Nota Cinta

Monday, September 20, 2004

Al-baqarah 2:228-270 tahun 2004



KEJAHILAN MANUSIA

19-01-04 Sahih Muslim dari Abdillah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi saw surah Ibrahim ayat 36. Sabda Nabi Ibrahim as, “Berhala dan tokong itu menyebabkan ramai manusia sesat, Sesiapa mengikutku di kalanganku.” Sabda Nabi saw surah Al-Ma’idah 118, Doa Nabi Isa as “Jika Engkau seksa mereka, mereka tetap hamba Engkau. Jika Engkau ampun mereka, seungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Bijaksana.” 

RUJUK

Nurul Ihsan jilid 1ms74 tafsir Al-Baqarah 228-231 syarah Utz Shamsuri

2:228) Firman Allah, Janda yang ingin berkahwin mesti selepas idah atau tempoh tahanan 3 kali suci dari hadi supaya rahim bersih dari benih bekas suami. Talak isteri dalam mengandung tetap sah tetapi idahnya sehingga selepas melahirkan anak. Manusia yang takut Allah tidak akan berbohong. Diharamkan berbohong tiada kandungan sekiranya mengandung. Haram meminang dalam tempoh idah.
2:229) Islam mengalu-alukan rujuk. Talak yang boleh dirujuk setakat 2 kali. Huhud dari segi bahasa bermaksud had atau sempadan Allah. Hudud dari segi syarak melibatkan hukuman potong tangan pencuri, rejam penzina dan sebagainya.  
2:230) Nikah rujuk talak 3 mesti melalui proses semulajadi selepas menjadi janda setelah bersetubuh dan habis idah dengan suami baru. Sekiranya dirancang nikahnya tidak sah. 231) Rujuk mesti selepas tamat idah atau tempoh tahanan 3 kali suci selepas haid. 

KERANA LIDAH BADAN NERAKA

16-02-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syarat pahala ialah muslim yang buat kebaikan. Malu buat jahat itu cabang iman. Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, tidak masuk syurga bagi orang yang jirannya sakit hati dari perangai buruknya.  Dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw, muslim yang baik ialah menjaga lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain.

PERATURAN TALAK

Nurul Ihsan jilid 1 ms76 tafsir Al-Baqarah 231-234

2:231) Jangan rujuk dengan niat memudaratkan dan Allah Maha Mengetahui isi hati manusia. 
2:232)Jangan sesiapa menghalang rujuk atau perdamaian kerana hanya Allah Maha Mengetahui baik jahat seseorang. 
2:233) Ibu yang diceraikan wajib menyusukan anak kandung selama 2 tahun kecuali keizinan suami disebabkan masalah kesihatan. Suami wajib menanggung nafkah anak isteri. 
2:234) Isteri kematian suami mesti berkabung mengelakkan hidup bermewah dan berhias selama 4 bulan 10 hari.

19-04-04 SAHIH MUSLIM Dari Jabir bin Abdillah ra sabda Nabi saw bahawa baginda diizinkan Allah untuk memberi syafaat mengeluarkan muslim dari neraka.  Dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Mati Islam berpeluang keluar dari neraka.  Dari Abdillah b Mas’Ud ra sabda Nabi saw, muslim terakhir yang keluar merangkak dari neraka diberikan Allah syurga yang sebesar  10 kali ganda dunia. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms78 tafsir Al-baqarah 234-237

2:234) Janin ditiupkan roh selepas 4 bulan supaya dapat dipastikan bahawa perempuan yang kematian suami itu mengandung. 
2:235) Lelaki hanya boleh mengorat janda yang dalam idah dengan sindiran sopan dan dilarang secara terus terang. 
2:236) Wajib Mut’ah suami bayar saguhati pampasan sekiranya bercerai akibat suami tertipu dengan kecacatan fizikal isteri. 
2:237) Mukmin yang bertaqwa tidak suka pergaduhan dan suka perdamaian. Perceraian mesti dengan cara baik. Lelaki yang baik memberi saguhati pampasan dan perempuan yang baik menolak pampasan. Memaafkan itu hampir kepada taqwa. 

