PESAN RASULULLAH SAW UNTUK UMAT BAGINDA “JAGA MULUT
DARI MENYAKITI SEMUA MAKHLUK ALLAH”
15-02-05 Tafsir
kitab Nurul Ihsan jilid 3 ms surah 33) Al-Ahzab ayat 38-48 syarah ustaz Shamsuri
Sahih Abu Daud dan An Nasa’i dari Jabir bin Sulail ra. Sabda Nabi saw. Yang Maha Kuasa menurunkan kemarau panjang, menurunkan hujan dan mengubah segala fenomena alam itulah yang mengutusku untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya kita kehilangan sesuatu, berdoalah memohon pada Allah dan dengan izin Allah, yang hilang tersebut akan dikembalikan. Pesanku ialah jaga mulut dari menyakiti segala makhluk ciptaan Allah.
SEBARAN BERITA PENGANIAYAAN DITUDUH KAKI PEREMPUAN
KE SELURUH DUNIA
Firman Allah Al-Ahzab (33:38), Nabi saw runsing setelah baginda dituduh gila wanita kerana mempunyai 9 isteri. Konspirasi menuduh baginda gila seks ini dari Yahudi Laknatullah Ajmain dan disebarkan untuk dipercayai seluruh dunia. Wahai manusia! Kekasihku Muhammad saw itu tidak bersalah dalam hal ini. Aku TUHAN MANUSIA, Tiada siapa boleh menghalang KEHENDAKKU sepertimana:- 39) Daud bapa Sulaiman 100 isteri. Sulaiman 700 isteri 300 gundik. Hanya penilaian Allah itu tepat kerana penilaian manusia mengundang kesesatan.
41-43)Banyakkan zikir takbir, tahmid, tahlil dan tasbih siang malam dalam kenderaan atau di mana saja supaya dikeluarkan dari sebaran dosa kegelapan kufur kesesatan. 44-46)Yang mencintai mematuhi Muhammad saw akan dibantu baginda di akhirat.
17-05-05 Pengajian tafsir surah Al Ahzab 49-52 kitab Nurul Ihsan jilid
3 ms 267 syarah ust Shamsuri
KERANA MULUT MANGSA DIBUNUH
Sahih Muslim dari Al-Qamah
bin Wa’il kata bapanya. Seorang pemuda membunuh rakannya yang mulut celupar
dihadap ke pengadilan. Ahli keluarga mangsa taat nasihat Nabi saw dengan
memaafkan pembunuh kerana dengan memaafkan, pembunuh menanggung seluruh dosa
ahli keluarga si mati.
ISTERI NABI SAW, SAFIAH KETURUNAN NABI HARUN AS DAN HAMBA
BAGINDA MARIAH AL-KIBTIAH DIAKUI AHLUL BAIT RASULULLAH SAW.
49) Isteri yang diceraikan sebelum disetubuh itu tiada
idah. Perceraian mesti secara baik. 50) Hanya para Nabi dihalalkan Allah mempunyai
ramai isteri dan hamba perempuan tanpa perlukan wali, mahar dan saksi. Umat Muhammad halal setakat 4 mengikut rukun nikah dan dibenarkan
mempunyai hamba perempuan untuk disetubuhi. Rasulullah saw mengahwini Safiah bt Huyai keturunan
Nabi Harun as atas saranan sahabat sebagai memuliakan anak raja Yahudi Khaibar
yang ditawan dalam peperangan. 51) Ummul Mukminin mesti redha kerana Nabi saw dibenarkan tidak mengikut
giliran atas perintah Kami. 52) Nabi saw diharamkan berkahwin lagi selepas 9
isteri walaupun jika ada isterinya yang meninggal dunia. Hamba perempuan yang
bernama Mariah Al-Kibtiah disabdakan ahlul bait dan Mariah melahirkan anak
baginda, Ibrahim bin Muhammad saw.
Huraian dari Ustaz Shamsuri. Menurut Hadis, Mariah Kibtiah
merupakan hamba baginda tetapi disabdakan Ahlul Bait setelah Nabi saw
diharamkan berkahwin lagi oleh Allah. Usamah bin Zaid (anak angkat), Zaid bin
Haritah (anak angkat), Maria Qibtiah(hamba), Salman Al-Farisi (sahabat) antara
yang disabdakan sebagai Ahlul Bait atau ahli keluarga baginda.
ADAB ZIARAH BETAPA PENTINGNYA MENJAGA HALAL HARAM DALAM
MAKANAN
21-06-05 Ahzab 53-62 tafsir Nurul Ihsan ms269 syarah ustaz Shamsuri
Sahih muslim dari Abi Mas’Ud
Al-Ansari sabda Nabi saw. Jangan datang sekiranya tidak dijemput. Sahih Muslim
dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw tidak akan datang ke jamuan makan jiran
sebelah rumahnya, sekiranya isteri baginda tidak dijemput.
ISLAM –CEGAH SEBELUM SOLUSI/MERAWAT
(33:53) Jangan datang sekiranya tidak dijemput dan jangan
duduk lama selepas dijamu. Umul Mukminin diharamkan berkahwin lain setelah Nabi
saw wafat.
