Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Nabi saw. seorang manusia yang tidak takut miskin apabila bersedekah. Baginda sedekahkan kepada golongan miskin sekandang kambing
Al-Ahzab surah 33:28-37
Pengajian tafsir Al-Quran Surah 33, Al-Ahzab ayat 28 kitab Nurul Ihsan ms 262 syarah Ustaz Shamsuri
33:28 wahai nabi, katakan kepada para isteri kamu sekiranya berhajat kepada perhiasan dunia(harta mewah dihormati), bercerai dengan cara baik.
33:29 tetapi sekiranya mahu keredhaan Allah dan Rasul, Allah akan beri ganjaran di akhirat.
33:30 Isteri-isteri Rasulullah saw merupakan terhormat dan sekiranya melakukan dosa, maka pembalasannya adalah dua kali ganda azab berbanding wanita biasa.
33:31 Begitu juga dengan setiap ketaatan akan digandakan pahalanya.
33:32 Darjat para isteri Nabi Muhammad saw itu lebih tinggi dari wanita biasa. Semua wanita tidak boleh berbual lembut manja selain dari suami.
33:33 Perempuan sesuai di rumah. Jangan berpakaian menarik perhatian lelaki. Tujuannya untuk mengelakkan maksiat.
33:34 Solat 5 waktu, Kebersihan rumah para isteri Nabi saw perlu bersih kerana ia menjadi tempat turunnya ayat-ayat Al-Quran.
33:35 Janji keampunan dosa dan ganjaran pahala besar bagi lelaki dan wanita yang taat Allah dan Rasul.
33:36 Setiap keputusan dari Allah dan Rasul tidak boleh dipersoal.
33:37 Takutlah kepada Allah kerana walaupun talak itu halal tetapi ia paling dimurkai Allah.
Zainab bt Jahsyim ra adalah sepupu Rasulullah saw semenjak mereka masih kecil. Beliau merupakan isteri baginda yang paling cantik. Pada mulanya, Rasulullah saw meminang Zainab untuk anak angkat kesayangannya Zaid b Haritsah tetapi pinangan tersebut ditolak oleh Zainab kerana sistem kasta suku kaum Arab pada masa itu dimana Zaid dari keturunan hamba. (Al-Ahzaab 33:36) Atas perintah Allah, Zainab dinikahi Zaid bin Haritsah dan dikurniakan cahayamata bernama Usamah b Zaid yang kemudiannya juga menjadi anak angkat Rasulullah saw. (Al-Ahzaab 33:37) Zaid mendapat 3 nikmat iaitu 1- Dimerdekakan ketika dalam tawanan perang 2- Diislamkan 3- Dijadikan anak angkat Rasulullah saw. Rumahtangga Zaid dan Zainab tidak kekal lama akibat tidak sefahaman diantara mereka berdua. Ketika Zaid ingin melafaz cerai, Allah menahan lafaz tersebut dengan turunnya ayat "Takutlah kepada Allah kerana walaupun talak itu halal tetapi ia amat paling dimurkai oleh Allah." Turun perintah Allah, sekiranya Zaid dan Zainab mahu bercerai juga maka Allah memerintahkan Rasulullah saw menikahi Zainab tanpa menghiraukan kecaman penduduk setempat. Allah takdirkan mereka bercerai secara baik sebagai pengajaran untuk umat akhir zaman dan Zainab akhirnya dinikahi Rasulullah saw berwalikan Allah "tanpa akad, tanpa mahar, tanpa syarat" khusus untuk baginda sahaja tetapi bukan untuk umat Muhammad. Pernikahan berlangsung tahun ke-5 Hijrah.
No comments:
Post a Comment