Nota Cinta

Monday, February 21, 2005

Al-Baqarah 272-286

Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms 95 surah Al-Baqarah ayat 272-281 syarah ustaz Shamsuri

21-02-05 Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Mudah-mudahan sedekah yang jatuh ke tangan kaya, pencuri dan penzina akan membuatkan mereka insaf.

HARAM RIBA

(2:272) Mudah-mudahan sedekah pada kafir susah akan memberikan mereka hidayah dan hidayah itu kehendak milik Allah. 273) Allah amat benci miskin sombong tetapi Ahlul Sufah ini miskin tawadduq bukan miskin meminta. Sabda Nabi saw. Barang siapa masih meminta walaupun mencukupi maka mukanya akan berlubang nampak tulang di akhirat. 274) Pemurah di dunia dijanjikan Allah tidak takut di akhirat. 275) Makan riba di dunia akan digilakan di akhirat. Sekiranya tersedar tetapi masih mengulangi maka kekal neraka. 276) Kaya dari hasil duit riba akan dihilangkan berkat. 277) Sedekah ikhlas kerana Allah itu sangat penting kerana tidak ditakutkan di akhirat. 278) Takutlah Allah supaya jangan menuntut duit riba. 279) kerana makan riba diperangi Allah dan Rasul. 280) Disarankan halalkan separuh atau sepenuh kepada penghutang yang sedang dalam miskin kesusahan kerana akan diberi naungan Allah di akhirat. 281) Balasan akhirat setimpal dengan apa yang dibuat ketika di dunia.

21-03-05 Al-Baqarah 282-283 

MELANGSAIKAN HUTANG FAKIR MISKIN

Sahih Muslim dari Abi Mas'Ud Al-badri sabda Nabi saw. Firman Allah, oleh kerana suka mengeratkan silaturahim dan selalu menghalalkan hutang golongan miskin maka dia dibebaskan dari dosa meninggalkan solat.

NABI SAW MENOLAK TAWARAN KEMEWAHAN HARTA 

Sahih Muttafakun Alai. Nabi saw menolak tawaran Allah menukarkan semua gunung sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah menjadi harta emas. Baginda memilih hidup sederhana dan baginda juga pernah menggadaikan baju perisai tenteranya untuk menyara ahli keluarga. Sabda Nabi saw. Yang terbaik apabila membayar hutang yang nilainya lebih tinggi dari apa yang dihutang.

ISLAM MENUTUP RUANG MENDATANGKAN KEMUDARATAN

(2:282) Perintah Allah - Islam menuntut penulisan perjanjian pinjaman antara penghutang dan pemiutang dengan angka tepat, tarikh dan masa bagi menutup ruang kepada pergaduhan di masa hadapan. Sekiranya melibatkan pemiutang kurang upaya dan tua, ia mesti diwakilkan wali yang adil disertai didahului 2 saksi lelaki atau sekiranya tiada 2 saksi lelaki dibolehkan 1 saksi lelaki diwakili 2 saksi perempuan. Saksi dan penulis yang dipanggil mesti hadir menunaikan kehendak Allah. Jual beli secara tunai tidak disunatkan penulisan. Sekiranya berlaku penipuan.
Hudud sekiranya cukup saksi. Curi dihukum potong tangan. Samun atau rompakan dihukum potong tangan kanan dan potong kaki kiri. 

JANGAN ZALIM TIDAK BAYAR 
HUTANG contoh PTPTN

(283) Sekiranya penghutang tidak mampu menjelaskan hutang mengikut tempoh, gadaian dilakukan menurut syarak kecuali sekiranya pemiutang meyakini amanah penghutang. Sikap tidak memegang amanah tidak mahu bayar hutang bila tiba masa membayar pinjaman seperti contoh PTPTN itu zalim. Sabda Nabi saw. Setiap jiwa mukmin bergantung pada hutangnya yang ditunaikan. Menolak saksi kes pinjaman dimurkai Allah.

MANUSIA BANYAK MENANGIS SEKIRANYA NAMPAK APA YANG NABI SAW NAMPAK

16-05-05 Al-Baqarah 284-286 tafsiran kitab Nurul Ihsan ms99

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz ra sabda Nabi saw. Manusia banyak menangis dari ketawa sekiranya nampak sepertimana Allah menampakkan aku akan neraka dan seksa yang disediakannya.

Sahih Bukhari dari Ibrahim bin Abdr Rahman bin Auf (10 sahabat dijamin syurga). Nabi saw mengalirkan air mata mengenangkan Mus Ab bin Umai yang merupakan anak saudagar yang sangat kaya raya tetapi memilih fakir semata-mata untuk bersama Islam. Mus Ab apabila mati, terlalu miskin hingga tiada kain kafan untuk jenazahnya.

Sahih Muttafakun Alai. Nabi saw mencadangkan Abu Bakar As Siddiq untuk membacakan kutbah dan menjadi imam tetapi disarankan A'isyah supaya tidak serahkan kepada Abu Bakar kerana Abu Bakar sentiasa menangis bila baca Quran. sabda Nabi saw. Aku lebih mengenali Abu Bakar. 

Hadis Riwayat AtTirmizi dari Abu Umamah ra sabda Nabi saw. Allah cukup suka 1) Titisan air mata manusia kerana takut Allah. 2) Titisan darah dan parut kerana berjuang jalan Allah. 3) Banyak solat sehingga meninggalkan kesan.

SAHIH BUKHARI. 2 ayat AKHIR SURAH AL-BAQARAH (285-286) SEKIRANYA 
DIAMAL CUKUP BAGINYA MENYELAMATKAN DIRI DUNIA AKHIRAT

284) Keajaiban bumi, alam, langit ini Allah punya. Wajib seksa walaupun melanggar perintah Allah secara sembunyi.

285) Islam beriman itu Percaya kepada Allah, Percaya kepada para malaikat, Percaya kepada kitab-kitab dan Percaya kepada Rasul. Kata Nabi saw dan firman Allah itu, kami dengar kami taat tiada langsung bantahan dan kepada Allah kami kembali (mati).

Sekiranya betul percaya Allah, betul percaya malaikat rakib atib, kita takkan mengendahkan hukum Allah. Tidak macam Yahudi dan Kristian, tidak percaya nabi akhir zaman Muhammad saw. Mati di dunia itulah bermulanya tempat hidup kekal kami iaitu semua manusia. Huraian ustaz. Kita tak takut, yang kita takut ialah masa depan anak kita dalam akademik dan kerjaya

286) Buatlah sekadar termampu. Allah memberi keringanan dan keistimewaan pada umat Muhammad saw disebabkan rayuan permohonan para sahabat. Sekiranya terlupa menunaikan yang disuruh tidak dibalas seksa. Ampunkanlah kami. Sekiranya tidak sengaja terbuat dosa juga tidak dibalas seksa. Menangkan kami dengan kafir yang memusuhi Islam.

Sabda Nabi saw, Sekiranya dibaca 3 akhir ayat ini pula, maka Allah akan menghindarkan dirinya dari gangguan syaitan pada rumahnya selama 3 malam.












No comments:

Post a Comment