Nota Cinta

Monday, November 3, 2008

Surah Hud

25/05/05 Pengajian Surah Hud ayat 1-12 yang diturunkan di Mekah syarah Ust Shamsuri berpandukan kitab Nurul Ihsan
SYAHID PERTAMA UHUD

Sahih Bukhari dari Jabir ra. Mayat bapaku, syahid pertama Uhud seperti sabda Nabi saw tidak reput setelah sekian lama dikebumikan ketika aku mengorek kembali untuk mengasingkan kubur. Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Hendaklah suci dari dosa sebelum turun ke dalam liang kubur ketika pengkebumian.

Keajaiban ciptaan Allah

CIPTAAN LANGIT BUMI 6 HARI MENUNJUKKAN 
ISLAM BUKAN BUDAYA TERBURU-BURU

11:1)Al-Quran kekal ayat serta makna sehingga kiamat besar.
2)Sentiasalah minta ampun dan taubat.
3)Allah mengetahui isi hati manusia walaupun munafik mengaku Islam tetapi menentang Islam. 4)Manusia mati, kembali pada Allah untuk pembalasan.
5)Allah juga Maha Mengetahui bilangan secara tepat setiap helaian rambut samada bakal tumbuh atau telah luruh setiap manusia di muka bumi. 6)Allah tahu kesudahan hidup manusia dan segalanya tertulis di Luh Mahfuz.
7)Ciptaan langit bumi 6 hari untuk tujuan tempoh tertentu sedangkan Allah boleh mencipta sekelip mata. Budaya kerja Islam bukan terburu-buru.
8)Jangan cakap besar, azab bencana Allah itu telalu amat dasyat.
9-11)Manusia marah bila ditarik rezeki dan lupa mati bila dikurniakan rezeki.
12)Kafir Quraisyh sindir Nabi saw, “Kalau kamu utusan Tuhan, berilah kekayaan dan panggil malaikat sekali turut serta dakwah.”

25/05/05 Pengajian Surah Hud ayat 13-24 yang diturunkan di Mekah syarah Ust Shamsuri berpandukan kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 208

IKHLAS & JANGAN CAMPUR NIAT AMAL UNTUK 
ORANG LAIN DENGAN NIAT UNTUK ALLAH

Sahih Muttafakun Alai dari Jundub ra sabda Nabi saw. Tidak ikhlas di dunia Allah akan tunjuk ketidak ikhlasan tersebut di akhirat. Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw firman Allah Hadis Qudsi. Jangan campur aduk niat kerana Allah dengan niat kerana lain. Jangan campur aduk niat untuk Allah dengan niat untuk orang lain. Firman Allah Batal pahala sedekah bila mengungkit atau menyakitkan hati yang disedekah. Sahih Muslim dari Abu Zar ra sabda Nabi saw. Niat amal ikhlas yang tidak mengharapkan pujian tetapi dipuji itu tidak salah.

Hud 18) YANG PALING JAHAT IALAH YAHUDI DAN KRISTIAN KERANA TUDUH ALLAH ADA ANAK & Hud 24)KAFIR IBARAT MATA BUTA DAN ANGGAP BENCANA ALAM MANAKALA BERIMAN IBARAT DEPAN MATA NAMPAK KEBENARAN KEKUASAAN ALLAH DAN MENGAMBIL IKHTIBAR DARI BENCANA ALAM


