APAKAH PERBUATAN MANUSIA YANG PALING BAIK
12-3-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Zar ra sabda Nabi saw. Amalan paling baik ialah beriman pada Allah. Yang kedua terbaik ialah jihad dakwah jalan Allah. Diikuti bantu pekerja dan didik pekerja. Jaga mulut agar tidak jadi punca perbalahan dan tidak menyakiti orang itu satu sedekah.
PERTEMUAN AGUNG ANAZ B NADAR
Sahih Muttafakun Alaigh Anaz b Malek. Pakcikku Anaz b Nadar menyesali dirinya kerana terlepas menyertai misi Badar lalu berjumpa Nabi saw, "Ya Rasulullah saw, Allah pasti akan tunjuk padamu apa yang bakalku lakukan." Ketika muslim hampir ditewaskan dalam Uhud, Anaz bersedih dan mula mengorak langkah ke arah pasukan musuh sambil berdoa, "Ya Allah, aku minta ampun bagi pihak rakan-rakanku yang melanggar arahan Nabi saw sehingga keadaan jadi sebegini." Ketika sedang dalam larian, Anaz sempat berteriak,"Wahai Saad b Muaz, jom serbu musuh, aku dapat hidu bau syurga." Selepas perang, makcikku mengenali jenazah abangnya yang hancur menerusi cebisan jari pakcik. Turun ayat Quran khas dari Allah pujian untuk Anaz b Nadar yang syahid, "Di kalangan orang beriman, ada yang menepati janjinya."
ALLAH TUNJUKKAN AMAL UMAT AKHIR ZAMAN
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Ada umatku akhir zaman yang mengutip benda tajam lalu diasingkan ke tepi dan ada pula yang tidak hormat masjid dengan sanggup meludah kahak dalam masjid.
25:45-46 Bayang-bayang yang dicipta berubah-ubah saiznya pada paksi tetap disamping sebagai panduan mencari arah kiblat.
25:47 Diciptakan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat.
25:48 Diciptakan angin lembut sebagai berita baik akan kedatangan hujan.
25:49 Diciptakan air untuk kehidupan.
25:50 Semua kejadian ini adalah untuk manusia bersyukur tetapi malangnya kebanyakan manusia kufur.
25:51 Sekiranya Allah berkehendak, Kami boleh buat 1 Rasul 1 daerah tetapi Kejadian Nabi Muhammad saw itu sebagai penghormatan mewakili 1 pemimpin seluruh alam.
25:52 Jangan taat kafir, guna Quran sebagai senjata hujah dan berdakwahlah dengan bersungguh-sungguh.
25:53 Diciptakan laut masin dan laut tawar tidak bercampur dan terdapat garisan pemisah.
25:54 Diciptakan manusia dari titisan air mani membentuk pelbagai rupa, warna kulit, berketurunan dan bermacam perangai.
25:55 Malangnya, kafir tetap dengan jalan kesesatan.
25:56 Kami mengutus Nabi Muhammad saw sebagai memberi berita menyukakan pada yang beriman dan berita menakutkan pada yang ingkar.
25:57 Allah tidak meminta sebarang balasan cuma Allah mahu hambaNya beriman padaNya.
25:58 Tawakal dan selalulah bertasbih memujiNya.
25:59 Allah mencipta langit dan bumi dan bersemayam di istana ArasyNya.
25:60-62 Sujudlah pada Allah, Pencipta langit dan bumi dan siang malam silih berganti.
25:63 Hamba Allah bercakap sopan, jalan rendah diri tiada sombong dan ucap selamat bila dicerca.
25:64-66 Hamba Allah qiamullail 3-4 pagi dan dalam doanya minta dijauhkan neraka jahanam seburuk-buruk tempat tinggal.
25:67 Hamba Allah tidak kedekut, tidak boros dan tidak membazir.
25:68-69 Hamba Allah tidak zina dan tidak bunuh melainkan jalan haq kerana dosa zina dan bunuh amat berat seksaannya.
25:70-71 Manusia mesti ada dosa maka bertaubatlah kemudian lakukan kebaikan agar dibalas kebajikan.
25:72 Hamba Allah tidak terlibat sebaran berita palsu dan mengumpat.
25:73 Hamba Allah berkata apabila dengar ayat Quran "Samiqna Wa-Atoqna-kami dengar kami taat"
25:74 Hamba Allah minta selamat dunia akhirat pada keluarga dan keturunannya apabila sujud pada Allah.
25:75-76 Mereka ini dialu-alukan ke syurga untuk kekal didalamnya.
