Pengajian kitab Muhimmah 2004 bab Suami Isteri syarah
Ustaz Shamsuri
MENUNAIKAN SEMUA RUKUN ISLAM TENTU KE SYURGA
27-01-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Menunaikan
semua rukun Islam tanpa meninggalkan mana-mana satu tentu akan masuk syurga.
PENGENALAN KITAB MUHIMMAH
Pengajian Muhimmah ms
1. Inilah kitab yang dinamakan muhimmah atau yang penting-penting pada ilmu
hadis Nabi saw karangan Syeikh Abdullah Abr Rahim Ulama Fattani Selatan Thai. Mudah-mudahan
Allah mengampunkan umat Islam yang membaca kitab ini. Isi penulisan kitab diperolehi
dari Wali Allah yang tiada pertikaian ragu-ragu iaitu Maulana Syeikh Abdul Rauf
Fansuri. Dicetak pada 1384H. Fokus kitab ialah tanggungjawab suami isteri dalam
berumahtangga. Isteri derhaka suami merupakan derhaka Allah.
TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH TAAT SEPENUHNYA KEPADA SUAMI
Riwayat Saidatina A’isyah radiallahu
anha “Sekiranya isteri mengetahui tanggungjawab mereka, mereka sanggup menyapu
tapak kaki suami yang berdebu dengan muka mereka.” Hadis Riwayat Al-Hakim sabda Nabi saw , “Jika isteri jilat nanah
dua lubang hidung suami yang berdarah, belum tentu tertunai tanggungjawab
isteri. Sekiranya manusia dibenarkan sujud sesama manusia maka aku perintahkan
isteri sujud pada suami. Hendaklah berumahtangga kerana taat suami akan beroleh
syurga tanpa perlu berdakwah, bejihad fisabilillah, rombongan jenazah, dan
banyak lagi tanggungan ke atas lelaki muslim.”
BUNUH DIRI DAN MENGAMBIL TANPA IZIN KE NERAKA
24-02-04 Sahih Muslim dari Al-Hasan ra sabda Nabi saw. Allah haramkan
syurga kepada sesiapa yang bunuh diri. Sahih Muslim
sabda Nabi saw. Pejuang yang dikatakan mati syahid ini sebenarnya ahli neraka
kerana mengambil harta rampasan perang sebelum pembahagian.
HUKUM NUSYUZ ATAU DERHAKA SUAMI
Sahih Muslim sabda Nabi saw.
Isteri menolak ajakan suami akan dimurkai Allah dan para malaikat. Semua amalan
tidak diterima sepanjang tempoh tidak redha suami. Nusyuz atau derhaka suami
seperti menyakitkan hati suami. Nusyuz menggugurkan tanggungjawab nafkah suami.
Suami hendaklah mengelak tidur bersama. Menurut Imam Nawawi, pukul kecuali bahagian
muka perut dan kemaluan. Isteri menuntut cerai diharamkan masuk syurga kecuali
suami yang menzaliminya dengan memukul teruk.
SEKSA KEPADA ISTERI DERHAKA
Sahih Bukhari Muslim dari A’isyah
ra dan Fatimah ra sabda Nabi saw. Isteri-isteri yang derhaka suami dan
perempuan yang melanggar perintah Allah di kalangan umatku di neraka nanti
diseksa dengan digantung sambil otak dan isi perut mereka terburai setelah
disumbat buah zakum. Di badannya
terdapat kala jengking dan ular yang sedang menggigitnya. Kulit mereka disiat dengan
gunting neraka. Tubuh mereka hitam kehangusan. Api neraka menembusi kemaluan
dan duburnya.
KERANA SOMBONG TERUS KE NERAKA
23-03-04 Sahih Muslim dari Abi Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Firman Allah surah Hujarat. Jangan
hina dan merendahkan orang lain kerana dikhuatiri orang yang dihina itu lebih
baik dari penghina. Tidak masuk syurga walaupun hanya sedikit takabur atau sombong
dan besar diri dalam hati. Menghina sesama saudara muslim seperti makan daging
mayat rakannya.
SOLAT AWAL WAKTU DAN JANGAN LENGAHKAN SOLAT
Sahih Muslim dari Abi mas’Ud
ra sabda Nabi saw lagi. Amalan paling afdal paling mulia di sisi Allah ialah solat
di awal waktu kemudian diikuti menjaga baik ibubapanya dan seterusnya berjihad
fisabilillah. Salah satu sifat munafik ialah melewatkan waktu solat.
