Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, April 28, 2010
Komunikasi kubur dengan ahli kubur setiap hari
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 rujukan Bahrulmazi jilid 17 syarah Ust Shamsuri sesi kuliah 28/4/2010. Hadis Sahih Riwayat AtTirmizi Sabda NabiSAW "Setiap hari, kubur akan bercakap dengan si mati. Kubur memberitahu dirinya adalah rumah pelik tidak seperti rumah kediaman selesa tadi. Kubur juga memberitahu dirinya adalah rumah gelap. Kubur menambah lagi dirinya adalah rumah keseorangan tidak seperti rumah yang dihuni ahli keluarga dan kunjungan sahabat handai saudara mara. Kubur seterusnya memberitahu dirinya adalah rumah tanah yang dipenuhi ular dan kala jengking. Kubur meneruskan komunikasinya dengan memberitahu dirinya adalah rumah ketakutan untuk setiap manusia samada muslim beriman atau tidak beriman atau kafir. Kubur juga memberitahu dirinya adalah rumah soal jawab yang akan ditanya malaikat nanti. Sebaliknya jika orang beriman (mukmin), kubur akan mengucapkan selamat datang wahai saudaraku. Kemudian diluaskan kubur seluas mata memandang dan dibuka pintu syurga. Sekiranya manusia yang mati ketika di dunia itu jenis bercakap lepas sesuka hati maka bersedaging tanah kubur dengan mayatnya yang baru masuk sehingga berselisih tulang rusuk apabila dihimpit bumi. Dibawa kepadanya 70 ekor ular gergasi yang satu hembusan nafas ular tersebut boleh menghapuskan tumbuh-tumbuhan muka bumi. Azab kubur ular tersebut dengan gigitan dan cakaran ngeri terhadap manusia yang bermasalah bermula hari mayatnya ditanam sehingga tiba hari kiamat. Segalanya bergantung pada amalan perbuatan manusia ketika hidup di dunia.
Melawan buruk sangka, hasad dengki dan ramalan khurafat
Muqaddimah BM3 Ust Shamsuri 28/4/10 Riwayat AtTarmizi dari Muawiyah ra. Sabda Nabi saw "Kebanyakan manusia tidak akan lepas dari 3 penyakit iaitu buruk sangka, hasad dengki dan kepercayaan ramalan khurafat. Cara mengatasinya ialah dengan apabila buruk sangka terhadap seseorang maka jangan disiasat perkara tersebut, apabila rasa dengki maka lawannya ialah dengan istighfar dan jangan sesekali percaya ramalan khurafat." Sabda NabiSAW "Sesiapa yang mendapat nikmat kelebihan kepandaian dan kesenangan di dunia maka dia akan mempunyai musuh. Musuh yang ingin memusnahkannya itu ialah orang yang berpenyakit dengki dan iri hati."
Monday, April 26, 2010
Kafarah Langgar Nazar/Sumpah atas nama Allah
Pengajian kitab bahrulmazi jilid 11 ms43 syarah ustaz Shamsuri 26-4-2010. Nazar atau bersumpah ke atas perkara kebaikan dengan nama Allah wajib ditunaikan dalam Islam. Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW nazar tidak sah ke atas perkara maksiat. Nazar melakukan maksiat seperti melanggar sumpah iaitu akan didenda kafarah dengan menyedekahkan 10 bungkus makanan kepada orang miskin atau 10 helai pakaian kepada 10 oang miskin samda T-Shirt untuk lelaki dan telekong bagi wanita atau puasa 3 hari berturut-turut.
Tanda kenabian akhir zaman pada Muhammad SAW seperti disebut Injil
Kuliah bahrulmazi jilid 11 syarah ustaz Shamsuri 26-4-2010. Riwayat AtTirmizi dari Abdullah bin Buraidah Radiallahu anhu.
Sebelum Salman AlFarisi memeluk Islam, Salman merupakan penganut majusi yang memeluk nasrani. Ketika Salman menjadi alim nasrani, dia datang ke rumah RasulullahSAW menghadiahkan setalam kurma. Sehari sebelum itu, sedekahnya ditolak NabiSAW kerana Sabda NabiSAW, "martabat kemuliaan kenabian menyebabkan baginda tidak boleh menerima sedekah kecuali hadiah." Salman ternampak tanda bonjolan kemerahan sebesar telur merpati antara 2 belikat dan dikelilingi tumbuhan bulu sekitar bonjolan tersebut yang mengesahkan Muhammad seperti disebut Injil itu adalah sebenarnya Nabi Akhir Zaman. Akhirnya Salman Al-Farisi memeluk Islam.