17-05-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, 3 perkara diangkat darjat dan digugurkan dosa iaitu rajin wuduk di saat malas, banyakkan langkah ke masjid dan tunggu waktu solat fardu akan datang selepas menunaikan solat fardu sebelumnya.
Sahih Muslim dari Nuaim ra ketika melihat Abu Hurairah ra mengambil wuduk sabda Nabi saw. Lebihkan kawasan wuduk kerana lebih bercahaya di hari akhirat.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw menurut firman Allah, kedekut ilmu dilaknat Allah. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 79 tafsir Al-baqarah 238-245

PEMANSUHAN HUKUM SELEPAS TURUN AYAT 
PADA RASULULLAH SAW DALAM USUL FIKH

2:238) Jaga solat fardu 5 waktu tertutamanya Solat Wusta. Sahih Bukhari dari Ali ra. "Wusto=Asar"
2:239) Solatlah kerana Allah mengikut situasi keadaan tertentu. 
2:240) Usul Fikh Rasulullah saw, ayat tentang wasiat pada isteri dan 1 tahun berkabung ini dimansuhkan hukum amalannya selepas turun ayat pusaka tetapi masih boleh dibaca. 
2:241) Mutaah ialah harus suami beri hadiah bergantung pada suami setelah bercerai.
2:242) Mengambil ikhtibar dari pengajaran. 

DOA NABI HAZKIL UNTUK MENGHIDUPKAN MANUSIA 
YANG MATI DIPERKENANKAN ALLAH

2:243)Yahudi beramai-ramai melarikan diri kerana takut mati penyakit wabak. Sabda Nabi saw. Sekiranya negeri itu mengalami wabak jangan sesiapa memasukinya dan sekiranya sesiapa dalam negeri wabak jangan kamu lari keluar menyebarkannya. Firman Allah “Mutu” atau “Mati” iaitu 2 kumpulan malaikat yang turun dari langit dan muncul dari bawah tanah menghamburkan kata “Mati” maka mati kesemua Yahudi tersebut. Selepas 8 hari 70’000 Yahudi itu mati, Khalifah ke 3 kepada Nabi Musa as iaitu Nabi Hazkil yang melalui kawasan tersebut memohon doa dan diperkenankan Allah mayat-mayat kemudian dicantum dihidupkan kembali.  Khalifah pertama ialah Yusyak bin Nun dan khalifah kedua ialah Khalid bin Yufina. Itulah tanda kekuasaan Allah menghidupkan kembali yang mati.  
2:244)Tujuannya sebagai peringatan kepada manusia mati mempertahankan agama lebih baik dari mati sia-sia seperti bani Israel ini. Ada hikmah setiap doa tidak diperkenankan kerana Allah saja Maha Mengetahui mana yang baik untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa. 
2:245)Pemberian tujuan agama itu hanya Allah Maha Mengetahui gandaan yang bakal diterima muslim yang bersedekah. 

MANUSIA BERLUMBA BERBUAT KEBAIKAN SEKIRANYA MEREKA NAMPAK PAHALA

21-06-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, sekiranya manusia tahu besarnya kelebihan pahala saf pertama, melaungkan azan dan segerakan solat fardu tentu mereka sanggup berebut untuk melakukannya. Demikian juga sekiranya mereka tahu kelebihan subuh dan isyak berjemaah, manusia takkan melepaskan 2 waktu berjemaah ini walaupun terpaksa merangkak.  

Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw. Hati-hati kepada yang sengaja suka duduk saf belakang, jangan sampai Allah membelakangkan kamu kerana kamu bakal bermasalah di akhirat. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebaik-baik saf lelaki di depan sekali dan seburuk-buruk saf lelaki di belakang sekali. Tetapi bagi wanita sebaik-baik saf wanita ialah di belakang sekali. 

