Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, April 28, 2010
Komunikasi kubur dengan ahli kubur setiap hari
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 rujukan Bahrulmazi jilid 17 syarah Ust Shamsuri sesi kuliah 28/4/2010. Hadis Sahih Riwayat AtTirmizi Sabda NabiSAW "Setiap hari, kubur akan bercakap dengan si mati. Kubur memberitahu dirinya adalah rumah pelik tidak seperti rumah kediaman selesa tadi. Kubur juga memberitahu dirinya adalah rumah gelap. Kubur menambah lagi dirinya adalah rumah keseorangan tidak seperti rumah yang dihuni ahli keluarga dan kunjungan sahabat handai saudara mara. Kubur seterusnya memberitahu dirinya adalah rumah tanah yang dipenuhi ular dan kala jengking. Kubur meneruskan komunikasinya dengan memberitahu dirinya adalah rumah ketakutan untuk setiap manusia samada muslim beriman atau tidak beriman atau kafir. Kubur juga memberitahu dirinya adalah rumah soal jawab yang akan ditanya malaikat nanti. Sebaliknya jika orang beriman (mukmin), kubur akan mengucapkan selamat datang wahai saudaraku. Kemudian diluaskan kubur seluas mata memandang dan dibuka pintu syurga. Sekiranya manusia yang mati ketika di dunia itu jenis bercakap lepas sesuka hati maka bersedaging tanah kubur dengan mayatnya yang baru masuk sehingga berselisih tulang rusuk apabila dihimpit bumi. Dibawa kepadanya 70 ekor ular gergasi yang satu hembusan nafas ular tersebut boleh menghapuskan tumbuh-tumbuhan muka bumi. Azab kubur ular tersebut dengan gigitan dan cakaran ngeri terhadap manusia yang bermasalah bermula hari mayatnya ditanam sehingga tiba hari kiamat. Segalanya bergantung pada amalan perbuatan manusia ketika hidup di dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment