Nota Cinta

Wednesday, January 16, 2002

Telaga Kautsar & Hebatnya wajah RASULULLAH SAW

Sahih AtTirmizi Sabda NabiSAW-Golongan mendahului minum kolamku ialah fakir Muhajirin yang meninggalkan kekayaan mereka diikuti sekalian fakir miskin ketika kehidupan mereka di dunia. 

Khalifah Omar bin Abdul Aziz adalah tabi'e yang digelar Omar Al-Khattab ke 2 kerana perwatakan peribadinya mirip khulafa ArRashidin ke 3 itu. Beliau telah mengubah kehidupan senangnya setelah mendengar Hadis RasulullahSAW yang menceritakan orang yang mula-mula mendahului minum telaga Kautsar terdiri dari mereka yang susah ketika di dunia. Khalifah pemimpin besar ini hidup semata-mata keredhaan Allah dan hanya memakai sehelai pakaian seumur hidupnya. Apabila khalifah Omar Abdul Aziz meninggal dunia, rakyatnya meminta isterinya menyalin pakaian kerana terlalu sedih akan keadaan pemimpin besar kesayangan mereka. Begitulah riwayat pemimpin agung yang dijanjikan syurga Allah.  Pengajian Bahrulmadzi bab17 Kiamat UsShamsuri 16/1/02

Telaga RasulullahSAW - Dari Anaz bin Malek, Ibnu Omar, Abi Zar, Abd bin AmruAl-Az, Huzaifah bin Yamman, Abu Hurairah, Jabir bin Abdillah, Abu Said Al-Qudri dan puluhan sahabat periwayat-periwayat besar atau perawi-perawi hadis sahih yang lain.

KEHEBATAN WAJAH RASULULLAH SAW
AbuZar Al-Ghifari meninggal dunia langsung tidak mempunyai kain kafan. Sebelum memeluk Islam, dia merupakan samseng perompak jalanan yang dahagakan harta tetapi seluruh kejahatan pada hatinya runtuh apabila melihat wajah RasulullahSAW yang suatu hari lalu di situ.

Dari AbuZar sabda NabiSAW Telagaku seluas sebuah negara besar. Cantiknya cebuk telagaku yang banyak tidak terkira itu seperti gemerlapan bintang. Air kolamku itu sedap dan warnanya lebih putih dari susu. Barang siapa meminum seteguk airnya yang lebih manis dari madu itu akan hilang dahaga sampai bila-bila tiada batasan masa.

No comments:

Post a Comment