Nota Cinta

Tuesday, January 27, 2015

Syahidnya Pemerintah 2/3 Dunia & Iqtidal solat yang direbut para Malaikat

Sahih Bukhari, amanat Pemerintah 2/3 dunia selepas ditikam pembunuh upahan ketika hendak mengimamkan solat subuh berjemaah.
“wahai ibnu Omar, sampaikan salam pada A’isyah dengan lafaz Assalamu alaikum, bolehkah aku dikebumikan di sebelah Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq.
“Dengar para sahabatku, taatlah Khalifah selepasku kerana dia Khalifah. Kepada Khalifah, berlaku adil kepada semua. Mereka yang aku sebutkan bakal Khalifah ialah 6 sahabat dijamin syurga yang disebut Rasulullah s.a.w. Maka pilihlah dikalangan mereka dimulai Osman b Affan, Ali b Abi Talib, Talhah b Ubaidillah, Az Zubair Al-Awwam, Abdur Rahman b Auf dan Saad Abi Waqaz.



Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Tamaqdinah Selepas Rukuk,Masjid Padang Temusu 27.1.2015

Panduan Rasulullah s.a.w. dicatat oleh para sahabat. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Sujud merenggangkan tangan tidak rapat ke lantai dan tidak rapat ke siku.

dari Saad Abi Waqaz ra. Menapakkan dua tapak tangan dan mendirikan tapak kaki dengan memacakkan dua hujung kaki.


SAHIH BUKHARI
Imam menyebut Iqtidal bangkit rokok "sami Allahuliman hamidah" makmum membalas "rabbana walakalham hamdan kasiran tayyiban mubarakan fih" sabda Nabi s.a.w. aku nampak maklumbalas makmum itu direbut oleh lebih 30 mala'ikat yang turun berebut untuk menulis perkataan yang sangat indah itu. 

Mazhab Sya'fie. Iqtidal salah satu rukun solat maka mesti lakukan dahulu melebihi sujud. Sekiranya tiada iqtidal dan tamaqdinah maka terbatal solat. 

KESAN KEJAHILAN/TIDAK BELAJAR ISLAM ITU SANGAT MENAKUTKAN! 
walla hu alam. 

Tuesday, January 20, 2015

Kurangkan bercakap, Rendahkan diri, Jadilah pemaaf, Jangan sombong, Jangan mencarut

ANGKAT TANGAN DOA KUTBAH KEDUA JUMAAT 

Sahih Al Bukhari
Nabi s.a.w. melarang Al~Barraq b Aziq ra mengubah bacaan kepada wabil nabiyik dari wabil rasulik walaupun sama maknanya. Teguran Nabi s.a.w. membuktikan ketinggian nilai disiplin fakta Quran Hadis yang tidak boleh direkacipta.
Umarah b Ru'aibah ra memarahi Khatib Bishir b Assaqofi kerana angkat tangan baca doa ketika kutbah kedua Jumaat. "Allah huduhkan tangan kamu yang pendek itu kerana aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukan sedemikian."

Ustaz Shamsuri - BM 14 Bahrulmazi Jilid 14 ms37 Islam suka yang sedikit cakap Masjid Bandar Darul Aman 20.1.2015

gambar sekadar hiasan
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Malu dan tidak bercakap banyak itu tanda orang beriman. Melucah dan mencarut itu ciri-ciri nifaq. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi s.a.w.  Pandai bercakap itu sihir. 

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tidak akan miskin bila bersedekah. Bersifat lebih pemaaf akan semakin diangkat darjat kemuliaan oleh Allah. Semakin merendah diri atau tawadduq akan semakin dihormati dan diangkat darjatnya oleh Allah.  

Sahih Muslim dari Iyadh b Hammad ra sabda Nabi s.a.w. Allah menyuruh muslim merendah diri dan jangan sesekali sombong. 

Monday, January 19, 2015

QISAS, sekiranya Allah mahu, Quran turun sejak zaman Adam as

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 5:45-50,Masjid Taman Brown 19.1.2015

HR Ibnu Majah dari Jariah b Ghafar ra. sabda Nabi s.a.w. hukum Qisas seperti menetak putus tangan dibalas tetak putus tangan itu dituntut Allah tetapi gantirugi adalah lebih berkat disisi Allah dan Rasul.

Sahih Imam Ahmad dari Abi AsSaffah ra dan Abu Dardak ra. sabda Rasulullah s.a.w. Memaafkan orang yang menganiayai dirinya seperti contoh cedera patah gigi dari menuntut hukum Qisas akan dinaikkan satu darjat dan dipadamkan satu dosa oleh Allah S.W.T.

