Syarah kitab Bahrulmazi jilid 18 bab Iman oleh Ustaz Shamsuri
LANGIT DIPENUHI MALAIKAT YANG SUJUD PADA ALLAH
09-05-05 HR AtTirmizi dari Abi
Dzar ra sabda Nabi saw. Setiap ruang langit
dipenuhi malaikat yang sujud kepada Allah. Sekiranya manusia dapat mendengar
dan melihat neraka seperti aku, mereka pasti menangis setiap hari. Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Khazanah yang
paling mahal di sisi Allah ialah syurga. Sabda Nabi saw. Tiada iman ketika itu bila melakukan zina dan kecurian.
ZIARAHLAH MEKAH, MADINAH & BAITULMAQDIZ
13-06-05 Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Tidak perlu bersungguh-sungguh menyimpan duit
melainkan ziarah 3 tempat ini iaitu Madinah, Mekah dan Baitulmaqdiz.
Sahih Bukhari dari Nafiq ra dan
Ibnu Omar ra. Nabi saw solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang makam Ibrahim as selepas
mengililingi ka’bah 7 kali. Baginda juga solat sunat di Masjid Ku’ba setiap
kali tiba di sempadan Madinah.
ISLAM YANG TIDAK SEMPURNA
HR AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Islam yang sempurna ialah lidah dan perbuatannya terjaga
dari menyakiti pihak lain. Tidak sempurna Islam apabila Maki, Mengumpat, Melaknat,
Mengeji, Menyumpah, Menuduh, Meracun, Menipu dan lain-lain seperti maksudnya.
KEMEROSOTAN ISLAM
Sahih AtTirmizi dari Ibni Mas’ud
ra sabda Nabi saw, Islam akan mengalami kemerosotan dan rosak binasa menjelang
akhir zaman. Dari Amru bin Auf ra sabda Nabi
saw. Islam terlindung di Mekah dan Madinah disamping mukmin yang tetap memegang
kukuh Al-Quran dan Hadis walaupun tidak disukai masyarakat.
SEGERAKAN AMAL
11-07-05 HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Segerakan
amal kerana datang 7 perkara.
- Kefakiran yang serba kekurangan.
- Kekayaan yang melalaikan.
- Sakit yang tiada daya.
- Tua yang nyanyuk.
- Kematian.
- Datangnya dajal iaitu seburuk-buruk benda ghaib.
- Kiamat yang sengsara.
Sahih Bukhari dari Utbah bin
Al-Harith ra. Ketika solat Asar di belakang Nabi saw di masjid nabawi. Nabi saw
memberi salam dan berangkat terus pulang ke rumah tanpa zikir, doa dan
sebagainya. Kesemua para sahabat pelik dan kemudian mendapatkan Rasulullah saw
untuk mendapatkan jawapan. Sebentar tadi, aku teringat ada orang menghadiahkan
seketul emas dan aku simpan di rumah. Aku tidak suka emas berada di rumahku lalu
aku segera bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
JANGAN BOHONG, PECAH AMANAH, MUNGKIR JANJI DAN BERGADUH
Fatir 37 Bukankah Kami telah
berikan umur yang cukup. Tidakkah kamu berfikir akan akhirat semasa kamu hidup
di dunia. Telah datang peringatan kepada kamu iaitu uban pada rambut. Munafik
menurut Quran ialah zahirnya Islam batilnya kafir.
JANGAN MAKI
08-08-05 Sahih AtTirmizi dari Abdullah
bin Mas’ud sabda Nabi saw. Haram maki sesama Islam walaupun niat mencegah
mungkar. Membunuh sesama Islam itu menjadi kafir.
Al-Quran sempurna dalam menerangkan
asas dan hadis merupakan penerangan lanjut dari Al-Quran. Tidak disebut dalam
Al-Quran, menyempurnakan jenazah dan ia disebut dalam hadis.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw, tidak boleh bernazar kepada barang
yang bukan hak miliknya.
JANGAN JADI MUNAFIK
HR AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Munafik mempunyai 4 sifat, sifat-sifat munafik
ialah bila bercakap berbohong, pecah amanah, mungkir janji dan bila bergaduh
akan melampau. Kalu boleh jangan ada langsung mana-mana salah satu sifat
munafik ini kerana orang munafik menurut Al-Quran akan dicampak Allah ke dasar
neraka.
MOHON PETUNJUK SUPAYA SELAMAT DARI SESAT YANG TIDAK SEDAR SEPERTI BERCAKAP TANPA NAS AL-QURAN DAN HADIS. LEBIH TERUK LAGI APABILA BERKATA KEJI DAN MENYAKITKAN HATI.
12-09-05 Sahih Bukhari dari Jabir ra sabda Nabi saw. Solat
Istikharah ialah memohon pilihan Allah untuk membantu membuat keputusan.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi
saw, tuduhan keji seperti mengatakan kafir sedangkan dia tidak tahu orang itu
beragama Islam, rohnya tidak diterima langit. Dari
Ibnu omar ra sabda Nabi saw. Perkataan keji yang disuarakan kepada seseorang
akan dipatah balik kepada mereka yang berkata keji. Dari
Anaz bin Malek, Ibnu Mas’Ud, Imran bin Husein, Abu Dzar, Jabir, Ibnu
Abbas, Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw, siapa yg mengucapkan kalimah syahadah ketika
hidup di dunia demi menuntut keredhaan Allah akan dimasukkan ke syurga termasuk
ahli neraka yang telah diseksa. Mati kafir kekal neraka, Muslim yang banyak
dosa akan diseksa dasyat sehingga tidak tertahan kesakitan untuk sekian tempoh sebelum
dimasukkan ke syurga.
No comments:
Post a Comment