HUD 11.13)Ketika Nabi saw yang buta huruf tidak pandai menulis dituduh mencipta Al-Quran, Allah mencabar
Peristiwa gempa bumi yang ditakdirkan Allah
semua yang menuduh itu mengarang satu kitab 14)menandingi ayat ciptaan Allah.
15)Mereka tetap menidakkan kebenaran kerana mempertahankan keseronokan kesenangan. 16)Mereka inilah penerima azab di akhirat. 17)Saksi kenabian Ahmad atau Muhammad tertulis dalam Zabur Daud, Injil Isa dan Taurat Musa. Jangan terlintas hati ragu-ragu Quran kerana ia ke neraka.
18)Yang paling jahat ialah yahudi dan kristian kerana menuduh Allah itu ada anak. Marahnya bumi hingga hampir terbelah, marahnya langit hingga hampir pecah dan marahnya gunung hingga hampir runtuh disebabkan yahudi kristian.
19)Yang menolak Islam samada mengaku Islam atau kafir dikenakan laknat Allah di akhirat.
20)Mengajak untuk tidak beriman akan digandakan azab.
21)Mati kafir di neraka selamanya
22)Sembah selain Allah, wajib kekal neraka serta haram syurga selamanya
23)Taat semua perintah larangan Allah baginya syurga.
24)Perumpamaan kafir ialah mata buta telinga tuli manakala beriman mata nampak kebenaran kuasa Allah dan telinga mengambil ikhtibar dari peristiwa bencana alam.


07-07-05 Tafsir Nurul Ihsan surah Hud jilid 2 ayat 25-44 ms 210

JANGAN SESEKALI ADA PERASAAN SOMBONG

Sahih Muslim dari Salamah bin Al-Aqwa'. Akibat sikap sombong tidak mengendahkan nasihat Nabi saw makan guna tangan kanan, Allah melumpuhkan kedua tangannya.
Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah telah memerintah bumi menelan seorang dari umat terdahulu yang berjalan sombong megah dengan pakaian mahal.
Hadis Riwayat AtTirmizi dari Salamah bin Al-Aqwa' sabda Nabi saw. Sentiasa sombong akan dicatat Allah namanya bersama golongan yang bakal ditimpakan sengsara.

NUH AS
HUD 11:25) Sebelum banjir besar, Nuh ketika berumur 40 tahun dan dari keturunan Idris as dilantik Allah menjadi Rasul untuk memulakan dakwah. Beza jarak zaman Nuh dan Idris selama 1000 tahun. 26)Pembesar-pembesar kenamaan yang kaya pada zaman tersebut tidak mahu menyertai Nuh dan memperlekehkan Nuh kerana para pengikut baginda miskin tiada harta. 
27)Jawab Nuh, yang dipandang lekeh hina itulah bakal ahli syurga. 
28)Di akhirat, Allah beri mereka peluang balas dendam atas kehinaan mereka ketika di dunia. 29)Disebabkan kejahilan kaya sombong ini, maka tempatnya neraka. 
30)Sekiranya aku menghalau pengikutku yang miskin demi mengambil hati orang kaya seperti kamu semua, nescaya Allah mengazabku nanti. 
31)Jangan tanyaku benda ghaib kerana aku bukan malaikat, aku manusia seperti kamu semua. Bezanya ialah aku dilantik menjadi Rasul dan Allah bekalkan aku mukjizat. 
32)Beginilah Nuh, jika benar kamu Rasul, turunkan azab sekarang. 
33)Itu urusan Tuhan, bukan kerjaku tetapi kamu semua tidak terlepas azab. 
34)Terima atau tidak, Allah tetap Tuhan kita dan pembalasan selepas mati di dunia itu pasti. 
35)Nuh ni memang pandai reka cerita, mana ada Tuhan dan wahyu. 
36)Sepanjang 900 tahun menjalan kerja dakwah baginda, Nuh selalu dipukul samseng upahan. Kali pertama dicekik pengsan dan dicampak ke rumah, Nuh berdoa agar Allah membalas perbuatan mereka tetapi kedua dan seterusnya Nuh berdoa supaya mereka diampuni.  Yang peliknya, semakin ramai pula yang ingin membunuh baginda. 
37)Selepas 950 tahun Nuh menderita, Allah menjawab doa Nuh as. Nuh diajar membina kapal oleh Allah. 38)Sepanjang pembinaan kapal, Nuh diperli ubah kerjaya dari seorang pendakwah kemudian menjadi tukang kayu. Mereka mengesahkan memang Nuh ni dah gila. 

