Nota Cinta

Monday, June 9, 2003

Suami Isteri 2003



Kuliah pengajian Bahrulmazi jilid 9 Suami Isteri 2003 syarah Ustaz Shamsuri

ALLAH GEMBIRA SEKIRANYA HAMBANYA BERTAUBAT

13-1-03 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah sangat gembira apabila umatnya bertaubat padaNya.

Sahih Muslim dari Abi Musa bin Kais al-Ash’ari ra sabda Nabi saw. Allah sentiasa membuka pintu taubatNya sepanjang kehidupan di dunia kecuali mati dan kiamat.

HARAM MINTA CERAI

Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Haram minta cerai.

BERLUMBALAH DAN SEGERAKAN BERBUAT BAIK

10-3-03 Sahih Muttafakun Alai dari Jabir ra. Al-Imran 133 Berlumbalah membuat kebaikan kerana syurga disediakan pada muslim yang bertaqwa. Setelah sabda Nabi saw tentang janji syurga Allah ketika perang Uhud. Para sahabat segera berjuang habis-habisan sehingga syahid. 

Sahih Bukhari dari Uqbah bin Al-Harith ra sabda Nabi saw. Para sahabat terkejut apabila Nabi saw bangun tergesa-gesa pulang ke rumah dari tempat imam setelah selesai memberi salam dalam solat berjemaah. Aku sangat tidak selesa apabila emas yang dihadiahkan padaku itu disimpan di rumahku lalu aku segerakan sedekah untuk keperluan fakir miskin. 

TEMPOH IDAH KEMATIAN SUAMI

Hasan AtTirmizi dari Abi Sanabil ra sabda Nabi saw. Tempoh Idah perempuan yang mengandung akibat kematian suami ialah setelah melahirkan anak atau 4 bulan 10 hari.
Hasan AtTirmizi dari Zainab bt Jaqsyim ra sabda Nabi saw. Jangan berhias walaupun sakit dalam tempoh idah selama 4 bulan 10 hari.

MUHASABAH DIRI ADAKAH CUKUP PERSEDIAAN AKHIRAT

14-4-03 Sahih Muslim dari Jarir bin Abdillah ra sabda Nabi saw merujuk Al-Quran. Takutlah kepada Tuhan kamu yang asal kejadian setiap dari kamu itu dari seorang manusia iaitu Adam as. Muhasabahlah diri tentang persediaan akhirat.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang membuat dosa dan perbuatan dosanya itu diikuti oleh orang lain.  Orang yang memulakan benda jahat itu akan menanggung dosa perbuatan jahat orang lain yang mengikutnya.


HARAM BERSETUBUH DENGAN ISTERI YANG DISAMAKAN DENGAN MAHRAM DAN DIHUKUM ZIHAR

Hasan Gharib lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Haram bersetubuh dengan isteri yang diziharkan iaitu menyamakan bentuk fizikal isterinya dengan mahramnya melainkan setelah membayar denda. 

Hasan AtTirmizi sabda Nabi saw sekiranya tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut maka berikan 60 bungkus makanan yang mengenyangkan untuk orang miskin.  

ALLAH MENERIMA TAUBAT KECUALI ORANG 
YANG BANGGA DENGAN KEJAHATANNYA

12-5-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw Tuhan akan mengampunkan umatku yang bertaubat melainkan manusia yang bangga kejahatannya.  

TUTUP KEBURUKAN ORANG LAIN DAN JANGAN HINA

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah menutup keburukan manusia di akhirat sekiranya manusia itu menutup keburukan orang lain ketika di dunia. 

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw jangan hina pesalah yang telah dihukum kerana ia membantu syaitan. 

KAFARAH LANGGAR SUMPAH

HR AtTirmizi dari Aisyah ra Nabi saw pernah melanggar sumpah tidak menyentuh isteri-isterinya kerana ingin menumpukan ibadah untuk tempoh tertentu. Baginda telah membayar kafarah sumpah. 

Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki. Suami yang bersumpah dengan nama Allah  tidak menyetubuhi isterinya lebih 4 bulan, mahkamah berhak menahannya samada balik kepada isteri atau disuruh cerai. 