25:77 [(Muhammad 47:7) "Intansurullah yansurkum Tolong Allah, Allah tolong kamu."] sebaliknya jika ingkar maka bala azab Allah kena ke atas kamu seperti contoh yang berlaku pada penentang Nabi Muhammad saw dalam Perang Badar.
DAKWAH SAIDINA ALI KARAMULLA HU WAJHA
9-4-03 Hadis Sahih Muttafakun Alaigh dari Sahal b Saad As'Sa'idi radiallahu anhu sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam. Panji Perang Khaibar akan diketuai oleh seorang yang dijanjikan kemenangan oleh Allah. Beliau sangat cintakan Allah & Rasul dan Allah & Rasul juga sangat sayangkan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Ali b Abi Talib. Saidina Ali ketika itu sedang dijangkiti penyakit mata. Dengan sekali semburan air liur Rasulullah saw pada mata Ali, tiba-tiba Ali sembuh serta merta.
Ali bertanya, "ya Rasulullah saw, adakah aku ditugaskan untuk menghapuskan mereka semua atau memastikan mereka memeluk Islam?" Sabar wahai Ali, kamu ditugaskan untuk memberi kefahaman tentang Islam, beritahu mereka, udara yang mereka hirup untuk bernafas itu siapa yang berikan. Nyawa mereka, anak isteri dan ibubapa mereka boleh hilang bila-bila masa saja dicabut Allah. Sekiranya seorang daripada mereka dapat hidayah Allah, itu lebih baik dari mendapat hadiah termewah dunia.
GANDAAN PAHALA GANDAAN DOSA
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Seru kebaikan akan mendapat pahala seperti kebaikan yang diseru. Seru perbuatan dosa akan dibalas setimpal apa yang dilakukan oleh ahli maksiat.
Sahih Muttafakun Alaigh Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Pembunuhan pertama manusia di muka bumi ialah Habil bunuh Kabil. Dosa pembunuhan manusia selepas itu juga terpaksa dikongsi tanggung oleh Habil sehingga kiamat.
RASA BERSALAH TENTERA MONGGOL
Rasa bersalah dan malu sebahagian besar tentera Monggol yang bertindak menyerang ganas sehingga Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah Islam menyebabkan sungai Furad menjadi hitam disebabkan mayat ulama dan kitab-kitab Islam yang dibuang di sungai Furad, Baghdad menyebabkan mereka memeluk Islam.
HARI GEMBIRA HARI TURUN WAHYU
14-5-03 Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakar As Siddiq mengajak Omar menziarahi Umu Aiman lalu bertanya,"kenapa kamu menangis wahai Ummu Aiman?" Ummu Aiman beritahu mereka, "aku tidak sedih Rasulullah saw wafat tetapi aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun kerana setiap turunnya wahyu itu adalah hari kegembiraan buat kita semua."
11-6-03 Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Lelaki berkahwin dengan perempuan adalah untuk berseronok. Sekiranya isteri tunjuk bantah maka tidur berasingan. Pukul sekadar pengajaran. Sekiranya isteri menyesal dan berbaik maka jangan panjangkan pergaduhan. Tanggungjawab isteri ialah jangan benarkan tempat tidur suami ditiduri jantan lain. Yang kedua jangan benarkan orang yang suami tidak suka, masuk ke rumah. Tanggungjawab suami ialah elokkan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan.
Sahih Muttafakuhn Aligh sabda Nabi saw. Perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok dan paling atas. Perlahan-lahan bentuk isteri menjadi mukminah dan jangan dibiarkan terus membengkok.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mukmin dilarang benci isteri mukminah. Sekiranya ada benci, jangan lupa benda yang kamu suka ada padanya.
HR Abu Daud Muawiyah ra sabda Nabi saw. Tanggungjawab suami ialah sediakan makanan dan pakaian. Jangan memukul muka, perut dan kemaluan. Jangan cerca dan mengeji. Hukuman derhaka ialah tinggalkan tempat tidur tetapi jangan keluar dari rumah.
9-7-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 bayi bercakap.
PESANAN BUAT SUAMI UNTUK ISTERI

3 BAYI BERCAKAP tanda KEAJAIBAN KUASA ALLAH
9-7-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 bayi bercakap.
- Bayi bernama Isa b Mariam yang memberitahu bahawa ibunya, bersih dari zina.
- Bayi anak zina yang memberitahu siapa bapanya yang sebenar bagi menangkis tuduhan zina terhadap Juraiysh iaitu ulama zaman Musa as. Juraiysh difitnah akibat tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik dengan solat sunat.
- Bayi yang memberitahu ibunya, bahawa pemuda kaya itu sebenarnya sombong dan wanita yang dituduh zina itu sebenarnya teraniaya.
