Nota Cinta

Tuesday, February 22, 2005

Suami Isteri 2005



Suami Isteri 2005 Pengajian kitab Muhimmah Syarahan Ustaz Shamsuri 

HORMAT-MENGHORMATI WALAUPUN DARJAT KEDUDUKAN BERLAINAN

22-02-05 Muqaddimah sebelum pengajian kitab. Sahih Muslim dari Al-Maqru bin Suhaib ra dari Abu Zar Al-Ghifari ra sabda Nabi saw. Tidak menghormati pekerja bawahan apatah lagi orang tua seperti manusia jahiliah.  Jangan berikan kerja di bawah kemampuan dan sekiranya pekerjaan itu berat maka buat bersama. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Ajak pekerja bawahan atau orang gaji makan bersama ketika hidangan tengah panas. Sahih Muslim dari Abi Mas’Ud Al-Ansari ra sabda Nabi saw. Tuhan lebih berkuasa untuk menyeksa jauh lebih sengsara kepada tuan yang menganiayai orang bawahannya. 

ANAK SOLEH, ANAK KECIL MATI SEBELUM 
BALIGH DAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Pengajian kitab Muhimmah Hadis Nabi saw. Apabila putus segala amal apabila mati melainkan 3 iaitu sedekah yang dimanfaat. Ilmu yang diajar kepada pengamal. Anak soleh yang sentiasa mendoakan keampunan kepada ibubapanya. Allah melepaskan kanak-kanak yang mati kecil mencari ibubapa mereka di padang mahsyar untuk dimasukkan ke syurga dengan syarat ibubapanya muslim, bersabar dan tidak marah atas kematian kecil mereka. Ruginya ibubapa yang kematian anak kecil tidak bersabar dan derhaka Allah. Mendidik dengan baik anak perempuan akan memudahkan masuk syurga. Wallahu’alam.
 
AIR MATA KESEDIHAN ITU RAHMAT ALLAH DENGAN SYARAT REDHA TAKDIR ALLAH

28-06-05 Muqaddimah sebelum pengajian kitab. Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Air mata kesedihan dan dukacita itu rahmat Allah dengan syarat mulut tidak bercakap sehingga tidak diredhai Allah. Selama 10 tahun Anaz berkhidmat sebagai khadam pembantu Nabi saw, baginda tidak pernah menunjukkan tidak suka atau mempersoalkan segala tindak-tanduk Anaz.

2 PENGAPIT NABI SAW DALAM PERANG UHUD IALAH JIBRIL DAN MIKAIL

Sahih Muslim Dari 10 sahabat dijamin syurga iaitu Saad Abi Waqas ra pemanah tepat pasukan muslim. Ketika perang Uhud, aku melihat dikiri kanan Rasulullah saw ada 2 malaikat lengkap berjubah putih bersih. Sabda Nabi saw. Itulah Jibril dan Mikail Alaihi Assalam.
 
SABAR DALAM BERUMAHTANGGA DISURUH SYARAK 
KERANA ANUGERAH PAHALA BESAR

Pengajian kitab Muhimmah ms28 Hadis Nabi saw. Firman Allah SWT kepada Nabi Adam as jangan hampiri pokok tersebut. Takdir Nabi Adam as, Nabi Nuh as dan Nabi Lut as sebagai pengajaran umatku. Nabi Yunus as berdoa pada Allah supaya diazabnya ketika di dunia kerana baginda tidak ingin sengsara azab akhirat. Firman Allah kepada Nabi Yunus “Kamu akan diazab apabila berkahwin nanti.” Imam Ghazali berpendapat antara faedah kahwin ialah sabar. Sabda Nabi saw Allah berfirman Pahala suami sabar perangai isteri seumpama Nabi Ayub as pahala isteri sabar perangai suami seumpama pahala Athiyah isteri kepada  fir’aun laknatullah. Sabda Nabi saw, “Sabar yang sebenar ialah ketika permulaan kena musibah” Kata Imam Al-Ghazali sabar dan jangan lekas marah pada mula-mula sekali ditimpa musibah. Wallahu’alam.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Hati perempuan mudah pecah seperti botol kaca. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebagai suami mukmin, jangan marah dan cari salah isteri mukminah. Redha perangai buruk dengan mengenangkan perangai baiknya. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan dera dan memukul isteri.




No comments:

Post a Comment