Nota Cinta

Monday, January 27, 2003

Solat 2003 (disiplin kehidupan termasuk warna)



Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 4 bab Solat syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. 

UJIAN

27-01-03 Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Allah mengurniakan kebaikan dengan menimpakan musibah ke atas dirinya. 
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Sabar dengan musibah dan jangan tergesa-gesa. Umat nabi-nabi terdahulu ditanam paras pinggang dan digergaji badannya hingga terbelah dua. Manakala kulit mereka disiat dengan sikat besi tetapi mereka tetap tidak meninggalkan agama Allah. 

ISLAM SEMPURNA IALAH PEMERINTAH AMBIL HUKUM ISLAM 100%

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Aku bersumpah dengan nama Allah, Apabila Islam disempurnakan (Keseluruhan pemerintahan akan mengamalkan 100% Al-Quran dan Sunnah) maka tidak akan berlaku ketakutan melainkan takut kepada Allah.  

 JANGAN MENDAHULUI IMAM

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah mengubah kepala makmum menjadi kepala keldai sekiranya mendahului Imam dalam solat berjemaah. 

 CARA MASUK SOLAT JEMAAH

Menurut mazhab Syafi’e. Ketika imam sujud dan rukuk. Makmum yang datang menurut Imam dengan terus rukuk dan sujud itu tidak dikira mendapat rakaat tetapi mendapat berjemaah kecuali berdiri betul. Mengikut imam dengan berdiri betul mendapat rakaat dan mendapat berjemaah.

Sahih Attirmizi dari Jabir bin Abdillah ra sabda Nabi saw. Boleh mengimamkan solat berjemaah 2 kali di masjid dan kemudian di rumah untuk keluarga.  

Menurut mazhab Syafi’e. Harus dan sah berjemaah solat zohor kerana menyangka imam tengah solat zohor padahal tengah solat asar.  Harus dan sah makmum yang solat fardu mengikuti solat sunat imam. Walaupun sah tetapi tidak bermakna disuruh. 

 MASIH BOLEH SEGERAKAN SOLAT WALAUPUN TERLEPAS WAKTU

Sahih Muslim dari Abu Qatadah ra. Nabi saw pernah solat subuh berjemaah dengan para sahabat yang musafir di luar waktu akibat kesemua mereka ditakdirkan Allah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh.

Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Nabi saw menjamakkan zohor bersama asar dan maghrib bersama isyak walaupun bukan musafir atau hujan lebat kerana memberi kelapangan pada umatnya. 

Sahih Bukhari dari Imran bin Husain ra sabda Nabi saw. Sekiranya tidak mampu solat berdiri maka duduk dan sekiranya tidak mampu duduk maka baring. 

JANGAN MELAMPAU ATAU BERLEBIH-LEBIH

24-03-03 Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw. Jangan melampau atau berlebihan sehingga memudaratkan diri kerana cukup sekadar memenuhi kewajipan kerana satu ibadah 10 pahala. 
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra ketika Nabi saw berkhutbah. Disebabkan Abu Israil bernazar dengan nama Allah untuk komited Islam, dia berpuasa setiap hari dan berdiri di tengah panas untuk tidak mahu bercampur demi menjaga lidah. Sabda Nabi saw kepada Abu Israil, sempurnakan puasa untuk hari ini saja, duduk dibawah teduhan dan bercampur dengan orang lain.

JANGAN BEBANI MAKMUM / JANGAN BEBANI RAKYAT

Sahih Muslim dari Jabir bin Samurah ra. Solat dan kutbah Nabi saw ringkas dan tidak membebankan makmum. 

Al-Baqarah: 186 Beritahu umatmu wahai Muhammad, Aku dekat dengan hambaKu maka berdoa/bersolatlah kepadaku. Hendaklah mereka beriman kepadaku agar berada dalam kebenaran. 

PEMIMPIN ADALAH IKUTAN RAKYAT

Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Dijadikan imam untuk diikuti. 

HORMATI IMAM / PEMIMPIN 

HR AtTirmizi. Ketika selepas azan, disunatkan duduk tidak berdiri dan bilal mengintai-ngintai kedatangan imam sebelum qamat. 

 JANGAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM

28-04-03 Sahih Bukhari. Nabi saw bersumpah celakalah dikalangan umatku yang menumpahkan darah sesama muslim kerana ia akan mengakibatkan kafir. 

 JANGAN BUAT ZALIM

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan menzalimi atau menganiayai manusia dan binatang kerana Allah akan membalas menzaliminya lebih dasyat di akhirat. Jangan bakhil, kedekut dan berkira kerana ia membinasakan diri. 