JANGAN TUDUH ZINA MELAINKAN CUKUP SAKSI

Li’an atau sumpah menyebut wallahi 5 kali menuduh isteri zina tanpa saksi. 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw kepada Abu Dardak atau Uwaimir ra dan isterinya. Suami isteri mesti bersumpah 4 kali atas pertuduhan zina isteri dan sumpah ke 5 menyebut. “Wallahi, laknat Allah akan timpa kepadaku sekiranya aku salah.” Sabda Nabi saw lagi. Hukuman rejam sampai mati itu lebih ringan dari azab Allah di akhirat.  Haram rujuk atau berkahwin selama-lamanya selepas hukuman li’an.  Hudud digugurkan kerana ada syubhat. Menuduh zina tanpa 4 saksi yang melihat hubungan seks di hadapan mata akan disebat 80 kali.  

SETIAP PEKERJAAN TIDAK DILAKUKAN SEORANG DIRI

09-6-03 Sahih Bukhari dari Mus’ab bin Saad Abi Waqas ra sabda Nabi saw. Sesuatu kerja tidak dapat dilakukan seorang diri walau sehebat mana sekalipun. Orang yang kita pandang hina itu adalah yang banyak menolong kita. 

HR Abu Daud dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Carilah aku dikalangan orang-orang yang lemah. 

HR AnNasa’i dari Abu Syuraisyh sabda Nabi saw. Jangan sia-siakan 2 golongan daif  iaitu anak yatim dan wanita. 

Sahih Muttafakun Alai ari A’isyah ra sabda Nabi saw. Membesarkan anak perempuan dengan sabar dan baik akan masuk ke syurga.

HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw kepada Hilal yang menuduh isterinya berzina. Hadirkan 4 saksi yang melihat zakar dimasukkan ke faraj atau disebat 80 kali. Sabda Nabi saw kepada Hilal dan isterinya lagi, kali ke 5 ini sekiranya bersumpah, Allah pasti menurunkan bala kepada mereka yang bohong. 

Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra. Hukum Li’an isteri dan suami bercerai secara automatik. Wanita yang kematian isteri tinggal di rumah suaminya sehingga habis idah. 


Saturday, May 10, 2003

Jangan melampau



10-5-03
JANGAN MELAMPAU DAN BERLEBIHAN

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw, jangan melampaui ibadat sunat sehingga memudaratkan tanggungjawab seperti tidur, bekerja mencari nafkah, kewajipan berumahtangga, bermasyarakat dan hak fardu yang lain. Buat apa yang disuruh dan menjauhkan dari yang dilarang Allah akan mendapat keredhaan Allah.

Tuesday, March 25, 2003

ISTIHADZAH 2003



Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 1 bab Istihadzah syarah Ustaz Shamsuri

25-03-03 Sahih muslim dari Ubai bin Kaap ra. Para sahabat suka melangkah kaki berjalan jauh ke masjid kerana sabda Nabi saw, setiap langkah itu pahala. 

Ilmu Hadis apabila Nabi saw menyebut lebih 3 bermaksud banyak samada 10, 40 atau lebih 3

Sahih Bukhari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw. Banyak cabang kebaikan. Kebaikan yang tertinggi ialah memberikan sumbangan yang amat diperlukan pada masa itu. Beramal kebaikan semata-mata pahala dan keredhaan Allah akan dijanjikan syurga. 

Sahih Muttafakun Alai dari Abu Musa ra sabda Nabi saw. Muslim mesti hari-hari bersedekah bermula lebihan rezeki dari hasil kerja. Sekiranya tiada kerja pergi membantu orang yang memerlukan.  Sekiranya tidak membantu orang, berbual perkara kebaikan. Sekiranya tidak berbual perkara baik maka jangan buat jahat kerana pahala jangan buat jahat itu seperti pahala sedekah. 

Bahrulmazi jilid 1 ms 178 Bab perempuan yang keluar darah berkekalan. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Siti A’isyah ra sabda Nabi saw kepada Fatimah bt Hubaisyh ra tentang haid yang tidak berhenti. Jangan tinggal solat kerana darah haid berpunca dari rahim dan darah istihadzah ini terhasil dari urat yang terluka. Darah haid bermula kemerah-merahan pekat dan kemudian lepas 6 hari akan bewarna perang. Darah perang likat selepas 6-7 hari itu adalah Istihadzah. Mandi wajib kemudian ambil wuduk. Setiap wuduk untuk setiap solat. Dalam tempoh istihadzah wajib solat kecuali ketika haid. Istihazah bermula dari 8 hingga 15 hari selepas haid. Menurut Imam Nawawi diharuskan bertanya kepada ustaz ketika mengalami masalah istihadzah. 

