Kuliah pengajian kitab bahrulmadzi bab 18 topik neraka part 2 18/1/2 syarahan Ustaz Shamsuri. Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Mas'UdRA sabda NabiSAW neraka jahannam mempunyai 70,000 tali yang setiap satunya ditarik 70,000 malaikat. Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA dan AbiSaidAlQudriRA sabda NabiSAW neraka boleh bertutur dan ia memberitahu akan mengazab 3 golongan iaitu yang pertama 1) Orang yang sombong lagi degil tak boleh dinasihati 2) Orang yang syirik atau menyembah Tuhan lain selain Allah. 3) Orang yang melukis potret atau menukang benda bernyawa.
Dari AbiHurairahRA Sabda NabiSAW Tahap kelajuan kenderaan Buraq atau Kuda Terbang Syurga mempunyai kepantasan satu langkah sejauh mata memandang. Diikuti Malaikat Jibrail Alaihis Salam yang terbang di belakangnya. Ketika sampai di satu lembah, kedengaran ngauman neraka Jahannam yang sentiasa meminta-minta pada Allah supaya memberi ahli untuk mengisi di dalamnya. Di dalamnya itu sudah bersedia azab cecair didihan hasil leburan besi panas. Dari khutbah Utbah bin RazuanRA sabda NabiSAW Kedalaman dasar neraka ialah batu besar yang dicampak ke dasarnya mengambil masa 70'000 tahun. Dari Abu Said AlQudriRA tafsir Quran oleh NabiSAW manusia yang menjadi penghuni neraka dipaksa menaiki api yang menjadi gunung dan apabila setiap kali menyentuh gunung itu maka akan hancur tangannya kemudian tangannya dielokkan kembali dan dipaksa lagi memanjat api setinggi gunung itu.
No comments:
Post a Comment