BUATLAH KEBAIKAN AGAR TERHAPUS DOSA
14-1-04 Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw. Mudah-mudahan solat dan perbuatan baik akan menghapuskan dosa lalu.
Sahih Muttafakun Alaigh Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, Solat menghapuskan dosa. (yang dimaksudkan Rasulullah saw menurut Imam AnNawawi ialah dosa bukan hudud atau dosa besar)
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Solat fardu tertib 5 kali sehari boleh menyucikan dosa.
Surah 25 Al-FURQAN 12-3-03 Syarah Dato' Shamsuri
25:1 Peringatan dan Amaran kepada seluruh penduduk alam semesta
25:2 {Allah, Tuhan yang tiada sekutu selaku pemilik bumi dan 7 lapis langit} menurunkan {Quran/Al-Furqan/Membezakan Islam dan bukan Islam} untuk seluruh makhluk manusia dan jin dengan khabar berita gembira bagi yang beriman dan berita menakutkan bagi yang ingkar.
25:3 Kafir menyembah berhala tokong yang diperbuat oleh mereka sendiri dari tanah, batu atau kayu itu sebenarnya tidak dapat memberi manfaat mahupun apa-apa kebaikan.
25:4 Kafir nenuduh buku Al-Quran ini rekaan penulisan Nabi Muhammad saw.
25:5 Al-Quran dikatakan mengandungi cerita dongeng nenek moyang
25:6 Hakikatnya, Quran mengandungi rahsia langit dan bumi. Al-Ankabut 46-48 Muhammad tidak tahu menulis dan membaca
25:7 Kafir mencabar Muhammad agar membawa malaikat sebagai saksi.
25:8 Kafir mempersoal akan kehidupan Muhammad yang miskin dan bela kambing.
28:9 Kafir sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri dengan berfikiran sedemikian.
25:10 "Sekiranya Allah berkehendak, Allah berikan istana emas seluas dunia tetapi semua itu ditangguhkan di akhirat." Allah SWT menjawab bagi pihak RasulNya.
25:11 Tetapi kafir tidak percaya hari akhirat! Bagi mereka, mati habis cerita! mereka tidak tahu mereka akan kena hari pembalasan!?"
25:12 Neraka Sa'ir tiba-tiba menggelegak tidak sabar untuk menelan mangsanya apabila nampak manusia.
25:13 Hari ini, hari kesakitan tiada batas berulang-ulang kali.
25:14 Ia berterusan tiada pengakhiran.
25:15 Allah bertanya, "neraka bagus atau syurga yang bagus? tetapi syurga itu tempat orang beriman dan neraka ini adalah tempat kamu"
25:16 Allah mengotakan janjiNya. Yang beriman tetap kekal syurga manakala yang tidak akan sebaliknya.
25:17 Ada manusia sembah puja manusia seperti Nabi Isa as dan Uzair, ada manusia sembah puja binatang kesayangan, ada manusia sembah puja tokong, ada manusia puja pokok, ada manusia puja matahari bulan bintang, ada manusia puja jin, ada manusia puja mala'ikat dan pelbagai lagi. Allah bertanya kepada mereka semua yang disembah, adakah kamu yang minta mereka sembah kamu?
25:18 Mereka jawab, "kami semua sembah Allah dan amat mustahil kami minta mereka sembah kami."
25:19 Maka, siapa bantah Quran tetap diazab dan tiada siapa dapat halang.
25:20 Para Nabi biasa dicemuh masyarakat. Setiap kejadian seperti cemuhan si miskin pada yang kaya dan sebaliknya itu adalah ujian dan sabar ujian kerana Allah melihat mereka yang sabar diuji.
25:21 Kegilaan kafir tersangat melampau sehingga berkata "kenapa malaikat yang tidak jadi Nabi? kenapa Allah tidak turun sendiri membenarkan kenabian kamu wahai Muhammad?"
25:22 Tak perlu sombong begitu, hari mati itu hari hadirnya malaikat maut dan manusia nanti akan berkata, "ya Tuhan, aku minta berlindung."
25:23 Setiap perbuatan ahli syirik/kafir/bukan Islam itu Allah tukarkan menjadi debu yang beterbangan.
25:24 Ahli syurga merasa senang di akhirat.
25:25-29 Ketika hari kesusahan mahsyar, yang tidak beriman menyesal, "alangkah baiknya, jika aku tidak terpengaruh dengan kawan yang membawa pada kesesatan."
25:30-31 Allah berkata pada Rasulullah saw yang mengadu akan kaumnya yang tidak mengendahkan Quran itu bahawa ia perkara biasa sejak zaman para Nabi terdahulu, cukuplah Allah sebagai pelindung.
