|
Masjid lantai tanah zaman Rasulullah SAW |
Pengajian kitab bahrulmazi 28-6-10 jilid 11 syarah ustaz Shamsuri.
Sahih Bukhari. Masjid Madinah zaman NabiSAW beratap daun tamar dan bertiang batang tamar. lantainya hanya tanah. Ketika RasulullahSAW berkhutbah di masjid, baginda ternampak sebatang tubuh yang berdiri di luar masjid. Sahabat memberitahu orang yang berdiri tengah panas itu ialah Abu Israil kerana dia bernazar untuk berpuasa, berdiri, berpanas dan tidak bercakap. RasulullahSAW menyuruh sahabat memanggil Abu Israil supaya duduk berteduh di dalam masjid, bercakap dengan orang lain dan nazar berpuasa itu tidak apa.
- Riwayat AtTirmizi dari Anaz radiallahu anhu sabda NabiSAW tentang wanita yang nazar berjalan kaki dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan haji. "Allah tidak perlu mereka menyeksa diri untuk beribadat."
- Hasan gharib AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW kepada lelaki tua yang bernazar berjalan kaki ke Baitullah. "naiklah kenderaan kerana Allah tidak menyuruh kamu mendera diri sendiri semata-mata mahu pahala lebih."
- Dari Aisyah radiallahu anha. Ibadah NabiSAW beribadah mengikut kemampuan walaupun sedikit tetapi berterusan. Sabda NabiSAW kepada 3 sahabat yang menganggap amalan NabiSAW itu sedikit sehingga mereka tidak mahu berkahwin, ingin puasa sepanjang tahun dan tidak mahu tidur demi ibadah. "Adakah manusia yang lebih baik amalan dari aku? Aku berkahwin, sekali-sekala berpuasa sunat dan tidur. Siapa yang tidak mengikut sunnahku maka dia bukan golonganku."
- Riwayat AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Sabda NabiSAW kalau boleh jangan bernazar.
No comments:
Post a Comment