Nota Cinta

Wednesday, April 10, 2019

ISTiQAMAH

100419 Kuliah Dato' Ustaz Shamsuri di Masjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang.
Sahih Bukhari, Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw.
Bermula sepanjang Ramadhan, Syaitan dan Jin dirantai. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup. Bulan pembebasan banduan terpilih dari neraka. Berkumandang suara menyeru berbuat kebaikan dan menyuruh berhenti berbuat kejahatan.

Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Allah bertanya manusia yang diseret ke hadapanNya di hari pembalasan. Kemanakah diperuntukkan nikmat harta, kemewahan dan kesenangan semasa di dunia? Manusia mengatakan tentang kejayaan menggandakan kekayaan hartanya. Allah membalas, Tunjukkan padaKu amalan kamu pada hari ini. Setelah manusia GAGAL membuktikan rekod amalannya, manusia dihumbankan ke neraka.

SYARAH KITAB Bahrulmazi jilid 21 ms110

Sahih Muslim dari A'isyah r anha. Ya Rasulullah saw, kamu telah dijamin syurga, kenapa solat sehingga bengkak kaki? Jawab Nabi saw. aku cuma mahu bersyukur kepada Allah.

Sahih AnNasa'i dari A'isyah r anha. Sabda Nabi saw. Jangan melampau dalam beribadah, cukup sekadar kemampuan. Allah tidak jemu MEMBERI pahala, yang menjadi kerisauan ialah manusia yang jemu beramal. Yang terbaik ialah ISTiQAMAH secara berterusan.
Terlupa, Tersilap, Lintas hati, dan Terpaksa dalam beramal tidak akan berdosa selepas berusaha.

P/S: Dato telah berjumpa cicit penulis kitab Bahrulmazi dan cucu pengarang Kitab Nuruh Ihsan. 

No comments:

Post a Comment