Nota Cinta

Tuesday, March 25, 2003

ISTIHADZAH 2003



Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 1 bab Istihadzah syarah Ustaz Shamsuri

25-03-03 Sahih muslim dari Ubai bin Kaap ra. Para sahabat suka melangkah kaki berjalan jauh ke masjid kerana sabda Nabi saw, setiap langkah itu pahala. 

Ilmu Hadis apabila Nabi saw menyebut lebih 3 bermaksud banyak samada 10, 40 atau lebih 3

Sahih Bukhari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw. Banyak cabang kebaikan. Kebaikan yang tertinggi ialah memberikan sumbangan yang amat diperlukan pada masa itu. Beramal kebaikan semata-mata pahala dan keredhaan Allah akan dijanjikan syurga. 

Sahih Muttafakun Alai dari Abu Musa ra sabda Nabi saw. Muslim mesti hari-hari bersedekah bermula lebihan rezeki dari hasil kerja. Sekiranya tiada kerja pergi membantu orang yang memerlukan.  Sekiranya tidak membantu orang, berbual perkara kebaikan. Sekiranya tidak berbual perkara baik maka jangan buat jahat kerana pahala jangan buat jahat itu seperti pahala sedekah. 

Bahrulmazi jilid 1 ms 178 Bab perempuan yang keluar darah berkekalan. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Siti A’isyah ra sabda Nabi saw kepada Fatimah bt Hubaisyh ra tentang haid yang tidak berhenti. Jangan tinggal solat kerana darah haid berpunca dari rahim dan darah istihadzah ini terhasil dari urat yang terluka. Darah haid bermula kemerah-merahan pekat dan kemudian lepas 6 hari akan bewarna perang. Darah perang likat selepas 6-7 hari itu adalah Istihadzah. Mandi wajib kemudian ambil wuduk. Setiap wuduk untuk setiap solat. Dalam tempoh istihadzah wajib solat kecuali ketika haid. Istihazah bermula dari 8 hingga 15 hari selepas haid. Menurut Imam Nawawi diharuskan bertanya kepada ustaz ketika mengalami masalah istihadzah. 

ADAB MINTA IZIN BUDAYA ISLAM

23-09-03 Sahih Abu Daud & AtTirmizi dari Saidina Omar Al-Khattab ra ketika meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Nabi saw mengizinkan dan meminta jangan lupa mendoakan kesejahteraan baginda dan umat Islam seluruhnya. Kata Omar, kalimah hormat dari Nabi saw itu lebih bermakna dari seluruh harta dunia yang dihadiahkan kepadaku. 

KENANGAN SEBELUM ANAZ BIN MALEK MENINGGAL DUNIA

Dari Anaz bin Malek ra ketika akhir hayatnya ke 100 tahun. Kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya ialah ketika umurnya 10 tahun ketika dia dihadiahkan oleh ibunya menjadi pembantu Nabi saw. Ketika itu ibunya tiada apa untuk diberi memandangkan semua Penduduk Madinah menghadiahkan harta kesayangan mereka sewaktu Hijrah Nabi saw ke Madinah.  Hati Anaz bin Malek ra disiram kegembiraan apabila pertama kali bersua muka dengan senyuman manis baginda ketika itu. Kenangan kedua tidak dapat dilupakan ialah melihat wajah Rasulullah saw ketika hampir wafat. Wajah baginda putih bersih berseri, Anaz mewasiatkan menanamkan jenazahnya bersama tongkat kecil yang dihadiahkan oleh Rasulullah saw kepadanya. 

KILAF TAYAMMUM SEMUA BOLEH

Bahrulmazi jilid 1 Sabda Nabi saw. Tayamum ialah ambik debu bersih sapu muka dan dua tapak tangan. Dua kali pukul debu bersih. Sekali sapu muka dan sekali sapu ke tangan sampai siku.  Menurut Imam Syafie ambil sampai ke siku. Hambali dan Hanafi ambil muka dan tapak tangan.
Mazhab Syafi’e tidak harus tayammum melainkan tanah suci dengan syarat tanah debu melekat di tangan. Hanafi dan Malek sah tayammum walaupun batu atau tanah tersebut tiada debu. Menurut Imam Nawawi, hantukkan sedikit selain tapak tangan supaya hanya tinggal debu nipis. 

BACA AL-QURAN YANG DIHAFAZ TIADA PERLU WUDUK

Hasan Sahih Attirmizi dari Ali bin Abi Talib karamalla huwaj ha. Nabi saw menggalakkan mulut sentiasa baca Al-Quran selama tiada dalam keadaan berjunub.

CARA MENEGUR BUKAN KASAR OLEH NABI SAW YANG BIJAK

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Ketika seorang Badwi yang sedang kencing ke pinggir masjid, para sahabat marah dan bingkas bangun untuk mengajar Badwi tersebut tetapi dihalang Rasulullah saw sambil bersabda.  Biarkan dia kerana dari terkena banyak tempat lebih baik hanya satu tempat. Selepas selesai Badwi tersebut kencing, Nabi saw meminta sahabat mengambil satu timba air untuk dituang ke atas najis Badwi tersebut. Sabda Nabi saw selepas itu. Ambil yang mudah dan jangan susahkan. Islam langsung tak susahkan penganutnya. Sekiranya mengambil tindakan ke atas kemudaratan, pilih yang ringan mudarat.

IKLAN TIDAK SALAH TETAPI URUSAN JUAL BELI MESTI DI LUAR MASJID

Menghormati institusi masjid walaupun jual beli kitab atau minyak attar walaupun yang menjual itu Tuan Guru. Ini tanda kiamat apabila berlaku hingar binger dalam masjid. Masjid yang dikehendaki Allah dan Rasul mestilah tenang disamping hanya ceramah dakwah. 



No comments:

Post a Comment