluar rumah dengan menarik perhatian lelaki melalui pakaian, perhiasan dan wangian.

BINASA PEMIMPIN KELUARGA AKIBAT KEJAHILAN AHLI KELUARGA

22-06-04 Muhimmah ms 15. HR Al-Baihaqi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan sampai satu zaman di mana sukar mengamalkan 100% Al-Quran dan Hadis sehingga terpaksa melakukan perkara yang dimurkai Allah akibat dipengaruhi mana-mana ahli keluarganya, kawan dan jirannya. Kesempitan hidup juga faktor terpaksa melakukan larangan Allah sehingga membinasakan dirinya dan ahli keluarganya.  Para malaikat di padang mahsyar akan memberitahu “malangnya orang ini walaupun amal ibadahnya sebesar gunung tetapi semuanya ditolak oleh dosa yang tidak disedarinya.” Akhirnya bakal penghuni syurga ini ditarik ke neraka bersama anak isterinya yang kejahilan agama. Wajib ke atas suami sebagai pemimpin mengajar isi rumahnya tentang tauhid, aqidah,  aqidatul iman, adab akhlak dan semua yang berkait termasuk pemeliharaan tatacara basuhan najis. Suami wajib faham dan mengajar haid, nifas, istihadah, wiladah dan segala berkaitan dengan kebersihan diri.  Saling memahami kehendak pasangan mengikut syariat merupakan faktor kebahagian.


BERMULA KEBINASAAN SUAMI DAN RUMAH TANGGA

27-07-04 Muhimmah ms 16 Firman Allah wahai orang yang beriman. Jangan kerana harta dan keluarga,  melalaikan dari mengingati Allah. Sabda Nabi saw. Bermula kebinasaan rumah tangga pada anak isteri rakan dan jiran. Sabda Nabi saw. Binasa dan jahat suami apabila membiarkan dirinya diperhambakan isterinya. Firman Allah. Lelaki memimpin wanita dan wanita dimiliki lelaki bukan lelaki dimiliki wanita. Sabda Nabi saw. Salah satu dari 15 benda turun bala Allah ialah suami taat isteri.

KEWAJIPAN CEMBURU ATAU TIDAK SUKA DAN SEDERHANA DALAM CEMBURU

28-09-04 Muhimmah ms 18 Sabda Nabi saw. Lelaki yang tiada cemburu umpama tiada perasaan. Allah sangat cemburu pada hambaNya yang melanggar perintahNya.  Cemburu suami disuruh agama apabila terdapat tanda syak pada isteri. Cemburu berlebihan sehingga memudaratkan dan dipengaruhi syaitan ditegah syarak. Kesederhanaan dalam cemburu amat dititik beratkan menurut syarak. Allah akan mengazab suami yang tiada perasaan cemburu. Merelakan mata melihat yang haram akan dibakar mata dengan bara api neraka. Menurut imam Al-Ghazali pada zamannya, perempuan muda tidak digalakkan ke masjid kerana semakin ramai pemuda jahat yang melepak dan menegur di jalanan. Sabda Nabi saw lagi. Puasa, solat 5 waktu, pegang amanah suami, jaga kehormatan faraj dan mendidik anak akan dimasukkan ke syurga tanpa perlu berjihad fisabilillah, berdakwah, rombongan jenazah dan pelbagai kewajipan bagi lelaki. HR Imam Ahmad, Annasa’e dan Hakim. Allah telah mengharamkan 3 golongan masuk syurga. 

  1. Tidak bertaubat dari minum arak. 
  2. Derhaka ibu bapa 
  3. Suami Dayyus yang membenarkan isteri zina. 

ANAK SOLEH, ANAK KECIL MATI SEBELUM BALIGH 
DAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

22-02-05 Pengajian kitab Muhimmah ms 22  Hadis Nabi saw. Apabila mati seorang manusia, putus segala amal melainkan 3 iaitu i) sedekah jariah ii) Ilmu yang diajar diamalkan. iii) Anak soleh yang mendoakan keampunan kepada ibubapanya. Allah melepaskan kanak-kanak yang mati kecil mencari ibubapa mereka di padang mahsyar untuk dimasukkan ke syurga dengan syarat ibubapanya muslim, bersabar dan tidak marah atas kematian kecil mereka. Ruginya ibubapa yang kematian anak kecil tidak bersabar dan derhaka Allah. (Hassan gharib AtTirmizi dari Anaz b Malek & Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw) Mendidik dengan baik anak perempuan solehah dan adik perempuan solehah akan memudahkan masuk syurga. 


