Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw.
1. Setiap perbuatan baik terhadap makhluk bernyawa ada ganjaran pahala.
2. Allah mengampunkan dosa pelacur yang memberi minum air pada seekor anjing yang hampir kematian akibat dahaga.
3. Pintu sedekah terbuka luas sejak kita bangun dari tidur. Antaranya:-
- Damaikan 2 pihak bergaduh
- Membantu orang menaiki kenderaan
- Cakap perkara baik juga sedekah
- Setiap langkah ke masjid itu sedekah
- Mengalihkan benda yang boleh menyakiti di jalan juga sedekah.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw.
1. Mudah-mudahan berkat sedekah itu menginsafkan penzina, orang kaya dan pencuri tersebut.
2. Rasulullah saw tercari-cari dimanakah seorang wanita berkulit gelap yang selalu mencuci masjid sehingga diberitahu sahabat bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia. Baginda segera ke kubur jenazah wanita tersebut dan bersabda, "Solat jenazahku ini akan menerangi kubur yang sediakala panas, gelap dan sempit."
Sahih Muslim, At Taubah 80 Turun ayat Allah menyokong pendirian Omar Al-Khattab ra melarang Rasulullah saw solat jenazah munafik Abdullah Ubai b Salul.
Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra Rasulullah saw menggandakan amal di Bulan Ramadhan dan setiap malam Ramadhan, baginda akan bertemu mala'ikat Jibril as.
BahrulMazi jilid 14 ms 83 Masalah Penyakit Ain di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 2hb April 2019
Hasan Gharib Sahih dari Abdullah b Amru ra.
Penyakit Ain (dengki/cemburu yang datang dari pandangan jahat-Ain)
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
"Aku memohon perlindungan dari syaitan dari pandangan mata jahat."
Ketika rombongan para sahabat berhenti untuk mandi, tiba-tiba SAHAL B HUNAIF ra jatuh rebah. Setelah dikenalpasti, Nabi saw memarahi Amir kerana lintasan iri hati pandangan AIN dari Amir yang teruja terhadap ketampanan tubuh SAHAL. "Akibat fikir yang bukan-bukan, ia boleh membunuh saudara sesama Islam kamu, Sebutkan Baraqalla hufiq apabila kamu kagum dengan seseorang. Punca penyebab orang lain kena Ain diwajibkan mandi." Setelah mandi, SAHAL ra kembali pulih sedia kala.
No comments:
Post a Comment