220414 BM2 Masjid Padang Temusu Sg
Petani.
SYAHID HIDUP DISISI ALLAH
Sabda Nabi s.a.w. Allah menghidupkan bapa Jabir yang syahid
dan Allah memerintahkan Abdullah bapa Jabir untuk minta apa saja. Abdullah
meminta untuk hidup dan berjuang hingga syahid sekali lagi. Allah berfirman,
mana-mana manusia yang telah dimatikan tidak akan kembali ke dunia lagi. 169 Ali Imran: “Jangan sangka orang syahid itu
mati, mereka hidup disisi Tuhan mereka bahkan mereka dilayani diberi rezki pada
mereka.”
sekadar hiasan |
HUDUD TUJUAN KEINSAFAN BUKAN UNTUK SEMATA-MATA HUKUMAN
Sahih Muslim Abi Umamah AL-Bahili
r anhu. Seorang sahabat mengadu pada
Rasulullah s.a.w. untuk menjalankan hukuman ke atas pengakuan dosanya. Nabi
s.a.w tidak melayannya dan sabda Nabi s.a.w. Wuduk dan solat yang sempurna kamu
tadi telah menghapuskan dosa.
BERJEMAAH ISYA' DAN BERJEMAAH SUBUH
Sahih Muslim AbdurRahman b
Abi Amrah r a. Setelah selesai berjemaah maghrib. Osman duduk seorang diri di
penjuru masjid. Osman b Affan pernah bangkit sedekah 100 ekor unta untuk Islam
setelah pengumuman infak harta oleh Rasulullah s.a.w. Petang Khamis 16 Zulhijjah
35 Hijrah Osman dibunuh oleh kumpulan pemberontak muslim, jenazah dikebumikan hari
Jumaat . Menurut Osman sabda Nabi s.a.w. Berjemaah Isya’ seolah-olah solat
sepanjang separuh malam tidak tidur dan sekiranya berjemaah Subuh seolah-olah
solat sepanjang malam tidak tidur.
TEGAH PAKAIAN KUNING, DAN RUKUK SUJUD BACA QURAN SERTA HARAM PAKAI CINCIN EMAS DAN SUTERA BAGI LELAKI.
Bahrulmadzi jilid 2 ms 166 Tegah
baca Quran dalam rukuk dan sujud.
HR At Turmuzi dari Ali ibni
Talib r anhu, Nabi saw tegah lelaki memakai kain campuran sutera, pakaian warna
kuning ketika solat, cincin emas & baca Quran ketika rukuk dan sujud. TEGAH
samada Haram/Makruh. Haram dibuat sengaja. Sahih Muslim sabda
Nabi s.a.w. haram lelaki memakai emas.
Hasan Sahih At Turmuzi dari Abi
Mas’Ud al-Ansari sabda nabi s.a.w. Tidak sempurna solat apabila sujud dan
rukuknya tidak menyamai solat Rasulullah s.a.w
Mazhab Sya’fie rukuk tidak
90 darjah maka batal solat. Mesti berdiri iqtidal walaupun 2 saat apabila mampu berdiri solat sebelum duduk di kerusi. Jangan terus duduk di kerusi kerana solat tidak sah kecuali sakit. (WARNING UNTUK SOLAT FARDU SAHAJA)