SABAR DALAM BERUMAHTANGGA DISURUH 
SYARAK KERANA ANUGERAH PAHALA BESAR

28-06-05 Pengajian kitab Muhimmah ms28 Hadis Nabi saw. Firman Allah SWT kepada Nabi Adam as jangan hampiri pokok tersebut. Takdir Nabi Adam as, Nabi Nuh as dan Nabi Lut as sebagai pengajaran umatku. Nabi Yunus as berdoa pada Allah supaya diazabnya ketika di dunia kerana baginda tidak ingin sengsara azab akhirat. Firman Allah kepada Nabi Yunus “Kamu akan diazab apabila berkahwin nanti.” Imam Ghazali berpendapat antara faedah kahwin ialah sabar. 

Sabda Nabi saw Allah berfirman Pahala suami sabar perangai isteri seumpama Nabi Ayub as pahala isteri sabar perangai suami seumpama pahala Athiyah isteri kepada  fir’aun laknatullah. 

Sabda Nabi saw, “Sabar yang sebenar ialah ketika permulaan kena musibah” Kata Imam Al-Ghazali sabar dan jangan lekas marah pada mula-mula sekali ditimpa musibah. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Hati perempuan mudah pecah seperti kaca.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebagai suami mukmin, jangan marah dan cari keburukan isteri mukminah. Redha perangai buruk dengan mengenangkan perangai baiknya.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan dera dan memukul isteri.

Tanggungjawab Suami Isteri 2005

3 GOLONGAN SUKAR KE SYURGA

25-01-05 Pengajian Kitab Muhimmah

  1. menyakiti hati ibubapa   
  2. dayus membiarkan isterinya buat maksiat dan 
  3. menyeru jalan maksiat

18 GOLONGAN DIMURKAI ALLAH KERANA DOSA BESAR (TAUBAT NASUHA)

  1. Pembunuh tanpa sebab 
  2. Bomoh syirik
  3. Pengukir patung 
  4. Pemabuk arak, daun ketum, dadah dan segala yang memabukkan 
  5. Penzina 
  6. Saksi tipu
  7. Terlibat sihir 
  8. Ramalan ghaib 
  9. Batu api atau melagakan orang
  10. Penuduh fitnah 
  11. Pengumpat 
  12. Pemeras ugut selain pemerintah yang memungut cukai 
  13. Peniaga yang menipu dan makan riba 
  14. Benci salah seorang sahabat Nabi saw. 
  15. Bergaya bertujuan sombong 
  16. Judi dan pertaruhan 
  17. Pemuzik gendang 
  18. Pemuzik biola dan serunai (Hadis 17 & 18 merupakan hadis daif tidak boleh berhujah dan kalau boleh dijauhkan kecuali mendekatkan diri kepada mengingati Allah)

Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Yang paling dasyat azab seksaan akhirat dikenakan kepada yang meniru ciptaan Allah. Pengukir patung akan di suruh Allah memberi nyawa kepada patung yang dibuat. 

SALURAN SYAHWAT YANG HALAL ANUGERAH PAHALA

22-03-05 Muhimmah ms 24 faedah kahwin  

Saluran halal menyalurkan syahwat. Nabi saw sebagai kapasiti manusia biasa pernah diransang syahwat apabila terlihat wanita muda dan kemudian bergegas pulang mendapatkan isterinya Zainab ra untuk melepaskan hajat. Ibnu Abbas ra “Sebaik-baik orang ialah yang ramai isteri. “ Imam Al-Ghazali. “Sekiranya ingin syahwat maka wajib baginya berkahwin”. 

RAJA SULAIMAN MENDAPAT ANAK CACAT APABILA TIDAK MENYEBUT INSYA’ALLAH

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Raja Nabi Sulaiman as pernah bersetubuh sehingga 70 isterinya demi melahirkan pejuang fisabillah. Malaikat yang menjadi sahabat Nabi Sulaiman as menasihati baginda agar katakanlah Insya’allah sebelum menyebut ayat setiap keinginan. Akibat tidak menyebut Insya’allah. 70 isterinya yang ditidurinya melahirkan anak cacat.  

MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

24-05-05 Pengajian Muhimmah ms 26 faedah kahwin Manusia sekiranya berakal akan:   

  1. Sentiasa berdoa kebaikan dari Allah, 
  2. Menghitung dosa pahala diri 
  3. Beri ruang menikmati keseronokan yang tidak melanggar syarak.
  4. Keseronokan berkongsi hidup. 
  5. Memerangi nafsu melainkan hak wajib isteri 
  6. Mempelajari menangani dan mentarbiahkan anak isteri. 

Dari saidina Abdullah bin Al-Ahbad sabda Nabi saw. Bapa yang menjaga suruhan agama. Sehari sama ibadah selama 70 tahun. Menjaga anak isteri seperti berperang fisabilillah. Berbelanja anak isteri lebih besar dari berbelanja perang sabilillah. 

