JAGA LIDAH KERANA LIDAH KE NERAKA
07-01-03 HR AtTirmizi.
Dari Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw. Kejayaan dan keselamatan
ialah jaga lidah kerana ia boleh merosakkan diri, perpecahan masyarakat,
pembunuhan dan pertengkaran.
Dari Abu Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Setiap pagi
seluruh anggota tubuh merayu kepada lidah kerana disebabkan lidah, satu anggota
badan ke neraka.
Dari Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Orang beriman kerap
memohon keampunan dosanya dan tidak beriman menganggap dosanya perkara kecil.
Dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw kepada Abu Zar ra.
Jaga 2 perkara iaitu lidah dan akhlak.
SELALULAH ZIKRULLAH
15-01-03 Sahih Muslim dari Abu Marikh ra bin Asim Al-Ash’ari
ra sabda Nabi saw. Bersuci sebahagian dari iman. Ucapan Alhamdulillah boleh
memenuhi neraca amal akhirat. Pahala sentiasa menyebut Subhanallah dan
Alhamdulillah boleh memenuhi ruang langit dan bumi. Solat itu nur. Sedekah itu
bukti iman. Sabar merupakan cahaya yang memancar pada tubuh. Al-Quran boleh
menjadi samada pembela atau pendakwa di padang mahsyar.
HR AtTirmizi 3 peringkat makam iaitu yang pertama asyik
dengan dunia dan kurang mengingati kematian, yang kedua kerap mengingati
kematian tetapi masih mengharapkan umur panjang dan makam tertinggi iaitu merindui
kematian untuk berjumpa Allah disamping tidak sabar menanti setiap waktu solat.
JANGAN SUKA MEMINTA
19-03-03 HR AtTirmizi dari Hakim bin Hizam ra sabda Nabi
saw. Sifat suka meminta tiada bermaruah.
Hasan AtTirmizi dari hartawan dermawan Abd Rahman bin Auf ra
(10 sahabat dijamin syurga) Ramai boleh bertahan apabila diuji kesusahan ketika
Nabi saw hidup tetapi ramai kecundang apabila diuji kesenangan selepas
kewafatan baginda.
RINDUILAH JUMPA ALLAH
01-04-03 Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Dalam
perang Uhud, ketika pasukan Islam menderita kecederaan, tiba-tiba Anaz bin
Nadar pakcik kepada Anaz bin Malek yang menyertai peperangan tersebut berteriak
kegembiraan di medan perang sambil sibuk memerangi musuh. “Aku telah menghidu
wangian syurga, marilah syahid menuju ke syurga.” Selepas perang, mayatnya telah
dikorek mata, dipotong telinga dan hampir keseluruhan anggota tubuh dihancurkan.
Turun wahyu Allah pada peristiwa syahid pakcik kepada Anaz
bin Malek sabda Nabi saw. “Bergembiralah orang yang beriman dengan Al-Quran dan
Hadis kerana sanggup menghabiskan harta benda dan hilang nyawa di jalan Allah.”
SEMPURNAKAN IMAN
Sahih AtTirmizi, sabda Nabi saw. Sempurna Islam seseorang
apabila berjaya menjaga lidahnya.
Menurut penerangan sabda Nabi saw oleh Imam AtTirmizi,
terdapat sesama muslim busuk hati dan dengki dengan suka tengok sesama saudara
jatuh ditimpa musibah. Lebih buruk keadaan walaupun muslim itu bersalah, ada
dikalangan muslim yang berpihak pula pada pihak kufar atau kafir.
Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi penerangan lanjut mengenai
terjemahan sabda Nabi saw oleh Imam At Tirmizi.
Masyarakat berbual mencipta cerita kononnya ditimpa musibah akibat
menganiayai orang lain sedangkan mereka yang mencipta cerita itu tidak tahu
perkara sebenar yang berlaku. Maka mereka semua ini yang terlibat akan menjawab
di hadapan Allah di akhirat nanti.
Kesimpulan pengajaran hadis menurut ustaz Shamsuri. Jangan
memandai reka cerita melibatkan perkara yang boleh membawa aib pada seseorang
walaupun ia betul. Setiap sabda Nabi saw itu padat ringkas tetapi penuh huraian
dan kisah pengajaran di dalamnya.
TUMPU AKHIRAT DIPERMUDAHKAN DUNIAWI
16-04-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Pahala
menyediakan bekalan kepada keluarga yang pergi berperang jihad sama pahala
mereka yang pergi berperang.
