Muqaddimah BM15 Ustaz Shamsuri 6/04/2010.
Sebenarnya Para Sahabat RasulullahSAW tidak seperti digambarkan gila kuasa oleh sejarah yang diajar di sekolah dari dahulu sehingga kini. Muwaiyah Abu Suffian Radiallahu Anhu dan Amru Al-Az RA digambarkan orang jahat dan terlalu memihak pada Saidina Ali dalam sejarah Islam yang diajar di sekolah.
Berjayanya musuh Islam pelampau Syiah riwayat Abu Misnaf menyerap masuk catatan sejarah Islam di sekolah sehingga pelajar Islam lupa kebaikan para sahabat. Riwayat AtTirmizi sabda NabiSAW,
"Manusia yang paling kuat Islam dan kuat imannya ialah Amru bin Al-Az. Sabda NabiSAW
"Amru bin Al-Az manusia paling soleh dikalangan Quraisyh." Sahih Bukhari, NabiSAW melantik Amru Al-Az menjadi ketua perang kepada 10 sahabat dijamin Syurga seperti Abu Bakar, Omar, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan lain-lain sahabat besar.
Sahih Muslim Ibnu Syumasah Al Mahri pesan Amru Al-Az pada anaknya ketika sedang nazak, sabda NabiSAW "Mayat dikafankan dan diusung tidak menggunakan keranda. Berdirilah dan Jangan sesekali duduk di atas tanah kubur kerana ia seperti duduk di atas bara api neraka. Kubur pastikan tinggi dari rata tanah dan lakukan tazkirah jenazah supaya menjadi ikhtibar kepada yang lain."
No comments:
Post a Comment