Nota Cinta

Thursday, March 28, 2019

RANKING NEGARA ISLAM, Jahat bila Muslim hina Muslim

280319 Dato' Ustaz Shamsuri, Masjid Jamik Seberang Jaya P. PINANG.

Sahih Ibnu Majah sabda Nabi saw, Kebanyakan umur Umat Muhammad meninggal dunia antara 60 hingga 70 tahun.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Apabila sakaratul maut, mata manusia tumpu pada satu tempat, dada berombak, jari jemari tegang dan kulit menggigil. Siapa suka jumpa Allah maka Allah suka berjumpa denganNya. Sebaliknya siapa yang tidak suka kembali kepada Allah, maka Allah tidak suka berjumpa denganNya.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hidup di dunia ini jangan hasad dengki, jangan fitnah, jangan benci-membenci, jangan memaling muka, jangan jatuhkan maruahnya, jangan hina, takut kepada Allah HENDAKLAH di hati. Cukup di anggap jahat apabila Muslim menghina sesama Muslim.

Sahih At Tirmizi dari Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Allah akan bertanya di padang mahsyar, umur yang diberikan ke mana diberi PERHATIAN? Ke manakah harta kamu dibelanjakan? Apa yang diamalkan dari ilmu Quran Hadis yang dipelajari?
Prof Hussein AsGari dari Univ of George Washington mengkaji RANKING NEGARA AMALKAN ISLAM (Quran Hadis) 1 New Zealand 2 Luxemberg 3 Ireland 4 Iceland 5 Findland 6 Denmark 7 Canada 38 Malaysia 48 Quwait 64 Bahrain 131 Saudi Arabia Mekah
Riwayat Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah suruh Jibril suka kepada hambaNya yang disukaiNya, kemudian seluruh penduduk langit menyukai manusia yang disukai Allah setelah disuruh Jibril. Begitu juga manusia yang tidak disukai Allah, akan tidak disukai Jibril dan penduduk langit termasuk tidak disukai penduduk dunia.

Monday, March 18, 2019

KUBUR Rumah Pertama & Nabi Isa hamba ALLAH

Sahih Muslim dari Abdullah b Mas Ud ra sabda Nabi saw TIADA KETURUNAN YANG DISUMPAH Allah tiadakan keturunan umat terdahulu yang disumpah menjadi kera dan babi

Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Nabi saw SEKSAAN KUBUR
Seksaan kubur berlarutan sehingga hari kiamat dan jeritan kesakitan manusia yang berdosa sentiasa didengari oleh binatang maka mintalah berlindung dari seksaan kubur. 

Hasan Ibnu Majah dari Haniq ra sabda Nabi saw Kubur rumah pertama alam akhirat, dan KISAH DALAM KUBUR INI AMAT MENGERIKAN

Sahih Muslim dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi saw 
Hanya muslim beriman boleh menjawab soalan kubur "Allah Tuhanku, Nabi Muhammad saw Rasulku" 

Hasan At Tirmizi sabda Nabi saw Surah Al-Mulk yang dihafal akan menjadi peguambela di dalam kubur

Kuliah Tafsir surah 5@ Al-Maidah Nurul Ihsan Jilid 1 ms 250 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang, pada 18hb Mac 2019.

5) Al-Maidah

5:116) Wahai Isa anak Mariam, adakah kamu semasa di dunia menyuruh jutaan manusia mengatakan kamu anak Tuhan dan ibu kamu isteri Tuhan. Nabi Isa as menafikan perkara tersebut "Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, seumur hidupku, aku tidak pernah sama sekali mengatakan kepada mereka yang aku dan ibuku sebagai Tuhan"

5:117) Aku hanya menjalankan tugas yang Engkau perintahkan kepadaku Ya Allah iaitu sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan mereka.
5:118) Engkau lebih berhak Ya Allah untuk samada seksa atau mengampunkan mereka kerana Engkau ya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
5:119) Inilah hari pembalasan dan yang beriman membenarkan Isa as itu hamba Allah akan beroleh syurga kemenangan.
5:120) Allah pemilik segalanya di dalam langit dan bumi dan Allah Tuhan Maha Berkuasa memberi nikmat kepada yang benar dan memberi azab pada yang berdosa.

Wednesday, March 13, 2019

Sayang Allah & Rasul

Kuliah Maghrib 13 Mac 2019 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad - Masjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang
Sahih AnNasa'i dari Abu hurairah ra sabda Nabi saw, Nabi Sulaiman as memutuskan untuk memotong dua dan membahagikan seorang anak kepada dua ibu yang menuntut. Seorang setuju dan seorang lagi membantah kerana tidak sanggup bayi itu dipotong dua malah sanggup menyerahkan kepada ibu yang setuju anak itu dipotong. Nabi Sulaiman as menyerahkan anak itu kepada ibu yang membantah dengan alasan, ada sayang dalam hati ibu yang membantah.

Sahih Muslim dari Al-Aqra b Habis ra sabda Nabi saw, Jika kita tidak sayang dan hormat orang maka orang tidak akan sayang dan hormat pada kita.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, setiap para Nabi menggunakan habis doa mustajab mereka tetapi aku menyimpannya untuk MEMBERI syafaat kepada umatku di akhirat dengan syarat tidak syirik Allah.

Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 21 ms108  Rukun Iman, Quran Hadis Dengar & Taat
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, hafal 99 nama Allah@Asma Ul-Husna akan dicalonkan ke syurga.

Tuesday, March 5, 2019

QURSI 3 QUL (TEPIS AIN), HUTANG

05032019 Dato' Ust Shamsuri
Sahih Abu Daud dari Jabir ra. Rasulullah saw tidak solat jenazah berhutang. Sabda Nabi saw. Sekiranya Islam memerintah, aku bertanggungjawab lebih dari diri rakyatku bawah pemerintahanku. Hutangnya yang terpaksa untuk menyara keluarga dan dirinya adalah tanggungan ku.
Hasan Abu Daud dari Abu said Al Qudri ra. Sabda Nabi saw kepada Abu Umamah ra.
Doa redakan sedih hutang pagi dan petang. "YA Allah, aku Berlindung dari gundah gulana, sedih, malas, penakut, kedekut dan belenggu hutang."
Al Baqarah 261 SEDEKAH ibarat 1 benih keluar 7 tangkai yang setiapnya 100 buah.
Sahih Muslim dari sabda Nabi saw. Hutang PUASA dengan Allah WAJIB dibayar.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Anak WAJIB bayar hutang ibubapa yang meninggal dunia tidak sempat menunaikan haji.

Bahrulmazi jilid 14 ms 82
Sahih An Nasa'i dan Sahih Ibnu Hibban sabda Nabi saw. Amalan baca QURSI selepas solat fardu akan dimasukkan ke syurga selepas mati.
Sahih At Tirmizi. Abu Ayub Al Ansari ra berjaya menangkap Jin yang berjaya melepaskan diri sebanyak 3 kali setelah mencuri di kebun kurmanya. Sabda Nabi saw. Ayat QURSI yang diberi tahu sebagai pendiding itu benar.
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha. Rasulullah saw amal  baca 3 QUL dan tiup pada 2 tapak tangan dan menyapu dari muka, tangan hingga ke tubuh sebelum tidur.