Nota Cinta

Wednesday, January 1, 2003

As-Syura Makkiah 1-53

IKHLAS 

1-1-03 5 Al-Baiyinah Laksanakan solat dan zakat dengan ikhlas kerana Allah.  
30 Haj Allah tidak pandang daging yang dikurban, yang Allah pandang ialah ketaqwaan sedekah Qurban. 
Sahih Muttafakhun Alaigh A'isyah r ha, sabda Nabi saw. Allah memandang niat walaupun kesemuanya kena bencana. Sahih Bukhari Muslim Anaz b Malek ra, sabda Nabi saw. Jangan buruk sangka mengatakan mereka tidak mahu bersama kita dalam Tabuk ini kerana mereka ingin bersama cuma terhalang oleh sakit. 

JANGAN CARI MUSUH TETAPI BERTINDAK APABILA TERDESAK

5-2-03 Sahih Muttafakun Alaigh pesan Nabi saw. Musuh jangan dicari dan Jangan sesekali cabar memulakan pergaduhan. Tetapi sekiranya musuh depan pintu rumah maka bertindak! Syurga mengakhiri dikala tamatnya nyawa. 

Sahih Muttafakun Alaigh doa Rasulullah saw. Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Quran, yang menggerakkan awan-awan. Hancurkan musuh-musuh yang bersekutu (muslim munafik dan kafir). Hancur leburkan musuh-musuh ini. Tolonglah kami hadapi musuh ini. 

MENGEJAR JAWATAN DUNIA

Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw. Manusia akhir zaman mengejar jawatan bukan sanggup berkorban tetapi untuk kepentingan diri. Bersabarlah kerana aku disisi telagaku di akhirat. 

Sahih Muttafakun Alaigh Abu Sufyan ra. Nabi saw pesan jangan tinggal solat, jangan syirik, abdikan diri pada Allah, niat yang benar, jangan ikut nenek moyang tapi ikut Allah, tahan jangan buat benda haram dan jaga silaturahim sesama muslim. Cakap tipu bawa kecelakaan dan terdorong ke neraka. 


YANG SUBUR, YANG KERAS DAN YANG GERSANG

2-4-03 Sahih Muttafakun Alaigh Abi Musa ra sabda Nabi saw. Yang subur ialah yang beramal Quran Hadis. Yang keras ialah yang berpengetahuan Quran Hadis tetapi tidak beramal. Yang gersang ialah yang tidak mahu ambil tahu pasal Quran Hadis. 

Samakan saf kerana saf sama ialah sebahagian dari solat dan Allah dan ia mengajar penyatuan hati.
Sahih Muslim dari Jasbir rs.

TUNTUTAN MELINDUNGI AIB

7-5-03 Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Menutup aib rakan akan ditutup aibnya oleh Allah di akhirat. 


CARI ILMU AGAMA QURAN HADIS AKAN KE SYURGA

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Belajar Quran Hadis akan disertai mala'ikat dan dirahmati Allah dengan dimudahkan jalan ke syurga. 


JAGA MUSLIM WALAUPUN TERPAKSA MUDARAT DIRI

Sahih Muttafakun Alaigh Abi Musa ra sabda Nabi saw, jaga saudara sesama Islam walaupun terpaksa memudaratkan diri. 

 TUAN DAN PEKERJA

9-7-03 Sahih Muslim Abi Zar sabda Nabi saw. Apa yang dimakan dan dipakai oleh tuan maka itu yang dimakan dan dipakai oleh pekerja. Jangan berikan kerja diluar kemampuan kecuali turut bekerja bersama. 

SAYANG PARA SAHABAT PADA RASUL SEHINGGA 
MEREKA BUAT SETIAP APA YANG DIBUAT RASULULLAH SAW. 

Sahih Bukhari Abi Talhah ra kata Anaz b Malek ra. Aku lihat Nabi saw makan roti cicah kuah daging bersama lebu lecek dengan cukup berselera sehingga baginda jilat jarinya selepas sapuan seluruh permukaan pinggan sehingga bersih. Mulai hari itu, aku juga sangat suka makan labu seperti cara Rasulullah saw. 