Sahih Muslim dari Abu Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw.
Pahala pergi berperang sama dengan pahala menjaga keluarga yang berperang.
Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Pahala
ibadah budak kecil yang membuat baik akan dapat kepada ibu bapanya.
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Pahala menjaga amanah
seperti pahala bersedekah.
HR Tirmizi Dari Anaz ibni Malek ra sabda Nabi saw. Kuat mengambil berat
akhirat akan dipermudahkan urusan duniawi dan diperluaskan rezeki tanpa bersusah-payah.
Kaya menurut Islam ialah cukup makan minum, mempunyai kenderaan dan tempat
tinggal. Dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Bersungguh-sungguhlah
dalam beribadah.
FAHAMI HUKUM SEBELUM BERAMAL
06-05-03 Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra ketika perang
Khaibar sabda Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila mengambil harta rampasan
perang tanpa persetujuan rasmi walaupun kelihatan mati syahid. Hanya masuk
syurga sekiranya betul-betul beriman.
Sahih Muslim dari Abu Umarah ra sabda Nabi saw. Siapa menipu
dengan mengambil barang orang lain di atas sumpah nama Allah, diharamkan
dirinya syurga dan diwajibkan dirinya neraka.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Siapa buat zalim seperti
mencuri, menganiayai dan menjatuhkan maruah dengan rekaan cerita, minta maaf
kepada yang dizalimi kerana doa orang yang dizalimi akan ditanggung olehnya.
CARI & JAGA SILATURAHIM
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jauhkan
diri dan elak dari bermusuh-musuhan dengan eratkan silaturahim.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Aku bersumpah demi Allah yang
nyawaku di tanganNya. Muslim yang saling membenci sesama mereka diharamkan
syurga ke atas mereka.
Dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Jangan bercampur dengan
mereka yang boleh membawa kemudaratan, kebinasaan dan kejahatan. Bercampur
dengan mereka yang boleh membawa kepada kebaikan.
Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Solat fardu awal waktu,
mendamaikan pergaduhan dan mengubah orang jahat menjadi baik merupakan amalan yang
terbaik melebihi segala amal.
Dari Anaz ra sabda Nabi saw. Mendamaikan yang bergaduh akan
dibereskan segala urusan kerjanya.
HIDUP BIAR BERKAT ATAU BARAQAH
21-05-03 Sahih Muslim dari Zaid bin Arqam ra sabda Nabi saw.
Pegang sekuat-kuatnya dan cintailah Al-Quran kerana ia melepaskan dari
kegelapan. Jaga kaum kerabat keluargaku yang tidak boleh menerima zakat.
Kesimpulan hadis menurut Imam Abu Isa AtTirmizi. Baraqah
ialah wang dan makanan sedikit tetapi cukup. Ruang rumah yang sempit itu selesa
walaupuan ahli keluarga anak-anaknya 7-10 orang. Sabda Nabi saw. Tidak beriman seseorang itu sehingga dia
mengasihiku lebih dari keluarganya.
Dari Aisyah ra sabda Nabi saw, tanggalkan kain bergambar
kerana ia mengganggu ketenangan kusyuk dalam solatku.
AtTirmizi, Muslim dan Bukhari dari Aisyah ra. Bantal tidur
Nabi saw dari kulit yang tidak selesa dengan di isi dari sabut.
03-06-03 Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Para sahabat seramai 1400 orang yang terlibat
dalam Perjanjian Bai’ah Al-Riduan di bawah sebatang pokok tidak akan masuk
neraka.
TEGUR KASAR SESAMA MUSLIM DIMARAHI ALLAH
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jaga adab
ketika menegur dan teguran kepada muslim demi menjaga seorang kafir dimarahi
Allah.
JANGAN HINA ATAU HALAU ORANG YANG SERU KEBAIKAN
Sahih Muslim dari Abi Waqaz ra sabda Nabi saw kepada manusia
samada kafir mahupun Islam menurut firman Allah. Jangan dihina atau dihalau
kepada mereka yang menyeru ke jalan Allah.
Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad ra sabda Nabi saw. Tidak
ada hidup yang sebenar melainkan hidup akhirat.
HR AtTirmizi dari Abi Musa Al-Ash’ari ra sabda Nabi saw. 3
golongan tidak masuk syurga iaitu kekal minum arak, memutus silaturahim dan
percaya sihir.