ADAB MINTA IZIN BUDAYA ISLAM

23-09-03 Sahih Abu Daud & AtTirmizi dari Saidina Omar Al-Khattab ra ketika meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Nabi saw mengizinkan dan meminta jangan lupa mendoakan kesejahteraan baginda dan umat Islam seluruhnya. Kata Omar, kalimah hormat dari Nabi saw itu lebih bermakna dari seluruh harta dunia yang dihadiahkan kepadaku. 

KENANGAN SEBELUM ANAZ BIN MALEK MENINGGAL DUNIA

Dari Anaz bin Malek ra ketika akhir hayatnya ke 100 tahun. Kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya ialah ketika umurnya 10 tahun ketika dia dihadiahkan oleh ibunya menjadi pembantu Nabi saw. Ketika itu ibunya tiada apa untuk diberi memandangkan semua Penduduk Madinah menghadiahkan harta kesayangan mereka sewaktu Hijrah Nabi saw ke Madinah.  Hati Anaz bin Malek ra disiram kegembiraan apabila pertama kali bersua muka dengan senyuman manis baginda ketika itu. Kenangan kedua tidak dapat dilupakan ialah melihat wajah Rasulullah saw ketika hampir wafat. Wajah baginda putih bersih berseri, Anaz mewasiatkan menanamkan jenazahnya bersama tongkat kecil yang dihadiahkan oleh Rasulullah saw kepadanya. 

KILAF TAYAMMUM SEMUA BOLEH

Bahrulmazi jilid 1 Sabda Nabi saw. Tayamum ialah ambik debu bersih sapu muka dan dua tapak tangan. Dua kali pukul debu bersih. Sekali sapu muka dan sekali sapu ke tangan sampai siku.  Menurut Imam Syafie ambil sampai ke siku. Hambali dan Hanafi ambil muka dan tapak tangan.
Mazhab Syafi’e tidak harus tayammum melainkan tanah suci dengan syarat tanah debu melekat di tangan. Hanafi dan Malek sah tayammum walaupun batu atau tanah tersebut tiada debu. Menurut Imam Nawawi, hantukkan sedikit selain tapak tangan supaya hanya tinggal debu nipis. 

BACA AL-QURAN YANG DIHAFAZ TIADA PERLU WUDUK

Hasan Sahih Attirmizi dari Ali bin Abi Talib karamalla huwaj ha. Nabi saw menggalakkan mulut sentiasa baca Al-Quran selama tiada dalam keadaan berjunub.

CARA MENEGUR BUKAN KASAR OLEH NABI SAW YANG BIJAK

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Ketika seorang Badwi yang sedang kencing ke pinggir masjid, para sahabat marah dan bingkas bangun untuk mengajar Badwi tersebut tetapi dihalang Rasulullah saw sambil bersabda.  Biarkan dia kerana dari terkena banyak tempat lebih baik hanya satu tempat. Selepas selesai Badwi tersebut kencing, Nabi saw meminta sahabat mengambil satu timba air untuk dituang ke atas najis Badwi tersebut. Sabda Nabi saw selepas itu. Ambil yang mudah dan jangan susahkan. Islam langsung tak susahkan penganutnya. Sekiranya mengambil tindakan ke atas kemudaratan, pilih yang ringan mudarat.

IKLAN TIDAK SALAH TETAPI URUSAN JUAL BELI MESTI DI LUAR MASJID

Menghormati institusi masjid walaupun jual beli kitab atau minyak attar walaupun yang menjual itu Tuan Guru. Ini tanda kiamat apabila berlaku hingar binger dalam masjid. Masjid yang dikehendaki Allah dan Rasul mestilah tenang disamping hanya ceramah dakwah. 



Friday, March 21, 2003

KITA SEMUA HAK ALLAH

21-1-03 Muqaddimah Ustaz Shamsuri

Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zair b Harithah ra sabda Nabi saw. 

SEGALA YANG ADA INI HAK ALLAH TERMASUK DIRI KITA & AHLI KELUARGA YANG ADA TEMPOH AJAL. SEDIH TANGIS ITU RAHMAT ALLAH, MERAUNG TANGIS ITU DIMURKAI ALLAH. Sabar adalah anugerah Allah.