NABI SYAMUEL MENGUMUMKAN THALUT SEORANG FAKIR MISKIN LAGI HINA DILANTIK ALLAH MENJADI RAJA PEMIMPIN PERANG BANI ISRAEL. ISRAEL MEMPERLEKEHKAN TINDAKAN ALLAH.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 82 tafsir Al-baqarah 246-250 syarah ustaz Shamuri
2:246) Bani Israel selepas kewafatan Musa as mendesak Nabi Syamuel supaya Kami melantik seorang ketua dikalangan mereka berperang ke jalan Allah. Nabi Syamuel mempersoalkan adakah mereka benar-benar ingin berperang dengan jalan Allah sedangkan ramai di kalangan mereka tetap tidak beriman setelah berbagai cara Musa memuaskan hati mereka. Mereka menjawab mana mungkin kami tidak patuh sedangkan kampung kami diserang, kami dihalau, anak kami ditawan serta dibunuh.  Sesungguhnya musuh kami Jalut itu memang kejam lagi zalim. Kami memerlukan ketua seperti Nabi Musa itu. 
2:247) Allah memperkenankan permintaan Nabi Shamuel dengan melantik Thalut menjadi raja atau pemimpin di kalangan mereka tetapi mereka mempersoalkan lantikan Allah kerana Thalut itu bukan keturunan raja atau nabi malah dia seorang gembala fakir miskin lagi hina. Nabi Syamuel menegaskan sekali lagi bahawa itu bukan pilihannya itu pilihan Allah, tiada siapa boleh mempertikai walaupun dengan bangkangan majoriti. 

ASSOBIRIN “TENTERA KEMENANGAN’ & PETI THABUT 
PENINGGALAN MUSA & HARUN

2:248) Thalut budak miskin yang dipilih Allah menjadi ketua dan Allah turunkan peti thabut sebagai bukti perlantikan Thalut.  Di dalam peti thabut terdapat barang tinggalan selepas kewafatan Musa dan Harun iaitu kasut Nabi Musa, tongkat Nabi Musa, serban Nabi Harun dan sumpit serta cebisan Taurat dari peti thabut tersebut menolak sebarang pertikaian tentang perlantikan Thalut sebagai raja. Di dalam tentera Raja Thalut terdapat seorang pemuda yang belum menjadi Nabi iaitu Daud as.
2:249-250) Ketika menuju medan peperangan pada musim kemarau. Bani Israel tidak tahan dahaga. Kata Thalut, Allah akan menguji kamu dengan sungai Jordan bedekatan Palestin Baitulmaqdiz. Barangsiapa minum tiada siapa akan mengikutiku berperang nanti maka janganlah kamu meminum berlebihan. Ditakdirkan Allah sebagai mengingati umat akhir zaman yang kekenyangan setelah berbuka puasa. Hanya tinggal 313 dari 70,000 seperti angka perang Badar yang masih taat dengan saranan Raja Thalut. Iaitu golongan Assobirin atau orang-orang yang sabar. Mereka percaya dengan keajaiban kekuasaan Allah bahawa yang sedikit berupaya memenangi bilangan jumlah besar. 

SYAFAAT HARI AKHIRAT

19-07-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw tentang 6 kelebihan Allah kepada baginda dan umat baginda berbanding nabi dan umat nabi lain. 1)Diturunkan bersamaku dengan dilebihkan padaku berbanding para nabi Rasul sebelumku iaitu Al-Quran yang kitabnya satu ayat pendek mempunyai maksud huraian yang besar. 2) Allah menanamkan rasa gerun takut pada hati musuh yang cuba mengancam baginda. 3)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi sebelumku dihalalkan padaku dan umatku 4)Seluruh bumi disucikan Allah khas pada Nabi saw dan umat baginda untuk sujud atau menunaikan solat.  5)Mana-mana makhluk, kaum, bangsa yang masuk Islam semuanya menjadi umat Muhammad saw. 6)Tiada para nabi lain selepas Nabi Muhammad saw. 

Sahih Muslim dari Jabir Abdillah ra sabda Nabi saw. Allah berikanku 5 kelebihan khas tanpa diberikan pada Nabi lain iaitu:- 1)Setiap Nabi dibangkitkan untuk satu kaum tapi aku diutus untuk semua manusia tanpa mengira warna kulit 2)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi dihalalkan padaku. 3)Seluruh bumi disucikan buat umatku dan boleh solat di mana saja. 4)Musuh gerun apabila disebut nama pemimpin Islam. 5)Aku dibolehkan memberi syafaat kepada penghuni neraka muslim untuk keluar dari neraka. SEMUA Para Nabi telah menggunakan seluruh kelebihan doa mustajab TETAPI AKU MENYIMPAN SEMUA MUSTAJAB DOA TERSEBUT KHAS BUAT UMATKU!