LIHAT BAWAH JANGAN LIHAT ATAS
HR AtTirmizi dari Abdullah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi
saw. Memandang pada orang yang lebih beragama disamping berusaha menurutinya
dan bersyukur dengan nikmat Allah setelah melihat orang yang serba kekurangan
dari darinya akan mendapat surat
pengakuan syukur dari Allah.
18-06-03 Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah ra. Nabi saw
ketika sakaratul maut berdoa kepada Allah, Ya Allah, ampunilah aku, kesihanilah
aku dan pertemukanlah dengan kawan yang tertinggi.
HR AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Mudahkan
sakaratul mautku.
Sahih Bukhari dari Abbas ra yang menunggu di luar rumah bersama
orang ramai yang menziarahi Rasulullah saw ketika hari kewafatan baginda. Ali kemudian
keluar memberitahu, Nabi saw akan sembuh dengan puji-pujian Allah. Kesimpulan hadis, beritakan yang baik walaupun
pesakit tiada harapan.
HR AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Sedekahlah yang
lebih baik kerana pahala dari sedekah itu akan kekal dan yang kita makan
sekarang ini tidak kekal.
Sahih AtTirmizi, Muslim dan Bukhari dari Asiyah ra. Nabi saw
dan ahli keluarganya hidup seharian dengan hanya makan buah kurma disamping
minum air kosong.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw kepada para sahabat yang
mengidamkan kekayaan dunia. Zaman ketika miskin ini lebih mudah untuk kamu
semua beribadat kerana keasyikan keselesaan dari kemewahan akan melalaikan
ibadat.
SABAR UNTUK RENDAHKAN DIRI
01-07-03 Surah Fussilat 34-35 Persahabatan akan wujud
setelah permusuhan dapat dihentikan iaitu apabila kejahatan dibalas kebaikan.
Hanya yang untung besar di akhirat boleh melakukan iaitu orang yang sabar.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah suka dengan mereka yang
sabar, berlemah lembut dan tidak terburu-buru.
HR AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Perhiasan indah
manusia ialah sifat lemah –lembut dan tidak terburu-buru.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Biarkan
Arab Badwi itu kencing di dalam masjid di situ kerana dia baru masuk Islam dan
dia masih tidak tahu. Salah seorang tolong bersihkan.
HR Imam Muslim dari Abu Yaqla ra sabda Nabi saw.
Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan dalam semua perkara. Sekiranya membunuh
musuh Islam, maka bunuhlah dengan sekali bunuh tanpa menyeksanya. Maka dengan itu, hukuman pancung sekali mati itu adalah yang
paling sesuai. Sembelihan binatang peliharaan mestilah dengan cara tidak
menyeksanya dan pastikan pisau yang tajam supaya memberi kerehatan kepada
binatang peliharaan yang disembelih.
SEBUTAN NABI KALAM ALLLAH
HR AtTirmizi dari Abu Zar Al-Ghifari. Kehebatan setiap
sabdaan Nabi saw itu amat fasih, bijak bercakap, jelas dan sampai maksudnya
sehingga ada para sahabat beberapa kali pengsan seolah-olah sedang berada dalam
neraka ketika diceritakan Rasulullah saw. Apa yang Nabi saw sebut itu merupakan
khalam secara terus dari Allah.
Hadis Qudsi. Wahai anak adam, letak tangan kamu pada dada
kamu, apa yang kamu suka itulah kamu buat pada saudara sesama muslim.
Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra, Tidak beriman di
antara sesama muslim kecuali berkasih.
MAKRUH ANGKAT TANGAN DOA KUTBAH KE-2 JUMAAT
16-07-03 Sahih AtTirmizi dari Umarah As Saqafi ra. Perbuatan
mengangkat tangan menadah ketika doa kutbah kedua dibacakan menyalahi sunnah
Nabi saw dan menurut mazhab Syafi’e ia makruh.
Dari Jabir. Sekumpulan tentera kecil diutus Nabi saw
diketuai Abu Ubaidah Al-Jarrah ke kampung Juhainah untuk berperang dengan musuh
Islam kerana percubaan mereka membunuh Nabi saw. Selama 5 hari perjalanan,
muslim diuji kelaparan bersama cuaca panas terik. Kafir Harbi kafir Quraisyh
yang mempunyai kecenderungan membunuh nabi saw ketika mengepong rumah nabi saw
untuk membunuh baginda. Harta benda mereka boleh dirampas.