 AKTIVITI BEBAS SELEPAS SALAM SOLAT BERJEMAAH

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw selepas mengakhiri salam selepas solat berjemaah. Masing-masing bebas berdoa, baca quran, wirid atau sebagainya mengikut kehendak sendiri. 

PASTIKAN BERSIH RUANG SOLAT

Sahih AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Bina dan bersihkan masjid untuk setiap perkampungan dan disunatkan wangikannya.  

 DUNIA KUBUR KITA GELAP

Sahih Bukhari Muslim AtTirmizi Sabda Nabi saw. Kubur gelap untuk manusia maka aku solatkan jenazah tukang bersih masjid yang meninggal dunia ini supaya kuburnya terang. 

 BELAS KASIHANLAH SESAMA MUSLIM

26-05-03 Sahih Mutafakun Alai dari Nukman bin Basyir ra sabda Nabi saw. Sesama mukmin seumpama satu anggota badan. 1 anggota sakit maka berjangkit kepada anggota badan lain dengan panas dan tidak selesa. 
Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah tidak belas kasihan kepada mereka yang tiada belas kasihan. 

 RINGKASKAN SOLAT BILA JADI IMAM

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ringkaskan solat seperti contoh bacaan surah pendek apabila menjadi imam solat berjemaah. 

 KELONGGARAN KES DALAM SOLAT

Hasan gharib AtTirmizi dari Aisyah ra. Nabi saw ketika solat sunat membuka pintu untuk Aisyah masuk kemudian menyambung kembali solatnya. 



 WARNA SUNNAH IAITU HITAM /PUTIH /HIJAU /MERAH

23-06-03 Sahih Muttafakun Alai. Sunnah Nabi saw biasa memakai baju warna putih, hitam dan hijau. Kadang-kadang memakai warna merah.   

Sahih Muslim dari Abu Said ra. Nabi saw pakai serban berlilit dan berikat bewarna hitam dengan membiarkan ekor serban di tengah tulang belikatnya.



JANGAN BANYAK WARNA CORAK KERANA IA TIDAK TENANG  

Zuhud 2004 Sahih Muslim dari Saidatina Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW "kusyuk merupakan roh solat jadi bawakan baju yang tidak berserabut dengan corak dan warnanya kosong"

 LANGKAH SOLAT

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Setiap langkah jauh dengan niat solat dijanjikan satu darjat, satu tempat syurga dan dibatalkan dosanya. 
Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Malaikat berhenti berdoa apabila batal air wuduk ketika beriktikaf di dalam masjid. 

 7 GOLONGAN MENDAPAT TEDUHAN DI MAHSYAR

Sahih Bukhari Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di padang mahsyar yang tiada teduh itu akan terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Arasyh iaitu:-

  • 1.       Pemerintah yang menjalankan 100% perlembagaan Al-Quran dan menjadikan panduan    petunjuk Hadis sebagai ikutan.
  • 2.       Pemuda yang menolak nafsu demi mentaati segala perintah Allah.
  • 3.       Hati yang bergantung pada tempat sujud.
  • 4.       Berkasih dan berpisah kerana Allah.
  • 5.       Menolak ajakan zina perempuan cantik.
  • 6.       Menyembunyikan sedekah dan kebaikan.
  • 7.       Menyendiri dengan menangis menyesali dosa kejahilan lampau. 

  SABAR BUAT BAIK

14-07-03 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah memelihara mereka yang sabar melakukan kebaikan walaupun ditekan oleh pihak lain. 
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Memelihara silaturahim kekeluargaan akan dikurniakan Allah, murah rezeki dan panjang umur.
Sahih Muttafakun Alai dari Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw. Buat baik kepada kedua ibubapa sekiranya mahu keredhaan Allah. 

 SUNAT PAGI RAYA

HR AtTirmizi dari Saidina Ali Abi Talib Karamalla Huwajha. Sunnah Nabi saw berjalan kaki dan jangan gopoh, makan dahulu atau minum air sebelum ke masjid menunaikan solat hari raya puasa. Dari Ibnu Omar ra. Nabi saw dan khulafa ArRashidin berkhutbah selepas solat aidilfitri. 

