Ustaz Shamsuri - 27.5.2014 Masjid Padang Temusu
Menurut Ulama besar Ibnul Harabi, pada zamanku terdapat seketul
batu besar yang tergantung tiada tiang
dan tiada tali di tengah masjid baitulmaqdis. Arah puncak selatan, disitulah
Nabi s.a.w. pijak batu tersebut untuk menaiki buraq sewaktu peristiwa Isra’ Mi’raj.
Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Jibril melakukan
pembedahan pertama untuk membersihkan darah kotor syaitan menggunakan air
zam-zam ketika Nabi s.a.w masih kanak-kanak. Kali kedua semasa Isra’ Mi’raj dengan
tambahan dimasukkan iman dan hiqmah.
Hadis-hadis Sahih ketika Rasulullah s.a.w. di Sidratul Muntaha, selepas
menuruni langit ke-7 Nabi Ibrahim as dan tiba di langit ke-6, Nabi Musa as
menasihati Rasulullah s.a.w agar mengurangkan solat 50 waktu kepada 1 waktu. Setelah
Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik bertemu Allah sehingga dikurangkan menjadi 5
waktu, akhirnya baginda memberitahu yang dirinya sangat malu kepada Allah.
HR AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Bangkit rukuk, “sami Allah huliman hamidah”.
Makmum menyahut “robbana walaqalham/rabbana laqalham”. (Diterima Allah, bagi Allah
segala puji memenuhi 7 petala langit dan memenuhi bumi. ) Sesiapa yang sama
menyebut bersamaan mala’ikat maka diampunkan semua dosa kecil telah lalu.