Miniature diorama gambaran bahtera Nuh as.
39)Nuh diperintahkan Allah supaya memberitahu mereka, kamu semualah yang akan jadi gila dan mati lemas nanti
40)Allah memberi tanda amaran selepas siap pembinaan kapal supaya perhatikan dapur rumah Nuh yang bocor dimasuki air. Selama 40 hari 40 malam hujan tanpa henti, dihimpun Allah segala binatang untuk menaiki bahtera Nuh. Allah memperingati Nuh agar tidak melupai ahli keluarga Nuh iaitu isterinya Wani’ah,  3 anaknya Sam bapa arab, Ham bapa kulit hitam dan Yafid bapa turki serta pengikut yang beriman. Seorang lagi isteri baginda dan seorang lagi anaknya Kan’An menolak pelawaan Nuh. 40 lelaki dan 40 wanita menaiki bahtera. 
41)Bahtera Nuh bergerak merentasi ombak setinggi bukit. 
42)Wahai anak kesayanganku kam’an naik lah bersamaku. Maafkan aku ayah, aku akan selamat di sebalik bukit sana. Tiba-tiba satu ombak besar datang mendindingi 2 beranak lantas menenggelamkan kam’an.  43)Allah Maha Mengasihani tetapi tidak mengasihani yang membantah para Nabi dan RasulNya. Firman Allah, wahai langit hentikan hujan, wahai bumi telan banjir. 
44)Selepas banjir besar, kapal baginda tersangkut di bukit Judi di Iraq. Umur Nuh ketika wafat 1050 tahun. Selepas banjir besar menenggelamkan dunia, Nuh mempunya baki masa 60 tahun untuk berdakwah.


28-09-05 Surah Hud ayat 45-68 Tafsir Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Muslim dari Ubai bin Kaap ra sabda Nabi saw. Setiap langkah pergi balik ke masjid diganjarkan pahala. Hadis riwayat AtTirmizi dan Abu Daud dari Buraidah ra sabda Nabi saw. Ke masjid pada waktu malam dijanjikan Allah cahaya sempurna. Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 perbuatan akan memadam dosa-dosa kecil manakala darjatnya diangkat iaitu wuduk sempurna, perjalanan ke masjid dan menunggu waktu solat. 

BERMULA ERA PERADABAN MANUSIA KETURUNAN NUH AS

HUD 11:45) Nuh menuntut janji Allah memelihara keluarganya dengan menuntut mengembalikan anaknya yang mati lemas. 
46) Allah memberi amaran yang dimaksudkan keluarga itu ialah yang beriman di atas bahtera dan yang tidak beriman pada Allah dan Rasul itu bukan keluarga. 
47) Nuh bertaubat dan memohon keampunan kerana meminta mengembalikan anak kesayangannya yang derhaka Allah. 

Gambar hiasan, bencana alam dari Allah
48) Pelayaran bahtera  10 Rejab mengambil masa 5 bulan atau 150 hari akhirnya berhenti di bukit judi pada 10 muharram. Nuh dan pengikutnya berpuasa 10 muharam tanda kesyukuran menurut Hadis. Mereka turun dari kapal mebina perkampungan memulakan hidup baru. Nuh beri nama kampung 80 sempena 80 penumpang yang terdiri 40 lelaki 40 perempuan. Mereka pandai pelbagai bahasa merangkumi 80 jenis bahasa termasuk bahasa Arab.
49) Dari 80 hanya 3 anak Nuh yang Allah izin melahirkan anak menjadi manusia memenuhi muka bumi hingga hari ini. Beza antara Nuh dan Adam 1000 tahun. Zaman silih berganti, sebahagian kekal beriman dan sebahagian lagi tidak. Kami meminta Muhammad saw menyampaikan kisah berita benar ini secara terperinci.

NABI HUD AS YANG DITENTANG ADAT PENINGGALAN NENEK MOYANG KAUM AD

gambar hiasan "Adat vs Islam"
50-51)Hud dan Nuh beza 800 tahun. Era Hud 464 tahun. Seruan Hud! Sembahlah Allah dan aku langsung tiada kepentingan dalam dakwah ini. 52)JANGAN BANTAH ALLAH! ALLAH HENTI HUJAN, SEMUA MANUSIA MATI. JANGAN BANTAH ALLAH, ALLAH TIDAK HENTIKAN HUJAN, SEMUA MANUSIA MATI TENGGELAM. JANGAN BANTAH ALLAH! ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA. AMBILLAH PENGAJARAN DARI KAUM NUH ITU. 