“Bapa pukul ini kerana kesilapan anak melanggari arahan bapa dan peraturan agama Islam. Bizmillah dan pukul selain muka.” Jangan cakap sesuatu yang buruk

4 PERKARA manusia tidak dapat lari dan perlu tangani dengan: 

  1. mensyukuri NIKMAT, 
  2. sabar dengan UJIAN, 
  3. TAAT perintah Allah itu anugerah Allah & 
  4. hindari suka buat MAKSIAT.  


Sabda Nabi saw Siapa yang bagus solatnya, ramai anaknya, sedikit hartanya serta tidak mengumpat, nescaya dia di syurga bersamaku. Sekiranya hambaNya mempunyai dosa kesilapan lampau maka akan diuji dengan dukacita sebab keluarganya. Sabar dengan ujian tersebut, Allah batalkan dosanya yang lampau. 

CIRI-CIRI BAKAL ISTERI

26-07-05 Muhimmah ms 29 ciri-ciri sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis  

  1. Beragama & Takut Allah. 
  2. Cantik pada pandangan bakal suami sesuai dengan paras suami supaya suami tidak liar mata disamping beragama supaya menjaga kehormatan dirinya. Pilihlah yang beragama dan takut Allah kerana cantik dan harta tiada agama boleh merosakkan bakal suami.  

Elakkan : 

  1. Al-annanah – Banyak mengeluh dan merungut 
  2. Al-mannanah –Suka Mengungkit 
  3. Al-hannanah- Mencitakan lelaki lain  
  4. Al-haddaqah – Memberatkan suami untuk membeli sesuatu yang diberkenannya. 
  5. Al-baraqqah – Suka bersiap diri untuk tarikan pandangan umum 
  6. Al-salaqah- Suka bercakap dan berleter

SIFAT BAKAL ISTERI SOLEHAH

27-09-05 Muhimmah ms31 sifat-sifat sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis 
Himpunan Hadis Isteri Solehah boleh menjadi penasihat agama Islam dalam rumah tangga dan antara sifatnya: 

  1. Sombong pada lelaki umum selain dari suaminya 
  2. Kecantikan disertai takut Allah 
  3. Muka bersifat keibuan 
  4. Mas kahwin rendah itu wanita yang baik dan lagi cepat kahwin lagi baik dengan menyegerakan dapat anak. Mas kahwin Rasulullah saw ialah satu penggiling tepung, satu tempayan dan satu bantal. Mas kahwin sahabat ialah sebutir emas sebesar biji buah kurma
  5. Pilih perempuan adik beradik ramai 
  6. Sunat memilih anak dara. 
  7. Keturunan yang baik dari segi latar belakang beragama seperti anak cucu orang soleh dan orang alim. 
  8. Jangan kahwini jalur keluarga terdekat kerana anak menjadi lemah tubuhnya.
  9. Ibubapa wajib memilih suami yang tidak jahat perangai atau jahat rupa parasnya disamping tidak jahil agama. Memberi anaknya kahwin semata-mata kaya, berharta, pangkat besar walaupun tahu bakal suami anaknya jahat maka ia seperti memutuskan silaturahim. Ibubapa anak perempuan tersebut mengharamkan dirinya masuk syurga. Kata ulama, pilihlah menantu lelaki yang takutkan Allah. 

POLIGAMI
 
Berlaku adil semua aspek dalam keadaan zahir atau batin walaupun hati lebih berat kepada satu pihak lain seperti Rasulullah saw. Baginda berkahwin ramai isteri atas dakwah islamiah perintah Allah walaupun hatinya berat cinta kepada Aisyah dan Khadijah.

Tidak adil Poligami. HR AtTirmizi dan Hakim sabda Nabi saw. Tidak adil dalam poligami akan didatangkan hari kiamat dibangkitkan dalam keadaan bahu tubuh badan jasadnya yang gugur.

DERHAKA SUAMI SEKALIGUS DERHAKA ALLAH WALAUPUN SEKETIKA

Gugur giliran  

  1. Derhaka suami atau menyakitkan hati suami. 
  2. Keluar rumah tidak minta izin
  3. Tutup pintu tidak memberikan suami masuk. Allah SWT perintahkan Nabi saw menceraikan salah seorang isterinya yang tidak membenarkan baginda masuk rumah. 
  4. Tidak mahu bersetubuh walaupun dalam keadaan bukan uzur. 5)Menyibukkan diri apabila suami meminta. 

HR Ahmad & Tabarani. Sabda Nabi saw. Diharamkan tidak bertutur sesama muslim lebih dari 3 hari.
Makna Darurat ialah sekiranya tidak buat boleh menyebabkan kematian.