Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 syarah ustaz Shamsuri 23-6-2010 Sahih Muslim dari Haritah bin Wahab radiallahu anhu sabda Nabi SAW.
Ahli syurga itu ketika di atas dunia kelihatan mereka daif, lemah, dihina, selalu diperlekeh, selalu diperleceh, sekiranya dia berdoa sesuatu Allah akan makbulkan doanya. Yang akan menjadi ahli neraka itu ialah orang yang mana-mana ciri seperti kedekut, bakhil, sembang kuat, cakap besar, dia saja yang hebat, bercakap sombong dan membesar diri. Sahih Muslim sabda NabiSAW sebelum baginda wafat, baginda berpesan siapa berpeluang jumpa Uwaiz bin Amir maka mintalah doa mengampunkan dosa kamu semua. Selepas wafat Rasulullah SAW, Omar Al-KhattabRA seorang dari 10 sahabat dijamin syurga terjumpa Uwaiz bin Amir dan meminta mendoakan mengampuni dosa Omar. Hebatnya peribadi seorang pemimpin besar dijamin syurga sanggup membuang martabat keduniaan demi meminta diampunkan dosa pada seorang fakir. Kemudian Omar memberi tawaran menjadi tetamu istimewanya tetapi ditolak Uwaiz. Kata Uwaiz, saya suka menjadi keadaan seperti sekarang, orang miskin, orang susah, siapa pun tidak kenal dan tiada harta.
No comments:
Post a Comment