Tuesday, April 20, 2010
Sebaik-baik sahabat dan jiran di sisi Allah
Khalifah Omar redha kesilapannya ditegur dihadapan rakyatnya
Muqaddimah pengajian Kitab Bahrulmazi jilid 13 syarah ustaz Shamsuri 20/4/10. Apa saja yang dibuat biarlah bersandarkan hadis supaya apa yang dibuat itu benar. Sahih Muslim dari Abi Musa Al-Ash'ari Radiallahu Anhu sabda NabiSAW sekiranya pergi ke rumah orang, 3 kali memberi salam tetapi tiada jawapan maka hendaklah balik. Khalifah Omar Al-Khattab menyuruh Abi Musa mencari saksi hadis tersebut kerana Omar amat sensitif mereka yang mempermainkan hadis Rasulullah SAW. Ubai bin Kaap merupakan saksi hadis tersebut dan memberi amaran pada Khalifah Omar. Sahih Muslim dari Ubai bin Kaap Radiallahu Anhu sabda Nabi SAW, jangan sesiapa menghukum sewenang-wenangnya tanpa usul periksa mana-mana Sahabat baginda Rasulullah SAW. Kata Omar, hari ini aku telah belajar sesuatu sebagai seorang khalifah.
Wednesday, April 14, 2010
Solat Musafir atas Kenderaan wajib ketika takbir menghadap kiblat
7 TEMPAT LARANGAN SOLAT
- Tempat buang sampah
- Tempat kotor dan bernajis
- Tanah perkuburan
- Tengah jalan
- Tempat mandi awam
- Kandang unta
- Atap ka'bah
Masjid 2 Kiblat
Majid 2 Kiblat, Madinah |
Bandingan kepanasan api dunia dan api akhirat
Muqaddimah sebelum kuliah bahrulmazi jilid 3 ustaz Shamsuri 14-4-10. Surah Al-Kahfi ayat 49 Kitab rekod perbuatan sepanjang kehidupan di dunia yang akan dibentangkan di hari akhirat dengan setiap satu perbuatan pun tidak terlepas dari catatan akhirat. Setiap manusia akan gementar ketakutan apabila menerima rekod amalan masing-masing. Allah tidak berlaku zalim dan Allah Maha Adil kerana Allah hanya membalas kejahatan yang hanya dibuat ketika di dunia. Sahih Bukhari Muslim dari Abi HurairahRA sabda Nabi SAW tahap kepanasan api neraka ditingkatkan 69 kali ganda tahap panas api dunia. Sabda Nabi SAW panas api dunia ialah hanya 1/70 dari kepanasan api neraka.
Tuesday, April 13, 2010
Fizikal RasulullahSAW
Muqaddimah Nurul Ihsan 12/04/2010 dan Muqaddimah Bahrulmazi jilid 19 bertarikh 13/4/2010 Ust Shamsuri. Sahih AtTirmizi dari Jabir AbdillahRA sabda NabiSAW, Iras wajah Musa Alaihis Salam seperti pemuda tampan Arab Yaman. Nabi Isa bin Maryam mirip Urwah bin Mas'Ud Radiallahu Anha, rupa Ibrahim AS sepertiku dan malaikat Jibrail AS apabila berubah bentuk manusia seperti JihyahRA. Riwayat AtTirmizi. Dari Ali Abi talib Karamulla Huwajha, tubuh NabiSAW sederhana iaitu tidak tinggi dan tidak rendah tetapi tegap. Dua tapak tangan dan kaki RasulullahSAW keras. Kepalanya bersaiz besar dan ke depan apabila berjalan. Dari Ibnu AbbasRA, NabiSAW ialah seorang yang renggang giginya dan di celahan giginya terbit cahaya. Dari Said bin Yazid, di belakang antara 2 belikat berat sebelah kanan NabiSAW terdapat tanda Kenabian seperti disebut kitab Injil iaitu bonjolan daging timbul kemerah-merahan seperti besar telur burung merpati. Dari Salman Alfarisi keliling bonjolan itu terdapat bulu roma yang agak lebat.
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 19 Ust Shamsuri 13.4.10. Riwayat AtTirmizi dari Ibrahim, anak Saidina Ali radiallahu anhu. Rambut NabiSAW ikal mayang tidak kerinting tidak lurus. Wajah baginda tidak bulat seperti bola tetapi berisi dan kulitnya putih kemerah-merahan. Bulu matanya lentik. Bahunya bidang dan tidak berbulu. Dadanya penuh bulu. Laju langkah berjalan NabiSAW sehingga tertinggal para sahabat di belakang. Sekiranya dia mengalihkan pandangan seluruh badannya mengikuti. NabiSAW seorang manusia yang paling baik dan pemurah hatinya. Cakap baginda sangat sopan sentiasa benar tidak pernah berbohong. Adab pergaulannya sangat mulia. Barang siapa yang bergaul dengan NabiSAW, akan merasa keistimewaannya dan akan berkata tiada sesiapa akan berjumpa manusia seperti ini sepanjang kehidupannya di dunia.