 JIRAN

28-07-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Demi Allah tidak beriman x3 ulangan kepada mereka yang jirannya samada muslim atau kafir tidak aman dengan kejahatannya. 
Sahih Muslim sabda Nabi saw. masaklah berlebihan untuk diberi pada jiran.
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Buat baik dan jaga hati jiran.
Sahih Muslim Bukhari sabda Nabi saw. Tiada berkat rumah yang tiada ibadah. Jangan jadikan rumah sebagai kubur. 
 BEZAKAN FARDU DAN SUNAT

Sahih Muslim Bukhari dari Zaid bin Sabit ra sabda Nabi saw solat fardu afdal di masjid, solat sunat afdal di rumah. 
Sahih Muslim dari Muawiyah Abu Sufyan ra sabda Nabi saw ubah tempat solat fardu dan solat sunat di masjid supaya dapat mewujudkan perbezaan afdal. 

TANDAS & WUDUK

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Disunatkan membaca bizmillah sebelum masuk tandas kerana mendindingi diri dari pandangan jin.
Menurut mazhab Syafi’e. Menyalahi solat sunat di masjid dan hukumnya Harus.
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Nabi saw kenal umatnya di padang mahsyar melalui cahaya wuduk anggota badan.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Inilah wuduk ku dan Nabi-nabi terdahulu. Muka bermula kawasan tumbuh rambut tepi cuping telinga. Tangan lebihkan melepasi siku. Kaki hingga pertengahan betis. Ada waktu ambil sekali ada waktu 2x atau 3x mengikut keadaan. 

SUNAT

13-08-03 Al-Isra’ 79 Jadikan sunat tahajud sebagai amalan kerana mudah-mudahan akan diangkat darjat untuk mereka yang menunaikannya. 

Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah ra sabda Nabi saw yang solat sunat sehingga bengkak kakinya. Tak bolehkah saya nak jadi hamba yang bersyukur pada Allah.

Sahih Muttafakun Alai dari Ali Abi Talib Karamulla Huwajha sabda Nabi saw ketika menziarahi keluarga. Kamu semua belum solat sunat malam?

Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim dari Ibnu Abbas ra. Nabi saw keluar pada hari raya fitrah untuk solat 2 rakaat tanpa sunat kabliah dan bagdiah. 

Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim dari Umi Athiyah ra. Nabi saw mengajak semua muslim keluar rumah ke padang yang luas untuk solat dan kutbah hari raya. 

NABI SAW SEORANG YANG ROMANTIS


Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim Muttafakun Alai dari Abu Bakar As Siddiq dan Aisyah ra ketika sambutan hari raya. Nabi saw dan isterinya berseronok sehingga puas tetapi pada batasan syarak di pesta persembahan tarian, nyanyian, pertunjukan senjata dan lain-lain persembahan. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar yang melarang kerana ia ibarat pesta syaitan. Setiap kaum ada hari raya dan hari ini apa salahnya kita berseronok sedikit. Nabi saw dan Aisyah ra berpelukan mesra sehingga bertemu pipi mereka berdua ketika menonton persembahan sehingga puas. 

AMALAN SUNAT HARI RAYA

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Solat hari raya dihadiri semua makhluk Allah termasuk jin dan penghuni langit.
Sahih AtTirmizi dan Bukhari dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw makan buah kurma sebelum keluar rumah solat hari raya.
Mazhab Syafi’e. Penduduk setempat mesti datang solat Jumaat sekiranya hari Jumaat itu hari raya kecuali musafir. 

TINGGAL FARDU KE NERAKA

22-09-03 Sahih Muslim dari Jundub bin Abdillah ra sabda Nabi saw. Menunaikan solat fardu akan dipelihara Allah dan meninggalkannya akan dicampak dan disembamkan mukanya ke neraka.

CARA MENENTANG PEMERINTAH ZALIM

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Pemerintah baik mendidik rakyat mentaati Allah dan yang jahat itu lalai kesedapan dunia serta tidak kisahkan hukum Allah. Siapa yang tidak menegur mengikut kemampuan samada dari segi kuasa jawatan atau lidah atau hati sekiranya tidak menerima ancaman maka dia bukan kalanganku yang mengamalkan hadisku. Orang seperti ini dilarang minum malah dihalau dari datang ke kolamku di hari akhirat nanti. Allah memerintah muslim bunuh kafir sekiranya berlaku ancaman peperangan. Semua perbuatan baik itu sedekah dan menghapuskan dosa. Menetang pemerintah zalim akan mendapat janji baik dari Allah. 

SEKIRANYA MAHU SYURGA, BUAT WAJIB TINGGALKAN HARAM

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Sekiranya mahu syurga maka lakukan yang fardu seperti solat, puasa, zakat dan taat kepada pemerintah. Jauhilah haram dan lakukan semua yang wajib.

No comments:

Post a Comment