Asy Syura

42:1-4 Semua hidupan 7 lapis langit dan galian bumi ini milik Allah. 
42:5 Langit hampir pecah akibat kemurkaan Allah apabila Yahudi & Nasrani menuduh Allah ada anak. Mala'ikat meminta ampun bagi manusia sambil mengatakan manusia ini jahil.
42:6 Syirik juga ialah menyekutukan Allah iaitu mengharapkan pertolongan perlindungan yang lain disamping pada masa yang sama juga mengharapkan perlindungan Allah. 
42:7 Quran yang diwahyukan pada Nabi Muhammad saw untuk peringatan akhirat. 
42:8 Allah boleh wujudkan seluruh manusia ini muslim tetapi Allah tidak buat begitu kerana dunia ini tempat ujian buat manusia.  
42:9 Manusia tidak boleh syirik kerana hanya Allah satu-satunya tempat bergantung 100%. 
42:10 Setiap perselisihan mesti rujuk Quran Hadis dan selebihnya bertawakal kerana Allah jualah Pencipta langit dan bumi termasuk segala makhluk isi langit dan bumi. 
42:11 Adam yang terjaga dari tidur tersedar Hawa dijadikan dari rusuknya, mereka kemudian dinikahkan Allah bersaksikan para mala'ikat dengan mas kahwin selawat ke atas Nabi Muhammad saw. 
42:12 Keluasan rezeki atau kesempitan rezeki itu ujian kesyukuran dan Allah tahu secara terperinci. 
42:13 Islam adalah mentauhidkan Allah bermula ajaran dari Nabi Adam as, Nuh as, Ibrahim as, Musa as sehingga Isa as iaitu beriman pada Allah, solat, zakat, puasa, haji, tunai janji, tunai amanah, jaga silaturahim, haram kufur, haram zina, haram bunuh orang dan haram menyakiti sesama makhluk. Bezanya ialah yang paling lengkap diturunkan pada Nabi Muhammad saw. Islam mengajar kesederhanaan bukan melampau seperti Nasrani yang melampau sayang Nabi Isa sehingga mengatakan Isa anak Allah manakala Yahudi yang melampau benci Nabi Isa sehingga mengatakan Isa anak zina. 
42:14 Buhaira seorang alim kitab Taurat dan Injil mengakui kebenaran lanak-kanak Muhammad yang ketika 11 tahun dan mengesahkan pada tanda kenabian akhir zaman menurut kitab. Sayangnya, sebahagian ulama Taurat dan Injil menidakkan perkara tersebut lalu meminda isi kandung kitab. Sekiranya tidak kerana janjiKu akan kafir diseksa di neraka, Aku akan membalasnya sekarang juga. 
42:15 Dakwah Islam mesti diteruskan dan jangan ikut hawa nafsu kafir dalam menghentikan dakwah Islam. Katakan pada Yahudi Nasrani, kitab taurat dan injil mereka tetap muslim akui kebenarannya dan Quran adalah pelengkap seluruh kitab terdahulu. Bermula Allah itu Tuhan kafir dan Tuhan muslim dan bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Tiada guna bertengkar kerana kebenaran Islam telah terbukti. Pengakhiran manusia samada syurga atau neraka. 

