Nota Cinta

Monday, January 21, 2002

Al-Baqarah 92-101

Pengajian kitab Nurul Ihsan ms 29 ayat 92-101 Al-Baqarah 21-01-02
QS 2:92 Sepeninggalan baginda Nabi Musa as ke bukit Tursina atas perintah Allah untuk wahyu taurat, Musa AsSamiri menempa patung lembu emas sehingga disembah oleh para pengikut Nabi Musa as yang terpedaya. 
93 Sekembalinya Nabi Musa as, Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina untuk menghempas kepala bani Israel. Bani Israel takut lalu akur perintah Allah tetapi di hati mereka telah sebati dengan sembahan berhala lembu emas. 
94 Sekiranya syurga hak Yahudi, kenapa masih takut pada mati? 
95 Sebenarnya, mereka takut ke neraka akibat menolak Nabi Muhamamd saw sebagai Nabi akhir zaman seperti tertulis dalam taurat.  
96 Sabda Nabi saw, antara tanda jahat manusia ialah seperti yahudi iaitu bersifat ego, keras hati, air mata susah mengalir, tamak harta dan banyak berangan-angan. 
97 Yahudi menolak Jibril dan menerima Mikail kerana mala'ikat Mikail pembawa rezeki tetapi Allah memberi amaran sesiapa memusuhi Jibril maka dia merupakan musuh Allah. 
98 Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka jatuh kafir. 
99 Tidak percaya Quran itu fasik. 
100 Tolak Quran dan mengekali taurat itu salah di sisi Allah. 
101 Kafir menerima Muhammad sebagai manusia mulia pada awalnya tetapi apabila Muhammad dilantik menjadi Rasul pembawa fahaman baru melalui kitab Al-Quran, mereka menolak. 

No comments:

Post a Comment