AISYAH DIFITNAH CURANG
54) Aisyah difitnah selepas tertinggal rombongan selesai
perang kerana sibuk mencari kalung tercicir. Safuan yang juga tertinggal,
kebetulan lalu di situ terus menumpangkan Aisyah yang sedang menangis. Abdullah
Ubai bin Salul pula ternampak Aisyah dan Safuan kemudian menyebarkan fitnah ke
seluruh penduduk Madinah. Selepas kejadian tersebut, penduduk Madinah berkumpul
di masjid. Sabda Nabi saw, aku tidak suka percakapan keburukan tentang
keluargaku. Bangkit sahabat Saad bin Muaz “Aku akan
tetak pancung siapa yang terlibat menyebarkan fitnah ini!” Sabda Nabi
saw. “Wahai Aisyah, sekiranya kamu buat maka bertaubat pada Allah.” Hancur
luluh hati Aisyah sambil berkata “tuan meraguiku, tetapi aku masih ingat
pesanan Nabi Ya’kob pada Yusof as, sabarlah yang terbaik. Ketika Nabi saw ingin melangkah pulang dengan
hati hampa, turun wahyu firman Allah AnNur 11-20 “Aisyah wanita suci tiada
terlibat kerja cemar ini dan TIDAK SEPATUTNYA MANUSIA MENYAKITI KEKASIHKU!”
ALLAH MULA BERTINDAK KE ATAS MUNAFIK YANG MENYAKITI KEKASIHNYA
55) Senarai mahram (yang diharamkan berkahwin) bukan muhrim
(yang dalam ihram) terdiri dari ibubapa kandung, adik beradik kandung, anak
saudara, sesama jantina dan hamba.
56) Hanya selawat dan salam apabila melawat makam Rasulullah
saw sebagai tanda sayang.
57) Musuh Islam ialah menidakkan Quran dan Hadis. Menidakkan
Quran Hadis dilaknat Allah. Dilaknat Allah kesudahannya neraka. Dilaknat Allah
tiada langsung belas kasihan Allah.
58) Menyakiti orang beriman contohnya bercakap fitnah
dilaknat Allah.
59) Menafi perintah wajib seperti tidak wajib pakai tudung
itu dilaknat Allah.
60) Munafik yang ragu-ragu Islam yang masih asyik fitnah
diperangi Allah.
61) Laknat Allah yang berterusan bagi yang tetap melanggar
perintah Allah. Setelah dihimpunkan muslim di masjid Madinah, jibril
menyampaikan mesej Allah. Para munafik ditelunjuk Nabi saw satu-persatu. Mereka
diperintahkan keluar dari Madinah. Munafik dilayan sebegitu kerana boleh
mengakibatkan keruntuhan Islam.
62) Hidup munafik musnah dunia akhirat setelah ditelunjuk
Rasulullah saw di khalayak ramai.
19-07-05 Ahzab 63-73 tafsir Nurul Ihsan ms272 syarah ustaz Shamsuri
DUNIA IBARAT SEBATANG POKOK DAN AKHIRAT ITU DUNIA SEBENAR
Sahih Muslim dari Abdillah
bin Syiqhir ra. Sabda Nabi saw Firman Allah As Sakatur, manusia dilalaikan
dengan sifat ingin banyak dan sifat mengatakan harta aku, hak aku, aku punya sedangkan harta sebenar ialah sedekah.
dengan sifat ingin banyak dan sifat mengatakan harta aku, hak aku, aku punya sedangkan harta sebenar ialah sedekah.
Hadis Riwayat Imam AtTirmizi
dari Abdullah bin Mas’Ud ra. Rasulullah saw tidur beralaskan tikar daun kurma
kerana sabda baginda. Dunia ibarat sebatang pohon yang kita singgah sementara untuk
berteduh dan akhirat itulah dunia sebenar kita. Dari Anaz
bin Malek ra. Ubai bin Kaap ra tidak dapat menahan tangisan kegembiraan apabila dirinya diistiharkan Allah dan Rasul sebagai bakal penghuni syurga.
PENGHUNI NERAKA IALAH TIDAK TAAT ALLAH SEPERTI TIDAK JAGA MULUT, TIDAK SOLAT, TIDAK PAKAI TUDUNG, KEJAR JAWATAN DUNIA
63) Allah melaknat kafir Mekah yang perli KekasihNya tentang
kehadiran kiamat. 64) Mati dalam keadaan dosa banyak, ke neraka jahanam. 65-66)Mereka
menyesal kerana dikekalkan dalam neraka. 67-68)Ahli neraka saling menuding jari
dan menyalahkan orang lain. 69)Sahih Bukhari. Disebabkan Nabi Musa as tidak
mahu ikut serta kumpulan bani Israel yang mandi bogel, baginda dituduh cacat
kemaluan. Maka Allah membersihkan nama Musa dan memuliakan Musa dengan
menjahanamkan Fir’aun 70)Hamba Allah ialah bercakap tidak menipu. 71) Kejayaan disisi
Allah ialah jaga mulut dan jaga perbuatan walaupun di dunia kelihatan kalah.
72) Tidak solat ertinya tidak amanah dan taat Allah. Tidak pakai tudung itu
tidak amanah taat Allah. Langit bukit bukau gunung ganang tidak sanggup
memegang amanah sedangkan manusia memang zalim pada dirinya dengan mengejar
jawatan amanah. 73) Munafik bermakna mengaku hamba Allah tetapi tidak
melaksanakan amanah Allah.
Al-Ahzab 33:71) JAGA MULUT DAN JAGA PERBUATAN ITU KEMENANGAN DI SISI ALLAH WALAUPUN KELIHATAN KALAH DI DUNIA.
No comments:
Post a Comment