Nota Cinta

Wednesday, April 14, 2010

Masjid 2 Kiblat

Majid 2 Kiblat, Madinah
Pengajian Bahrulmazi jilid 3 ms40 bab Permulaan Syariat Kiblat Ustaz Shamsuri 14-4-10. Riwayat AtTirmizi. Allah memerintahkan kiblat Ka'bah di dalam sunnah supaya diubah menghadap Baitulmaqdis selama 1 tahun 5 bulan untuk mengambil hati penduduk kaum yahudi sebelum kembali diubah menghadap Ka'bah selepas mengambil kira perasaan RasulullahSAW. Riwayat AtTirmizi dari Ubadah bin Nahiq dan riwayat AnNasa'i dari Abi Said Al Mu'alla Turun wahyu Allah, perintah menghadap kiblat ke arah Masjidil Haram ketika NabiSAW berjemaah solat Zohor di hari menghadiri jamuan makan di rumah Ummu Bisyar radiallahu anha yang kemudian diinfaqkan oleh tuan rumah menjadi Masjid 2 Kiblat. Para sahabat kemudian ke Baitulmaqdis memberitahu Allah telah memerintahkan kiblat kembali ke Masjidil Haram.

No comments:

Post a Comment