HINA IBUBAPA SENDIRI ATAU IBUBAPA ORANG LAIN ADALAH DOSA
PALING BESAR
Sahih Muslim dari Abdullah
bin Amru Al-Az ra sabda Nabi saw. Antara dosa paling besar di kalangan
dosa-dosa besar ialah maki atau hina ibubapa sendiri atau ibubapa orang lain.
BANTAH SUAMI DILAKNAT ALLAH
Pengajian
Muhimmah ms8 Sahih Bukhari Muslim dari Abu Hurairah ra. Isteri menolak ajakan suami
untuk bersama akan dilaknat Allah dan para mala’ikat Al-Muqarrabun. Allah
sentiasa marah pada isteri tersbut sehingga tiba redha suami. Amal manusia
setiap hari naik ke langit. 3 golongan manusia yang tidak di angkat diamalnya
naik ke langit. Hamba atau pekerja yang lari dari tuannya sehingga kembali pada
tuannya. Isteri yang menyakitkan hati suami. Pemabuk sehingga taubat dari
mabuknya.
SEDIKIT TAAT PADA SUAMI TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA
HR Abu Daud dan Ibnu Majah Haram
sabda Nabi saw. Tidak mencium bau syurga kerana sedikit taat atau kurang taat pada
Allah dan suaminya. Isteri yang diredhai
suami akan didoakan keampunan oleh malaikat dan segala makhluk Allah. Isteri
yang tidak diredhai suami, keluar tanpa izin suami atau masam muka pada suami
akan dilaknat Allah. Ada 4 jenis isteri yang menjadi isi neraka. 1) Perempuan zina
dan mengeluarkan perkataan menyakitkan suaminya. 2) Perempuan yang meminta
diluar kemampuan suami. 3) Perempuan tidak tutup aurat. 4) Perempuan yang hanya
makan tidur.
ISLAM HADHARI
Penutup selepas pengajian Kitab Muhimmah syarah Ustaz
Shamsuri. Sesi soalan Apa itu Hadhari? (Hadhari bermaksud Islam yang bertamadun
dengan berpegang pada Al-Quran dan Hadis)iaitu Islam yang dibawa dari Nabi
Muhammad saw. Dunia Islam hari ini ialah Islam yang tidak majukan diri dan
kurang bertamadun dalam mendekatkan Al-Quran dan Hadis. Sekiranya Palestin
mengamalkan Islam Bertamadun Memegang Al-Quran dan Hadis atau Hadhari maka ia
mampu bersaing dengan Israel. Orang Saudi sendiri ramai yang buta huruf. Bayangkan
Negara Islam yang mempunyai kelengkapan canggih teknologi tinggi, tiada berani
akan penghinaan ke atas Islam. Doa muslim hari ini tumpul kerana kita kuat
beribadat tapi yang Allah larang pun kita buat. Doa tak makbul bukan salah
Tuhan, Salah kita sebab kita yang terlanggar hukum Allah. Ketika selepas
kekalahan peperangan Uhud. Para sahabat berbincang. Allah berfirman dalam
Al-Quran katakanlah wahai Muhammad, Kekalahan perang Uhud ini berpunca dari
diri kamu sendiri.
DOA SELEPAS WUDUK SEMPURNA DAN KUSYUK SOLAT DIMASUKKAN KE
SYURGA
27-04-04 Sahih Muslim dari Saidina Osman bin Affan ra sabda
Nabi saw. Allah janji keampunan dosa dari wuduk yang sempurna. (Ulama hadis berpendapat dosa kecil dan dosa
besar memerlukan taubat. ) Sahih Muslim dari Uqbah
bin Amir ra sabda Nabi saw. Syurga wajib ke atas solat yang kusyuk.
Sahih Muslim dari Saidina Omar
Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Berdoa selepas wuduk “Ash hadu alla ila ha illallah,
wa anna muhammaddan abduhuwarasuluh” akan dibuka mana-mana pintu syurga.
BANTAH POLIGAMI MENJADI PENGHUNI NERAKA
Muhimmah ms 10. Membantah
syarak seperti memarahi suami yang mampu adil berpoligami akan dimasukkan ke neraka
bersama syaitan dan iblis yang dilaknat Allah. Nabi
saw Firman Allah. Sekiranya mampu berlaku adil, maka kahwinilah samada
2,3 atau 4 isteri.
