UsShamsuri NurulIhsan Al-Baqarah 92-101 -21/1/02
Nabi Allah Musa telah dipanggil Allah bermunajat ke Bukit Tursina untuk menerima wahyu Taurat. Musa AsSamiri yang iri hati mengambil peluang tersebut menyesatkan pengikut Nabi Musa AS dengan membuat patung anak lembu emas sambil menyeru Bani Israel supaya menyembah patung tersebut dengan alasan tuhan telah menjelma dan muncul di depan mata kasar. Sekembalinya Nabi Musa, para pengikutnya telah berubah arah menyembah patung lembu emas. Maka seru Nabi Musa pada pengikutnya yang terpedaya itu supaya taat kepada Taurat tetapi ditolak oleh Bani Israel itu. Kemudian Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina bertujuan mengugut menghempas kepada mereka. Takut akan keadaan sedemikian, Bani Israel pun berjanji menurut akan perintah Allah. Setelah sekian lama hati Bani Israel kembali menyembah patung sebagai tuhan mereka seperti mempercayai bomoh yang boleh menyembuhkan penyakit dan menjumpai benda yang hilang. Sabda Nabi Musa AS sekiranya kamu betul beriman dengan Taurat sudah pasti kamu mempercayai kewujudan Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman seperti diceritakan Taurat. Dan Bani Israel itu mengetahui tindakan mereka ke neraka tetapi mereka masih sengaja membantah Nabi MuhammadSAW seperti orang yang tahu bahaya rokok dan masih menurut nafsu ketagihan. Allah Maha Mengetahui hati Bani Israel walaupun mereka kelihatan seolah-olah taat pada Taurat sedangkan manusia itu tidak mengetahui akan hati manusia yang lain. Bani Israel atau yahudi menolak Malaikat Jibril kerana dikatakan membawa bencana tetapi mempercayai Malaikat Mikail sebagai pembawa rahmat. Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka kafir akan ia.
No comments:
Post a Comment