NABI DAUD AS DITABAL RAJA

Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamuri

2:250)Ketika peperangan, tentera Thalut yang sedikit istiqamah sambil sentiasa memohon doa pada Allah agar diberikan kemenangan pada mereka.
2:251)Jhalut sememangnya dikenali ramai di kalangan bani Israel dengan kehebatan kekuatannya tampil mewakili tenteranya untuk sesi 1 lawan 1. Daud as yang belum menjadi Nabi terpilih di kalangan tentera Thalut. Raja Thalut membuat tawaran kepada Daud sekiranya berjaya membunuh Jhalut akan dikahwinkan dengan anak perempuannya dan berkongsi pemerintahannya. Daud as menggerakkan langkah sambil mengutip 3 biji batu sebagai senjata untuk dibaling kepada Jhalut. Dengan kehendak Allah, lontaran-lontaran batu tersebut menembusi topi besi Jhalut dan 30 pengikut Jhalut di belakangnya. Setelah Daud as berjaya membunuh Jhalut, Daud dilantik menjadi Raja memerintah selama 40 tahun selepas kematian Thalut. Daud as kemudian dilantik Allah menjadi Nabi. Nabi Allah Daud as boleh berkomunikasi dengan binatang disamping melenturkan besi dengan jari jemarinya.
2:252)Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah sebenarnya Rasul menolak tuduhan orang-orang kafir. 
2:253)KAMI kuatkan Isa dengan ruhul quddus atau Jibril as disamping mukjizat seperti menghidupkan orang mati, mencelikkan orang buta dan mengubati penyakit kulit dengan sekali sapuan.
2:254)Orang kafir itu menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak memeluk Islam. 

AYATUL KURSI

255) 19-07-04 Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari Abu Yaqla dan Al-Hakim dari Ubai bin Kaap ra sabda Nabi saw. Pemuda yang mencuri di gudang kurma dengan memberitahu amalan ayat Qursi sebagai halangan kepadanya itu adalah jin jahat.
Sahih Muslim sabda Nabi saw kepada Abu Hurairah ra. Orang tua yang mencuri dan kamu tangkapnya 3 kali itu adalah syaitan dan amalan baca ayat Qursi yang diberitahunya itu adalah benar. 
Dari Abi Hurairah sabda Nabi saw. Sekiranya baca suratul Baqarah ayat Qursi, pasti syaitan keluar. Sesiapa yang mengamal ayat Qursi di setiap selepas solat fardu, dia pasti masuk syurga. Amalan qursi juga akan menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bercakap benar dan kuat beribadah.

Tuhan itu hanya Allah yang satu, Yang Tidak Tidur Tidak Mengantuk. Nabi Musa as pernah mempersoalkan adakah Allah itu tidur. Allah memerintahkan malaikat menyuruh Isa as memegang2  botol kaca selepas 3 hari baginda tidak dibenarkan tidur. Apabila botol tersebut pecah berlaga, Allah berfirman, Sekiranya Allah tidur atau terlelap. LANGIT TELAH BERLANGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN. Allah Maha Mengetahui Perkara yang bakal berlaku, akan datang dan telah berlaku. Manusia tidak boleh menandingi ilmu Allah walau sepandai sebijak mana sekalipun. Melainkan dengan perkhabaran maklumat oleh para Rasul. Qursi Allah seluas 7 petala langit. Tiada masalah bagi Tuhan untuk memelihara langit dan bumi. Dialah Tuhan amat Besar.

16-08-04 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan kelam kabut berlari untuk mendapatkan saf, solat dengan tenang. Seseorang yang berniat solat itu bermakna telah mula solat dan disempurnakan kemudian. 

Sahih Muslim dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya sabda Nabi saw. Jangan gopoh solat kerana untuk menghadap raja yang kekal biarlah kita dalam keadaaan yang tenang. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang hanya dapat satu rakaat kemudian masuk waktu solat lain. Dia dikira dapat solat lengkap seluruhnya. 