MATI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA SUAMI WAJIB KE ATASNYA NERAKA
Dari Ali Karamulla huwaj ha
sabda Nabi saw. Bercakap seperti mengakibatkan suami marah dan sakit hati menyebabkan
putus segala amal dan dilaknat Allah termasuk para malaikat. Mati dalam keadaan
tidak redha suami wajib ke atasnya neraka.
SETIAP NIKMAT DAN REZEKI AKAN DITANYA ALLAH DI AKHIRAT
25-05-04 HR Abu Daud dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Majlis
atau perbualan 2 orang yang tiada unsur memperingati Allah merupakan penyesalan
besar di akhirat. HR AtTrimizi sabda Nabi saw.
Majlis yang tiada langsung peringatan pada Allah dan selawat pada Nabi saw
boleh menyebabkan Allah murka dan mengazab mereka. Sahih
AtTirmizi Doa Tazbih kafarah dapat menebus kesilapan dlam majlis. “Subhanaqalla
hummawabihamdiq, Ash ha du alla ila ha illa anta astaqfiruqa wa atubu ilaiq.
Mudah-mudahan Allah mengampuni mana-mana kesilapan dalam majlis sebentar tadi.”
SOLAT 5 WAKTU, PUASA & TAAT SUAMI CUKUP BAGINYA SYURGA
Muhimmah ms 11. Hadis
Nabi saw. Solat, puasa, jaga
kehormatan diri dan taat suami dijanjikan Allah memilih mana-mana pintu
syurga. Masuk syurga apabila mati dalam redha suami. Di kalangan umatku. Sebaik-baik
lelaki ialah melayani baik isterinya dan sebaik-baik wanita ialah baik dengan
suaminya. Tidak dianggap tertunai hak Allah sehingga isteri menunaikan hajat
suami.
Mengutamakan suami melebihi adik beradik dan hak dirinya.
Menuntut kesukaaan suami akan segala perbuatannya. Jangan mengkhianati suami
dan harta suaminya. Sentiasa bersih dan selesa apabila suami mendekatinya. Jangan
hina suami akan kemiskinan hidup. Jangan menunjukkan kelakuaan menyakitkan hati
suami.
Dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq radiallahu anha yang
berkahwin dengan Zubair seorang miskin fakir. Asma’ merupakan adik ipar Rasulullah saw. Asma’
memelihara suaminya dengan menjaga suaminya, menjaga unta suaminya, menjahit
dan membasuh pakaian, memasak, menjamu makanan, mengambil upah menjunjung kurma,
mengambil upah mengerjakan kebun orang.
LARANGAN ISTERI KELUAR TANPA IZIN KECUALI BELAJAR ISLAM
22-06-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Haram
suami melarang isteri keluar mempelajari kelas pengajian Islam. Membangkang sabda Nabi saw amat dimarahi
baginda dan para sahabat. Sahih Muslim dari Zainab Assaqafiah ra sabda Nabi
saw. Dilarang wanita berwangian keluar ke masjid. Sahih Muslim
dari Amrah bt Abr Rahman ra dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita keluar
rumah dengan menarik perhatian lelaki melalui pakaian, perhiasan dan wangian.
BINASA PEMIMPIN KELUARGA AKIBAT KEJAHILAN AHLI KELUARGA
Muhimmah ms 15. HR Al-Baihaqi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw.
Akan sampai satu zaman di mana sukar mengamalkan 100% Al-Quran dan Hadis
sehingga terpaksa melakukan perkara yang dimurkai Allah akibat dipengaruhi mana-mana
ahli keluarganya, kawan dan jirannya. Kesempitan hidup juga faktor terpaksa
melakukan larangan Allah sehingga membinasakan dirinya dan ahli keluarganya. Para malaikat di padang mahsyar akan
memberitahu “malangnya orang ini walaupun amal ibadahnya sebesar gunung tetapi semuanya
ditolak oleh dosa yang tidak disedarinya.” Akhirnya bakal penghuni syurga ini
ditarik ke neraka bersama anak isterinya yang kejahilan agama. Wajib ke atas
suami sebagai pemimpin mengajar isi rumahnya tentang tauhid, aqidah, aqidatul iman, adab akhlak dan semua yang
berkait termasuk pemeliharaan tatacara basuhan najis. Suami wajib faham dan
mengajar haid, nifas, istihadah, wiladah dan segala berkaitan dengan kebersihan
diri. Saling memahami kehendak pasangan
mengikut syariat merupakan faktor kebahagian.
