Musnad Imam Ahmad, kata Saidina
Omar Al-Khattab ra, “suatu hari sebelum aku memeluk Islam, aku ingin menyekat
Nabi saw ke masjid kerana ramai mengatakan baginda adalah penyair ahli sihir tetapi
malangnya Muhammad telah sampai dahulu di masjid. Aku dengar baginda membaca
surah Al-Haq ayat 41 yang mengatakan Qur’an ini bukan sihir dan Muhammad bukan
penyihir. Kemudian ayat yang menyatakan sekiranya Muhammad menipu dengan mencipta
sebahagian Quran maka Allah akan potong jantung baginda. Terpegun dengan ayat
tersebut, akhirnya Islam jatuh ke dalam hatiku dan aku tidak dapat menipu
diriku lagi bahawa Islam satu-satunya agama yang benar”.
Imam Ahmad bin Hambal mazhab
Hambali menguasai hafazan Quran di usia 14 tahun. Kata Imam Syaf’e, anak
muridku ini sekiranya ingin meriwayatkan sebuah hadis maka apa yang bakal dikatakannya
benar belaka. Mereka bertanya, siapakah pemuda yang amat hebat tersebut. Dia
adalah Ahmad bin Hambal.
Musnad Imam Ahmad dari Ibnu
Omar ra sabda Nabi saw, pastikan buat baik pada para sahabatku, golongan
selepas sahabat iaitu tabi’en dan tabi’ tabi’en kerana tabi’en berguru dengan
sahabatku dan tabi’ tabi’en berguru dengan sahabat pada sahabatku. Selepas
zaman tabi’ tabi’en ini akan bermula zaman generasi para pembohong di
mana-mana. Sekiranya mahu bau syurga maka lazimkan diri dengan bergaul mereka
yang mendengar Quran Hadis kerana membuat hal sendiri mengundang kesesatan serta
kejahilan oleh syaitan.
BM jilid 19 ms 160 syarah Ustaz
Shamsuri.
HR AtTirmizi Ali bin
Sabit dari bapa dari neneknya sabda Nabu saw, bersin, menguap, mengantuk, haid,
muntah, darah hidung dan lain-lain gangguan diri itu adalah gangguan syaitan.
Hasan Sahih AtTirmizi
Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, haram menyakiti perasaan orang lain seperti bangunkan
seseorang dari tempat duduknya kemudian mengambil tempat duduk tersebut.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi
dari Wahab bin Huzaifah ra, seseorang yang meninggalkan tempat duduknya untuk
menunaikan hajat adalah berhak mengambil tempatnya kembali.
Hasan Sahih AtTirmizi
dari Abdullah bin Amru ra sabda Nabi saw, haram mencelah diantara dua orang
melainkan mendapat keizinan untuk duduk dicelah dua orang tersebut.