Nota Cinta

Tuesday, November 11, 2008

PUASA & amalan sunnah

Pengajian bahrulmazi jilid 5 bab Puasa 8-5-07, 10-7-07, 12-08-08 & 11-11-08 syarah Ustaz Shamsuri.

Sahih Bukhari Abu Hurairah ra sabda Nabi Ayub as, Demi kemuliaanMu Ya Allah, belalang emas yang Engkau kurniakan ini memang beharga dan kaya. Bagiku kaya ialah mendapat keredhaan dan barakah dariMu Ya Allah.

Sahih Muttafakun Alai. Sahal bin Saad ra. Sisa makanan minuman Rasulullah saw mempunyai keberkatan.Nabi saw DAHULUKAN KANAN saf walaupun ahlinya seorang budak belum baligh.
gambar hiasan. Istiqamah mengamalkan sunnah 
Sahih Bukhari, Nabi saw menghadiahkan kain kesayangannya kepada sahabat yang berhasrat untuk dikebumikan dengan kain tersebut.

HR At Tirmizi. Malam sebelum berpuasa, segala syaitan dan jin akan dikurung dari menyakiti dan menghasut hanya orang beriman. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Sahih Muttafakun Alai Sekiranya tak boleh sedekah duit, sedekah tenaga atau sedekah gembirakan hati orang. Sekiranya tidak boleh, cukup sedekah kawal diri dari buat jahat.

Sahih Bukhari Abdullah bin Amru bin Al-Az r anhuma. Banyak jalan kebaikan dan selemah-lemah cara ialah alihkan benda yang boleh menyakiti orang lain.
gambar hiasan beramal tanpa ilmu, takut yang diamal itu
 bukan pahala sebaliknya dosa bid'ah. nauzubillah.

HR At Tirmizi. Suara malaikat sepanjang malam Ramadhan menyeru manusia "Segerakan Kebaikan jauhi Kejahatan" Tetapi Allah menutup pendengaran manusia dan manusia tidak dapat dengar.

Bukhari Muslim Pembebasan demi pembebasan ahli solat dari penjara neraka sepanjang bulan ramadhan.




HR At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjaga malam solat sunat, zikir dan baca Quran dengan hal keadaan percaya Allah dan harapkan pahala maka diampunkan dosa terdahulu.

Huraian ustaz Shamsuri: Bercanggah terang-terang nas dalil hadis apabila ada di kalangan tasawuf menyebut kita buat kerana Allah bukan kerana pahala sedangkan Rasulullah saw banyak bersabda dalam dalil sahih baginda menggalakkan tamakkan ganjaran pahala Allah.

gambar hiasan sunnah minum air sejuk berbuka
Sabda Rasulullah saw kelebihan puasa:-
  1. Memerangi nafsu.
  2. Berpeluang berperangai mukmin.
  3. Latih sabar taat perintah Allah.
  4. Merasai kehidupan orang susah.
  5. Memelihara diri dari dosa
  6. Meransang golongan kaya menolong fakir.
  7. Menajam mata hati dan fikiran
  8. Perut punca segala penyakit. 
  9. Munajat atau doa pada Allah yang menyentuh kalbu. 
Huraian kelebihan puasa: Kita langsung tiada kekuatan nak pegang Quran sebab nafsu jenis malas. 
Rumah orang tua-tua dan anak yatim bila time bulan Ramadhan bukak diari sambil kata penuh sebab bukak puasa Equotorial sedangkan kita buat bukak posa balai raya. Dia kata kat kita, mintak maap tak boleh tolong kita. Yang kaya lebih berpeluang buat kebaikan seperti sabda Rasulullah saw. Perut juga merupakan punca penyakit. Tuan-tuan duk tengok perut saya buat apa, dengaq hadis sudahlah.


12-08-08 Sahih Bukhari Al-Qamah dari bapanya Wa'il. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa si mati dan seluruh dosa si pemberi maaf sekiranya dimaafkan.

gambar hiasan kurma Yusof Taiyoob
Hasan Sahih At Tirmizi. Amar bin Yasir ra sabda Nabi saw. 30 sya'ban hari syak itu haram puasa.

Syarah us Shamsuri "Kalau kurma tiada, Dato Yusof Tayyub takdan oder.
Hasan Sahih At Tirmizi Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tiada kurma, berbukalah bermula minum air sejuk kerana ia menyucikan perut, membantu proses pencernaan, menyegarkan tubuh, mencantikkan wajah dan menguatkan perut."

Hasan Sahih At Tirmizi Berbuka didahului buah tamar dijanjikan keberkatan oleh Allah.
Sahih At Tirmizi Muslim Bukhari dari Zaid bin Sabit ra sabda Nabi saw. Sahur habis 10 minit sebelum azan Subuh.

11-11-08 Sahih Bukhari sabda Nabi saw jangan lupa baca bila terjaga malam atau sebelum subuh selepas tidur.
 
Subhanallah Alhamdulillah Allahu'akbar 33x, La ila ha illa hu wahdahulasyarikalah lahulmulku walahulham wahua ala kullisyai-inqadir. Lahawlawalakuawata illa billah. 
Solat sunat 2 rakaat akan diperkenankan baginya oleh Allah.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, denda setubuh bulan puasa sebelum berbuka mestilah beri makan sebungkus nasi untuk 60 fakir miskin atau lebih. 

HR At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan khususkan ibadat pada malam Jumaat  kerana ditegah syarak (makruh). Puasa sunat hari wukuf di padang Arafah dikifaratkan dosa selama 2 tahun. (Nabi saw sebut puasa wukuf Arafah bukan 9 zulhijjah)





No comments:

Post a Comment