18-2-03 Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, para sahabat amat menakuti dosa kecil apatah lagi dosa besar. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. 

Allah sangat cemburu apabila manusia melakukan larangan setelah nikmat yang telah diberikanNya. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. 

3 pemuda zaman bani Israel si buta, si botak dan si penyakit kulit telah dimakbulkan hajat mereka dengan disembuhkan disamping kaya harta. Mala'ikat kembali dalam keadaan musafir miskin meminta bantuan mereka tetapi si botak dan si penyakit kulit tidak menghiraukannya kecuali si buta. Akhirnya, si botak dan si penyakit kulit kembali asal dan menjadi miskin semula kecuali si buta yang kekal celik dan kaya harta.  

Segalanya milik ALLAH swt

21-1-03 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zair b Harithah ra sabda Nabi saw. 

" SEGALA YANG ADA INI HAK ALLAH TERMASUK DIRI KITA & AHLI KELUARGA YANG ADA TEMPOH AJAL. 

SEDIH TANGIS ITU RAHMAT ALLAH, MERAUNG TANGIS ITU DIMURKAI ALLAH. 

Sabar adalah anugerah Allah. "

Wednesday, March 12, 2003

Al-Furqaan 25:1-60

APAKAH PERBUATAN MANUSIA YANG PALING BAIK

12-3-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Zar ra sabda Nabi saw. Amalan paling baik ialah beriman pada Allah. Yang kedua terbaik ialah jihad dakwah jalan Allah. Diikuti bantu pekerja dan didik pekerja. Jaga mulut agar tidak jadi punca perbalahan dan tidak menyakiti orang itu satu sedekah. 

PERTEMUAN AGUNG ANAZ B NADAR

Sahih Muttafakun Alaigh Anaz b Malek. Pakcikku Anaz b Nadar menyesali dirinya kerana terlepas menyertai misi Badar lalu berjumpa Nabi saw, "Ya Rasulullah saw, Allah pasti akan tunjuk padamu apa yang bakalku lakukan." Ketika muslim hampir ditewaskan dalam Uhud, Anaz bersedih dan mula mengorak langkah ke arah pasukan musuh sambil berdoa, "Ya Allah, aku minta ampun bagi pihak rakan-rakanku yang melanggar arahan Nabi saw sehingga keadaan jadi sebegini." Ketika sedang dalam larian, Anaz sempat berteriak,"Wahai Saad b Muaz, jom serbu musuh, aku dapat hidu bau syurga." Selepas perang, makcikku mengenali jenazah abangnya yang hancur menerusi cebisan jari pakcik. Turun ayat Quran khas dari Allah pujian untuk Anaz b Nadar yang syahid, "Di kalangan orang beriman, ada yang menepati janjinya." 

ALLAH TUNJUKKAN AMAL UMAT AKHIR ZAMAN

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Ada umatku akhir zaman yang mengutip benda tajam lalu diasingkan ke tepi dan ada pula yang tidak hormat masjid dengan sanggup meludah kahak dalam masjid. 

DAKWAH SAIDINA ALI KARAMULLA HU WAJHA

9-4-03 Hadis Sahih Muttafakun Alaigh dari Sahal b Saad As'Sa'idi radiallahu anhu sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam. Panji Perang Khaibar akan diketuai oleh seorang yang dijanjikan kemenangan oleh Allah. Beliau sangat cintakan Allah & Rasul dan Allah & Rasul juga sangat sayangkan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Ali b Abi Talib. Saidina Ali ketika itu sedang dijangkiti penyakit mata. Dengan sekali semburan air liur Rasulullah saw pada mata Ali, tiba-tiba Ali sembuh serta merta. 

Ali bertanya, "ya Rasulullah saw, adakah aku ditugaskan untuk menghapuskan mereka semua atau memastikan mereka memeluk Islam?" Sabar wahai Ali, kamu ditugaskan untuk memberi kefahaman tentang Islam, beritahu mereka, udara yang mereka hirup untuk bernafas itu siapa yang berikan. Nyawa mereka, anak isteri dan ibubapa mereka boleh hilang bila-bila masa saja dicabut Allah. Sekiranya seorang daripada mereka dapat hidayah Allah, itu lebih baik dari mendapat hadiah termewah dunia. 

