4-11-08 MUQADDIMAH sebelum pengajian bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari Anaz bin Malek. Ketika Madinah mengalami kemarau panjang, seorang Arab Badwi bangkit menegur Rasulullah saw ketika baginda sedang berkutbah solat Jumaat. "ya Rasulullah saw, kemarau panjang ini menyebabkan ramai kebuluran dan merosakkan harta benda. Tolonglah berdoa supaya Allah pelihara kita"
Kami melihat pertama kali Nabi saw mengangkat tangan berdoa lalu serentak dengan itu, awan bergumpalan umpama gunung menurunkan hujan lebat. Selang beberapa hari, hujan lebat tanpa henti menenggelamkan harta benda dan menyebabkan banjir. Salah seorang sahabat meminta baginda berdoa supaya menghentikan hujan dan selepas hujan berhenti, tanam-tanaman hidup subur.
No comments:
Post a Comment