Nota Cinta

Monday, April 1, 2019

SEDEKAH!!

Dato' Ustaz Shamsuri, Masjid Simpang 4 Permatang Buluh P. PINANG 1.4.2019 Tafsir NURUL Ihsan 2 https://www.youtube.com/watch?v=IUBx6CBeLck

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. 
1) Amalan SEDEKAH 1/3 hasil rezeki itu penyebab awan di langit menyebut namanya.
2) SEDEKAH paling bernilai ialah ketika sihat.
3) Para Mala'ikat berdoa agar Allah gantikan SEDEKAH untuk ahli sedekah dan binasakan si kedekut

Sahih Bukhari dari Ali b Hadid ra sabda Nabi saw. SEDEKAH boleh menepis api neraka.

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms 332 surah Isra' ayat 26-33
26 Sedekahlah pada adik beradik terdahulu dan kemudian orang miskin yang memerlukan.
27 Membazir sedekah itu saudara syaitan.
28 Jangan ungkit pemberian sedekah.
29 Jangan melampaui berbelanja sehingga memudaratkan waktu kecemasan.
30 Allah berkuasa menguji meluaskan dan menyempitkan rezeki hambaNya yang dikehendaki.
31 Jangan bunuh anak akibat khuatir kesempitan rezeki kerana setiap hambaNya telah dianugerahkan rezeki masing-masing termasuk diri kamu.
32 Yang halal dibunuh ialah qisas, penzina yang telah berkahwin dan murtad.
33 Tidak boleh melampaui dalam kes hukuman bunuh balas (qisas) dan yang menghakimi ialah hakim yang dilantik.


No comments:

Post a Comment