GANDAAN PAHALA GANDAAN DOSA

Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Seru kebaikan akan mendapat pahala seperti kebaikan yang diseru. Seru perbuatan dosa akan dibalas setimpal apa yang dilakukan oleh ahli maksiat. 
Sahih Muttafakun Alaigh Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Pembunuhan pertama manusia di muka bumi ialah Habil bunuh Kabil. Dosa pembunuhan manusia selepas itu juga terpaksa dikongsi tanggung oleh Habil sehingga kiamat. 

RASA BERSALAH TENTERA MONGGOL

Rasa bersalah dan malu sebahagian besar tentera Monggol yang bertindak menyerang ganas sehingga Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah Islam menyebabkan sungai Furad menjadi hitam disebabkan mayat ulama dan kitab-kitab Islam yang dibuang di sungai Furad, Baghdad menyebabkan mereka memeluk Islam.

HARI GEMBIRA HARI TURUN WAHYU

14-5-03 Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakar As Siddiq mengajak Omar menziarahi Umu Aiman lalu bertanya,"kenapa kamu menangis wahai Ummu Aiman?" Ummu Aiman beritahu mereka, "aku tidak sedih Rasulullah saw wafat tetapi aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun kerana setiap turunnya wahyu itu adalah hari kegembiraan buat kita semua." 

PESANAN BUAT SUAMI UNTUK ISTERI

11-6-03 Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Lelaki berkahwin dengan perempuan adalah untuk berseronok. Sekiranya isteri tunjuk bantah maka tidur berasingan. Pukul sekadar pengajaran. Sekiranya isteri menyesal dan berbaik maka jangan panjangkan pergaduhan. Tanggungjawab isteri ialah jangan benarkan tempat tidur suami ditiduri jantan lain. Yang kedua jangan benarkan orang yang suami tidak suka, masuk ke rumah. Tanggungjawab suami ialah elokkan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan. 

Sahih Muttafakuhn Aligh sabda Nabi saw. Perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok dan paling atas. Perlahan-lahan bentuk isteri menjadi mukminah dan jangan dibiarkan terus membengkok. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mukmin dilarang benci isteri mukminah. Sekiranya ada benci, jangan lupa benda yang kamu suka ada padanya. 

HR Abu Daud Muawiyah ra sabda Nabi saw. Tanggungjawab suami ialah sediakan makanan dan pakaian. Jangan memukul muka, perut dan kemaluan. Jangan cerca dan mengeji. Hukuman derhaka ialah tinggalkan tempat tidur tetapi jangan keluar dari rumah. 

3 BAYI BERCAKAP tanda KEAJAIBAN KUASA ALLAH

9-7-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 bayi bercakap. 
  1. Bayi bernama Isa b Mariam yang memberitahu bahawa ibunya, bersih dari zina.
  2. Bayi anak zina yang memberitahu siapa bapanya yang sebenar bagi menangkis tuduhan zina terhadap Juraiysh iaitu ulama zaman Musa as. Juraiysh difitnah akibat tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik dengan solat sunat. 
  3. Bayi yang memberitahu ibunya, bahawa pemuda kaya itu sebenarnya sombong dan wanita yang dituduh zina itu sebenarnya teraniaya. 
BUATLAH KEBAIKAN AGAR TERHAPUS DOSA

14-1-04 Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw. Mudah-mudahan solat dan perbuatan baik akan menghapuskan dosa lalu. 
Sahih Muttafakun Alaigh Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, Solat menghapuskan dosa. (yang dimaksudkan Rasulullah saw menurut Imam AnNawawi ialah dosa bukan hudud atau dosa besar)  
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Solat fardu tertib 5 kali sehari boleh menyucikan dosa.   

