Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri ra. Kutbah Rasulullah saw sehari suntuk seumur hidup baginda ini menceritakan pelbagai hadis dan antara isi kandungan:-
Dunia ini manis, amat sukar terdapat manusia yang menolak dunia. Allah melantik manusia sebagai Khalifah mewakili Allah untuk menguruskan bumi. Setidak-tidaknya berkuasa untuk menjadi khalifah mengurus diri. Kemudian BEBAN AMANAH meliputi soal menguruskan keluarga, kumpulan, organisasi, rakyat dan negara.
- Terpedaya dunia: riba, pusat kelab malam, pusat karaoke, minum arak, suka ria melampau
- Fitnah perempuan: 1)Mengikut kemahuan isteri 2) Sayang isteri melampau 3) Perempuan simpanan
- Jangan tidak berani bercakap benar kerana takut tekanan pemimpin.
- Pecah amanah akan dicacakkan bendera pecah amanah di padang mahsyar.
- Golongan manusia di dunia. 1)Lahir mukmin mati mukmin 2)Lahir kafir mati mukmin 3)Lahir mukmin mati kafir 4)Lahir kafir mati kafir.
- 3 jenis golongan. 1)Lambat marah cepat sejuk 2)Cepat marah cepat sejuk. 3) Cepat marah lambat sejuk. Golongan pertama yang terbaik, kedua sederhana dan yang ketiga bermasalah.
- Golongan berhutang 1)Bila berhutang bayar cepat 2)Bila beri hutang, tidak menekan menuntut hutang 3)Lambat bayar hutang tetapi menekan menuntut segerakan bayar hutang padanya. Golongan pertama dan kedua adalah baik dan ketiga tidak bagus.
- Umur dunia seperti matahari terbenam dan ini bermakna kiamat sudah dekat.
No comments:
Post a Comment