53) Balas mereka pada Hud.”Lebih baik diam dari bercakap merepek. 
54-55)Disebabkan merepek kamu ini maka tuhan kami sudah marah dan sumpah kamu jadi orang tidak betul. 
56)Hud menjawab“Aku berserah pada Allah. 
57)Allah akan menggantikan dengan keturunan yang beriman dari kamu nanti.” 
58-60)Firman Allah. Turun laknat Allah ribut taufan yang menghancurkan seluruh kawasan. Laknat ke atas mereka diteruskan selepas dihidupkan kembali di akhirat selama-lamanya.
Hud dan orang beriman diselamatkan. 

NABI SOLEH AS MENENTANG AJARAN SYIRIK ADAT NENEK MOYANG KAUM SAMUD

61) Beza Hud dan Saleh 100 tahun. Era Nabi Soleh as 280 tahun. Manusia dijadikan dari tanah dan dikuburkan kembali dari tanah bermula dari Nabi Adam as. Allah dekat dengan hambaNya. 62)Kata mereka”Wahai Soleh, kamu dilahirkan terpilih, baik, bijak dan cerdik sejak dari kecil, kami mengharapkan kamu menjadi pemimpin kepada keturunan kami. Sayangnya, kami amat dukacita kerana kamu menyuruh kami tinggal ajaran nenek moyang kami semata-mata menyuruh kami sembah Allah, Tuhan baru kamu itu.”

63) Kata Saleh,”Bolehkah kamu menyelamatkanku dari azab Allah kalau kamu mahu aku tetap dengan pegangan adat nenek moyang kita? 
64)Baiklah, Ini unta pelik membuktikan kekuasaan Allah dan kerasulanku, sesiapa menyakitinya dalam masa 3 hari akan binasa.” Yang dilarang itu yang dibuat. Mereka yang terlibat membunuh unta Nabi Soleh itu diazab seperti yang dijanjikan. Pagi Rabu, muka jadi kuning, Khamis menjadi merah menyala dan Jumaat berubah hitam legam.

65)Subuh Sabtu, Soleh dan 4000 pengikut baginda yang taat keluar dari negeri tersebut kerana Allah akan mendatangkan azab. 
66)Dengan sekali jerkahan suara Jibril, kesemuanya mengalami serangan jantung rebah mati sambil duduk melutut tahyat awal. 
67) Diikuti gempa bumi menelan gelimpangan mayat mereka. 
68) Begitulah kesudahan kaum Samud yang Kami azab sebagai PERINGATAN UMAT AKHIR ZAMAN [ADAT (peninggalan resapan nenek moyang jin) VS SYARIAT AL-QURAN & HADIS (peninggalan Allah untuk Muhammad saw dan umat baginda)]

07-07-08 Sahih Bukhari. 2 kubur diazab ini ialah buang air kecil merata dan penyebar berita fitnah.
Sahih Bukhar. Lebihan air wuduk Rasulullah direbuti para sahabat kerana baraqah.

LUT PERANGI GOLONGAN HOMOSEKSUAL NEGERI SODDOM

HUD 11:69) Nabi Ibrahim as pelik kerana hidangan daging bakar baginda tidak disentuh 3 tetamu.