PERKARA PERTAMA HIJRAH NABI SAW IALAH BELI TANAH BINA MASJID
27-07-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Abu Bakar
membonceng di belakang Rasulullah saw ketika mula-mula hijrah sampai di
Madinah. Perkara pertama dilakukan baginda Nabi saw ialah solat fardu sebelum
perbincangan urusan jual beli tanah kebun kurma. Bani Najar menolak tawaran
beli Rasulullah saw dengan menghadiahkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid kerana
mengharapkan balasan baik Allah. Batang kurma diletak mengarah kiblat. Batu
disusun untuk pintu masuk. Ketika pembinaan
masjid, para sahabat bernasyid. “Ya Allah tolonglah kami orang-orang Ansar dan
Muhajirin yang sama-sama berhijrah.”
BERMULA KEBINASAAN SUAMI DAN RUMAH TANGGA
Muhimmah ms 16 Firman Allah wahai orang yang beriman. Jangan kerana
harta dan keluarga, melalaikan dari
mengingati Allah. Sabda Nabi saw. Bermula
kebinasaan rumah tangga pada anak isteri rakan dan jiran. Sabda Nabi saw. Binasa dan jahat suami apabila
membiarkan dirinya diperhambakan isterinya. Firman
Allah. Lelaki memimpin wanita dan wanita dimiliki lelaki bukan lelaki
dimiliki wanita. Sabda Nabi saw. Salah satu
dari 15 benda turun bala Allah ialah suami taat isteri.
KESABARAN RASULULLAH SAW
28-09-04 Sahih Muttafakun Alai dari Ibni Mas’Ud ra. Nabi saw
menyapu darah akibat cedera dibelasah umatnya sambil berdoa “Ya Allah,
ampunkanlah umatku kerana umatku tidak memahami, semua nabi-nabi sebelumku juga
mengalami nasib sepertiku dan nabi-nabi tersebut berdoa mengampunkan umat
masing-masing.”
Sahih Muttafakun Alai dari Anaz
bin Malek ra. Tiba-tiba datang seorang badwi meminta zakat dengan kasar lalu
menarik selendang di leher Rasulullah saw sehingga kesan merah di leher
baginda. Nabi saw tersenyum sambil mengarahkan sahabat memberikan zakat pada
pemuda tersebut.
Sahih Muslim dari A’isyah
radiallahu anha. Nabi saw tidak pernah memukul isterinya dengan tangan walaupun
diperuntukkan dalam Islam.
Selepas kematian Khadijah, Rasulullah saw ke Taif tetapi
melarikan diri akibat dihalau dengan balingan batu penduduk Ta’if. Jibril
muncul memberitahu bahawa Allah mendengar dan melihat kesengsaraan kamu.
Selepas Jibril berundur muncul 2 malaikat Jabal ingin terbalikkan bukit bagi
menghempap penduduk Ta’if. Nabi saw menghalang dan meminta sama-sama berdoa
agar semua penduduk Ta’if beriman kepada Allah. Allah makbulkan permintaan
kekasihNya.
KEWAJIPAN CEMBURU ATAU TIDAK SUKA DAN SEDERHANA DALAM CEMBURU
Muhimmah ms 18 Sabda Nabi saw. Lelaki yang tiada cemburu umpama
tiada perasaan. Allah sangat cemburu pada hambaNya yang melanggar perintahNya. Cemburu suami disuruh agama apabila terdapat
tanda syak pada isteri. Cemburu berlebihan sehingga memudaratkan dan
dipengaruhi syaitan ditegah syarak. Kesederhanaan dalam cemburu amat dititik beratkan
menurut syarak. Allah akan mengazab suami yang tiada perasaan cemburu. Merelakan
mata melihat yang haram akan dibakar mata dengan bara api neraka. Menurut imam
Al-Ghazali pada zamannya, perempuan muda tidak digalakkan ke masjid kerana
semakin ramai pemuda jahat yang melepak dan menegur di jalanan. Sabda Nabi saw lagi. Puasa, solat 5 waktu, pegang
amanah suami, jaga kehormatan faraj dan mendidik anak akan dimasukkan ke syurga
tanpa perlu berjihad fisabilillah, berdakwah, rombongan jenazah dan pelbagai
kewajipan bagi lelaki. HR Imam Ahmad, Annasa’e dan
Hakim. Allah telah mengharamkan 3 golongan masuk syurga. 1) Tidak
bertaubat dari minum arak. 2) Derhaka ibu bapa 3) Suami Dayyus yang membenarkan
isteri zina.
No comments:
Post a Comment