SOLAT 5 WAKTU
14-01-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Furqan 63-77 syarah
ustaz Shamsuri
Sahih Muttafakun Alai dari Abi Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Firman Allah solatlah 5 waktu
kerana perbuatan baik boleh menghapuskan dosa.
Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Setiap dosa dihapuskan
melalui solat 5 waktu. Imam Nawawi berpendapat kecuali kesalahan dosa hudud
yang mesti dilaksanakan melalui pemerintah.
Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Perumpamaan solat 5 waktu seperti
sungai deras yang mengalir untuk membersihkan dosa pada tubuhnya.
SIAPA HAMBA ALLAH? ADAKAH KITA? TEPUK DADA TANYA SELERA
PENJELASAN PENGAKUAN
ALLAH TENTANG HAMBANYA Furqan 25:63:77
63)Hamba Allah rendah diri tiada gaya
sombong takabur manakala orang jahil suka menuduh menghukum seseorang. Hamba
Allah itu berkata selamat apabila dicerca dihina.
64)Hamba Allah sujud dan bediri qiamullail
di malam hari.
65-66)Hamba Allah berdoa supaya dijauhkan
dari murka Allah dan neraka jahanam.
67)Hamba Allah tidak kedekut.
68-69)Hamba Allah tidak persoal dan menolak
hudud atau had sempadan Islam.
70-71)Hamba Allah selalu bertaubat menebus
dosanya dengan melakukan amal soleh.
72)Hamba Allah menolak menjadi saksi palsu
dan lari dari bergaul dengan mereka yang fitnah atau mengumpat.
73)Hamba Allah bila dengar Al-Quran
berdasarkan penerangan Al-Quran dari Hadis akan menyebut kami dengar kami taat.
74)Hamba Allah selalu memohon diri dan
keluarga keturunannya berjaya dunia akhirat.
75)Hamba Allah menitik beratkan akhirat
kerana takut neraka.
76)Hamba Allah menumpukan jalan akhirat
menuju ke syurga.
77)Hamba Allah takut sekiranya tidak
dihiraukan Allah.
No comments:
Post a Comment