Kuliah pengajian Bahrulmazi jilid 9 Suami Isteri 2003 syarah Ustaz Shamsuri
ALLAH GEMBIRA SEKIRANYA HAMBANYA BERTAUBAT
13-1-03 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw.
Allah sangat gembira apabila umatnya bertaubat padaNya.
Sahih Muslim dari Abi Musa
bin Kais al-Ash’ari ra sabda Nabi saw. Allah sentiasa membuka pintu taubatNya
sepanjang kehidupan di dunia kecuali mati dan kiamat.
HARAM MINTA CERAI
Sahih AtTirmizi dari Abu
Hurairah ra sabda Nabi saw. Haram minta cerai.
BERLUMBALAH DAN SEGERAKAN BERBUAT BAIK
10-3-03 Sahih Muttafakun Alai dari Jabir ra. Al-Imran 133
Berlumbalah membuat kebaikan kerana syurga disediakan pada muslim yang
bertaqwa. Setelah sabda Nabi saw tentang janji syurga Allah ketika perang Uhud.
Para sahabat segera berjuang habis-habisan sehingga syahid.
Sahih Bukhari dari Uqbah bin
Al-Harith ra sabda Nabi saw. Para sahabat terkejut apabila Nabi saw bangun
tergesa-gesa pulang ke rumah dari tempat imam setelah selesai memberi salam
dalam solat berjemaah. Aku sangat tidak selesa apabila emas yang dihadiahkan
padaku itu disimpan di rumahku lalu aku segerakan sedekah untuk keperluan fakir
miskin.
TEMPOH IDAH KEMATIAN SUAMI
Hasan AtTirmizi dari Abi
Sanabil ra sabda Nabi saw. Tempoh Idah perempuan yang mengandung akibat
kematian suami ialah setelah melahirkan anak atau 4 bulan 10 hari.
Hasan AtTirmizi dari Zainab
bt Jaqsyim ra sabda Nabi saw. Jangan berhias walaupun sakit dalam tempoh idah
selama 4 bulan 10 hari.
MUHASABAH DIRI ADAKAH CUKUP PERSEDIAAN AKHIRAT
14-4-03 Sahih Muslim dari
Jarir bin Abdillah ra sabda Nabi saw merujuk Al-Quran. Takutlah kepada Tuhan
kamu yang asal kejadian setiap dari kamu itu dari seorang manusia iaitu Adam
as. Muhasabahlah diri tentang persediaan akhirat.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang membuat dosa dan perbuatan
dosanya itu diikuti oleh orang lain.
Orang yang memulakan benda jahat itu akan menanggung dosa perbuatan
jahat orang lain yang mengikutnya.
HARAM BERSETUBUH DENGAN ISTERI YANG DISAMAKAN DENGAN MAHRAM
DAN DIHUKUM ZIHAR
Hasan Gharib lagi Sahih AtTirmizi dari
Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Haram bersetubuh dengan isteri yang diziharkan iaitu
menyamakan bentuk fizikal isterinya dengan mahramnya melainkan setelah membayar
denda.
Hasan AtTirmizi sabda Nabi
saw sekiranya tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut maka berikan 60 bungkus
makanan yang mengenyangkan untuk orang miskin.
ALLAH MENERIMA TAUBAT KECUALI ORANG
YANG BANGGA DENGAN
KEJAHATANNYA
12-5-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw Tuhan
akan mengampunkan umatku yang bertaubat melainkan manusia yang bangga
kejahatannya.
TUTUP KEBURUKAN ORANG LAIN DAN JANGAN HINA
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah menutup keburukan manusia di
akhirat sekiranya manusia itu menutup keburukan orang lain ketika di dunia.
Sahih Bukhari dari Abu
Hurairah ra sabda Nabi saw jangan hina pesalah yang telah dihukum kerana ia
membantu syaitan.
KAFARAH LANGGAR SUMPAH
HR AtTirmizi dari Aisyah ra
Nabi saw pernah melanggar sumpah tidak menyentuh isteri-isterinya kerana ingin
menumpukan ibadah untuk tempoh tertentu. Baginda telah membayar kafarah sumpah.
Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki.
Suami yang bersumpah dengan nama Allah tidak
menyetubuhi isterinya lebih 4 bulan, mahkamah berhak menahannya samada balik
kepada isteri atau disuruh cerai.
JANGAN TUDUH ZINA MELAINKAN CUKUP SAKSI
Li’an atau sumpah menyebut wallahi 5 kali menuduh isteri
zina tanpa saksi.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw
kepada Abu Dardak atau Uwaimir ra dan isterinya. Suami isteri mesti bersumpah 4
kali atas pertuduhan zina isteri dan sumpah ke 5 menyebut. “Wallahi, laknat
Allah akan timpa kepadaku sekiranya aku salah.” Sabda Nabi saw lagi. Hukuman
rejam sampai mati itu lebih ringan dari azab Allah di akhirat. Haram rujuk atau berkahwin selama-lamanya
selepas hukuman li’an. Hudud digugurkan
kerana ada syubhat. Menuduh zina tanpa 4 saksi yang melihat hubungan seks di
hadapan mata akan disebat 80 kali.
SETIAP PEKERJAAN TIDAK DILAKUKAN SEORANG DIRI
09-6-03 Sahih Bukhari dari
Mus’ab bin Saad Abi Waqas ra sabda Nabi saw. Sesuatu
kerja tidak dapat dilakukan seorang diri walau sehebat mana sekalipun. Orang
yang kita pandang hina itu adalah yang banyak menolong kita.
HR Abu Daud dari Abu Dardak
ra sabda Nabi saw. Carilah aku dikalangan orang-orang yang lemah.
HR AnNasa’i dari Abu
Syuraisyh sabda Nabi saw. Jangan sia-siakan 2 golongan daif iaitu anak yatim dan wanita.
Sahih Muttafakun Alai ari
A’isyah ra sabda Nabi saw. Membesarkan anak perempuan dengan sabar dan baik
akan masuk ke syurga.
HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas
ra sabda Nabi saw kepada Hilal yang menuduh isterinya berzina. Hadirkan 4 saksi
yang melihat zakar dimasukkan ke faraj atau disebat 80 kali. Sabda Nabi saw
kepada Hilal dan isterinya lagi, kali ke 5 ini sekiranya bersumpah, Allah pasti
menurunkan bala kepada mereka yang bohong.
Sahih AtTirmizi dari Ibnu
Omar ra. Hukum Li’an isteri dan suami bercerai secara automatik. Wanita yang
kematian isteri tinggal di rumah suaminya sehingga habis idah.
No comments:
Post a Comment