SIKAP YAHUDI DAN NASRANI

42:16-17 Malangnya Yahudi Nasrani apabila kedatangan Muhammad ditolak mereka dan bagi mereka ialah seksa neraka yang amat dasyat. 
42:18 Bagaimanakah agaknya keadaan mati sejurus selepas mempersendakan jenaka ke atas ayatKu?
42:19 Rezeki Allah amat luas sehingga yang membantah turut menikmati sehingga akhir hayat dunianya. 
42:20 Buat sesuatu harapkan pahala akan beroleh kesenangan dunia akhirat. 
42:21 Sekiranya bukan kerana janji seksa akhirat, sudah lama seksa dijalankan sejurus selepas buat dosa. 
42:22 Di akhirat, ketakutan yang amat sangat terpapar di wajah ahli neraka yang menunggu giliran bakal dijilat api manakala para solehin iaitu mukmin yang rajin beramal soleh akan beroleh kesenangan syurga. 
42:23 Sabda kekasihKu, dakwahnya bukan kerana upah, hanya satu pintanya, sayangilah ahli keluarga keturunan baginda. Berusaha beramal soleh akan ditambahkan kekuatan pada amalnya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun bagi mukmin yang bersyukur. 
42:24 Allah anugerahkan kesabaran pada Rasul dan sesiapa yang dikehendaki ketika musuh menyakiti hati tanpa henti. 
42:25 Allah menerima taubat dengan syarat, menyesali dengan berazam tidak mengulanginya.
42:26 Allah akan perkenan doa pada yang beramal soleh dan kafir mesti berakhir di neraka.    
42:27 Sekiranya Allah jadikan semua manusia di dunia ini kaya harta maka binasalah dunia akibat kerosakan dosa. Allah menetapkan kadar rezeki pada tiap manusia dan Allah ada "Hikmah" atas perkadaran tersebut. 
42:28 Allah yang menurunkan hujan sebagai rahmat dan kepada Allah jualah tempat kembali. 
42:29 Allah jadikan 7 lapisan langit dan dihiaskan dengan segala makhluk peliharaanNya.  
42:30 Ujian bala bencana jenayah kemusnahan adalah dari dosa manusia dan sabar akan dikifaratkan dosa. Muslim mukmin yang dikifaratkan dosa akan tidak diseksa keras di neraka.  
42:31 Manusia tidak lepas dari balasan Allah. 
KAPAL TENGGELAM
42:32-36 Kapal belayar itu tanda kebesaran Allah dan anugerah kepandaian oleh Allah. Allah tenggelamkan kapal akibat dosa manusia yang angkuh, riak dan bantah larangan Allah dengan menyebabkan sebahagian mati lemas dan baki terselamat sebagai pengajaran bagi yang melihat bahawa nikmat dunia ini sementara dan yang kekal dibawa ke akhirat ialah dosa pahala. 
42:37 Syurga bagi yang beriman iaitu tidak lakukan dosa besar, solat 5 waktu dan bersikap pemaaf. 
42:38 Beriman akan buat keputusan setelah rundingan tidak langgar Quran Hadis dan dipersetujui majoriti. 
FITNAH ZALIM
42:39-43 Kena zalim atau kena fitnah berhak membalas kerana tidak salah menuntut pembalasan. Pembalasan mesti adil dan tidak melampau tetapi memafkan lebih baik. Allah tidak kasih pada siapa yang memulakan kezaliman. Sabda Nabi saw. Terlibat menyebarkan berita tidak benar mesti minta maaf pada yang dizalimi sebelum hari dimana duit tidak bermakna.  
42:44 Tiada siapa dapat menolong mereka yang zalim apabila disesatkan Allah. 
42:45-46 Di neraka, hanya anak mata ahlinya menjeling ketakutan. Kafir kekal neraka dan tiada siapa dapat tolong. Akhirat, mereka ini tiada jalan ke syurga. 
42:47 Sekaranglah masa bertaubat kerana hari kiamat tiada tempat melarikan diri. 
42:48 Tugas Rasul hanya seru kebenaran dan Rasul tidak bertanggungjawab sekiranya manusia sengaja langgar larangan Allah kerana manusia memang berperangai kufur nikmat seperti lalai keseronokan bila sihat dan akan beri alasan bila sakit di kemudian hari nanti. 
42:49-51 Allah, pemilik 7 lapis langit menentukan samada kelahiran anak lelaki atau perempuan menurut kehendakNya dan Dia yang Maha Mengetahui akan tiap hikmah ketentuanNya. 
42:51 Mustahil manusia boleh berbual dengan Allah kecuali Isa as. Penyampaian wahyu melalui kefahaman info terus ke hati para Nabi atau melalui penyampai mala'ikat Jibril as.    
42:52 Amalan nilai Quran adalah cahaya iman dan Hadis itu petunjuk jalan Quran. 
42:53 Allah penguasa langit dan bumi, Ingatlah! kepada Allah semua urusan kembali. 

No comments:

Post a Comment