Muqaddimah Nurul Ihsan 12/04/2010 dan Muqaddimah Bahrulmazi jilid 19 bertarikh 13/4/2010 Ust Shamsuri. Sahih AtTirmizi dari Jabir AbdillahRA sabda NabiSAW, Iras wajah Musa Alaihis Salam seperti pemuda tampan Arab Yaman. Nabi Isa bin Maryam mirip Urwah bin Mas'Ud Radiallahu Anha, rupa Ibrahim AS sepertiku dan malaikat Jibrail AS apabila berubah bentuk manusia seperti JihyahRA. Riwayat AtTirmizi. Dari Ali Abi talib Karamulla Huwajha, tubuh NabiSAW sederhana iaitu tidak tinggi dan tidak rendah tetapi tegap. Dua tapak tangan dan kaki RasulullahSAW keras. Kepalanya bersaiz besar dan ke depan apabila berjalan. Dari Ibnu AbbasRA, NabiSAW ialah seorang yang renggang giginya dan di celahan giginya terbit cahaya. Dari Said bin Yazid, di belakang antara 2 belikat berat sebelah kanan NabiSAW terdapat tanda Kenabian seperti disebut kitab Injil iaitu bonjolan daging timbul kemerah-merahan seperti besar telur burung merpati. Dari Salman Alfarisi keliling bonjolan itu terdapat bulu roma yang agak lebat.
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 19 Ust Shamsuri 13.4.10. Riwayat AtTirmizi dari Ibrahim, anak Saidina Ali radiallahu anhu. Rambut NabiSAW ikal mayang tidak kerinting tidak lurus. Wajah baginda tidak bulat seperti bola tetapi berisi dan kulitnya putih kemerah-merahan. Bulu matanya lentik. Bahunya bidang dan tidak berbulu. Dadanya penuh bulu. Laju langkah berjalan NabiSAW sehingga tertinggal para sahabat di belakang. Sekiranya dia mengalihkan pandangan seluruh badannya mengikuti. NabiSAW seorang manusia yang paling baik dan pemurah hatinya. Cakap baginda sangat sopan sentiasa benar tidak pernah berbohong. Adab pergaulannya sangat mulia. Barang siapa yang bergaul dengan NabiSAW, akan merasa keistimewaannya dan akan berkata tiada sesiapa akan berjumpa manusia seperti ini sepanjang kehidupannya di dunia.
No comments:
Post a Comment