Sahih Abu Daud dari Imran b Hussein ra. Akibat pergaduhan antara hamba kepada tuan miskin dengan hamba kepada tuan kaya sehingga cedera putus telinga. Tuan miskin merayu pada Rasulullah s.a.w. agar jangan disusahkan dengan hukum Qisas balas potong telinga dan mereka tidak mampu bayar pampasan ganti rugi. Akhirnya, Nabi s.a.w. selaku pemimpin muslim mengambil alih tanggungjawab dengan membayar gantirugi pada tuan kaya.


Al-Maidah ayat 45-50
5:45 QISAS menurut TAURAT bani Isra'el kaum Yahudi. Hukum nyawa dibalas nyawa, cedera buta dibalas dibutakan matanya. Patah gigi dibalas dipatahkan gigi. Luka dibalas luka.
5:46 Nabi Isa bin Maryam diturunkan sebagai kesinambungan para nabi terdahulu dengan membenarkan TAURAT dan bersama Isa itu INJIL. Isa membenarkan TAURAT dihadapan penganut yahudi dan INJIL itu diturunkan oleh Allah bagi memansuhkan Taurat sebagai cahaya penyuluh kehidupan dengan syariat yang telah dikemaskini oleh ALLAH TUHAN YANG SATU.
5:47 Hukum yang diturunkan Allah ini wajib dilaksanakan dan mereka yang ingkar perintah Allah itu adalah fasik atau jahat.
5:48 Nabi Muhammad s.a.w. diturunkan dan kali ini bersama rasul "Utusan terakhir Allah tersebut"  ialah AL-QURAN! Nabi s.a.w. sendiri naik saksi mengakui di hadapan Yahudi dan Nasrani bahawa Taurat dan Injil ini diturunkan Allah dan Quran merupakan yang terakhir diturunkan Allah dengan memansuhkan Taurat dan Injil. Bagi Taurat Injil Quran berubah dari syariatnya tetapi yang tidak berubah ialah Tauhid dan Ikhlas pada Allah. SEKIRANYA ALLAH MAHU, ALLAH BOLEH MENURUNKAN QURAN SEJAK BERMULA ZAMAN WUJUDNYA MANUSIA, AKAN TETAPI, DITURUNKAN SYARIAT-SYARIAT BERBEZA SECARA BERPERINGKAT SENGAJA UNTUK MENGUJI MANUSIA SAMADA BERIMAN BERPEGANG KUAT DENGAN ALLAH ATAU SEBALIKNYA. 
Abdullah bin Salam ra merupakan ulama besar Taurat yang diagung-agungkan puak Yahudi tetapi apabila diberitahu beliau memeluk Islam, tiba-tiba puak Yahudi mengatakan ulama yang diagungkan sebentar tadi adalah ulama penipu. 
Maka kepada Allah jua, semua manusia kembali. Berlumba-lumbalah buat kebaikan. Di hari akhirat apabila dibangkitkan kembali manusia dari kubur, itulah mahkamah keadilan akan menentukan nasib sebenar manusia. 
5:49 Jalankan hukum Islam kepada muslim dan bukan muslim walaupun ulama Injil dan ulama Nasrani ini cuba menghalang. Sekiranya menolak hukum Allah samada hudud mahupun qisas, maka akan diturunkan bencana samada jenayah berleluasa tiada terkawal atau kecelakaan lain. Di dunia hukum secara duniawi manakala di akhirat jauh lebih dasyat seksaannya.
5:50  Hukum manusia atau hukum Allah kah yang baik? Adakah hukum jahiliah mengikut hawa nafsu yang dicari? ketahuilah, tiada siapa boleh buat undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah.

Wednesday, January 14, 2015

Kiblat awal Islam



Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Kiblat Pada Awal Islam,Masjid Abdullah Fahim 14.1.2015

Muaz bin Jabal ra sabda Nabi s.a.w. Syarat masuk syurga ialah jangan tinggal solat dalam apa jua keadaan, bayar zakat apabila cukup syarat, puasa bulan Ramadhan dan lakukan haji apabila mampu.
3 pintu kebaikan ialah puasa selaku perisai kejahatan. Kedua ialah sedekah yang boleh memadamkan dosa. Ketiga ialah solat sunat malam.
Kemuncak kehidupan manusia ialah mati dalam Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak segalanya ialah kesanggupan untuk berjihad.
Segala yang mengawal kesemua yang disebut di atas ialah lidah yang boleh menyebabkan manusia masuk ke neraka.

Bahrulmazi jilid 21 ms36
17 bulan Rasulullah s.a.w. solat berkiblatkan Baitul Maqdiz dengan harapan hati-hati kaum yahudi kembali lembut memeluk Islam tetapi sebaliknya yang berlaku. Selepas 17 bulan, kiblat kembali ke kabbah Mekah. Yahudi mengatakan “lihatlah Muhammad, dia kata agama kita salah sebaliknya dia sendiri solat berkiblatkan baitulmaqdiz.
Al-Barraq r.a, Firman Allah. Sesungguhnya, Kami lihat engkau asyik melihat ke langit rindukan perubahan kiblat ke ka’bah Mekah maka Kami makbulkan permintaan engkau. Solat fardhu mesti mengadap ka’bah.
HR AtTurmuzi. Nabi s.a.w. solat Zohor di Kampung Bani Salamah dengan berkiblatkan Masjidil Haram. Salah seorang sahabat yang baru selesai solat bersama Rasulullah s.a.w. bergegas ke masjid Nabawi memberitahu tentang perubahan kiblat pada waktu Asar dan seorang sahabat lain pula bergegas ke masjid Kubah memberitahu perubahan kiblat pada waktu solat Subuh.

Friday, January 9, 2015

(Qiamat Hari Allah mengotakan janjiNya) END OF THE WORLD IS TRULY REAL!!



Tafsir Nurul Ihsan ms 216 Surah 69 Al-Haaqah (250 ayat) ayat 1-12 jilid 4 Surau Taman Kerian 9-1-15

Apabila datang tiupan sangkakala yang memekakkan telinga. Manusia lari dari saudaranya. Anak lari dari ibubapaya. Manusia tidak pedulikan anak isterinya. Setiap manusia ada urusan yang menyibukkannya.  Pada hari itu, ada wajah manusia yang berseri-seri.
Al-Infiqal ayat 19 Kiamat adalah hari yang tiada manusia dapat menolong manusia yang lain. Semua urusan hari kiamat dibawah pengawalan Allah.
Abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi s.a.w. bagaimana aku hendak bersuka ria kerana malaikat peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada mulutnya dan kiamat akan berlaku pada bila-bila masa saja dengan izin Allah maka perbanyakkan sebutan Hasbunallah wal niqmal waqil, Cukup Allah bagiku dan kepada Allah kami bertawaqal.

gambar sekadar hiasan
Sahih At Turmuzi dari Bahaz b Haqim dari bapa dan datuknya sabda Nabi s.a.w. hari qiamat, manusia dibawa ke mahsyar dalam berbagai keadaan. Ada yang dihalau dengan keadaan berjalan kaki, ada yang berkenderaan dan ada juga yang menyeret muka di atas tanah bergantung pada amalan semasa di dunia.

69:1 Saat yang pasti berlaku
69:2-3 Hari Kiamat dimana Allah mengotakan janjiNya bahawa hari pembalasan untuk manusia adalah benar!
69:4 Manusia yang tidak percaya kiamat sama seperti kaum Ad Nabi Hud as dan kaum Samud Nabi Saleh as. telah terima akibatnya.
69:5 Kaum Samud dibinasakan oleh jerkahan mala’ikat Jibril yang sangat kuat sehingga putus jantung manusia manakala 69:6 Kaum Ad dibinasakan oleh rebut kencang.

69:7 Setiap air hujan dan tiupan angin dikawal sukat oleh Allah tetapi apabila Allah mengizinkan azab bencana maka Allah melepaskannya tanpa kawalan.  Begitulah Allah tidak mengawal selama 8 hari 7 malam pada bencana banjir zaman nabi Nuh a.s. Lihatlah kaum ingkar yang dibinasakan Allah, seolah-olah mereka kelihatan batang pokok yang tumbang bergelimpangan.

Sahih Muslim dari ibnu Omar Al-Khattab ra. Al-Hijr tempat kaum Samud disinggah oleh sekumpulan sahabat dan Rasulullah s.a.w.  Sabda Nabi s.a.w. segala air atau bahan peninggalan kesan dari azab Allah yang lepas jangan dicampur ke dalam sebarangt bentuk makanan minuman atau kebendaan.
Sahih Muslim dari ibnu Omar r anhuma. Sabda Nabi s.a.w. Jangan masuk ke kawasan dimana berlakunya azab murka Allah dan sekiranya terpaksa masuk ke kawasan tersebut maka wajib menangis mengalirkan air mata.


69:8 Tidakkah manusia melihat di atas muka bumi, Allah tidak akan tinggalkan kesan saki baki mereka yang ingkar dengan Allah.
69:9 Dan peristiwa FirAun ditenggelami akibat mengancam nabi Musa a.s.
69:10 Begitulah pengakhiran mereka yang derhaka Allah dan Rasul yang diutus.
Di Akhirat, lebih seksa pembalasannya yang tiada pengakhiran.
69:11 Bahawasanya Kami lepaskan air dari batu dan kayu sehingga air menenggelami seluruh bumi. Yang terselamat hanya 40 lelaki dan 40 perempuan dan yang lain binasa kesemuanya agar ia menjadi peringatan buat kamu wahai manusia dimana mukmin diselamatkan dan kafir dibinasakan. 
69:12 Ambil pengajaran terhadap peristiwa ini wahai manusia.