25:32-33 Zabur Injil Taurat turun sekaligus tetapi Quran berperingkat agar mengambil masa untuk difahami dan dijelaskan oleh Nabi saw untuk setiap persoalan kafir sehingga mati hujah yang menentang kebenaran Islam.
Mereka tanya kamu tentang roh, jawab pada mereka wahai Muhammad, roh itu urusanKu dan ilmu yang Aku berikan pada manusia itu sikit sangat.
25:34 Tempat neraka Jahanam adalah yang paling teruk untuk mereka yang tidak jumpa jalan Islam.
25:35-36 Lupakah akan berita kemusnahan akibat penentangan terhadap Nabi Musa as dan Nabi Harun as.
25:37 Tidak lupa kaum Nuh yang musnah dilanda banjir menenggelamkan dunia.
25:38 Demikian juga kehancuran kaum Ad dan Samud dalam surah Al-Araf
25:39-40 Pengajaran-pengajaran ini adalah amaran kepada yang menentang Nabi Muhammad saw.
25:40-44 Kafir memesan pada ahli keluarganya, jangan terpengaruh dengan ajaran sesat Islam, hakikatnya, mereka hanya menurut nafsu yang menyalahi kebenaran dan kelakuan mereka ini lebih sesat dari binatang kerana binatang juga ada pengembala yang memandu tetapi manusia tersebut lebih teruk dari binatang.

TANDA KEKUASAAN ALLAH- LIHAT CIPTAAN ALLAH DI SEKELILING
25:45-46 Bayang-bayang yang dicipta berubah-ubah saiznya pada paksi tetap disamping sebagai panduan mencari arah kiblat.
25:47 Diciptakan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat.
25:48 Diciptakan angin lembut sebagai berita baik akan kedatangan hujan.
25:49 Diciptakan air untuk kehidupan.
25:50 Semua kejadian ini adalah untuk manusia bersyukur tetapi malangnya kebanyakan manusia kufur.
25:51 Sekiranya Allah berkehendak, Kami boleh buat 1 Rasul 1 daerah tetapi Kejadian Nabi Muhammad saw itu sebagai penghormatan mewakili 1 pemimpin seluruh alam.
25:52 Jangan taat kafir, guna Quran sebagai senjata hujah dan berdakwahlah dengan bersungguh-sungguh.
25:53 Diciptakan laut masin dan laut tawar tidak bercampur dan terdapat garisan pemisah.
25:54 Diciptakan manusia dari titisan air mani membentuk pelbagai rupa, warna kulit, berketurunan dan bermacam perangai.
25:55 Malangnya, kafir tetap dengan jalan kesesatan.
25:56 Kami mengutus Nabi Muhammad saw sebagai memberi berita menyukakan pada yang beriman dan berita menakutkan pada yang ingkar.
25:57 Allah tidak meminta sebarang balasan cuma Allah mahu hambaNya beriman padaNya.
25:58 Tawakal dan selalulah bertasbih memujiNya.
25:59 Allah mencipta langit dan bumi dan bersemayam di istana ArasyNya.
25:60-62 Sujudlah pada Allah, Pencipta langit dan bumi dan siang malam silih berganti.
HAMBA ALLAH
25:63 Hamba Allah bercakap sopan, jalan rendah diri tiada sombong dan ucap selamat bila dicerca.
25:64-66 Hamba Allah qiamullail 3-4 pagi dan dalam doanya minta dijauhkan neraka jahanam seburuk-buruk tempat tinggal.
25:67 Hamba Allah tidak kedekut, tidak boros dan tidak membazir.
25:68-69 Hamba Allah tidak zina dan tidak bunuh melainkan jalan haq kerana dosa zina dan bunuh amat berat seksaannya.
25:70-71 Manusia mesti ada dosa maka bertaubatlah kemudian lakukan kebaikan agar dibalas kebajikan.
25:72 Hamba Allah tidak terlibat sebaran berita palsu dan mengumpat.
25:73 Hamba Allah berkata apabila dengar ayat Quran "Samiqna Wa-Atoqna-kami dengar kami taat"
25:74 Hamba Allah minta selamat dunia akhirat pada keluarga dan keturunannya apabila sujud pada Allah.
25:75-76 Mereka ini dialu-alukan ke syurga untuk kekal didalamnya.
25:77 [(Muhammad 47:7) "Intansurullah yansurkum Tolong Allah, Allah tolong kamu."] sebaliknya jika ingkar maka bala azab Allah kena ke atas kamu seperti contoh yang berlaku pada penentang Nabi Muhammad saw dalam Perang Badar.
No comments:
Post a Comment