70) Rupanya tetamu tersebut adalah malaikat Jibril, Mikail dan Izrail dengan 2 berita iaitu kehancuran negeri Lut dan bakal kelahiran anak cucu mereka Nabi Ismail as dan Nabi Yaakob as.
71) Dari hamba jariah Ibrahim pula, Hajar bakal melahirkan Nabi Ishak as.
72-73) Keajaiban tersebut atas kehendak Allah sebagai rahmat pada KekasihNya Ibrahim as.
74-76) Nabi Ibrahim yang lemah lembut bersopan santun itu risau kerana 3 malaikat yang akan mengambil tindakan azab ke atas negeri tersebut dihuni oleh anak saudaranya Nabi Lut as.
77) Kedatangan 3 tetamu tampan mengecewakan Lut kerana kaumnya gay perogol lelaki.
78) Kaum Lut mengerumuni rumah baginda setelah isteri Lut memberitahu orang kampung akan kedatangan 3 tetamu tampan, Lut memarahi mereka, "wahai kaumku, tidakkah ada salah seorang dari kamu berakal?" Mereka balas,"Mustahil kamu tidak tahu yang selera kami dubur lelaki. Kami mahukan mereka bertiga tetamu engkau yang kacak itu."
79) Malaikat berkata "wahai Lut, biar kami uruskan."Apabila mereka serbu masuk, sekali libasan sayap Jibril terus butakan mata mereka.
80) Mereka marah sambil lari bertempiaran kerana mengatakan itu sihir, Lut.hari ini hari kamu, esok kamu tahulah nanti.
81) Melihat ugutan ancaman kaum homoseksual, Allah perintahkan Lut membawa 2 anak perempuannya keluar dari negeri tersebut kerana bala Allah akan turun selepas Subuh.
82) Negeri Soddom diterbalikkan Jibril tiada seorangpun yang hidup.
83) Batu-batuan neraka Sijjin diutus Allah dengan tulisan nama mengikut mangsa masing-masing mengejar yang terlepas.

Gambar hiasan. Bala azab dari Allah ketika di dunia
04-08-08 DIALOG NABI SYUAIB AS PERANGI TIPU NIAGA PENDUDUK MADYAN. Surah HUD 11: 84-93) Sembah dan taatlah Allah dengan jangan menipu sukatan dalam berniaga. Selagi tidak serahkan zakat hak orang walaupun duit itu hasil titik peluh kita, selagi itu kita berdosa. Rezeki ini kurniaan Allah, adakah kamu nak lawan Allah dengan makan rezeki haram?" Syuaib, kamu sedar tak siapa diri kamu? Kami ini orang kenamaan berpangkat sedangkan kamu mengaji pondok lagi miskin. Kalau tidak kerana keluarga kamu, sudah lama kami kenakan tindakan tegas. Balas Syuaib, "Sepatutnya, kamu kena takut Allah bukan kerana keluarga aku. Mari kita tengok apa azab dunia yang bakal Allah turunkan samada kena pada kamu atau aku.
94-95) Bila tiba hari diazab, dengan sekali jerkahan Jibril, berkecai hancur setiap penduduk seolah-olah tiada berpenghuni.

Hari ini cuba tuan-tuan tanya mangsa rogol, mangsa anak kena rogol, mangsa kecurian, mangsa anak mati dibunuh. Mereka ini semua sokong undang-undang hudud Islam. Takkan nak tunggu kita jadi salah satu mangsa baru nak sokong?

03-11-08 Sahih Bukhari pahala sepanjang duduk di masjid sama seperti pahala sedang solat.
Sahih Bukhari haram tinggi suara dalam masjid.

HUD 11:96-97) Musa utusan Allah dibekalkan mukjizat dan taurat untuk bedakwah Fir Aun dan para
pembesarnya yang mengakui Fir Aun sebagai Tuhan.
98-99) Fir Aun mendahului senarai ke neraka iaitu tempat yang sehabis sengsara buat manusia.
100) Cerita 7 Nabi, Nuh Hud Saleh Ibrahim Lut Syuaib Musa dalam surah Hud ini terdapat bukti peninggalan yang masih kekal hingga hari ini.
101) Tidakkah pelik ada manusia yang belajar tinggi sehingga Phd tetapi masih sembah berhala.
102-103) Azab ke atas manusia syirik itu sebagai pengajaran untuk manusia terkemudian.
104-105) Jangan minta cepatkan kiamat kerana akhirat hanya pengetahuan Allah.
106-107) Mati muslim ditebus dosa di neraka manakala mati kafir kekal neraka.
108-110) Wahai Muhammad, apa yang engkau alami sama dengan para nabi terdahulu. Sekiranya Aku tidak berpegang pada JanjiKu akan kedatangan ketetapan Kiamat, nescaya Aku telah musnahkan kesemua yang menentang kamu dengan sekelip mata.
111-112) Sederhana, jangan melampau beramal atau buat jahat. Manusia 4 macam. 1)Dilahirkan islam mati islam. 2)Dilahirkan islam mati kafir. 3)Dilahirkan kafir mati islam. 4)Dilahirkan kafir mati kafir.
113) Neraka akan jilat muslim yang redha perbuatan sesat kafir atau bersetongkol melanggar perintah Allah.