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 19 Ust Shamsuri 13.4.10. Riwayat AtTirmizi dari Ibrahim, anak Saidina Ali radiallahu anhu. Rambut NabiSAW ikal mayang tidak kerinting tidak lurus. Wajah baginda tidak bulat seperti bola tetapi berisi dan kulitnya putih kemerah-merahan. Bulu matanya lentik. Bahunya bidang dan tidak berbulu. Dadanya penuh bulu. Laju langkah berjalan NabiSAW sehingga tertinggal para sahabat di belakang. Sekiranya dia mengalihkan pandangan seluruh badannya mengikuti. NabiSAW seorang manusia yang paling baik dan pemurah hatinya. Cakap baginda sangat sopan sentiasa benar tidak pernah berbohong. Adab pergaulannya sangat mulia. Barang siapa yang bergaul dengan NabiSAW, akan merasa keistimewaannya dan akan berkata tiada sesiapa akan berjumpa manusia seperti ini sepanjang kehidupannya di dunia.
Jangan tanya soalan yang tidak sewajarnya
Pengajian bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 13.4.10. Sahih Riwayat Imam AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu. Sabda Nabi SAW kepada Al-Baqra' seorang sahabat yang asyik bertanya setelah 3 kali tidak dilayan tentang adakah setiap tahun mesti menunaikan haji. "Sekiranya perintah fardhu haji ini setiap tahun, mampukah kamu melakukannya? Jangan buang masa tanya soalan pelik-pelik yang tidak sewajarnya kepadaku bekaitan hukum yang kamu sendiri telah faham kerana umat terdahulu yang asyik bertanya soalan bukan-bukan kepada Rasul mereka telah dibinasakan Allah." Huraian Ustaz Shamsuri Bertanya mestilah soalan hukum kebiasaan yang tidak jelas yang kena pada tempatnya.
Wajah Allah ada di mana-mana
Pengajian bahrulmazi jilid 19 ustaz Shamsuri 13.4.10. Riwayat AtTirmizi Amir bin Rabiah Radiallahu Anhu. Sabda Nabi SAW sambil tersenyum dan merujuk Firman Allah dalam Quran kepada 3 sahabat musafir yang masing-masing berlainan kiblat solatnya diwaktu malam gelap gelita. "wajah Allah ada di mana-mana dan solat kamu semua sah"
Monday, April 12, 2010
Zihar & Amaran Allah tentang penganiayaan isteri
Tafsir Nurul ihsan ms64 syarah Ust Shamsuri 12-4-2010. Surah Al-Mujadalah Madaniah ayat 1-6. (Al-Mujadalah 1) Zihar ialah suami menyerupakan isteri dengan ibunya atau mahramnya. Sabda NabiSAW, "yang paling mengembirakan Iblis ialah berjaya meruntuhkan rumah tangga. Akan bergoncang arasyh Allah apabila berlaku perceraian di kalangan umat Muhammad SAW." (Al-Mujadalah 2-3)Sabda NabiSAW lagi "Allah Maha Mendengar rintihan Khaulah binti Sa'labah dan mengharamkan suaminya iaitu Aus untuk bersetubuh dengannya kecuali melangsaikan denda zihar." (Al-Mujadalah 4-5)Hukum zihar isteri ialah membayar denda dengan berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa henti atau memberi makan sebungkus nasi untuk 60 orang miskin. (Al-Mujadalah 5-6)Allah memberi amaran sesiapa yang menentangKu dan RasulKu dengan menganiayai isteri mereka, selepas dibangkitkan semula nanti maka ketahuilah nasib mereka akan azab hinaan dari Allah.
Tuesday, April 6, 2010
Sejarah Islam sekolah berjaya diseleweng musuh Islam
Gerak jari Tahiyat
Monday, April 5, 2010
Apabila Guruh berbunyi, pujilah Allah dan jangan menutup telinga
Pengajian Nurul Ehsan
jilid 2 ms265 surah ArRa’d 5-4-10 Ust Shamsuri (6)Kafir cabar NabiSAW
segerakan azab sedangkan mereka mengetahui peristiwa umat terdahulu dan sesungguhnya
azab Allah sudah tersedia. Allah Maha Pengampun bersedia menerima taubat ketika
hayat masih dikandung badan dan ingatlah seksaan Allah itu bersangatan dasyat. (7)Wahai
Muhammad, tugas kamu hanya memberi peringatan, mukjizat kamu hanya berlaku
dengan izinKu. (8)Allah Maha Mengetahui jantina kandungan dan tarikh tepat bersalin
manusia. (9)Allah Maha Mengetahui tarikh tepat dan tempat kematian manusia.
(10)Allah Maha Mengetahui bisikan hati kecil manusia dan tidak dapat
disembunyikan dari pengetahuanNya. (11)Setiap manusia itu ada para malaikat
yang mengawasi dan sekiranya ditakdirkan malapetaka, tiada siapa terlepas dari
takdir Allah. (12)Allah memperlihatkan kilat dan menjadikan awan berat dengan
air yang diserap sehingga menurunkan hujan. (13)Guruh berbunyi bertasbih memuji
Allah tanda rahmat yang diwakilkan pada malaikat Israfil. Kafir yang membantah
Rasulullah SAW itu mempersendakan Allah dan mereka kemudian telah dipanah
halilintar. (14)Seruan kebenaran tiada
Tuhan berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)