Surah 25 Al-FURQAN 12-3-03 Syarah Dato' Shamsuri

25:1 Peringatan dan Amaran kepada seluruh penduduk alam semesta
25:2 {Allah, Tuhan yang tiada sekutu selaku pemilik bumi dan 7 lapis langit} menurunkan {Quran/Al-Furqan/Membezakan Islam dan bukan Islam} untuk seluruh makhluk manusia dan jin dengan khabar berita gembira bagi yang beriman dan berita menakutkan bagi yang ingkar. 
25:3 Kafir menyembah berhala tokong yang diperbuat oleh mereka sendiri dari tanah, batu atau kayu itu sebenarnya tidak dapat memberi manfaat mahupun apa-apa kebaikan. 
25:4 Kafir nenuduh buku Al-Quran ini rekaan penulisan Nabi Muhammad saw.
25:5 Al-Quran dikatakan mengandungi cerita dongeng nenek moyang
25:6 Hakikatnya, Quran mengandungi rahsia langit dan bumi. Al-Ankabut 46-48 Muhammad tidak tahu menulis dan membaca  
25:7 Kafir mencabar Muhammad agar membawa malaikat sebagai saksi.
25:8 Kafir mempersoal akan kehidupan Muhammad yang miskin dan bela kambing. 
28:9 Kafir sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri dengan berfikiran sedemikian.
25:10 "Sekiranya Allah berkehendak, Allah berikan istana emas seluas dunia tetapi semua itu ditangguhkan di akhirat." Allah SWT menjawab bagi pihak RasulNya. 
25:11 Tetapi kafir tidak percaya hari akhirat! Bagi mereka, mati habis cerita! mereka tidak tahu mereka akan kena hari pembalasan!?" 
25:12 Neraka Sa'ir tiba-tiba menggelegak tidak sabar untuk menelan mangsanya apabila nampak manusia.
25:13 Hari ini, hari kesakitan tiada batas berulang-ulang kali.
25:14 Ia berterusan tiada pengakhiran. 
25:15 Allah bertanya, "neraka bagus atau syurga yang bagus? tetapi syurga itu tempat orang beriman dan neraka ini adalah tempat kamu"
25:16 Allah mengotakan janjiNya. Yang beriman tetap kekal syurga manakala yang tidak akan sebaliknya.  
25:17 Ada manusia sembah puja manusia seperti Nabi Isa as dan Uzair, ada manusia sembah puja binatang kesayangan, ada manusia sembah puja tokong, ada manusia puja pokok, ada manusia puja matahari bulan bintang, ada manusia puja jin, ada manusia puja mala'ikat dan pelbagai lagi. Allah bertanya kepada mereka semua yang disembah, adakah kamu yang minta mereka sembah kamu? 
25:18 Mereka jawab, "kami semua sembah Allah dan amat mustahil kami minta mereka sembah kami."
25:19 Maka, siapa bantah Quran tetap diazab dan tiada siapa dapat halang. 
25:20 Para Nabi biasa dicemuh masyarakat. Setiap kejadian seperti cemuhan si miskin pada yang kaya dan sebaliknya itu adalah ujian dan sabar ujian kerana Allah melihat mereka yang sabar diuji. 
25:21 Kegilaan kafir tersangat melampau sehingga berkata "kenapa malaikat yang tidak jadi Nabi? kenapa Allah tidak turun sendiri membenarkan kenabian kamu wahai Muhammad?"
25:22 Tak perlu sombong begitu, hari mati itu hari hadirnya malaikat maut dan manusia nanti akan berkata, "ya Tuhan, aku minta berlindung."
25:23 Setiap perbuatan ahli syirik/kafir/bukan Islam itu Allah tukarkan menjadi debu yang beterbangan. 
25:24 Ahli syurga merasa senang di akhirat.
25:25-29 Ketika hari kesusahan mahsyar, yang tidak beriman menyesal, "alangkah baiknya, jika aku tidak terpengaruh dengan kawan yang membawa pada kesesatan." 
25:30-31 Allah berkata pada Rasulullah saw yang mengadu akan kaumnya yang tidak mengendahkan Quran itu bahawa ia perkara biasa sejak zaman para Nabi terdahulu, cukuplah Allah sebagai pelindung. 
25:32-33 Zabur Injil Taurat turun sekaligus tetapi Quran berperingkat agar mengambil masa untuk difahami dan dijelaskan oleh Nabi saw untuk setiap persoalan kafir sehingga mati hujah yang menentang kebenaran Islam.   
Mereka tanya kamu tentang roh, jawab pada mereka wahai Muhammad, roh itu urusanKu dan ilmu yang Aku berikan pada manusia itu sikit sangat. 
25:34 Tempat neraka Jahanam adalah yang paling teruk untuk mereka yang tidak jumpa jalan Islam.
25:35-36 Lupakah akan berita kemusnahan akibat penentangan terhadap Nabi Musa as dan Nabi Harun as.
25:37 Tidak lupa kaum Nuh yang musnah dilanda banjir menenggelamkan dunia. 
25:38 Demikian juga kehancuran kaum Ad dan Samud dalam surah Al-Araf
25:39-40 Pengajaran-pengajaran ini adalah amaran kepada yang menentang Nabi Muhammad saw.
25:40-44 Kafir memesan pada ahli keluarganya, jangan terpengaruh dengan ajaran sesat Islam, hakikatnya, mereka hanya menurut nafsu yang menyalahi kebenaran dan kelakuan mereka ini lebih sesat dari binatang kerana binatang juga ada pengembala yang memandu tetapi manusia tersebut lebih teruk dari binatang. 