BERAMAL TAPI JAHIL TIADA ILMU Syarah Ustaz Shamsuri. Ada yang Konfius, muslim bercakap "mati kafir tidak semestinya neraka dan berpeluang ke syurga."Ada juga Konfius bercakap "manusia ada dilahirkan selain asal Nabi Adam as." Konfius-konfius ni beramal tapi jahil ilmu tak cukup ilmu. Tidak bertepatan AlQuran Hadis itu tidak benar. Injil Barnaba, Injil Mathiew, Injil Luke dan manakah satu Injil Isa? Mana satu Taurat Original? Kita rasa selesa Islam hari ini, sedangkan musuh Islam dengan pelbagai fakta menyerongkan akidah muslim. Tiada guna menangis air mata darah kalau dah nama Allah digunakan untuk murtadkan lebih ramai muslim yang kecundang.

cabaran Dakwah Ustaz Shamsuri.
Takut tuan-tuan, mintak jangan jumpa sembang dengan geng-geng macam ini. katanya."Adakah kamu pasti Hadis ini selama 1400 tahun. Malangnya muslim yang ada phd ini akhirnya kecundang akidah akibat website kekeliruan memakai nama Islam menyerongkan akidah secara halus."


Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Hud ayat 114 ms231 bab Solat 5 waktu  Ustaz Shamsuri 5-01-09. Sahih Muslim sabda NabiSAW Turun ayat (Hud 114)merujuk peristiwa seorang pemuda yang hampir berzina dan seterusnya untuk seluruh umat Islam sehingga akhir zaman bahawa Allah akan menghapuskan dosa kecil melalui amalan kebaikan. 
(Hud 115)Sabar merangkumi ujian beribadah, kemewahan, kemiskinan, kedudukan dan dugaan kehidupan. 
(Hud 116)Allah merasa kesal sepatutnya orang yang Aku beri kuasa, ilmu , wang, harta dan pangkat melaksanakannya ke jalanKu sebaliknya mereka kejar dunia. Mereka menzalimi diri sendiri kerana tenggelam dengan keseronokan sedangkan mereka tidak sedar mereka golongan berdosa
(Hud 117)Balasan azab kepada mana-mana negara akibat dosa mereka.
(Hud 118)Sedangkan Aku boleh jadikan seluruh manusia di dunia beragama Islam tetapi Aku tidak buat begitu kerana telahKu beri pilihan melalui anugerah akal fikiran. 
(Hud 119)Sabda NabiSAW "Yahudi berpecah 71 puak. Nasrani berpecah 72 puak, Islam berpecah 73 puak dan dalam kalangan setiap agama hanya 1 puak dari tiap agama yang masuk syurga iaitu mereka yang benar-benar dengan agama samawi yang tidak meminda agama Allah. Bagi Islam, muslim yang beramal dengan jalanKu dan jalan para sahabatKu iaitu Al-Quran dan Hadis akan masuk syurga dan muslim yang lain masuk neraka melainkan mereka yang dikasihi Allah dengan jalan lurus agama Islam sebenar. Aku bersumpah dengan namaku sendiri Allah! akan penuhi nerakaKu dikalangan jin dan manusia. 
(Hud 120)Quran berita sebenar sebagai peringatan untuk yang beriman. 
(Hud 121)Yang tidak beriman, kejarlah dunia, akhirat nanti sama-sama kita lihat 
(Hud 122)Di akhirat akan terbukti siapa yang mendapat balasan bahagia dan siapa yang mendapat balasan celaka (123)Allah mengetahui segalanya.

No comments:

Post a Comment