AMAT MUDAH KEGELINCIRAN IMAN

Nurul Ihsan jilid 1 ms 88 tafsir Al-baqarah 256-259 syarah ustaz Shamsuri

2:256) Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abdullah bin Salam berdasarkan mimpinya memanjat tiang ke langit dan bergantung di gelang besi. Tiang ke langit itu Islam dan kamu akan mati setelah memeluk Islam.  2:257) Bimbingan syaitan bermula apabila tidak mengikut seruan Islam dan amat mudah bagi kegelinciran muslim ke arah kegelapan. 
2:258) Hujah Ibrahim as mematikan hujah Namrud sehingga mati akal sekalian kafir “kalau betul mengaku Tuhan, naikkan matahari sebelah barat kerana Allah menaikkan matahari sebelah timur.” 
2:259) Allah membangkitkan Uzair selama seratus tahun setelah menidurkan beliau selepas serangan Raja Buhtanassar membunuh semua penghafaz Taurat di Baitulmaqdiz. Uzair yang umur sebenarnya 140 tahun tetapi masih kelihatan berumur 40 tahun itu disahkan anaknya sendiri yang berumur 118 tahun sebagai membuktikan kebesaran Allah. Malangnya bani Israel yang mempercayai kebesaran Allah itu tetap tidak beriman atau tergelincir dengan mengatakan Uzair itu anak tuhan. 

3 GOLONGAN YANG HALAL DIBENARKAN MINTA TOLONG

20-09-04 Sahih Muslim dari Abi Bisyh Kabisah AlMulharith ra sabda Nabi saw. 3 golongan yang boleh meminta tolong ialah 1) yang menghabiskan duit untuk meleraikan pergaduhan 2)yang bencana memusnahkan semua hartanya dan 3)yang miskin susah yang sekurang-kurangnya 3 orang dalam kampungnya mengatakannya susah. Selain 3 golongan ini, haram bagi mereka yang dapat dari hasil meminta.  
Sahih Muslim sabda Nabi saw, siapa meminta untuk banyakkan hartanya menempah ketulan bara api.
Sahih AtTirmizi dari Samurah bin Jundub ra sabda Nabi saw. Perangai suka meminta seperti mencakar muka sendiri melainkan meminta haknya seperti meminta dari pemerintah akan harta rampasan perang setelah melibatkan diri berperang. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 90 tafsir Al-baqarah 260-271 syarah ustaz Shamsuri

2:260)Nabi Ibrahim as meminta Allah membuktikan kekuasaanNya menghidupkan yang mati sebagai menunjuk ajar pada umat baginda. Firman Allah pada Ibrahim hancurkan burung merak, merpati, gagak & ayam bapak dan campurkan kesemuanya. Kemudian Allah menghidupkan kembali kesemuanya seperti sedia kala.



SEDEKAH PERANG TABUK

2:261-262)Ketika Saidina Osman bersedekah dalam Perang Tabuk. Sabda Nabi saw. Osman tidak miskin malah Allah akan menggandakan lebih 700 gandaan dengan syarat tidak mengungkit pemberian atau menyakiti orang yang diberi.
Selepas sabda Nabi saw tentang Allah turun ayat memberitahu akan sedekah Osman, Omar bangkit menginfakkan separuh hartanya untuk perang Tabuk. Abu Bakar pula bangkit memberikan seluruh hartanya. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar,”Kamu tinggal apa untuk kamu dan keluarga kamu?” Jawab Abu Bakar”Aku tinggalkan Allah dan Rasul.”
2:263)Tolak permintaan orang yang meminta tolong dengan cara baik tanpa menyakitkan hati sekiranya tidak berkemampuan. 
2:264-266)Sedekah bukan kerana Allah atau riak adalah sia-sia dan merugikan akhirat.  
2:267)Pastikan zakat terdahulu dan utamakan sedekah korban berkualiti sebelum digunakan hasil. 
2:268)Awas, syaitan akan berusaha membisikkan supaya kedekut.  

TINGGI ILMU TETAPI TIDAK BERAMAL

2:269)Ramai tinggi ilmu hukum hakam agama tetapi tidak beramal kerana tidak faham agama. 
2:270)Tayang derma tujuan motivasi kepada orang lain dengan syarat tidak riak itu digalakkan.  






No comments:

Post a Comment