TANDA KEKUASAAN ALLAH- LIHAT CIPTAAN ALLAH DI SEKELILING

25:45-46 Bayang-bayang yang dicipta berubah-ubah saiznya pada paksi tetap disamping sebagai panduan mencari arah kiblat. 
25:47 Diciptakan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat. 
25:48 Diciptakan angin lembut sebagai berita baik akan kedatangan hujan.  
25:49 Diciptakan air untuk kehidupan.
25:50 Semua kejadian ini adalah untuk manusia bersyukur tetapi malangnya kebanyakan manusia kufur. 
25:51 Sekiranya Allah berkehendak, Kami boleh buat 1 Rasul 1 daerah tetapi Kejadian Nabi Muhammad saw itu sebagai penghormatan mewakili 1 pemimpin seluruh alam. 
25:52 Jangan taat kafir, guna Quran sebagai senjata hujah dan berdakwahlah dengan bersungguh-sungguh.
25:53 Diciptakan laut masin dan laut tawar tidak bercampur dan terdapat garisan pemisah.
25:54 Diciptakan manusia dari titisan air mani membentuk pelbagai rupa, warna kulit, berketurunan dan bermacam perangai. 
25:55 Malangnya, kafir tetap dengan jalan kesesatan.
25:56 Kami mengutus Nabi Muhammad saw sebagai memberi berita menyukakan pada yang beriman dan berita menakutkan pada yang ingkar. 
25:57 Allah tidak meminta sebarang balasan cuma Allah mahu hambaNya beriman padaNya. 
25:58 Tawakal dan selalulah bertasbih memujiNya. 
25:59 Allah mencipta langit dan bumi dan bersemayam di istana ArasyNya. 
25:60-62 Sujudlah pada Allah, Pencipta langit dan bumi dan siang malam silih berganti. 


HAMBA ALLAH 

25:63 Hamba Allah bercakap sopan, jalan rendah diri tiada sombong dan ucap selamat bila dicerca. 
25:64-66 Hamba Allah qiamullail 3-4 pagi dan dalam doanya minta dijauhkan neraka jahanam seburuk-buruk tempat tinggal. 
25:67 Hamba Allah tidak kedekut, tidak boros dan tidak membazir.
25:68-69 Hamba Allah tidak zina dan tidak bunuh melainkan jalan haq kerana dosa zina dan bunuh amat berat seksaannya.  
25:70-71 Manusia mesti ada dosa maka bertaubatlah kemudian lakukan kebaikan agar dibalas kebajikan.
25:72 Hamba Allah tidak terlibat sebaran berita palsu dan mengumpat. 
25:73 Hamba Allah berkata apabila dengar ayat Quran "Samiqna Wa-Atoqna-kami dengar kami taat"
25:74 Hamba Allah minta selamat dunia akhirat pada keluarga dan keturunannya apabila sujud pada Allah. 
25:75-76 Mereka ini dialu-alukan ke syurga untuk kekal didalamnya.
25:77 [(Muhammad 47:7) "Intansurullah yansurkum Tolong Allah, Allah tolong kamu."] sebaliknya jika ingkar maka bala azab Allah kena ke atas kamu seperti contoh yang berlaku pada penentang Nabi Muhammad saw dalam Perang Badar. 

Monday, March 10, 2003

Hina orang DiHina oleh Allah

11-03-03 Sahih Muttafakun Alai dari Utbah Al-Ansari ra. 
Ketika turun ayat Al-Quran supaya bersedekah. Para sahabat berlumba bekerja keras mencari harta untuk bersedekah. Surat At-Taubah ayat 79. Allah hina orang yang menghina orang lain.