SYAHADAH YANG DIREDHAI IALAH APABILA BUAT APA
YANG DISURUH TINGGAL APA YANG DILARANG
YANG DISURUH TINGGAL APA YANG DILARANG
02-09-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Allah
mengharamkan baginya neraka mereka yang menyebut kalimah syahadah yang diredhai Allah.
HR AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Usaha sepatutnya
sebelum bertawakal.
Sahih muslim sabda Nabi saw. Lebih baik bakar kulit sendiri
sebelum duduk di atas kubur.
HR AtTirmizi dari Saidina Hasan ra sabda datuknya. Sekiranya
ingin selamat, elak dari melakukan sesuatu yang tidak pasti atau meragukan.
Hasan gharib AtTirmizi sabda Nabi saw. Tertib melebihi
bandingan kerajinan ibadah.
BEKAWAN DENGAN YANG BAIK BUKAN YANG JAHAT
17-09-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Musa Al-Ash’ari
sabda Nabi saw. Bersahabat dengan orang baik ibarat bersahabat dengan minyak
wangi dan yang jahat sebaliknya.
Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Berkahwin dengan pasangan
setidak-tidaknya tidak melarat, ibubapanya yang menta’ati Allah, seronok hati
bila memandang dan berpendidikan agama tetapi keutamaan pada yang beragama sebagai
ketenteraman jiwa.
Sahih Bukhari. Sahabat baik Rasulullah saw iaitu malaikat Jibril
memberitahu pergerakannya terikat atas perintah Allah dan tidak boleh sesuka
hati berjumpa baginda.
Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw.
Jangan risaukan kiamat tetapi risaukan persediaan untuk kiamat.
INGATLAH ALLAH SETAIP DETIK
Sahih Muttafakun Alai dari Muaz bin Jabbal sabda Nabi saw. Jangan
lupa setiap kali selepas solat berdoa seperti ini “Ya Allah, bantulah
aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa melakukan
terbaik untuk ibadahku kepada-Mu.”
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Akan bersama orang tersayang
di akhirat walaupun tidak pernah berjumpa.
RENDAHKAN DIRI
Hasan AtTirmizi dari Muaz bin Anaz Al-Juhani ra sabda Nabi
saw. Sesiapa yang mengelakkan dari memakai yang mahal walaupun mampu maka akan
diberi pilihan memakai pakaian syurga. Mengelak sombong dimuliakan Allah dan sombong
akan dihina di akhirat.
Dari Abi Umamah
bin Sa’labah Al-Ansari. Nabi saw suka akan yang ringkas ala kadar.
Dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Kelepasan sombong ialah merendah diri dan
bersama-sama orang miskin.
Dari Ibrahim An Nasa’i ra sabda Nabi saw. Berbelanja
besar akan disulitkan hisab di akhirat melainkan perkara kebajikan.
Sahih Bukhari. Ketika Nabi saw disihir, Nabi saw memberitahu
pada para malaikat supaya jangan membalas kejahatan yang dikenakan pada
baginda.
GAYA SOLAT NABI
15-10-03 Bukhari Muslim. Nabi saw ketika rukuk
subhanarabbial azim. sujud
subhanarabbial aqla.
Sahih Muslim dari Huzaifah ra Nabi saw ketika Iktidal.
Samiallahuliman hamidah, Rabbana lakalham.
LARANGAN DOA MINTA MATI
Sahih AtTirmizi. Nabi saw melarang meminta mati walaupun
tidak tahan sakit.
KEWAJIPAN JAWAB SALAM
HR AtTirmizi dari Abu Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw. Mendahulukan
memberi salam akan mendapat ganjaran awal melebihi terkemudian dan menjawab
salam menjadi kewajipan sesama muslim.
PENDITA YAHUDI TERMAHSYUR YANG ALIM TAURAT MEMELUK ISLAM
Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Salam ra ketika sebelum
memeluk Islam dan merupakan pendita yahudi yang mahsyur. Gaya akhlak, perbualan,
fizikal dan wajah Rasulullah saw melambangkan kenabian pesuruh Tuhan seperti
disebut Taurat dan bukan muka manusia yang membohong mengaku Pesuruh Allah. Ucapan sulung Nabi saw
ketika sampai Madinah ialah sesiapa yang ingin masuk syurga dalam keadaan
sejahtera maka sebarkan salam, berilah makan kepada orang susah dan bangun ibadah
tengah malam.
No comments:
Post a Comment